.

"ANTARA BLOG TERBAIK PENGAJIAN TINGGI DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

ANTARA TAJUK-TAJUK POPULAR.

Link ke semua Tajuk Popular berikut terletak dibawah ShoutMix.

Tajuk 004 - Ada 11 perkara kajian anda SIGNIFICANCE

Tajuk 014 - Menulis LITERATURE REVIEW yang kritis...sempoiii..

Tajuk 020 - Sample: Purposive atau Convenience atau ?

Tajuk 032 - Kenapa data ordinal tidak normal?

Tajuk 035 - Interpretasi SIGNIFICANT bagi correlation

Tajuk 083 - Sempoinya menulis LITERATURE REVIEW secara kritis !

Tajuk 094 - Tulis PROBLEM STATEMENT tapi TIDAK ADA problem?

Tajuk 100 - Menulis thesis dgn PANTAS "Jika saya menjadi anda"

LINK KE SEMUA TAJUK POPULAR BERIKUT TERLETAK DIBAWAH SHOUTMIX.

Tajuk 119 - Jgn perasan kajian anda boleh ubah policy!

Tajuk 122 - Jgn nak lebeh2 jika guna CORRELATION !

Tajuk 132 - Anda patut lebih TERROR dari supervisor anda !

Tajuk 141 - Tak logic minat RASCH MODEL tapi tak tahu LOGIT?

Tajuk 156 - DROPBOX - File tesis anda dalam bahaya!

Tajuk 184 - Semak Literature Review dgn SIMEC !

Tajuk 185 - Senangnya bina OUTLINE LR !

Tajuk 187 - Tiga rahsia penulisan LR terbongkar... Yezza!

Tajuk 212 - Cari RESEARCH GAP? Gunalah SYNTHESIS MATRIX !!

Tajuk 215 - Kalaulah saya jadi SV.. emmm

Tajuk 233 - CITATION dlm LR – Giler kalau macam ini...!!

Tajuk 238 - Lambat siap tesis – Anda berpenyakit procrastination !

Tajuk 234 - Anda pasti KALUT tanpa PILOT Article

LINK KE SEMUA TAJUK POPULAR BERIKUT TERLETAK DIBAWAH SHOUTMIX.

Tajuk 339 - Thesis: Dont Make It Write, Make It Written !!

Tajuk 240 - "DISCUSSION OF FINDINGS" Jangan pulak anda jadi Pak Pandir.

Tajuk 242 - RESEARCH GAP? - Gunalah HYBRIDIZATION TECHNIQUE

Tajuk 245 - Baca ini anda confirmed kamcing dgn SV

Tajuk 261 - RESEARCH GAP dan Teori Persenyawaan

Tajuk 267 - RESEARCH FRAMEWORK: Kenapa proposal mesti tebal-tebal?

Tajuk 277 - 278: RFOT - Wow !! RESEARCH FRAMEWORK dlm satu mukasurat jer!

Tajuk 279 - Nilai sebuah PROPOSAL..

Tajuk 285 - Thesis dan Awet Muda - Tips untuk suami isteri

LINK KE SEMUA TAJUK POPULAR BERIKUT TERLETAK DIBAWAH SHOUTMIX.

Tajuk 291 - 4 langkah validate + reliability questionnaire

Tajuk 311 - 6 kisah seram calon PhD !!

Tajuk 312 - Anda tak boleh ubah SV, andalah yang perlu berubah !

Tajuk 326 - MENDELEY: Citation + bibliography secara automatik....!

Tajuk 363 - Download template RFOT versi baru dlm MS Word disini !

Tajuk 366 - Empat langkah sempoi tulis paragraph yg KRITIS !!

Tajuk 367 - Bila supervisee jadi BEBAN SV !!

Tajuk 370 – Menulis significance dan Implication of study…

Tajuk 373 - Download desktop calender free here

Tajuk 379 - Download template for writing article AROT

Tajuk 395 - Novelty / Originality kajian anda dipersoalkan?

Tajuk 401 - Download RFOT latest (v4)

Tajuk 405 - Fulamak...Speed Reading (SROT)

Tajuk 417 - 432: Wooow.... ATLAS.TI - 12 Siri Langkah demi langkah

Tajuk 458 - Fulamak...3 Langkah Mudah Gaya UKM Dlm MENDELEY

Tajuk 468 - What is "THE BEST" Thesis?

Tajuk 473 - Sebab supervisee slow sokmo !!

Tajuk 477 - Template RFOT utk download (pdf)

Tajuk 486 - SV timun laut buat kajian singa laut?

Tajuk 487 - Bila Prof nak jadi MARADONA

Tajuk 529 - Calon PhD: Tipah Jgn Tertipu dgn SV !

----------------------------------------

Sila klik link Brochure, Sijil Penyertaan dan Resit yg disediakan di bawah shoutmix.

------------------------------------------------

SENARAI TENTATIF BENGKEL


RINGKASAN BENGKEL:

(1) TULIS TESIS CEPAT = TULIS TESIS CEPAT, LIT. REV. & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) SPSS =PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ATLAS.ti = ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) QNAIRE = BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK



Daftar dan info : http://www.postgraduateworkshop.com/

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke: zahinothman@gmail.com


Sila klik link Brochure, Sijil Penyertaan dan Resit yg disediakan di bawah shoutmix.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, August 30, 2011

Tajuk 205: Tips abis thesis awal - Bhg 2

Saya sambung lagi tajuk 204......


Keenam - Tulis serentak 


Setelah menulis isi yang anda baca dgn teknik write while u read, siapkan semua chapter serentak, bukan chapter by chapter dan susun mengikut chronology dan sintesis apa yang anda tulis. Ingat, expectation pembaca adalah tinggi kerana anda adalah pelajar PhD. Apa yang ingin disintesis?


Chapter 1 - sintesis bagi menggambarkan latar belakang secara ringkas semua keywords supaya readers mengetahui apa yang sedang berlaku dan mengapa anda perlu menjalankan kajian ini.


Chapter 2 - sintesis perkembangan pengetahuan tentang fokus kajian anda, perkembangan teori, conceptual framework yang menjadi nadi kajian anda serta IV dan DV.


Chapter 3 - sintesis kajian lepas yang strengten kajian anda


Tulis dengan satu ingatan - tidak ada satu ayatpun yang anda tulis tanpa anda sedari maksudnya terhadap kajian anda


Ketujuh - Read and write... dont stop !


Thesis tak bertambah jika anda tak tulis. Jika tak bertambah macamana nak abis awal. Tukar kebiasaan anda membuat highlighted dalam artikel anda dengan pen kepada terus menulis idea yang anda baca ke dalam zero draft anda - now and then ! Saya telah sarankan dlm bengkel saya supaya anda menulis bilangan perkataan yang anda tulis disatu white board.... dengan target mencapai 70,000 perkataan. 


Adakah anda akan abis awal jika anda hanya menulis 500 dalam tempuh sebulan? Jika anda menulis 1000 sebulan, anda perlukan 70 bulan.... bila nak abis? Jadi anda perlu menulis beribu2 perkataan sebulan..... yang kemudiannya anda akan edit, buang dll tetapi target anda mencapai 70 ribu akan segera tercapai....


Ingat.... mereka yang menulis lambat, kononnya nak mendapat idea yang terbaik, belum tentu mendapat idea tersebut, berbanding dengan anda yang tulis ribu2 perkataan, pasti anda akan terjumpa idea tersebut....


