.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, July 7, 2015

Tajuk 751: 5 contoh ayat yang memualkan dalam tesis

Ekoran dari post aku yang lepas.... ramai yang kata susah menulis tesis kalau tak boleh guna perkataan feberet "ia.. ianya.. untuk... bagi... adalah....ini kerana" sesuka hati jer....

Yer ker.... biar betul !

Berikut 5 contoh ayat kelaziman pelajar bila menulis tesis....dan jika dilakukan berulang kali bukan sahaja "vague" tetapi "memualkan".... diikuti dgn contoh ayat yang aku cadangan... Juga elakkan "dan lain-lain" spt anda minta pembaca fikirkan apa yang "lain-lain"..

1.Tujuan statistik deskriptif dijalankan ADALAH SUPAYA menunjukkan ciri-ciri ….

- Statistik diskriptif dijalankan bertujuan menunjukkan ciri-ciri …

2. Statistik inferensi penting DI MANA IANYA dapat digeneralisasi...

- Statistik inferensi penting kerana dapatan yang diperolehi dapat digeneralisasikan...

3. Objektif kajian ini ADALAH UNTUK menentukan tahap..

- Kajian ini dijalankan bagi menentukan tahap....

4. Pengukuran nilai purata berat 100 buah durian tidak sama seperti mendapatkan nilai purata pendapat 100 siswazah terhadap sesuatu isu. INI KERANA IANYA melibatkan ....

- Pengukuran nilai purata berat 100 buah durian tidak sama seperti mendapatkan pengukuran nilai purata pendapat 100 siswazah terhadap sesuatu isu. Perbezaan ini wujud kerana proses pengukuran kedua-dua pembolehubah tersebut melibatkan....

5. Statistik deskriptif meliputi prosidur UNTUK memerihalkan kriteria penting BAGI sampel supaya mudah difahami seperti jadual, carta, graf DAN LAIN-LAIN.

- Statistik deskriptif meliputi prosidur memerihalkan kriteria penting sampel supaya mudah difahami dalam bentuk visual seperti jadual, carta atau graf.

Amacam susah ker? Jadi jgn amalkan bila menulis tesis, minit mesyuarat atau menulis apa sahaja dalam BM....

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...