.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, August 3, 2011

Tajuk 175 - ANDA MESTI LEBIH DAHSYAT DARI TAJUK TESIS ANDA

Saya dah senaraikan 7 ciri tajuk yang baik….. Oleh itu pastikan anda dapat hasilkan tajuk2 yang dahsyat… gempak….MANTOP....keboom dan yang sewaktu dengannyer sehingga ada yang terkesima dengan tajuk tesis anda.

Tapi awas, jangan tajuk anda saja yang dashyat tapi anda sendiri kena lebih dashyat…. Jangan tajuk jer killer tapi anda kemudiannya di “bunuh” oleh tajuk anda sendiri…. Bimbang syahid dalam perjuangan yang belum selesai ataupun lost in action!!

Bagi menguji kedahsyatan tajuk anda selari dengan kedahsyatan anda juga, silalah jawab Ya atau Tidak… jadual berikut.

Jika dapat skor kurang dari 10/10… terutama anda menjawab “Tidak” untuk no. 2. 7. 9 dan 10, sila buat bacaan lagi dan lagi dan lagi sehingga kedahsyatan anda setaraf dengan kedahsyatan tajuk pilihan hati anda !! 

Soalan
Jawapan
Ya
Tidak
1.  Adakah tajuk ini sesuai dengan minat saya?


2.  Sayu mempunyai pengetahuan asas berkaitan tajuk kajian?


3.  Adakah saya mempunyai sumber kewangan bagi menjalankan kajian?


4.  Adakah saya mempunyai cukup masa menjalankan kajian dalam tempuh yang ditetapkan?


5.  Adakah sampel kajian saya “mudah” diperolehi?


6.  Adakah tajuk kajian saya mendapat persetujuan jawatankuasa supervisori?


7.  Adakah saya telah dapat mengumpul artikel utama berkaitan tajuk kajian saya?


8.  Adakah saya telah mempunyai cadangan instrumen kajian yang akan digunakan?


9.  Adakah saya telah mengenalpasti kaedah penyelidikan yang akan saya gunakan?


10. Adakah saya telah mengenalpasti analisis statistik yang akan saya gunakan dalam kajian saya?




Semoga berjaya....

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...