Kelapan - The sense of urgency


Anda perlu ada perasaan the sense of urgency.... bagi menggantikan the sense of "last minute". Perasaan the sense of urgency akan mengarahkan otak anda membuat sesuatu spt anda akan mati esok hari.... tu dia! Perasaan ini menyebabkan anda merasa sgt bergantung kpd keperluan menyiapkan tesis dgn cepat.... sementara the sense of last minute cuba memberikan anda justifikasi.... lambat2 pun siap juga.... macam orang lain juga. Percayalah...anda tak layak membuat thesis jika ada tak ada perasaan the sense of urgency ini...memang tak layak.... sebab PhD tak sesuai utk mereka yang kaki lengah, kaki malas, dan kaki kena suap baru nak buat...atau kaki tergedik2....kaki fesbuk yg klu tak buka tiap jam rasa mcm nak pengsan.....


Saya teringat kata2 Pak Cik Hj Aziz Hasan, salah sorang peserta bengkel saya dan activist fesbuk DSG bahawa bisness family hanya boleh bertahan 3 generasi sahaja. Saya tak sempat nak tanya kenapa? Tapi saya jangkakan bahawa generasi ke3 telah berada dalam comfort zone dah tak ada lagi perasaan sense of urgency utk majukan bisness.... mereka mengabihkan beras jer.... dan serah semua urusan pada orang lain...yg kemudiannya take over the bisness....padan muka !!


Kesembilan - Kena berlagak!


Jgn bro.... tak baik berlagak tau..... kena humble.....


Nak cepat siap mestilah kena berlagak sikit.... tapi dengan tujuan baik. Bukan berlagak tong kosong bro....


Masukkan dalam fesbuk dan beritahu kawan2 anda yang anda telahpun siap sekian2 ribu perkataan.......utk semua chapters......dan dah mula nak collect data.....dah buat sekian2.......sebagai satu trick anda memaksa diri anda meningkatkan apa yang anda dah capai. 


Bila dan capai sasaran... war2 lagi sasaran baru..... biar anda ada sedikit pressure.... dan biar kawan2 anda terlopong kehairanan melihat cepatnya progress anda!


Contohnya (agak extreme supaya sampai mesej....jgn tiru.... gunakan bahasa yg sopan dlm fesbuk)


"Hello bro.... wa dah siap tulis draf LR 15 pages dalam 10 hari.... cayalah....wa akan habiskan lagi 10 pages dalam 5 hari... he he.. wa mau kasi wa punya SV terkezut !!
Lagi 5 hari bro.... nanti wa announce dlm fesbuk bagi lu orang jeles sama wa.....wa dah siap LR 20 pages.... terbaik bro....kaw-kaw punya...cincai2 wa tak main....semua siap dalam 15 hari bro.... bukan 15 tahun.... wa tak mau jadi kura2.... tapi klu korang nak jadi jugak....wa tak boleh larang...."


Kesepuluh - Jatuh cinta buat kedua kali....


Buat PhD kena jatuh cinta dgn PhD. Apa rasa bila jatuh cinta? Baru 5 minit hantar sms kat dia tu....rasa macam 5 hari tak hantar sms. Betul tak. Baru 1 jam hantar email... tanganpun gatal tak sabar2 nak hantar email lagi. Satu email bukan 1 paragaraph bro.... 10 paragraph tuuu....


Betul lah bro..... itu wa punya awek bukan 5 minit woo...tapi tiap2 satu minit wa sms sama dia... cintun punya pasal.... . 


Cinta.....memberi dan menerima...


Kalau sidia bagi buku 500 muka surat dengan catatan:
"Sayang.... baca lah buku ini masa ayang free, kerana kisah dalam buku ini samalah apa yang ayang rasa kepada ayang...."


Cuba teka.....bila agaknya buku tu dibaca?


Betul..... jam tu jugak diabiskan 500 pages.... membaca dgn penuh perasaan.... tak sempat tunggu waktu free....lupa makan...lupa mandi....lupa diri.....mujur tak lupa solat....cuma tak kusyuk jer sebab terbayang2 wajah sidia....


Inilah cintaku....


Jadi korang ni semua buat PhD ler? Betul ker? Korang betul2 ker jatuh cinta dgn PhD, atau sekadar suka2 dan main2 mata jer....Korang sanggup ker renangi lautan ribuan artikel? Bukankah buat PhD ni sesuatu yang mencabar... kena byk membaca...berfikir.....setakat multiple regression tu dalam 2,3 hari dah boleh faham asasnya. Setakat nak cari 10, 20 artikel tu dalam 2,3 jam jer dah dapat. Tapi jika tulis 2,4 paragrah sehari.... buat malu jer.


Jadi...jika anda tak ada rasa jatuh cinta..... buat ler benda lain yang anda cintai....bela arnab ker.... bela ayam ker....jgn buang masa..


Phew......


Itulah 10 tips "spontan" yang sempat saya catatkan, dalam kesibukan menyambut syawal dan pergi menziarahi sanak saudara sejak pagi tadi. Setelah menziarah lebih 7 rumah termasuk menziarahi pusara aruah isteri di Rembau, saya bertolak ptg tadi ke KL pula ke rumah mertua. Esok saya ke Seri Menanti then pulang semula ke Rembau. Saya terus menulis.... agaknya saya telah jatuh cinta....


Tips ini adalah pengalaman saya.... cuma tak pernah tercatat utk dikongsi....walaupun tidak menyentuh soal tektikal dan teknikal secara direct, namun setiap tips telah menggerakkan nadi, jiwa dan minda saya..... sehingga penulisan tesis menjadi sesuatu yang 'Tidaklah sesukar mana'....




OT
Bukit Tunku
1 Syawal....

Sunday, August 28, 2011

TAJUK 204 - Tips abis thesis awal - Bhg 1

Ada ke tips abis thesis awal?


Dalam dunia ni semua tips pun ada. Tips nak bagi lambat abis PhD pun ada.... tips buah kuih bahulu....sampai tips malam pertama...pun ada.....


Ramai juga yang tak kisah pun tips2 ni.... pakai redah jer. Tips adalah jejak yang pernah dilalui oleh mereka yang terdahulu....supaya yang baru dapat panduan berguna....


APA? MALAM PERTAMA?


Ala.... tak yah tips2.... itu instinct jer... basic instinct.....sampai masanyer aku tahu ler apa nak buat... he he


Jgn takbur bro...saya pernah baca kisah pasangan pengantin satu malam tak tidor sebab buat ini tak jadi.... buat itu tak kena..... dua2 naif...akhirnya tak solat suboh sebab tertidur kepenatan mencuba sesuatu yang lama terpendam dan diidam2kan tetapi tidak kesampaian.....realiti yang tak sama fantasi....


Saya ada 10 tips malam pertama baik punye....tapi tips ni tak cecuai nak listkan kat sini....nanti blog drotspss kena serbu..... susah wa bro.... 


Betul ke ada tips nak abiskan penulisan tesis lebih awal? Pengalaman saya mengatakan "ya" kerana ramai pelajar yang gembira seketika sebaik sahaja mendaftar....tetapi tidak perlu tunggu lama untuk kegembiraan menjadi mimpi ngeri..... 


Izinkan saya senaraikan beberapa tips yang saya ringkaskan dari penulisan entry2 saya yang terdahulu.


Pertama: Kemahiran asas


Persiapkan diri dengan 3 kemahiran asas - document map, LR dan analisis data.


Document map - susun idea dengan heading dan subheading


LR - penulisan paragraph, analysis dan kritis


Analisis data - SPSS dan qualitative (ATLAS, NVIVO, etnography etc)


Kemahiran ini tak ada di fakulti anda, jadi ikuti bengkel yang banyak dijalankan di IPTA..... Jika tak faham sekali (katakan bengkel NVIVO), ikutlah 2, 3 kali dan praktiskan selepas bengkel.


