.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, July 7, 2015

Tajuk 760:30 slides ? Agak2 lah bila nak defend / VIVA tu...

Minggu depan, PG master yang membuat project di fakulti aku akan defend project thesis master masing2.... masa diberikan 20 minit. Maka datang salah seorang pelajar yang dah sediakan 30 slides..... minta aku semak.. perghhh.. terkejut aku.... nasib baik tak pengsan.... kalau tak batal la pulak posa ...!!

Jadi aku nak bagi sikit ler, kongsi2 apa yang aku selalu peringatkan kepada semua PG master dan PhD !

1. Kalau bab siapkan slide ni, perrghh…. kacang… memang laju berdesup sebab copy-n-paste jer dari thesis, sat jer… siaplah 30 slides!

2. Bila dah copy-n-paste ni… mulalah sayang nak buang itu dan ini, akhirnya padat dan sendat ler slide tu… penuh dgn ayat yang menjela dan menjalar panjangnya.

3. Dah tu… boleh pulak baca satu2 ayat dalam slide tu masa presentation…macam ler semua hadirin dan hadirat serta panel viva tu buta huruf !



Aku yang pernah jadi penal nak bagi tahu ler sikit tujuan presentation aka defend atau VIVA VOCE . Antara tujuan asasinya adalah

a. tunjukkan anda yang menjalankan kerja2 penyelidikan anda sendiri (originality)

b. tunjukkan anda faham apa yang anda buat

c. buktikan thesis anda signifikan – ada contribution (novelty)

d. memberi peluang panel / examiner bertanya apa2 yang tidak jelas dari penilaian mereka kepada thesis yang disemak

Jadi jika presentation hanya dihadkan 20 minit , maknanya bilangan slide tu biarlah padan dgn masa yang diberikan.

Ketahuilah bahawa panels / examiners telahpun membaca dan menyediakan laporan thesis anda, mereka sekadar ingin mendengar penjelasan overall BUKAN secara detail….

Oleh itu slide yang disediakan hanya ringkasan … sebab examiners pun dah baca dan bukan sangat nak tahu semuanya secara detail - jgn ler perasan sgt !!

Sekali lagi aku cadangkan hanya 10 slides PowerPoint dah memadai dgn isinya point yang power sahaja. Aku merayu…. buat kesekian kalinya.... pls..pls..pls... tolong jgn copy-n-paste apa yang anda tulis dalam thesis…. tolonglah ringkas.

Contohnya objective ringkaskan dalam satu pernyataan mudah sahaja.. sebab pernyataan lengkap dah ada dalam thesis yang berada pada tangan examiners. 
Introduction tak perlulah dimasukkan dlm slide, cakap jer dah ler.

LR pulak masukkan hanya main argument yg support kajian anda dari satu dua citation yang power2… dah ler, pas tu jelaskan masa present. Semasa tunjuk slide RQ, jelaskan juga analisis yang digunakan utk menjawab RQ tersebut...

Berikut slide yang aku cadangkan (kalau nak ikutlah...)

- Thesis Statement / argument / isu / problem statement (1 slide)
- Objective (1 slide)
- Research Questions or Hypotheses (1 slide)
- Theoretical Framework + ringkasan point dalam LR (2 slide)
- Research procedure – flow chart atau table (1 slides)
- Instrumentation (validity dan reliability) (1 slide)
- Main Findings (2 slides)
- Conclusion / Implication (1 slide)

Pesanan aku:
1. Ini sesi anda yang punya, so relax brother relex !!
2. Berlatih banyak2 supaya idea anda clear dan mengalir lancar semasa mengupas setiap slide (bukan membacanya)
3. Dengar soalan dari examiners baik2 dan minta penjelasan kalau tak faham...
4. Kalau soalan yang ditanya tak terjangkau dek aqal sebab panel tu sengaja nak menyakat atau nak tunjuk kehebatan dia.... be honest....better jawab "Tqvm for the question but honestly I cant answer the question… I will find the answer, or I haven't come across the answer.... I will find it out asap.... saya akan perbaiki… saya akan masukkan dll” lebih kuranglah....

Last - Jika dlm competition 3-minute thesis calon PhD boleh jelaskn kajian mereka dlm 3 minit kepada audien dan panels… diiringi hanya 1 slide saja... takkan anda xboleh jelaskn dlm 20 minit dgn 10 slides !

OT - panel baca tajuk kajian pun dah boleh agak apa isi kajian anda tu !!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...