.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, August 1, 2011

Tajuk 172 - OMR Questionnaire + SPSS

Salam Ramadhan.

Sedang saya mengemas fail2 yang bertaburan dalam pc, saya terjumpa questionnaire kajian saya kira-kira 2 tahun lepas. Soal selidik tersebut saya edarkan di matrikulasi seluruh Malaysia, dan saya berjaya mengumpulkan hampir 1000 respon dengan bantuan pensyarah matrikulasi.

Soal selidik tersebut ada 88 soalan. Bayangkan 88 x 1000 = 88,000 kali data kena dimasukkan dalam spss atau excel, tak ker giler dibuatnyer.

Jadi saya telah siapkan soal selidik tersebut dalam format OMR (optical magnetic reader).. ala macam kita jawab soalan objektif tu ler.

Apa kelebihannya?

Responden akan terus jawab macam jawab OMR, dan jawapan tersebut terus masuk mesin OMR. Dalam sekelip mata, jeng..jeng..jeng.... tersedialah data terus masuk dalam SPSS ataupun excel, mengikut cita rasa anda.

Macamana tu?

Saya buat satu copy dalam file word, pergi jumpa satu syarikat yang buat kemudahan OMR. Kemudian syarikat tu akan buat dummy dalam OMR utk kita semak. Bila dah OK, boleh print. 

Kemudian seorang pegawai syarikat tersebut akan jumpa kita untuk siapkan template SPSS supaya data yang dibaca dalam OMR terus disimpan dalam SPSS, tunggu nak analisis sahaja.

Jika tak silap, saya print 1500 keping dengan harga RM1500, singgit ler sekeping. Jika lagi banyak lagi murah ler. 

Apa yang baiknya, saya tak perlu upah pembantu untuk key-in data, dan data terus masuk dalam SPSS dengan tanpa berlakunya kesilapan.

Ini hanya lah alternative bagi soal selidik manual atau online yang selalu kita dengar. 

Saya cuma ingin membantu dan memberi maklumat sebab saya percaya mungkin belum ada sesapa yang terima soal selidik begini lagi.....

Inilah dia soalselidik yang saya maksudkan.... saya cuma berikan sekerat2 sahaja sebab soal selidik tersebut ada 88 soalan dan 4 muka surat, terlalu panjang nak masuk semua dalam blog ni.

Sebahagian soal selidik OMR


Saya dulupun tak tahu wujudnya questionnaire OMR ni !


Jika anda tidak menggunakannya semasa buat tesis, maybe masa akan datang.... siapa tahu.... 


Sharing is caring


OT


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...