Juga lengkapkan diri dengan skill lain seperti skill mencari artikel, skill membuat bibliografi dll


Tanpa kemahiran ini, anda memang memiliki tips....tapi tips bagi orang yang akan lambat dan berhempas pulas menyiapkan thesis.


Kedua: Tentukan target


Jika anda ada 3 tahun, proposal sepatutnya dihantar 6 bulan pertama. Data collection semester 3... dan 2 semester lagi analisis data dan penulisan. Semuanya 2.5 semester. Reserve 1 semester utk hal2 yang tak disangka berlaku...


Tanpa target, anda sebenarnya menggunakan tips pasrah dan menyerah. Ikut sahaja angin.... jika kencang cepatlah anda siap....jika sepoi2 bahasa.... maka begitulah penulisan anda. Lazimnya angin sekadar sepoi2 bahasa.... ribut jika melandapun cekali cekala cahaja !!


Ketiga: Be realistic


Tesis anda bukan segala2nya. Tesis anda tidak akan dapat mengubah dunia. Dapatkan tajuk dan kajian yang mencapai tahap PhD / Master tetapi jangan melampaui kemampuan anda sendiri. Jika PhD, gunakan advanced statistik mulai MLR hinggalah yang lebih tinggi termasuklah SEM. Pilih IV dan DV yang tidak terlalu sukar diperolehi datanya. Jgn kaji IV dan DV yang terlalu abstract.....


Jika boleh, dapatkan data interval / ratio. Dengan data ini, byk persoalan dan kemuyskilan berkaitan analisis dan assumption statistik dapat dibereskan dengan mudah. Cuba baca kajian2 yang gunakan data interval / ratio ini. Jika viva nanti, data pada skala interval / nominal perlu dipertahankan dan akan mengundang banyak songel dari ahli panel.


Buat PhD bukanlah SENANG tetapi janganlah sengaja cari tajuk yang SUSAH ! 


Saya ulang...


Buat PhD bukanlah SENANG tetapi janganlah sengaja cari tajuk yang SUSAH !!


Tajuk yang sukar dan pelik2 tidak menjamin thesis anda lebih baik dari orang lain..... silap haribulan anda yang jadi pelik !!


Pelik camner bro?


Orang lain abis 4 tahun..... anda pulak tak abis2.....


Anda mungkin idealistic.... nak pastikan semua perrrrfecttt. Komputer mesti canggih. SV mesti supportive. Articles mesti ada terkini. Tajuk mesti dasyat. Namun... idealistic selalunya lebih mudah wujud dalam angan2....dari realiti.....


Keempat: Blok masa membaca dan menulis


Blok masa yang mencukupi utk menulis. Saya cadangkan anda luangkan masa contohnya satu hari 6 jam straight membaca dan menulis bukannya 2 jam utk 3 hari atau sehari satu jam....


Contohnya anda sibuk.... maka selesaikan urusan anda dahulu, katakan Isnin sampai Rabu. So pastikan hari khamis anda benar2 free utk berada di library atau dimana sahaja yang conducive untuk 6 jam. Tidor awal, pastikan anda ceria dan bersemangat, minta pasangan anda uruskan anak2 dll utk hari tersebut.


Anda bermula katakan 8 am. Anda boleh gunakan 6 jam tersebut utk mengumpul articles sahaja... then the next day for another 6 hours for read and write only. Ini bagi memastikan anda dapat satu kuantiti penulisan yang lebih komprehensif dan flow.... berbanding 2 jam x 3 kali, yang terencat2... tapi jk anda memang free sokmo sebab full time student....buatlah hari2....insyaAllah anda dalam landasan yg betul utk menyiapkan tesis anda.






Alasannya, jika 6 jam straight, anda akan lebih mudah mengaitkan idea2 yang anda baca ... EUREKA !! I found it !! 


Kelima: Reward diri sendiri


Anda boleh reward diri sendiri setelah berjaya menulis dalam kuantiti yang signifikan.... jgn kisah dulu pasal kualiti penulisan anda, sebab TAK ADA manusia yang tiba2 pandai menulis.....anda akan sentiasa improve apabila anda semakin byk menulis....dgn amalkan panduan yg anda dpt dr bengkel Dr OT ataupun mana2 kursus yang anda pernah hadiri. 


Katakan anda berjaya menulis 2000 words dalam tempuh 6 jam dan seminggu 20000 words.... nak reward apa tu terserah pada anda.....atau pakat dengan hubby.... jika berjaya tulis 50000, hubby belanja gi SPA, manjakan diri..... 


Katakan pada hubby "kalau kulit ayang makin lembut dan gebu dek pergi SPA setiap bulan......bukan utk sapa.....utk abang juga....kan....kan....." Mesti keluar air liur hubby dengar pujukan anda....


Abis kalau suami? 


Kalau suami.... minta layanan super extra ler pada isteri.....itupun nak tanya ker bro.....


Jika abis PhD... rewardkan diri pergi mana2 utk second honeymoon....




OK... lima tips dulu....bersambung....


Hari ini hari terakhir Ramadhan..... Selamat Menyambut Syawal


OT

TAJUK 203 - Ustaz... explicit dan implicit....

Salam semua, Saya berada di kampung, kepenatan membersihkan rumah emak yang terbiar 3 bulan kerana mak sakit dan tinggal bersama anak2 di Bangi dan Cheras. Malam ni hujan..... sedih menamatkan solat tarawikh malam ini.


Sesuai dengan penghujung ramadhan, ada sesuatu yang terbuku disudut hati saya utk saya catat disini.... berbeza dengan entry saya sebelum ini. Lazimnya ustaz berikan pandangan mereka, saya pula tercetus utk berikan sedikit pendapat saya...


Wife dan anak2 dah tidur, saya ditemani oleh IPAD2 yang setia. Sepanjang ramadhan, byk sekali kuliah agama dan tazkirrah dengan pelbagai ustaz datang silih berganti. saya ntah mengapa...terselit rasa sedikit skeptical dengan situasi begini....


Mengapa?


saya sanjungi ustaz kerana mereka adalah ilmuan dan sarjana..... ada ratusan ribu "uztaz dan ustazah" diluar sana, samada dari Timur Tengah mahupun dari lulusan dalam negeri. ceramah mereka menggegar masjid dan surau....bukan sebuah tetapi hampir setiap masjid dan surau...ratusan ribuan masjid dan surau setiap malam!!


saya ingin bertanya satu soalan mudah dan juga bertanya diri sendiri...... dalam ratusan ribu ustaz2 tersebut... siapakah seorang ustaz atau ustazah yang benar2 telah memberi satu contoh ikutan kpd saya?


Anda bagaimana pula?


Ada mak cik saya kata, dia suka ustaz A sebab ceramahnya menarik....dan ust pandai selang selikan dengan jenaka.... tak jemu....


Hati saya berkata lagi....ustaz A memang dah bertahun2 berceramah.....dah expert.....dan hati saya berkata2 lagi.... hanya kerana itu sahaja? Dulu Ustaz datang naik proton..... la ni naik kereta mewah....... emmmm syukur rezeki bertambah baik.


Tapi saya terasa spt ada contradict bila ustaz sebut.... sahabat Nabi kaya sebelum Islam kemudian serahkan harta selepas peluk Islam. Semakin kuat islam semakin sederhana hidup mereka. ada yg kaya sebelum islam then serahkan harta selepas kenal islam. ini yg saya diberitahu..... itu yg ustaz kata....sebab itulah Islam hidup kerana dapat dirasakan praktikalnya spt yang diamal dan ditunjukkan oleh nabi2 dan sahabat.


