.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, August 23, 2011

TAJUK 198 - THESIS YANG MENYIKSAKAN....

Thesis yang menyiksa pelajar ?

Tajuk kali ini lain macam bunyinya? 

Mungin juga.... tapi bila didapati majoriti pelajar yang buat thesis berasa begitu tension dan tertekan untuk menyiapkan penulisan thesis mereka, tajuk ini dapat menggambarkan situasi tersebut...

Iya tak ya juga..... ramai yang mengeluh...termasuklah saya hu hu

Menulis thesis adalah satu pengalaman baru…anda cenderung terikut2 dengan cara org lain yang diwarisi secara tidak rasmi dari bekas calon PhD, yang kemudiannya mungkin menjadi SV anda dan menurunkannya pada anda dan seterusnya anda menurunkannya kepada generasi baru…... Jadi ikut2an ini seperti berterusan.....sehingga menyakinkan anda bahawa menulis thesis adalah sesuatu yang menyiksakan! 


Ini semacam satu tradisi.....

Ada kalanya anda tersiksa kerana kealpaan dan kemalasan anda sendiri, tetapi saya percaya.... ada sesuatu yang selama ini tidak disedari.... sekurang2nya dari sudut pandangan saya....

Jadi buat thesis ni sepatutnya relex ker..... 

Taklah relex bro..... nak relex jangan buat thesis..... buat tak tahu jer...

Abis?

Sebab itulah saya cube memberi satu persepsi yang berbeza dalam entry2 saya yang lepas dan bahawa bukanlah sukar utk menyiapkan proposal dan menulis thesis sebab hampir SEMUANYA TELAH TERSEDIA dihadapan anda – artikel on-line, buku, fesbuk, email, hp,  artikel pdf, wikipedia dll. berbanding dengan zaman saya dahulu. Jadi sepatutnya menulis thesis semakin mudah, secara relatif berbanding10 tahun lepas. Ini tak.... asyik susah semacam jer....


Ya tak yer jugak.... betullah bro.... 

Abis kenapa kesusahan ini seperti tidak berkesudahan dan masih berterusan...terus diwarisi.....dan ditangisi....

Betul juga cakap bro tu.... emmm...

Jika saya mendapat mandate….. saya akan ubah cara membuat thesis yang selama ini membuatkan pelajar tertekan secara tak lansung. Ini pendapat saya…. mungkin semua tak setuju, termasuklah pakar2….tetapi saya percaya pendapat tidak salah dikemukakan.... 

Wussss..... apa tu bro.... takut pulak gua.... 

Saya berpendapat, thesis perlu di mulakan dengan SOROTAN LITERATUR terlebih dahulu dalam Bab 1, barulah diikuti dengan permasalahan kajian, objektif, persoalan kajian / hipotesis dan signfikan kajian dalam Bab 2, BUKAN SEBALIKNYA seperti amalan turun temurun. 

Menulis SOROTAN LITERATUR terlebih dahulu akan membuka minda pelajar akan keseluruhan aspek yang ingin dikaji sebelum contohnya pelajar dapat mengemukakan gap dalam persoalan kajian secara mantap dan seterusnya menjustifikasikan RQ dengan analisis data.


Alamak betullah lu cakap bro.... patutlah wa fening tak sudah2 bila SV kata mana gap saya..... sebab saya tak bacapun lagi secara komprehensif....

Sebab itulah pada hemat saya yang kecil lagi kerdil ini bahawa pelajar master /PhD sentiasa gelisah dan resah, tak tahu apa nak tulis, hilang punca dan tertekan jiwa dan raga serta teraba2 dalam terang kerana mereka tidak menguasai secara komprehensif apa yang ingin dikaji tetapi telah diminta menulis objektif, permasalahan kajian, serta persoalan kajian atau hipotesis secara spesific serta signifikan kajian. Mana mungkin pelajar dapat merangka semua ini jika tidak mantap pengetahuan LR mereka.

Setuju?


Ya... ya.... wa setuju dengan lu bro... logik jugak tu bro....

Bayangkan, menulis hipotesis yang detail tu perlukan kejelasan idea, penguasaan IV dan DV, serta kerangka teori dan konsepsi dan pemahaman analisis data, bukannya menulis sambil meraba2……tak tahu apa yang bakal menjelma! Mana mungkin mereka tidak merasa tertekan.....lebih2 lagi bila disergah SV!!


Betullah bro....wa fobia bila tiap kali jumpa SV sure kena sergah bro... nasib tak terkencing jer...


Jgn tension jadi calon PhD bro.... jadi baby lagi best bro....
hari2 ada kakak cute yang pelok....

Dgn alasan yang sama juga, saya telah cuba membantu sedikit peserta bengkel melangkaui tekanan ini dengan berkongsi idea penyediaan  zero draf dan doc. map sebagai persiapan penulisan thesis secara komprehensif, merentasi Bab 1, 2 dan 3 sekaligus. Mudah2an anda terus berusaha…… menulis dengan yakin tanpa rasa takut dan tertekan.... AMIN !

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...