.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, July 7, 2015

Tajuk 764: Cari makna - Pesanan sempoi menulis LR yang kritis !

Anda sering TAKUT disergah SV krn memandai2 membuat statement yang dipetik dari sumber2 rujukan yang mungkin tidak sama dgn maksud asal. Anda pun cuba kekalkan ayat2 dalam petikan kerana TAKUT akan berubah maksud tapi kalau tak diubah TAKUT pulak plagiat !
Perghh… macamana anda boleh menulis dalam ketakutan ?
Sila baca dgn teliti dan berhati-hati... kerana idea sempoi yang akan anda baca tidak dibincangkan di mana-mana.... cayolah cakap den...
Perhatikan satu ayat di bawah yang ditulis dalam satu artikel yang terhasil dari petikan (citation) LIMA artikel lain yang berbeza. Ayat ini diambil dari artikel Mayer (2002), sifu multimedia, terbitan journal tersohor high impact - Educational Psychology Review, Vol. 14, No. 1, March 2002.
“In microworld games, students may interact with an animation-based simulation such as a game intended to teach SCIENTIFIC or MATHEMATICAL concepts (Dunbar, 1993; Moreno & Mayer, 2000; Moreno et al., 2000; Rieber, 1990; White, 1993)”
Lima sumber yang di cite oleh Mayer (2002) adalah:
1. Dunbar, K. (1993). Concept discovery in a scientific domain. Cogn. Sci. 17: 397- 434.
2. Moreno, R., and Mayer, R. E. (2000). The case for minimizing irrelevant sounds in the design of multimedia instructional messages. J. Educ. Psychol. 92: 117–125.
3. Moreno, R., Mayer, R. E., and Lester, J. C. (2000). Life-like pedagogical agents in constructivist multimedia environments interaction. In Proceedings of EDMEDIA 2000, AACE Press, Charlottesville, VA, pp. 741–746
4. Rieber, L. P. (1990). Animation in computer-based instruction. Educ. Technol. Res. Dev. 38: 77–86.
5. White, B. Y. (1993). ThinkerTools: Causal models, conceptual change, and science education. Cogn. Instr. 10: 1–100.
Persoalan 1: Adakah kesemua lima artikel yang dirujuk oleh Mayer (2002) di atas menulis tentang SCIENTIFIC or MATHEMATICAL concepts? Tak ada kan?
Cuma Dunbar (1993) dan White (1993) yang menulis tentang science, tapi kedua2nya dalam context yang berbeza (discovery dan conceptual change). Tiga lagi artikel adalah berkaitan dengan multimedia, animation dan constructivist, yang juga dalam context yang berbeza. Bagaimana dgn mathematics.... tak adapun !
Persoalan 2: Jika dah kesemua lima sumber rujukan tu berbeza, macamana Mayer (2002) boleh merumuskan kelima2 sumber tersebut dalam satu ayat pendek berikut “In microworld games, students may interact with an animation-based simulation such as a game intended to teach SCIENTIFIC or MATHEMATICAL concepts......” boleh ke?
Persoalan 3: Adakah Mayer (2002) yang menulis petikan tu tak takut mengubah maksud asal kesemua artikel yang dirujuk kerana kesemuanya di cite sedangkan masing2 dalam context kajian yang berbeza....atau kerana dia adalah sifu yang established dan tersohor dalam multimedia learning?
Penjelasan:
Mayer (2002) telah menggabungkan kelima2 artikel sebagai citation kerana KESEMUA LIMA artikel yang dirujuk mengkaji KONSEP YANG BOLEH DIGABUNGKAN BERSAMA (animation, multimedia dan constructivist learning) yang apabila digabungkan telah membawa kepada maksud umum yang secara CONCEPTUAL menyokong kajian Mayer (2002) iaitu:
SEBARANG ANIMASI ATAU MULTIMEDIA ATAU GAMES (DITULIS SEBAGAI MICROWORLD) YANG TERLIBAT DALAM PEMBELAJARAN SECARA CONSTRUCTIVIST (SPT SCIENCE DAN MATEMATICS), PELAJAR MENGANGGAP MICROWORLD TERSEBUT HANYALAH SEBAGAI GAMES
Kesimpulan:
Memetik satu sumber artikel atau gabungan beberapa artikel bukan melihat kepada maksud perkataan demi perkataan atau context kajian yang pasti berbeza dari satu artikel ke artikel yang lain… tapi bro.... MENGANALISIS dgn memetik KONSEP atau IDEA yang sama dari artikel2 tersebut dan kemudiannya MENSINTESIS dalam ayat baru dalam bentuk yang berkaitan dgn kajian sendiri.... barulah KRITIS !!
OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...