Ustaz adalah "warisatul ambia" atau pewaris nabi2 sebab itu mereka berceramah....memberi nasihat dan panduan fardhu ain dan fardhu kifayah. jasa mereka terlalu besar dalam menyampaikan ilmu....namun mengapa agaknya secara umum akhlaq masyarakat masih ditakuk lama....saya pandang kiri...pandang kanan.... saya tak terasa kehadiran ustaz atau impak kehadirannya selain dari ceramah.... betulkan jika pengamatan saya salah dan tersasar....


Jika tanya mat rempit..... atau sesiapa sahaja kelompok yang jarang mendekati surau, masjid apatah lagi utk mendengar ceramah.... siapakah ustaz idola mereka? Pernahkah mereka didekati? Ntah lah sebab saya sendiri tak tanya soalan tersebut kepada mereka... 


Terlalu jauh akhlaq nabi2 yang diceritakan oleh ustaz berbanding dengan akhlaq kita hari ini. Tak tercapai rasanya utk mengikut akhlaq nabi2 dan junjungan kita Nabi Muhamad saw. oleh itu orang yang kurang ilmu spt saya ini ingin melihat akhlaq tersebut diterjemah dalam kehidupan masyarakat..... tentu diterajui, ditunjukkan, dipraktiskan secara explicit dan implisit oleh ustaz2.... sebab mereka adalah contoh pewaris nabi yang hidup sezaman dengan saya. 


Mereka adalah ikutan dan panduan "secara live" oleh masyarakat... atau "the living example" namun saya tidak dapat merasakannya impaknya secara signifikan jika melihat kepada ramainya jumlah yang memberi ceramah seluruh negara....mungkin saya tersilap....bentuk macam manakah yang dikatakan kehidupan seorang muslim sejati? 


Saya sekali lagi skeptikal.......agaknya jika nabi2 atau sahabat nabi hidup pada zaman ini, adakah mereka hanya dikenali melalui ceramah di masjid dan surau, dengan ada antaranya yang memandu kereta mewah......sambil berceramah supaya hidup sederhana.... ntahlah.....saya tak pasti jawapannya...juga saya tertanya2 adakah sahabat nabi yang terkenal akan menerima tawaran menjadi duta sesuatu produk......satu soalan yang bunyinya tak relevan tapi otak saya sering bertanya.....barangkali sekali saya ni ketinggalan zaman agaknya!! 


Menunjukkan kesarjanaan Islam sahaja tidak cukup...... tetapi hendaklah dapat dilihat amalan kesarjanaan tersebut utk di teladani dan menjadi ikutan serta panduan golongan kebanyakkan.....otak saya terus berkata-kata.....


Mohon sejuta kemaafan atas keskeptikalan saya ini.....saya mungkin terlalu banyak berfikir......tapi kurang beramal....atau terlalu naif....


Salam syawal khas kepada pelajar2 saya....


OT
REMBAU



Thursday, August 25, 2011

TAJUK 202 - MSc / PHD – SEMUDAH A,B,C, PESANAN BAGI PESERTA DAN BAKAL PESERTA BENGKEL: BHG II

MSc / PHD – SEMUDAH A,B,C,  PESANAN BAGI PESERTA DAN BAKAL PESERTA BENGKEL: BHG II

Berapa lama anda mengambil masa utk menyiapkan draf proposal anda? 

1 semester, 2 semester atau 2 tahun? 

Berapa lama anda perlukan untuk kembangkan proposal anda menjadikan thesis?

4,5,6...tahun? Phew..... 

Saya ingin mensimulasi apa yang pernah saya lakukan dahulu….. berkesorangan semasa menyiapkan proposal saya…. …...


Samada anda ingin merangkak atau melompat....
bergantung kepada anda sendiri...


Jika anda berada didepan computer, di library yang dingin dan nyaman, mencari artikel dalam journal yang berkaitan dalam bidang anda…..yang di subscribe oleh library….just click..click..click... berapa lama anda boleh kumpulkan 20 journal?

Dengan menggunakan skill operasi Boolean dan advanced search…..(sila baca entry blog saya teknik ini)  anda sebenarnya perlukan tidak lebih 2 jam sahaja untuk dapatkan 20 (malah mungkin lebih) artikel dengan satu syarat...


Jgn tab fesbuk dalam standby mood utk dibuka.... dan simpan hp dengan mode silence dalam bag anda. Jangan biarkan fesbuk dan sms mengganggu date anda dengan artikel anda !!

Apabila anda telah downloaded 20 artikel tersebut, anda boleh lah mula membaca secara skimmed bagi mendapatkan idea keseluruhan asas dalam bidang kajian anda. Satu kaedah skimmed adalah dengan menggunakan hujung jari. Letakkan jari telunjuk anda ditengah2 artikel dan gerakkan perlahan2 dalam satu garisan lurus vertical ke bawah teks sambil membaca..... bukan gerakkan mengikut baris demi bari secara horizontal. Ini akan mempercepatkan anda scan isi penting. Bila terjumpa teori atau isi yang penting, barulah anda baca secara horizontal, then terus taip point tersebut dalam komputer anda.  

Berapa lama anda perlukan untuk skimmed 20 journal dengan 10 - 15 pages? Jika satu journal 20 - 30 minit, maka 20 journal memerlukan tidak lebih 3 hari sahaja untuk anda selesai membacanya….


Sekali lagi...Jgn tab fesbuk dalam standby mood utk dibuka.... dan simpan hp dengan mode silence dalam bag anda !!


Lebih baik membaca dengan wikipedia standby utk explore perkataan yang maybe sukar anda fahami buat kali pertama. Anda tak perlu faham keseluruhan artikel, esp. perbincangan detail tentang analisis data.... just scan the theory, methodology and conclusion. 

Setelah mendapat idea asas tentang kajian anda…. Anda boleh mula membina thesis structure anda dengan doc map / navigation pane dengan MW Word di computer anda yang anggun dan canggih manggih yang sedondong dengan warna tudung anda. Anda hanya perlu katakan 2 jam untuk menyiapkan struktur thesis anda bagi bab 1, 2 dan 3. (Ingat..dalam bengkel saya bagi masa 15 minit sahaja dan anda berjaya membinanya wpun belum proper .... yang penting ADA !!)

Diiringkaskan cerita… anda hanya perlukan dalam 2 - 3 hari sahaja untuk memulakan asas penulisan thesis anda bagi chapter 1,2 dan 3 dan bukannya 2 - 3 semester !! Ini perbezaan masa ibarat antara langit dan bumi..... antara kapchai dan Harley Davidson... dengan nasihat:


Jangan terlalu skema sangat untuk ikut segala schedule fakulti anda yang perlukan anda mula menulis selepas abis mengambil coursework atau selepas menamakan comittee dll..... anda redah jer..... sebab yang rebah nanti bukan orang lain.... anda juga....


Maaf, jika saranan saya ini seperti provocative.....tapi inilah yang telah saya lakukan..... sambil ambil coursewaork sambil siapkan proposal dan rayu kepada jabatan nak masukkan dalam senarai pembentangan lebih awal.... tokojut jugak supervisor saya masa tu....

Bagi peserta bengkel…. Inilah masanya anda mempraktiskan kemahiran yang anda timba dalam bengkel penulisan. Bagi bukan atau bakal peserta bengkel….. tentu anda tidak percaya pernyataan ini dan akan terguling2 ketawa........ sampai kuar2 air mata..... asal jgn sampai basah seluar dah ler! 

Sayugia dimaklumkan saya sendiri mengambil masa tak sampai 3 bulan untuk menyiapkan proposal doctorate saya dan seterusnya membentangnya dan diterima oleh jawatankuasa supervisory….dan berjaya menterkesimakan  pelajar mat salleh dan minah salleh yang hadir ..... dengan pujian…well done Mr Talib (masih terngiang2 sampai sekarang)   alhamdulillah !!

