.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, July 7, 2015

Tajuk 756: 13 perkara Kenapa VIVA akhirnya menjadikan satu acara muntahan semula apa yang ditulis dalam thesis !

Sila baca dgn berhati-hati... supaya anda tidak makan hati kemudian hari...
1. Kajian master / PhD perlukan argument yang juga disebut “thesis” atau didefinisikan sebagai “a statement or theory that is put forward as a premise to be maintained or proved”

2. Kajian perlu dijalankan bagi menguji “thesis” tersebut yang juga kadang2 disebut “thesis statement”.

3. Kerja2 penulisan atau mendokumenkan hasil kajian terhadap pengujian “thesis” tersebut perlu dibuat dalam bentuk manuskrip yang selalunya tebal dan detail. Manuskrip ini disebut dissertation.

4. Jadi.. dissertation adalah naskah akademik yang perlu disiapkan dan dihantar utk diluluskan sebelum diterima sebagai pra-syarat mendapatkan master / PhD.

5. Maka manuskrip yang anda hantar dalam bentuk binding hard cover tu adalah dissertation bagi membuktikan kajian anda dalam berjaya menguji thesis statement anda.

6. Oleh kerana dissertation adalah pembuktian bertulis untuk sesuatu thesis, walaupun yang dihantar itu adalah dissertation.... tapi lebih "canggih" disebut “Thesis Submission”.. lalu di kebanyakkan uni.... naskah tersebut pun disebut dgn nickname "thesis", tetapi sebahagian uni tetap memanggilnya dissertation.

7. Jadi kedua2nya adalah benda yang sama…. thesis atau disertation… sama spt menyebut “timun china atau tembikai atau semangka”

8. Semasa VIVA…. yang perlu dipersembahkan adalah main idea hasil analisis kajian anda terhadap THESIS (argumentation) yang dikaji BUKANNYA mempersembahkan SEMULA apa yang anda tulis dalam thesis (dissertation) yang tebal dan detail tu.

9. Katalah “thesis” kajian anda adalah “THE USE OF ANIMATION IN TEACHING SCIENCE (TOPIC) HAS A GREAT POTENTIAL TO ENHANCE STUDENTS’ CONCEPTUAL CHANGE IN UNDERSTANDING SCIENTIFIC CONCEPTS (DEBATABLE CLAIM); THEREFORE THE COMPUTER-ANIMATED INSTRUCTION (CANI) SHOULD BE DEVELOPED AND IMPLEMENTED IN TEACHING CHEMISTRY (SUPPORT)” maka anda perlu kupas dalam beberapa slides bagaimana anda mencapai kesimpulan membuktikan potensi CanI yang anda uji sebagai thesis (argumentation) dalam kajian anda

Jadi tiada keperluan utk senaraikan dgn detail semua objektif… semua RQ… menghuraikan LR menjela2… dapatan setiap satu RQ…. Discussion yang panjang lebar... yang di ekstrak dari thesis (dissertation) anda yang tebal tu ke dalam slides semasa viva spt amalan turun temurun..

10. Samalah juga... dalam konferens antarabangsa anda diberikan cuma 20 minit presentation sedangkan kajian anda berjalan lebih 2 tahun. Apa sangat yang anda boleh cerita dalam 20 minit sedang penerbangan anda ke lokasi konferens tupun memakan masa 14 jam dgn belanja ribu2.
Jadi disinilah anda perlu kreatif utk membuat persembahan yang power bagi menyakinkan thesis (argumentation) anda berjaya dibuktikan dan ada contribution kepada bidang yang dikaji wpun peserta konferens tidak membaca apa2 pun terlebih dahulu tentang kajian anda selain sekelumit abstrak yang diedarkan sebelum konferens.

Maka dalam VIVA yang manuskrip anda telahpun dibaca dan disemak dgn detail (sepatutnyalah..) oleh panel maka waktu 20 – 30 min tu hanya utk oral prsentation menjelaskan dapatan utama hasil dari kajian anda terhadap thesis yang anda kaji. Jadi xtimbul panel tak tahu apa yang anda buat sehingga perlu dipersembahkan begitu detail !

11. Oleh itu… mengekstrak sebijik2 tulisan dari thesis (dissertation) ke dalam slides utk dipersembahkan mulai Introduction… Problem Statement…. Objective.. RQ.. LR… Research design… data.. dapatan.. perbincangan….. so on and so forth BUKAN lah tujuan utama VIVA…yang akhir menjadikan presentation satu muntahan semula apa yang ditulis dalam thesis !
Maka sebab itulah masa juga diberikan juga sekitar 20 - 30 minit… mana mungkin semua itu boleh dipersembahkan dan utk apa pula perlu dipersembahkan sedetail itu…

12. Aku tahu.. PG “takut” kerana semua pelajar lain pun berbuat demikian turun temurun…. dan takut nak ubah cara lain sebab “takut” panel tak dapat terima, sebab panel dulupun mungkin buat benda yang sama juga !!

13. Jadi… pada hemat aku… tujuan utama VIVA bukan nak semak setiap satu apa yang anda buat…. kerana tugas tersebut adalah dibawah tanggungjawab supervisory committee yang membimbing anda selama ini…. tetapi mempertahankan analisis thesis (argumentation) anda !

Maaf jika anda masih tak faham apa yang aku cuba sampaikan… takut2 13 perkara di atas termasuk dalam kategori HOT… higher order thinking !!
.
OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...