.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, August 11, 2011

TAJUK 183 - Tajuk thesis yang menjerut leher sendiri

Saya mencoret lagi kepada masalah pemilihan tajuk master / PhD. Saya telahpun kupas bab pemilihan tajuk yang baik dalam beberapa entri sebelum ini.


Habis kenapa nak tulis lagi?


Sebabnya ramai yang ambil remeh..... dan akhirnya menjerut leher sendiri..... khususnya kengkawan yang buat secara part-time atau yang buat full-time tapi macam part-time atau yang buat part-time secara part-time atau yang paling sadis yang buat part-time then buat derk jer!


Tajuk kajian yang dipilihkan menentukan apa yang akan anda buat sepanjang anda menjadi pelajar master atau PhD. Sekali tajuk dipilih, proposal lulus, sukar untuk patah kebelakang.....kecuali apabila anda tertinggal kunci kereta di restoran mamak.


Terdapat banyak element yang menjadikan tajuk kajian yang baik termasuklah tajuk mesti researchable, significant dll. Namun dari pengalaman saya yang sedikit ini terdapat 3 element dalam pemilihan tajuk yang jika anda tidak ambil kira secara SERIUS, akan mendatang kesukaran pada anda kelak..... iaitu :


1. Anda mesti ada preknowledge / pengetahuan tentang tajuk


Terdapat SV yang mencadangkan tajuk, atas sebab2 tertentu. Misalnya anda kelihatan "blank" tak tahu aper2 atau SV anda ingin latih anda menjadi pakar sepertinya. Malangnya anda tidak mempunyai pengetahuan yang khusus dalam tajuk tersebut, tapi malu nak menolak tajuk SV anda atau takut nak berbuat demikian. 


Jadi.....


Apabila SV pakar dalam tajuk anda dan anda lansung tak tahu apa2.....apa sahaja yang anda tulis, pasti tidak sebaik pemahaman SV anda....dan andapun mula takut untuk menulis. Nak short-cut tang manapun SV anda tahu....jadi berkemungkinan akan berlaku conflict dan inferiority complex yang lebih complex dari mana2 shopping complex atau over expectation dari SV anda .....dan akhirnya anda  tidak perform.... anda akan sentiasa tertekan......macam paku tekan....


Walaupun tak semua pelajar menghadapi masalah begini, eloklah anda berfikir dan berbincang dengan SV anda semasak2nya sebelum menerima tajuk yang disyorkan kerana yang buat kajian andalah ANDA !!


Juga anda perlu berhati2 dengan perkara baru yang muncul dan kontrovesi untuk dibuat tajuk kajian, kerana anda mungkin tiada pengetahuan dan pengalaman untuk membuat kajian.



2. Personal interest / minat terhadap tajuk


Anda mungkin membaca beberapa bacaan dan terus memilih tajuk sedangkan tajuk tersebut bukanlah minat anda. Anda sendiripun tak pasti apa yang anda minat. Jadi anda belasah aje tajuk yang anda fikir OK....Apa yang berlaku, anda mungkin kehilangan minat untuk teruskan pembacaan, selalu konfius, dan akhirnya terbakar macam fius. Bila ini berlaku, anda kehilangan momentum dalam diri anda..... 


3. Sokongan LR 


Tajuk anda mestilah tajuk mainstream dalam bidang kajian anda. Bila mainstream maksudnya banyaklah rujukan yang boleh anda perolehi dalam penyediaan LR. Jika tajuk anda sekadar dipinggiran, sampai meraba2 anda mencari LR, dibimbangi minat yang mendalam akan lama2 luntur.... kendur lalu perlahan2 anda akan berundur..... 


Saya cadangkan anda berfikir terbalik, cari LR dengan membaca secara intensif dahulu..... baru pilih tajuk yang menepati minat anda, bukan sebaliknya.


Saya analogikan dengan diri saya sendiri..... bagi mudah cerita.
Kajian saya bertajuk:


COMPUTER-ANIMATED INSTRUCTION (CAnI) AND STUDENTS' CONCEPTUAL CHANGE IN ELECTROCHEMISTRY


1. Ini tajuk saya sendiri sebab saya ada latarbelakang mengajar electrochemistry. Saya ada pengalaman 15 tahun ajar benda tu. Bak kata orang.... semua kat ujung jari....


2. Tapi saya tak ada pengetahuan dalam animasi, sekadar mengikuti bengkel tetapi ada minat yang sangat mendalam....tak terkata dalamnya....Akhirnya dengan minat tersebut, saya berjaya bangunkan satu prototaip CAnI, dalam tempuh yang singkat sehingga memenangi anugerah dalam satu pameran. Saya bina animasi dengan penuh ghairah.....dan bernafsu.....sehingga.....hilang nafsu makan dan minum....dan lebih kurang sebulan jer siaplah draf animasi saya. Sehingga kini saya telah terlibat dalam 3 research melibatkan animasi dan telah mengumpul 3 medals !!


3. Saya mendapati artikel animasi tidak banyak ketika tahun 2003 terutama dalam pendidikan, tetapi artikel conceptual-change berada dalam mainstream Chemistry Education, yang menjadi teori dalam tesis saya. So saya ambil masa 3 bulan sahaja untuk siapakan proposal dan terus menulis untuk memulakan kajian saya, sudah pastilah dengan bantuan document map dan zero draft! 

Satu lagi analogi:
Salah pilih tajuk.... macam salah pilih penjaga gol....
Kalau dia ni jadi goolie konpom KALAH!


OT
Bagi kawan2 di Adelaide, suka lah hampa... hampa bukak puasa awai no....dahlah sejuk kat sana....bestnyer !! Sapa2 jumpa brother Nizam, Dr Zaki, brother Azam swingging bowl dan brother Awang sempoi .... sampaikan salam kat depa!!

1 comment:

  1. Dr,
    Sy setuju dgn tulisan Dr sbb saya adalah salah seorg yg telah "terjerut leher" dek kerana tjuk yg dipilih adalah brdasarkan kehendak SV yg nak leveragekan bidang yg dkaji semasa beliau buat PhD.Sedangkan sy tak ada background knowledge dlm bidang tersebut.Padanlah sy brjln mcm kura2 sj sbb tak ada keterujaan...tp tak baik menyesal dgn prkara yg dah brlalu.Sy yakin ada hikmah di sblik sgl kesukaran itu...(ayat penyedap hati)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...