Kemudian, skill write while your read akan menambah isi struktur thesis anda dengan satu kadar yang anda sendiri tak akan percaya… dengan syarat ketepikan dulu fesbuk seketika ketika anda menulis. 

Layarilah fesbuk hanya sebelum tidur…. atau sebelum memulakan penulisan bagi menghantar kabar gembira anda telahpun berjaya menambah dari 2000 perkataan kepada 3500 atau 5000 perkataan dalam chapter 1,2 dan 3 anda dalam tempuh sehari…. bukan satu semester!! Saling memotivasi kawan2 lain …. bukan sekadar menjadi penyemak atau penyebuk dalam fesbuk!

Apabila anda mengikuti bengkel SPSS, SEM, NViVO dsb seperti yang sedang dijalankan oleh DSG (syabas kepada yang sangguh menjadi monitor) maka darjah confused anda akan berkurangan.....dan teruskan membaca dan menulis, pemahaman anda akan lebih mendalam, dan penulisan anda akan jadi lebih teratur serta pemikiran akan akan menjadi lebih kritis dengan aplikasikan intro – point – conclude serta 4 C dalam menghasilakn paragraph yang baik. 

Terus taip dalam computer anda, bukan lagi catatan2 atas kertas yang akhirnya anda akan lupakan begitu sahaja…..

Semoga anda menjadi contoh kepada bakal2 pelajar yang akan mendaftar semester depan..... kongsilah pengetahuan yang anda telah timba.....

Dengan ini, saya akhiri dengan ribuan ampun jika sepanjang saya kendalikan bengkel, mulut saya ini agak over, tidak bermaksud menghina sesiapa, sekadar prihatin dan sedikit geram… geram2 sayang....

Esok Sabtu, saya dan wife ada program utk membawa anak2 yatim Sendayan bershoppiing di JJ Seremban2 dan selepas itu akan berada di kampong….. sekadar mendidik hati yang selalu tidak bersyukur dan lalai.....Saya juga sarankan anda menjadi penyumbang tetap kepada mana2 rumah anak yatim yang berdaftar...... sebagai bekalan akhirat dan pelembut hati.... dan saya akan berhenti menulis untuk beberapa hari……

SELAMAT BERPUASA DAN MENYAMBUT DAN MENYAMBUL SYAWAL....


OT

TAJUK 201 - MSc / PHD – SEMUDAH A,B,C - PESANAN BAGI PESERTA DAN BAKAL PESERTA BENGKEL: BHG I

MSc / PHD – SEMUDAH A,B,C - PESANAN BAGI PESERTA DAN BAKAL PESERTA BENGKEL: BHG I

Entry kali ini agak berbeza. Walaupun saya tujukan kepada peserta dan bakal peserta bengkel, namun pembaca yang lain juga boleh mengikutinya……. sebab pengetahuan adalah milik semua.

Suasana fakulti mula berubah. Mood kerja dah bertukar kepada mood balik kampong. Suasana di taman perumahan juga berubah.... mood balik kampung juga sudah melanda. 

Saya tak banyak masalah sebab kampong saya di Rembau dan my wife di Seri Menanti. Nampaknya mood menulis thesis dan blog juga akan terhenti…. sebab sebagai ibu atau  bapa atau sebagai anak…….anda akan sibuk dengan agenda menyambut raya….dengan alasan raya datang setahun sekali !!

Then selepas 2,3 minggu terhenti menulis, dan menyambut Hari Raya….. Semester baru akan bermula pada 12 September. Jadi awaslah dengan satu sindrom “jangkitan” dalam menyiapkan tesis.

Ini istilah psycho….namun dari observation saya, sindrom  ini sering melanda pelajar master dan PhD berbanding penyakit lain. Penyakit ini timbul bukan akibat kuman atau virus atau bakteria tetapi disebabkan oleh beban dalam minda yang begitu berat memikul tanggungjawab menyiapkan penulisan thesis dan dalam masa yang sama menjalankan kajian. 

Penulisan thesis yang sukar….. menekan perasaan, dan apabila perasaan tertekan…. maka berjangkitlah kepada penulisan tesis menjadi lebih sukar. Kajian pula sukar dijalankan…. menekan perasaan, dan apabila perasan tertekan…. berjangkitlah kepada perasaan bertambah sukar menjalankan kajian. Kesukaran ini berjangkit menjadikan  penulisan akan tertangguh. 

Apabila penulisan tertangguh… maka segala2 menjadi semakin sukar……dan bermulalah sakit berjangkit ini dipanggil Permanent Head Damage (PHD).


Fahami konsep asas......


Jadi langkah pertama dalam mengawal jangkitan ini adalah dengan:

i. membetulkan paradigm dalam minda anda bahawa menyiapkan tesis bukanlah sesuatu yang tersangatlah sukarnya asalkan anda ada usaha dan focus

ii. persiapkan diri anda dengan kemahiran asas yang diperlukan.

Apakah kemahiran asas tersebut?

Bagi peserta bengkel, anda telahpun memiliki skill penulisan yang effisyen dengan bantuan doc map / navigation pane serta teknik dirdio, wwur, 1file1thesis dan zerodraft. Anda perlu mantapkan lagi dengan bengkel berkaitan analisis data seperti SEM dan NViVo.

Dengan kemahiran ini, membuat thesis bukan sesukar yang digambarkan malah ganjarannya juga besar iaitu…

Pertama – Anda akan diijazahkan sebagai sesorang yang akan dipanggil sebagai “Dr”.  Ini bukan panggilan sebarangan, tetapi menggambarkan kewibaan anda dalam bidang kepakaran anda.

Bayangkan seorang Dr akan memanggil jururawatnya sebagai Puan Siti, kini perlu memanggilnya nya sebagai Dr Siti selepas mendapat PhD……!! He he….. Jangan sampai pesakit confused dah ler….

Kedua – Kepercayaan dan tanggungjawab yang akan diletakkan dibawah tanggungjawab anda akan lebih besar.
Selalunya anda akan dinaikkan pangkat dan gaji selepas mendapat PhD dan diberikan tanggungjawab yang lebih besar.

Ketiga – ijazah doctorate adalah ijazah TERTINGGI yang dianugerahkan dalam bidang akademik di atas muka bumi ini yang anda telah berjaya mencapainya….

Tiada lagi pendaftaran menjadi pelajar selepas mendapat PhD.

Keempat – mendapat gelaran Dr bermakna anda adalah seorang professional.

Anda bukan lagi novice. Anda dianggap pakar dalam bidang anda dan akan jadi sumber rujukan pula.

Persoalan saya:
Adakah empat situasi yang akan anda perolehi di atas dapat dicapai dengan sambil lewa, touch n go sahaja?

Tentulah tidak…..ikutilah tajuk seterusnya…..

OT

Tuesday, August 23, 2011

TAJUK 200: ANDA ADALAH THE FIRST AUTHOR UTK ARTICLE ANDA



Saya menerima pertanyaan dalam bengkel tentang siapa yang sebenarnya menjadi penulis atau pengarang pertama dalam journal article yang ingin diterbitkan. Ini satu lagi isu yang agak kontroversi kerana penulis utama akan mendapat kredit atau point yang lebih (dalam kenaikkan pangkat misalnya) berbanding penulis yang lain. Maybe terdapat situasi anda sebagai pelajar PhD / master tidak sedar keadaan ini lalu membenarkan (secara sedar atau tidak) individu lain yang menjadi penulis pertama (first author) bagi kajian dan artikel yang anda publish.


Bersama bakal "DR" yang akan menerbitkan banyak artikel.....

