.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, July 7, 2015

Tajuk 763: Klu tak faham jugak TRIANGULATION.... tak dapek den nak tolong...

Jadi aku ingin menyentuh satu aspek dalam kajian kualitatif iaitu triangulation. PG yang buat kuantitatif pun perlu tahu... barulah versatile.
Persoalan ini tidak dapat dielakkan dan pasti ditanya semasa viva..... Aku akan cuba kupas secara sempoi isu triangulation ni... yang kalau nak baca buku, maybe tak ada kupasan begini.... sebab akupun tak jumpa !
1. Amende ler triangulation tu?
Secara mudah, triangulation boleh difahami sebagai pelbagai kaedah menganalisis sesuatu data kualitatif atau fenomena bagi meningkatkan validity interpretasi yang dibuat terhadap sesuatu konstruk / fenomena yang dikaji.
2. Kenapa sibuk2 nak buat triangulation ni?
a. Bagi mengatasi kelemahan dan biasness yang wujud dari analisis data kualitatif jika hanya bergantung kepada satu kaedah tunggal sahaja.
b. Bagi membekalkan penjelasan yang lebih bermakna dan lebih comprehensive kepada data kualitatif hasil dari penggunaan beberapa kaedah yang berbeza.
3. Ada berapa pulak jenis2 triangulation ni?
a. Data triangulation - ringkasnya adalah penggunaan pelbagai jenis data – masa, ruang (space) dan person.
i. Masa - contohnya data diperolehi dari masa-masa yang berbeza… termasuklah data cross-sectional (orang lain dlm masa sama) atau longitudinal (masa lain tapi orang sama).
ii. Space – data diambil merentasi budaya dan sub-budaya… spt ambil budaya Melayu vs Cina vs Kadazan ataupun budaya Melayu Minang vs Melayu Banjar dll
iii. Person – data diambil dari perbagai latarbelakang, individu, organisasi, society… spt ambil guru sekolah vs guru IPTA atau masyarakat luar bandar vs masyarakat dalam bandar...
b. Investigator triangulation - melibatkn beberapa pemerhati yang memerhatikan atau merekod sesuatu pemerhatian yang sama
c. Theory triangulation - melibatkan lebih dari satu teori dalam menjelaskan sesuatu fenomena dari pelbagai sudut spt sudut kognitif, society, agama, budaya dll
d. Methodological triangulation - melibatkan between-methode and within-methode bagi menjawab persoalan kajian.
i. Between–methode adalah spt menggunakan method BERBEZA terhadap sample yang sama utk semak validity spt menggunakan protokol interview yang berbeza bagi mengesahkan data dari protokol interview sebelumnya (tanya soalan dalam bentuk berbeza utk sahkn maksud yang sama).
ii. Within-methode spt menggunakan protokol interview yang SAMA tapi dilaksanakan pada dua masa berbeza bagi meningkatkan "validity" dan "realibility" data yang dikumpul utk di interpretasi... juga utk sahkn jawapn tdahulu
4. Bilalah pulak nak jalankan triangulation ni?
Triangulation ini pada asasnya diperlukan dalam kajian kualitatif….bagi meningkatkan validity kajian tetapi sgt-sgt diperlukan dalam kajian seperti berikut:
i. Fenomena yang dikaji menimbulkan kontroversi dan sensitif maka intrepretasi yang lebih menyeluruh dari berbagi sudut diperlukan. Dalam isu sentimen agama, jgn hanya lakukan kepada orang Melayu sahaja sebab rakyat bangsa lain juga ada sentimen agama. Jadi triangulation diperlukan bagi meningkakan validity dapatan dan meminimumkan biasness dlm isu spt ini.
ii. Fenomena yang dikaji sgt kompleks dan dynamic spt fenomena penagihan dadah , remaja dgn masaalah sosial yang tak pernah selesai yang melibatkan pelbagai pihak, individu, keluarga dan agensi penguatkuasaan sama spt fenomena rasuah yang perlu dikaji dari pelbagai sudut….atau fenomena mengejar PATI kerana bekerja dan mengumpul harta tanpa permit (camner puluhan ribu PATI boleh berniaga dan bekerja di KL saja..... tak faham aku)
Jadi yang ingin buat kajian kualitatif... jgn lupa aspek triangulation ini dari awal kajian....
Extra:
Aku juga mengharapkan para "agamawan" dan "pakar motivasi" selain menerima undangan berceramah dlm suasana aircond...dikaca TV, dicorong radio, dewan seminar ..... turunlah ke padang menyinsing jubah dan blazer....membuat sendiri kajian kualitatif fenomena masyarakat / remaja... supaya boleh menyelami hati budi mereka.... lalu research menjadi sebahagian budaya dakwah yang membawa kebaikkan kepada umat sejagat..
OT 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...