.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, July 7, 2015

Tajuk 769: Kenapa resah dan gelisah ? Apakah yang anda cari sebagai PG?

Apabila ditanya tentang kehidupnnya selepas bergelar PG… Sofea dgn wajah sayu dan kuyu….berkata “Ntahlah.... sekarang aku terasa kesusahannya buat research … hari2 mengadap komputer.... baca artikel tak abis2….. “

Jgn sedih Sofea… dan rakan2 PG semua.

Berfikirlah begini…

Bayangkan dalam ramai2 pelajar di Malaysia... anda salah seorang yang sedikit bilangannya yang mampu berjaya jadi PG…. buat PhD khususnya ..... anda patut bangga !! Berapa ramai pelajar PhD ada business card "PhD Candidate". Mana ada org ada business card tulis "Bachelor Candidate" bro? Lepas konvo nanti jadi "Dr. Sofea”.... satu recognition yang hadir hanya sekali... sekali sahaja !

Kawan2 anda la ni semuanya bakal2 Dr.... dan anda adalah salah seorang darinyer !! Be pround guy !! Bayangkan anda berkawan dgn Prof.... tulis paper dan paper anda diterbitkan... bukan kat Malaysia .... kat UK, US dll.... international tu bro ... satu dunia baca paper anda... Ini belum lagi anda berpeluang present paper kat obersi.... kat obersi tu ....macam Norwaliza AW yang dah nak abis dunia dia pergi wpun baru jer dapat "Dr"... malah semua yang hadir konferens yang dengar celotah anda tu semua pakar2.... sebab anda juga akan jadi pakar...Berapa ramai orang yang dapat peluang tu bro? Berapa?

Setiap apa yang anda baca dan tulis.... adalah knowledge .....yang akan anda publish.... dan present dalam conference antarabangsa..... !! Dulu tulis cerpen nak masuk majalah kartonpun kena reject.... but now... research anda masuk journal ISI, Scopus dan sewaktu dengannyer..... anda patut berbangga bro... Kadang2 anda sorang jer wakil Msia... perghh... takkan tak bangga ... kembang kuncup skit pun tak apa…

Malah ada yang mendapat best thesis .... macam Rahim Munna… atau yang tulis jurnal punyalah banyak masa jadi PG macam Zulkefli Bin Mansor… abis jer konvo terus UKM sambar… fullamak....

Anda perlu membuka minda .... ini semua adalah kenangan terindah yang anda akan kecapi sekali jer dalam hidup !! Jadi kesusahan anda tu taklah ada apa sangat.... ciput jer… biasalah kalau nak jadi pakar... dan dihormati...

Bayangkan banyaknyer pengetahuan yang anda sedang gali... cari dan explore. Anda tahu teori kajian anda, dulu SEM AMOS tu macam Hantu Mak Limah tapi anda now dah mula expert..... pelajar junior ternganga mulut dan kembang lubang hidung mereka bila anda demo AMOS...dan sampai meleleh air liur bila anda tunjukkan keajaiban Mendeley....

Ingat tak bila anda hadir bengkel Dr OT.... ala... lecturer hensem yang ramai peminat tu.... betapa banyak benda yang anda dah tahu.... then anda tahu camner nak handle penulisan anda....dan nanti anda jadilah SV yang lebih baik.... dulu anda takut nak menulis but now... penulisan anda... berdesup-desup....

Kawan? Betapa anda punya banyak kawan.... tak macam dulu.... asyik2 kawan yang sama jugak.... Kawan2 anda semua special... anda sebut jer apa masalah anda.... berebut2 mereka dan cuba tolong.... mereka tak pilih bulu.... tak pilih warna.... warna apapun tak apa....Tak caya? Taip jer apa masalah kat fb DSG misalnya… silap haribulan Prof Zainudin Awang yang respon..

Dan kalau anda nak pergi mana-mana dalam Malaysia ni.... anda boleh tanya Roslan Ghazali, dia ni semua tahu… dari makanan sampailah hotel 5 bintang.. malah nak gi Australia tanya jer Awien Ariff. nak gi UK tanyalah Nita Ali.. nak pergi satu dunia naik basikal tanyalah Bianchi Bisha...

Dan satu kejayaan anda yang akan dinikmati bersama keluarga dan sahabat handai adalah kejayaan anda memakai jubah 3 stripes yang melambangkan pengikhtirafan kepada anda selama ini.... yang membawa gelaran "Dr".... Anak anda yang kecik pun nanti terkejut... bila pulak mak dan ayah aku jadi "doktor" ni....pegang stethoscope pun tak pernah.... cara guna lagilah tak tahu...... Dan ibu bapa anda pun akan bangga dan akan menitiskan air mata sebab anak kecil yang tak henti2 beringus dan kencing tiap2 malam sampai lencun tilam masa kecik2 dulu (maklumlah mana ada huggies... pet pet ker) bakal dipanggil "doktor" walaupun mereka akan sedikit confused....apsal orang panggil anak aku "doktor"?

Kenapalah nak moyok pulak.....anda adalah bakal expert yang akan memberikan sumbangan besar pada negara, bangsa dan agama... menjadi pakar rujuk....pendidik... polisi maker... malah boleh jadi pakar tersohor.. untuk menyumbang kepada kesejahteraan sejagat....mencipta innovasi dan melatih lebih ramai lagi pakar....

OT 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...