Isu siapa patut jadi the first author apabila menghasilkan artikel utk publication perlu ditangani dengan tenang,jujur tanpa perlu mengundang kontroversi. Dalam hal ini, saya ingin membawa semua pelajar postgraduate yang maybe tidak berapa kisah akan hal ini akan beberapa prinsip utama dalam penentuan first author. Prinsip ini perlu difahami terlebih dahulu sebelum anda menulis artikel.

First author (namanya paling atas dalam senarai penulis dalam artikel) adalah seseorang yang (i) benar2 telah menjalankan kajian dan (ii) benar2 telah menulis artikel tersebut. 

Saya ulang.....(i) benar2 telah menjalankan kajian dan (ii) benar2 telah menulis artikel tersebut. Ini adalah asas kepada persoalan di atas. Jika sah bahawa anda yang menjalankan kajian, then anda pula yang menulis.. maka anda adalah penulis utama.

Namun, terdapat individu lain juga yang telah memberikan sumbangan yang bermakna dan signifikan (memberi komen, menyemak, memberi konsultansi, memberi idea, mengedit tetapi bukan menulis atau menjalankan kajian secara lansung) layak disenaraikan dalam senarai author.... TETAPI BUKAN sebagai penulis pertama kerana bukan mereka yang menjalankan kajian dan menulis artikel tersebut. 

Namun, jika mereka turut terlibat dalam menjalankan kajian dan menulis sebahagian artikel bersama anda, maka bergantung kepada persetujuan bersama untuk menentukan siapa yang patut menjadi penulis utama. Saya pernah berada dalam situasi begini, sama-sama tulis dan buat research. Jadi jalan paling mudah adalah dengan sama2 menulis dua artikel, satu nama saya sebagai first author dan satu artikel lagi nama clique saya. Wb pun, eloklah mendapat maklumat awal prosidur berkaitan hal ini supaya tidak kecoh belakang hari.... 

Dengan ini perlulah diketahui bahawa dari segi etika penulisan artikel, jika individu yang sebenarnya telah menjalankan kajian (seperti pelajar master dan PhD) dan kemudian menulis artikel tersebut, maka nama pelajar tersebutlah yang tersenarai sebagai penulis utama (first author) dan bukannya individu lain. 

Namun terdapat juga bidang yang meletakkan susunan alphabetical order utk nama penulis, tetapi amalan ini bukanlah amalan mainstream, setakat yang saya maklum. Begitu juga jika ada institusi yang mengamalkan prosidur yang berbeza dalam penentuan penulis utama. Saya cuma utarakan prinsip paling asas mengikut apa yang saya telah lalui. 


Jadi menjadi hak anda untuk bertanya dan mendapatkan clarify jika anda bukan penulis pertama bagi artikel yang anda tulis dari kajian anda sendiri. Sebab bertanya bukanlah satu kesalahan....

Manakala corresponding author pula adalah seseorang yang sanggup mengendalikan semua respon dengan editor, reviewer atau pembaca. Jadi penulis utama boleh juga tetapi tidak semestinya menjadi corresponding author.

Moga perkara ini menjadi jelas dan menjadi satu lagi pengetahuan tambahan kepada anda yang bakal menulis artikel untuk diterbitkan....

Ada sesiapa nak beri respon?

OT

TAJUK 199 - THESIS BUKAN SURAT KHABAR LAMA...



THESIS BUKAN SURATKHABAR LAMA....


Kali ini saya ingin menyentuh tentang references yang tidak wajar menjadi citation oleh pelajar PhD mahupun master.

Tak mungkin…..saya jumpa banyak juga yang dah cite proceeding articles….. dalam thesis2  lepas..

Tu ler… asyik2 ikut2an…..

Ye ler… tak ada sapa yang tegur… saya ikut jer ler…


Saya tak ikut2an.....
saya rap jer yo..yo...wazzup wzzzup !!


Begini …..calon PhD dan master mestilah merujuk hanya kepada refereed publications atau peer-reviewed articles. Hampir kesemua artikel dalam journal established berada dalam kategori ini. Thesis dan dissertasi juga considered refereed kerana disemak dengan ketat oleh committee dan external examiners serta melalui proses pembentangan dan viva.

Namun begitu, terdapat artikel seperti artikel prosiding atau projek tahun akhir tidak temasuk dalam kategori refereed materials.  Sayugia dinasihatkan supaya anda jangan memetik atau merujuk kepada sumber sebegini. Ini akan merendahkan nilai thesis anda. Jadi ketahuilah bahan yang anda rujuk utk tesis anda.

Kenapa pulak bro?

Kalau anda tak faham matematik Tingkatan 5, takkan anda rujuk buku Tingkatan 3. Anda boleh rujuk buku Tingkatan 5 yang lain, ataupun buku yang lebih tinggi yang juga bincangkan konsep yang sama. Samalah dengan artikel bukan refereed mempunyai makam yang lebih rendah…. Maklumlah proceeding articles selalunya tidak melalui proses peer-reviewed.

Sebagai contoh, mungkin terdapat artikel yang dikeluarkan oleh jurnal dari sesebuah IPTA dalam mahupun luar negara, yang tidak menjalankan proses peer-reviewed secara  yang sewajarnya. Banyak artikel pelajar tahun akhir misalnya dimuatkan dalam jurnal tersebut yang hanya disemak oleh seorang supervisor sahaja. Jadi berhati2 bila merujuk kepada artikel sebegini.


Namun begitu, artikel prosiding sesuai dijadikan bacaan tambahan bagi mengetahui perkembangan terkini dalam bidang kajian anda, supaya anda lebih jelas position kajian anda. 

Selain prosiding, anda juga cuba elakkan petikan dari suratkhabar…. atau majalah…. yang hanya akan merendahkan credibility penulisan anda. Kedua2 ini dikategorikan sebagai sumber “bukan akademik”.  Ini termasuk juga artikel2 umum dalam internet, termasuklah WIKIPEDIA.

Bayangkan jika pernyataan masalah anda hanya berdasarkan isu yang dipetik dalam akhbar tempatan…. seperti isu pembuangan bayi, rasuah dll… sedangkan isu tersebut mungkin disensasikan, bukan dari satu kajian yang mendalam, atau hanya diwar2kan dari kacamata ahli politik atau NGO. 


Pastikan anda telah membaca kajian2 lepas dan kajian2 inilah yang patutnya dikupas bagi menunjukkan adanya isu yang masih perlu dikaji. Nanti bukan saja isu tu jadi isu yang hanya tersimpan dalam suratkhabar lama..... thesis andapun jadi suratkhabar lama.....tak sapa nak rujukpun....

Ingat, kajian PhD bukan tujuan UTAMANYA untuk menyelesaikan masalah masyarakat dalam konteks praktikalnya…. tetapi sebagai bukti ilmiah anda telah menyumbang sesuatu kepada bidang pengetahuan anda… menjadikan anda seseorang yang mendalami dan mengembangkan pengetahuan dalam bidang kajian anda. Kajian PhD bukan kajian PERTAMA dan TERAKHIR…..

Ingat…. thesis yang baik akan terus berkembang dan thesis bukanlah permulaan dan pengakhiran bagi sesuatu isu atau masalah. Oleh itu, jgn libatkan diri dengan isu sensasi dalam membuat thesis.

Nasihat saya yang kerdil ini, cubalah berada dibarisan paling hadapan dalam bidang kajian anda, tetapi jangan melampaui sempadan, takut anda kehilangan punca atau terjebat dalam banyak ketakpastian.

Bahasa canggih tu bro….tak fahamlah…

Contohnya anda mengkaji bidang 3D dalam persembahan multimedia pendidikan sains.  Carilah kajian yang menyentuh aspek terkini dalam implimentasi 3D yang masih luas belum diterokai dan bukan melampauinya seperti menguji keberkesanan persembahan 4D yang terlalu baru dan hanya diimplimentasikan secara terhad dalam panggung2 wayang yang terkawal sahaja. 


