.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, August 4, 2011

Tajuk 177 - Grounded theory: Mengapa gadis Msia lari ke Lombok?

Suatu hari dalam satu dialog rekaan semata-mata:


Mak... Ini Ramli...
Siapa Ramli?.... Lawyer? Bussinessman? Ahli Musik?
Tak mak..... pemuda dari Lambok
Mak tak suka ko berkawan dengan orang luar....dah pergi ko masuk bilik siapkan tesis ko tu... belajarpun tak abis lagi !!
Kenapa ko tak cari saja lelaki kacak luar dan kacak dalam macam gambar hiasan dibawah ini.....he he.... macam lelaki melayu terakhir.... 


Gambar hiasan


Ini pernah menjadi satu isu sensasi di Malaysia beberapa ketika dahulu. Tak adil salahkan mana-mana pihak kerana "it takes two to tango". Saya pun tak ler mengkaji fenomena tersebut, dan hairan juga tak ada pula yang mengkajinya. Persoalannya - Apakah teori disebalik fenomena ini?
................................


Saya cuma nak bawa anda memahami salah satu kajian kualitatif, katakan Grounded Theory yang boleh digunakan bagi "menggali" fenomena di atas dan penggunaan code atau coding dalam analisis data kualitatif. Code diperlukan bagi meringkaskan data kepada ayat2 penting yang membawa kepada terbinanya  teori yang membuatkan ramai gadis Msia berkahwin dan pergi ke Lombok.


Katakan setelah anda menemurah secara intensif seorang gadis yang baru balik dari Lombok untuk beraya di Msia, anda analisis transkrip temuramah tersebut berulang kali sehingga menjumpai perkataan utama yang anda boleh jadikan  indicator sebelum anda kumpulkan sebagai CODE.


Indicator 1  : Pakai kopiah, pakai kain pelekat  


Indicator 2: Solat, membaca Al-Quran 


Jadi indicator 1 dan 2 boleh digabungkan menjadi CODE A katakan "AGAMA"


CODE A = AGAMA


Katakan:
CODE B = PERIBADI (Indicator spt penyayang, lemah lembut, berterus terang. Indicator solat dan membaca Al-Quran juga boleh dimasukkan dibawah CODE B)


CODE C = FIZIKAL (Indicator spt kacak, gagah)


CODE A, B kemudian diletakkan bawah kategori yang sama iaitu kategori psikologi (Agama dan Peribadi) dan CODE C sebagai kategori extrinsic (Fizikal).


CODE A + B = FAKTOR PSIKOLOGI
CODE C = FAKTOR EXTRINSIC

Jangan fening-fening.... saya ringkaskan seperti carta berikut:

Maka dapat dibuat kesimpulan bahawa teori yang dicari menyatakan bahawa faktor psikologi (agama dan peribadi) dan fizikal mempengaruhi fenomena tersebut. 


Ini adalah "idea" disebalik kajian kualitatif seperti grounded theory. Bila dah tahu idea ini, anda perlulah mendalaminya lagi sendiri. You have to!!


Satu nasihat saya - Anda tidak akan dapat penjelasan tentang mana2 kajian kualitatif secara specific kerana setiap buku kualitatif akan menjelaskan setiap pendekatan mengikut pemahaman penulis. Ini ditambah dengan methodologi kajian yang banyak bergantung kepada fenomena yang dikaji dan cara penyelidik yang berbeza-beza dalam  "approach" untuk mendapatkan data. 


Jadi jangan mudah give-up. Memahami "idea" utama disebalik setiap pendekatan adalah crucial sebagai langkah awal memahami kajian kualitatif.


OT


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...