.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, July 7, 2015

Tajuk 752: Apakah sumbangan post ini kepada KPM?

Salam Ramadhan buat seluruh warga KPM....

Sayugia telah sampai ke cuping telinga aku lagi.... keluhan guru “Susah buat proposal utk mohon PhD bila ditanya – Apakah sumbangan kajian awak kepada KPM? "

Ini adalah soalan cliche turun temurun !!

Sebelum aku teruskan tulisan ini…anggaplah apa yang ditulis ini sebagai INTELLECTUAL DISCUSSION…. dan aku ingin berkongsi my 2.12 cent, setelah dicampur GST.

Berbalik keluhan guru di atas…aku cenderung berpendapat bahawa “tidak kena” meminta bakal calon PhD membuat kajian diperingkat master atau PhD dgn penekanan difokuskan kpd “sumbangan kajian kepada KPM”. Aku berpendapat sumbangan paling UTAMA yang diperlukan diperingkat master dan PhD iaitu sumbangan kesarjanaan / intellectual dalam bentuk “contribution to the body of knowledge” dalam bidang pendidikan yang dikaji.



Aku bagi situasi simple - Apa sumbangan pelajar SPM yang cemerlang kepada KPM?
Memang lah “tidak ada” kalau diambilkira sumbangan secara lansung, sebab mereka ini berjaya dalam SPM utk melayakkan diri memasuki matrik / IPTA… bukan bekerja dgn KPM. Sebaliknya KPM lah yang bertanggungjawab menyumbang kepada pelajar SPM… dalam bentuk penyediaan guru terlatih dan kemudahan terbaik disekolah… dan hasilnya pelajar mendapat KNOWLEDGE…. Jadi KNOWLEDGE adalah objective apabila belajar dlm system pendidikan negara….dari tadika lagi sampailah PhD.

Pelajar PhD adalah produk sebagaimana pelajar SPM juga…bezanya calon PhD perlu meneroka sendiri KNOWLEDGE yang lebih specific secara mendalam yang diperlukan utk jadi bakal penyelidik yang berwibawa dan yang mempunyai kemahiran yang berkaitan dengan bidang masing-masing dalam pendidikan. KNOWLEDGE dan kemahiran ini kemudiannya diadun dalam satu kajian yang akhirnya dapat pula menyumbang kepada “the body of knowledge” dalam bidang yang dikaji.

Sumbangan ini sangat crucial sehingga IPTA mensyaratkan semua calon PhD “wajib” ada publication. Jadi menerbitkan artikel dalam jurnal adalah satu indicator yang jelas sbg “contribution to the body of knowledge”....bukan contribution kepada mana-mana pihak...dan penerbitan artikel ni menjadi benchmark quality research yang menjadi amalan semua universiti di dunia....

Selepas mendapat PhD, barulah wujud tuntutan supaya Dr-Dr ini menjalankan kajian yang secara lansung berkait dgn KPM, bukan ketika menjadi calon PhD yang serba novis, terbatas dgn pelbagai kekangan.

Abis apa yang dimaksudkan dengan”sumbangan kepada KPM?”

Katalah sumbangan tersebut maybe dalam bentuk kajian yang hasilkan misalnya..... soal selidik baru utk kegunaan KPM atau model faktor pengajaran berkesan dalam sains dan kalau macam tu…. aku ada soalan basic untuk di jawab.

Adakah KPM bersedia untuk menggunakan soal selidik, model atau apa sahaja dapatan kajian calon PhD?

Malah setahu aku “belum” adapun mana2 “product” PhD pun yang digunakan oleh KPM. Kalau ada tolonglah maklumkan pada aku....

Memang KPM ada menggunakan soal selidik dan inventori seperti Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) utk bakal2 calon guru….tetapi inventori ini dibina oleh sekumpulan pensyarah / pakar dari KPM dan IPTA yang berpengalaman yang dah bertahun terlibat dalam pembinaan instrument .… bukannya sumbangan dapatan yang terhasil dari seorang calon PhD!

Jika beginilah halnya…. tentulah tidak wajar meminta proposal yang “dapat menyumbang” sedangkan realiti sebenarnya "sumbangan" ini tidak berlaku pun....sebab yang berlaku adalah "contribution to the body of knowledge" yang akhirnya akan melahirkan pakar yang juga akan contribute kepada KPM.

Yang perlu ditekankan dalam penyediaan proposal adalah satu kajian dalam bidang pendidikan yang akan memberikan pengetahuan dan kemahiran up-to-date, mantap, tip top dan meletop dgn keperluan semasa....supaya KPM terus melahirkan pensyarah yang bukan sahaja IT savvy tapi menguasai pengetahuan pendidikan yg mendalam dalam bidang masing2 sehingga terus berupaya membuat penyelidikan berkualiti selepas bergraduate utk menaikkan martabat KPM sendiri...

Percayalah.... berapa ramai calon PhD terutama pendidik KPM sendiri yang tak mendalami analisis qualitative, atau membuat analisis statistik dengan RASCH MODEL atau multivariate and structural analysis dan lain2 analysis yang advanced.... termasuklah membuat validation instrument secara convergent, divergent, predictive....dan inilah yang perlu diberikan perhatian dan fokus dalam penyediaan proposal supaya bakal calon PhD KPM dapat hasilkan kajian yang MANTAP dalam bidang pendidikan.... dan sudah barang pasti kepakaran yang terbina ini akhirnya akan dapat dimanfaatkan oleh KPM juga....

Bayangkan jika bahagian biasiswa PETRONAS atau MARA pun minta proposal “kajian yang dapat menyumbang kepada PETRONAS atau MARA” …. Agaknya berapa orang yang akan dapat biasiswa….?

Aku cuma nak menyatakan bahawa adalah lebih wajar meneliti proposal bakal calon PhD / Master dalam aspek sumbangannya kepada “body of knowledge” dalam bidang masing2 dgn memberi focus misalnya kepada pernyataan masalah yang realistik dalam pendidikan, reka bentuk kajian yang komprehensif serta analisis data yang lebih advance dan rigorous supaya terhasilnya “Dr” yang kompeten utk menyumbang kepada KPM selepas mereka lulus PhD !!

Maka yang nak meneliti proposal tu mestilah tahu apa yang nak diteliti....tahu dari Rasch Model...sampailah RMSEA !

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...