Apa tidaknya, tak ada kajian lagi dibuat dalam persekitaran 4D untuk tujuan pendidikan dan anda akan teraba2… faham kan?

Selamat menulis…..

OT

BENGKEL LIT REVIEW DSG IV

Bengkel siri 4 Doctorate Support Group sebelum raya menjelang...


Menjadikan doc map sebagai minda kedua yang lebih powerful  dalam menulis tesis


Take the idea and write....write and write..... emmmm


Melatih otak menjadi kritis sambil menulis


Satu paragraph yang baik adalah langkah awal kepada satu thesis yang baik


Pre-amble...point.....conclude.... sempoinyer....


Analysis... sintesis..... emmm
OK... no more paper...write everything in doc map.... write while your read....

Sehingga berjumpa lagi.....
SELAMAT HARI RAYA..MAAF ZAHIR BATIN....

OT 

TAJUK 198 - THESIS YANG MENYIKSAKAN....

Thesis yang menyiksa pelajar ?

Tajuk kali ini lain macam bunyinya? 

Mungin juga.... tapi bila didapati majoriti pelajar yang buat thesis berasa begitu tension dan tertekan untuk menyiapkan penulisan thesis mereka, tajuk ini dapat menggambarkan situasi tersebut...

Iya tak ya juga..... ramai yang mengeluh...termasuklah saya hu hu

Menulis thesis adalah satu pengalaman baru…anda cenderung terikut2 dengan cara org lain yang diwarisi secara tidak rasmi dari bekas calon PhD, yang kemudiannya mungkin menjadi SV anda dan menurunkannya pada anda dan seterusnya anda menurunkannya kepada generasi baru…... Jadi ikut2an ini seperti berterusan.....sehingga menyakinkan anda bahawa menulis thesis adalah sesuatu yang menyiksakan! 


Ini semacam satu tradisi.....

Ada kalanya anda tersiksa kerana kealpaan dan kemalasan anda sendiri, tetapi saya percaya.... ada sesuatu yang selama ini tidak disedari.... sekurang2nya dari sudut pandangan saya....

Jadi buat thesis ni sepatutnya relex ker..... 

Taklah relex bro..... nak relex jangan buat thesis..... buat tak tahu jer...

Abis?

Sebab itulah saya cube memberi satu persepsi yang berbeza dalam entry2 saya yang lepas dan bahawa bukanlah sukar utk menyiapkan proposal dan menulis thesis sebab hampir SEMUANYA TELAH TERSEDIA dihadapan anda – artikel on-line, buku, fesbuk, email, hp,  artikel pdf, wikipedia dll. berbanding dengan zaman saya dahulu. Jadi sepatutnya menulis thesis semakin mudah, secara relatif berbanding10 tahun lepas. Ini tak.... asyik susah semacam jer....


Ya tak yer jugak.... betullah bro.... 

Abis kenapa kesusahan ini seperti tidak berkesudahan dan masih berterusan...terus diwarisi.....dan ditangisi....

Betul juga cakap bro tu.... emmm...

Jika saya mendapat mandate….. saya akan ubah cara membuat thesis yang selama ini membuatkan pelajar tertekan secara tak lansung. Ini pendapat saya…. mungkin semua tak setuju, termasuklah pakar2….tetapi saya percaya pendapat tidak salah dikemukakan.... 

Wussss..... apa tu bro.... takut pulak gua.... 

Saya berpendapat, thesis perlu di mulakan dengan SOROTAN LITERATUR terlebih dahulu dalam Bab 1, barulah diikuti dengan permasalahan kajian, objektif, persoalan kajian / hipotesis dan signfikan kajian dalam Bab 2, BUKAN SEBALIKNYA seperti amalan turun temurun. 

Menulis SOROTAN LITERATUR terlebih dahulu akan membuka minda pelajar akan keseluruhan aspek yang ingin dikaji sebelum contohnya pelajar dapat mengemukakan gap dalam persoalan kajian secara mantap dan seterusnya menjustifikasikan RQ dengan analisis data.


Alamak betullah lu cakap bro.... patutlah wa fening tak sudah2 bila SV kata mana gap saya..... sebab saya tak bacapun lagi secara komprehensif....

Sebab itulah pada hemat saya yang kecil lagi kerdil ini bahawa pelajar master /PhD sentiasa gelisah dan resah, tak tahu apa nak tulis, hilang punca dan tertekan jiwa dan raga serta teraba2 dalam terang kerana mereka tidak menguasai secara komprehensif apa yang ingin dikaji tetapi telah diminta menulis objektif, permasalahan kajian, serta persoalan kajian atau hipotesis secara spesific serta signifikan kajian. Mana mungkin pelajar dapat merangka semua ini jika tidak mantap pengetahuan LR mereka.

Setuju?


Ya... ya.... wa setuju dengan lu bro... logik jugak tu bro....

Bayangkan, menulis hipotesis yang detail tu perlukan kejelasan idea, penguasaan IV dan DV, serta kerangka teori dan konsepsi dan pemahaman analisis data, bukannya menulis sambil meraba2……tak tahu apa yang bakal menjelma! Mana mungkin mereka tidak merasa tertekan.....lebih2 lagi bila disergah SV!!


Betullah bro....wa fobia bila tiap kali jumpa SV sure kena sergah bro... nasib tak terkencing jer...


Jgn tension jadi calon PhD bro.... jadi baby lagi best bro....
hari2 ada kakak cute yang pelok....

Dgn alasan yang sama juga, saya telah cuba membantu sedikit peserta bengkel melangkaui tekanan ini dengan berkongsi idea penyediaan  zero draf dan doc. map sebagai persiapan penulisan thesis secara komprehensif, merentasi Bab 1, 2 dan 3 sekaligus. Mudah2an anda terus berusaha…… menulis dengan yakin tanpa rasa takut dan tertekan.... AMIN !

OT

Sunday, August 21, 2011

TAJUK 197 - PROPOSAL MSC / PHD - Sikit2 anda yang sakit !

PROPOSAL - SIKIT-SIKIT ANDA YANG SAKIT


Saya ingin sentuh sedikit tentang proposal…. atau kertas cadangan master mahupun PhD. Ada sesuatu yang tersembunyi yang ntah mengapa tidak ada sesiapa yang membongkarnya selama ini….

RAHSIA?

Weiii…. Cam suspen jer bunyi nyer? Provokasi lagi ker?
Suspen... provokasi...... ?….Tak der lah….

Mari kita hayati dialog ini:

Aku nak tanya hang, apa tujuan proposal yang hang buat?

La…. Tu kan asas jer sebelum buat kajian betui2…

Apa makna asas tu?

Ialah…. Benda2 basik yang perlu ada sebelum kita betui2 konpom nak buat research la…

Chapter 1… Introduction….2…Literature Review…3…Methodology….

OOO.. lagu   tu…

Hang dah buat sampai mana?

Baru Chapter 1…. Tengah dok buat Objective dengan Research Question….. tunjuk kat SV aku asyik kena perbetoi jer….pasai tu la aku la ni tak boleh tulis Chapter 2 lagi…. Chapter 1 pun belum settle… Chapter 3 jauh sekali lah…..

Emmmmm…. Ini dialog paling lazim didengari…. Setuju tak?

Anda bagaimana?
Takut lak nak jumpa SV ni.... 
Memang kena marah lagi.....


Saya berpendapat bahawa pelajar sepatutnya menyediakan SATU PROPOSAL lengkap dari Chapter 1, 2 dan 3 sebelum diserahkan kepada SV, bukannya seperti amalan dalam dialog di atas.

