.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, August 25, 2011

TAJUK 201 - MSc / PHD – SEMUDAH A,B,C - PESANAN BAGI PESERTA DAN BAKAL PESERTA BENGKEL: BHG I

MSc / PHD – SEMUDAH A,B,C - PESANAN BAGI PESERTA DAN BAKAL PESERTA BENGKEL: BHG I

Entry kali ini agak berbeza. Walaupun saya tujukan kepada peserta dan bakal peserta bengkel, namun pembaca yang lain juga boleh mengikutinya……. sebab pengetahuan adalah milik semua.

Suasana fakulti mula berubah. Mood kerja dah bertukar kepada mood balik kampong. Suasana di taman perumahan juga berubah.... mood balik kampung juga sudah melanda. 

Saya tak banyak masalah sebab kampong saya di Rembau dan my wife di Seri Menanti. Nampaknya mood menulis thesis dan blog juga akan terhenti…. sebab sebagai ibu atau  bapa atau sebagai anak…….anda akan sibuk dengan agenda menyambut raya….dengan alasan raya datang setahun sekali !!

Then selepas 2,3 minggu terhenti menulis, dan menyambut Hari Raya….. Semester baru akan bermula pada 12 September. Jadi awaslah dengan satu sindrom “jangkitan” dalam menyiapkan tesis.

Ini istilah psycho….namun dari observation saya, sindrom  ini sering melanda pelajar master dan PhD berbanding penyakit lain. Penyakit ini timbul bukan akibat kuman atau virus atau bakteria tetapi disebabkan oleh beban dalam minda yang begitu berat memikul tanggungjawab menyiapkan penulisan thesis dan dalam masa yang sama menjalankan kajian. 

Penulisan thesis yang sukar….. menekan perasaan, dan apabila perasaan tertekan…. maka berjangkitlah kepada penulisan tesis menjadi lebih sukar. Kajian pula sukar dijalankan…. menekan perasaan, dan apabila perasan tertekan…. berjangkitlah kepada perasaan bertambah sukar menjalankan kajian. Kesukaran ini berjangkit menjadikan  penulisan akan tertangguh. 

Apabila penulisan tertangguh… maka segala2 menjadi semakin sukar……dan bermulalah sakit berjangkit ini dipanggil Permanent Head Damage (PHD).


Fahami konsep asas......


Jadi langkah pertama dalam mengawal jangkitan ini adalah dengan:

i. membetulkan paradigm dalam minda anda bahawa menyiapkan tesis bukanlah sesuatu yang tersangatlah sukarnya asalkan anda ada usaha dan focus

ii. persiapkan diri anda dengan kemahiran asas yang diperlukan.

Apakah kemahiran asas tersebut?

Bagi peserta bengkel, anda telahpun memiliki skill penulisan yang effisyen dengan bantuan doc map / navigation pane serta teknik dirdio, wwur, 1file1thesis dan zerodraft. Anda perlu mantapkan lagi dengan bengkel berkaitan analisis data seperti SEM dan NViVo.

Dengan kemahiran ini, membuat thesis bukan sesukar yang digambarkan malah ganjarannya juga besar iaitu…

Pertama – Anda akan diijazahkan sebagai sesorang yang akan dipanggil sebagai “Dr”.  Ini bukan panggilan sebarangan, tetapi menggambarkan kewibaan anda dalam bidang kepakaran anda.

Bayangkan seorang Dr akan memanggil jururawatnya sebagai Puan Siti, kini perlu memanggilnya nya sebagai Dr Siti selepas mendapat PhD……!! He he….. Jangan sampai pesakit confused dah ler….

Kedua – Kepercayaan dan tanggungjawab yang akan diletakkan dibawah tanggungjawab anda akan lebih besar.
Selalunya anda akan dinaikkan pangkat dan gaji selepas mendapat PhD dan diberikan tanggungjawab yang lebih besar.

Ketiga – ijazah doctorate adalah ijazah TERTINGGI yang dianugerahkan dalam bidang akademik di atas muka bumi ini yang anda telah berjaya mencapainya….

Tiada lagi pendaftaran menjadi pelajar selepas mendapat PhD.

Keempat – mendapat gelaran Dr bermakna anda adalah seorang professional.

Anda bukan lagi novice. Anda dianggap pakar dalam bidang anda dan akan jadi sumber rujukan pula.

Persoalan saya:
Adakah empat situasi yang akan anda perolehi di atas dapat dicapai dengan sambil lewa, touch n go sahaja?

Tentulah tidak…..ikutilah tajuk seterusnya…..

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...