.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, July 7, 2015

Tajuk 762: 5 panduan "TERABAI" ketika menulis nombor dalam thesis !

Aku sedang menulis buku.... bila nak tulis nombor ke nak eja nombor tu... mesti aku confused... dan aku tahu... ko pun confused sama cam aku jugak... sebab tu ramai yang guna panduan "hentam sajalah..!"
Jadi ini 5 panduan umum... yang aku gunakan... dari bacaan dulu2 dan amalan aku... tolong betulkan jika aku silap.. sebab aku bukan orang bahasa macam Ainul Azmin yg lebih arif tapi kalau ko sendiri pun tak tahu... "ikut sajalah.. !"
1. Jika nombor <10 gunalah perkataan.. satu, dua, tiga… sembilan
2. Jika nombor > 9 gunalah nombor…10, 11, 130, 13423….
Contoh:
Terdapat 120 anak yatim beragama Islam, lapan darinya keturunan Rohingya.
3. Jika digunakan dengan unit, tarikh atau apa2lah yang bersiri, gunakan nombor
Contoh:
Tingkatan 1, Semester 2, berumur 52 tahun, 25 km/jam, 1.22 mm, harijadi ke-15, Lorong 124, Tingkat 25 KLCC
4. Jika pengukuran dilakukan secara tepat, gunakan nombor
Contoh:
Setiap hari sejumlah 5 kg daging diberikan kepada harimau tersebut.
Sebanyak 1000.00 ringgit telah dikeluarkan untuk membaiki komputer.
5. Jika pengukuran adalah anggaran, gunakan perkataan
Contoh:
Dapatan awal menunjukkan sebanyak lima kg daging sehari diperlukan untuk membesarkan seekor harimau.
Anggaran seribu ringgit diperlukan untuk membaiki komputer tersebut.
Last bro... jika digabungkan jadilah cam ni...sengaja aku panjangkan ayat ni utk lebih banyak info.
Contoh:
Dua buah lori yang sarat dengan lebih sepuluh ribu mercun berharga sekitar lima belas ribu ringgit yang disorokkan dalam 15 kotak kayu telah memecut dengan kelajuan 120 km/jam dan dianggarkan sampai ke destinasi dalam masa lima jam setelah melalui jarak sejauh 105 km.
Sempoikan?
OT 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...