Apsallak? Semua pelajarpun di IPTA buat cam tu !! Tak caya…  tanyalah group DSG tu… depapun sama dengan aku jugak..... kalau tak caya....

Proposal adalah asas yang menggabungkan latarbelakang, objektif, LR dan method kajian anda. Mana mungkin anda dapat menghasilkan satu objektif yang mantap yang anda betul2 faham, jika anda tidak menyorot teori dan kajian2 lepas serta memahami bagaimana method dan analisis data dijalankan.

SETUJU?

Sebab itulah PROPOSAL tidak semestinye  tebal dan terperinci sehingga memakan masa yang lama utk menyiapkannya, sehingga terhakis motivasi,    proposal asal lengkap dan menyentuh aspek2 asas kajian, dan jelas flow kajian dan betul seperti yang ingin dijalankan….OK lah…. Dah namanya pun proposal….Yg penting SV semak flow..dari Objektif...RQ...hingga ke analisis statistik....

Proposal tu kan macam bertunang…. Belum tentu jadi kawin lagi. Bertunang biarlah sempoi asalkan telah mengenal latar belakang pasangan masing2 secara umum, keje ape, keje kat mana, sapa mak bapak dia, tinggal kat mana.... dia solat ker tidak.... puasa ke tidak.... kuat hisap rokok ker... sudah ler. Kalau nak tahu detail... luar dan dalam tunggu.... pandai masak apa..... suka tido berdengkur....kaki bebel..... pemalas dll tunggu ler lepas kawin...itu dah jadi tjawab bersama. Jika pemalas sebelum kahwin dan tak nak berubah..... toksah lah pikat anak dara orang. Jika tak tahu masak.... belajar ler semasa bertunang..... buka blog resepi.... bersepah ada kat sana....benda2 ni kan sempoi....


Bertunang dilakukan sebagai peringatan akan tanggungjawab besar selepas berkahwin..... jangan sampai ada syarat yang ketat seperti:


Mak: Apa?..... Othman tu cikgu jer? Mak pantang yang tak kaya !!
Anak: Tapi mak....Othman kaya mak..... kaya budi bahasa...
Mak: Menantu mak mesti hensem jugak tau....huh !!
Anak: Jadi Othman boleh kan mak....kan..kan... sayang mak !!


PROPOSAL walaupun ringkas TETAPI lengkap dan menyeluruh, dari Chapter 1 hingga 3, bukannya terlalu detail. PROPOSAL bertujuan melatih anda melihat secara comprehensive apa yang bakal anda lakukan kelak. PROPOSAL menjadi titik permulaan memaksa anda membaca dan meneliti secara menyeluruh idea,  teori, isu, method, analisis data berkaitan dengan kajian anda. PROPOSAL mengelakkan fenomena " A blind man and an Elephant".... begitulah pentingnya PROPOSAL ibarat:


buah cempedak diluar pagar... 
ambil galah tolong jolokkan....
saya ni postgrad baru mendaftar... 
PROPOSAL ini lah sebagai permulaan....


Contohnya - Bagaimana mungkin anda boleh menyediakan Research Question (RQ) yang baik, jika anda tidak tahu apakah analisis data yang bakal anda gunakan. 

Saya berpendapat, adalah perlu  SV  membaca the WHOLE PROPOSAL bagi mendapatkan gambaran menyeluruh kajian pelajar supaya dapat memberi penyeliaan dan nasihat yang lebih baik dan juga menyeluruh. SV boleh menyemak persoalan kajian dan tally kan dengan analisis data yang dicadangkan pelajar.

Setuju?

Jika tidak, pelajar akan ‘hentam keromo’ sahaja membuat Research Question…asal ada…. Sedangkan dia tidak akan berusaha mengaitkan RQ tersebut dengan analisis data.

Objektif kajian juga akan lebih jelas, jika pelajar membuat LR, kerana anda boleh mengetahui hala tuju kajian dengan lebih jelas. Permasalah kajian tidak akan mantap dan main agak2 jer…..Sehinggalah anda membuat LR dan melihat segala aspek yang berkaitan walaupun secara review sahaja.

Hanya dengan menyiapkan Chapter 1 dahulu….. pelajar sebenarnya meletakkan diri mereka keadaan separuh masak…. Bila di tanya SV….mengapa pilih masalah ini atau mengapa pilih IV dan DV ini….. mengangalah mulut nak menjawabnya….. macam anak burung kelaparan….

Inilah RAHSIA yang tak siapa ambil tahu….. malah tak pedulipun....bahawa anda perlu menyiapkan proposal yang lengkap dahulu….. barulah anda dapat mengetahui perkaitan antara permasalah kajian, objektif, RQ, perbincangan dalam LR, method kajian serta analisis data yang bakal anda gunakan.

Menyiapkan proposal secara menyeluruh samalah seperti anda belajar membuat baju.

Buat baju? Analogi ker tu? 

Aah…. Sebab susah nak bagi perjelas kalau tak der analogy…..
Anda perlu (wajib) melakar plan baju keseluruahan bagi mendapatkan gambaran bentuk baju yang akan dijahit. Bila anda tunjukkan plan anda pada SV…. Dia akan komen bahagian2 yang perlu dikemaskan lagi.

Mana mungkin anda dapat menjahit baju yang baik sekiranya anda membuat plan tangan dahulu…. then tunjukkan pada SV anda….then buat plan kaki dulu…. Tunjuk pada SV dan kemudian plan badan….tunjuk lagi pada SV anda….. Then bila nak cantum…..dan berlaku ukuran yang lari, ketika ini lebih sukar untuk anda membetulkan kesemua plan yang anda lukis secara berasingan. INILAH yang membuat anda lebih fening kefala !

Kesimpulan:

Inilah RAHSIA mengapa proposal perlu disediakan secara lengkap kesemua Chapter 1,2 dan 3, bagi MEMAKSA anda membaca, mengkaji, memikir, menulis dan menganalisis kajian2 lepas wpun secara overview sahaja tetapi akan memberikan pemahanam yang betul, flow yang jelas tentang kajian anda sendiri. 

Anda perlu membaca dengan lebih menyeluruh bagi membolehkan anda menyiapkan proposal lengkap semua chapter, then baru diserahkan kepada SV anda. Wpun anda akan membuat silap di sana sini tetapi anda sudah ada idea menyeluruh (wpun masih belum mendalam) tentang kajian anda. Ini akan mendatangkan keyakinan untuk anda mendalaminya lagi apabila menyediakan tesis sebenar anda.


Inilah tujuan membuat proposal....... yang selama ini menjadi RAHSIA....yang membuat anda terkial-kial dalam tempuh yang lama.... dah apabila nak tulis thesispun masih terkial2....

Jika anda masih mengamalkan konsep tulis sikit demi sikit….. then hantar ke SV (dan SV pulak tak nak terima kecuali sikit2....) samalah macam tukang jahit tadi…..sikit-sikit....lama2 anda yang sakit…. bukan SV anda.

[Note: Saya sedikit hairan, mengapa agaknya SV dan pengurusan posrgraduates di IPTA tempatan meminta proposal yang detail dan tebal sehingga hampir menyamai thesis. Yang penting adalah the flow of the research.....Saya dulu hantar proposal 32 pages sahaja ke graduate school.....and accepted, siap 3 bulan.... Then thesis saya 345 pages....Ini pengalaman saya di obersi lah....Yang hairannya, majoriti SV IPTA pun graduated obersi jugak......malah ada SV yang buat tesis lebih nipis dari proposal studentnya sendiri ..... kalau tak caya pi ler pinjam thesis SV anda... ada berani ker?]

OT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...