.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, August 1, 2011

TAJUK 171 - SYNDROM IKUT-IKUTAN - Antara tesis, baju raya dan Corelle

Hari ini 2 ramadhan. Saya rasa sedikit ringan sebab hikmat berpuasa antaranya mengurangkan makan. Hari ini sambung sikit perbincangan yang lebih santai.


Dah beli baju raya? Sudah?


Baguslah, mesti warna yang lebih segar dan ikut trend semasakan? Tak pakai baju tahun lepas ker?


Apa ler class nak pakai baju tahun lepas! Mana boleh... drop my water face!!


Bagaimana dengan tesis?


Kenapa dengan tesis pulak? Apa kena mengena dengan baju raya?


Beginilah......


Membuat tesis tahun 2010 tentu tidak sama dengan tesis tahun 2000. Ramai juga pelajar yang merujuk tesis-tesis lepas di IPTA / IPTS masing2 atau yang dipublished di proquest dll dan cuba mengikut style dan method yang sama dengan alasan tesis tersebut telah LULUS dan pastilah tesis tersebut perlu dijadikan ikutan.


Bila saya tanya, sebagai contoh:


Mengapa U tidak menjalankan ujian Levene bagi menguji homogeneity kumpulan experiment dan control? 


Jawabnya - Tesis dulupun tak buat, kenapa saya perlu buat?


Mengapa U tak uji kenormalan semua data DV bagai pastikan ujian statistic parametrik boleh digunakan?


Jawabnya - Kena uji ker? Tesis dulu tak adapun?


Mengapa U hanya guna t-test aje, bukankah lebih baik guna two-way ANOVA, barulah mantap analisis data U?


Jawabnya - Ye ker? Tesis dulu hanya guna t-test, lulus juga.


Mengapa U banyak sangat rujuk sumber Internet? Itu bukannya sumber primer?


Jawabnya - Inikan zaman IT, lagipun tesis dulupun ada juga rujuk Internet, tak der masalah pun!


Mengapa U anggap data pada skala Likert ni data interval, sedang terang2 skala Likert ni ordinal?


Jawabnya - Ntahlah, dah semua tesis dulu2pun buat macam iti, ikut jer lah...


Mengapa U kata kajian ini signifikan kerana akan dirujuk oleh pembuat polisi dan pihak kementerian? U pasti ker hal ini akan berlaku?


Jawabnya - Agaknyerlah, sebab semua tesis lepaspun tulis benda yang sama. SV saya pun kata hal yang sama juga.


Mengapa U guna hanya 2 content experts utk validate questionaire, sedangkan U sepatutnya guna at least 6 orang - 2 contents expert, 2 psychological measurement experts, 2 language experts?


Jawabnya - Betul ker cam tu, susah lah. Semua tesispun tulis 2 content experts dan tulis itu dah memadai.


Mengapa U guna istilah IV dan DV untuk correlation, sedang variable U bukan nya saling mempengaruhi, sekadar menunjukkan trend perubahan sahaja. IV patutnya mempengaruhi DV tetapi U tak boleh buktikan hanya dengan correlation.


Jawabnya - Ye ker, saya cuma ikut tesis lepas, tapi saya tambah lagi variable IV dan DV. 


Mengapa U hanya ada jadual ringkasan analisis statistik SPSS, mana output asal untuk saya semak dan rujuk? Paling tidak, U lampirkan dalam appendix.


Jawabnya - Kena buat cam tu ker? Abis tesis2 lepas tak buat pun.


Mengapa rujukan format APA yang U tulis tak ada nombor DOI atau rujukan website, spt diwajibkan oleh APA 6th edition yang terbaharu?


Jawabnya - Tak der pulak SV saya komen. Lagipun saya ikut format tesis lepas.


Mengapa U hanya tulis bahagian RESEARCH LIMITATION sahaja, U patut juga tulis bahagian RESEARCH DELIMITATION?


Jawabnya - Apa tu delimitation? Kajian2 lepas tak ada pun.


Mengapa U merujuk kamus dalam mendefinasikan keywords kajian U secara operational?


Jawabnya - Saya terbaca tesis lepaspun ada menggunakan kamus, so saya ikut jer.


Mengapa ada citation U yang merujuk kepada proceeding kajian atau kajian peringkat final year sahaja, sedang U buat master / PhD? Takkanlah kajian2 sebegini yang masih belum publish dalam journal artikel U guna untuk support teori dalam LR U?


Jawabnya - Saya baca tesis lepaspun buat juga, not a big issue kan?


Mengapa LR review U macam ringkasan kajian2 lepas, saya nak baca pendapat dan kajian U, bukan kajian2 lepas?


Jawabnya - Macam tu kan tulis LR? Macam tulah yang saya tengok dari tesis2 lepas.


Mengapa U buat kajian ini secara kuantitatif? Kan elok dibuat kajian kualitatif kerana tajuk U ini dah saturated dengan penjelasan kuantitatif.


Jawabnya - Kawan2 senior saya kata, kajian kualitatif susah dan ambil masa yang lama. Lagipun semua tesis lepas buat kuantitatif, takkan saya nak buat kualitatif pulak? Sapa lah saya?


Soalan di atas hanyalah sedikit gambaran dari cara siswazah menulis tesis. Jadi apa yang nak dibanggakan sangat jika itulah mentaliti sebahagian siswazah. 


Anda memang patut merujuk tesis atau artikel lepas, tetapi janganlah mengikut semuanya tanpa ada kesedaran untuk upgrade tesis anda melebihi tahap tesis lepas. Gunakanlah sedikit effort dan idea baru yang lebih MANTOP untuk tesis anda supaya memberikan sesuatu yang berbeza dan lebih baik dari tesis sebelum anda. Then barulah examiner anda "buka mata" skit dan bersedia memuji tesis anda dan viva anda akan jadi sesuatu yang menarik!!


Abis nak kena buat aper? 


Kalau semuapun nak tanya, lotehlah den nak jawab. 


Bayangkan kawan saya pereka fesyen tanya kat saya "OT, tahun ni aku nak buat fesyen cam ner lagi hah?" 


Saya akan jawab lebih kurang.....


"Wa cakap lu.....Lu fikirlah sendiri...........!! " 


U yang punya bidang, U yang membaca, U yang merujuk, U yang expert, U ada supervisor, U attend seminar, U ada doctorate support group, U search Internet, U jeling2 kat drotspss, U ada segala2nya... cuma janganlah tak ade IDEA...dan INISIATIF. Carilah sesuatu yang lebih baik dari tesis2 lepas. Upgrade method dan analisis data misalnya...


OO..... baju nak up to date, baru ader class.... tapi tesis ikut2an sahaja.... come on bro!!




Saya teringat semasa sale besar2an pinggan mangkuk berjenama di Adelaide, berebut rakan2 beli jenama Corelle utk bawa balik Msia. Bukan sahaja nak yang lebih baik, tetapi corak dan design mesti yang terkini.....up to date!! Itu dia penangan Corelle di Adelaide !!


Teringat kawan saya Awang yang sentiasa tenang dan sempoi... kerana dia pasti akan berkata "Nak beli Corelle....beli apapun tak per....Itu tak der masalah... OK jer". 


Ini lah dia si Corelle tu. Habis jer study bawa balik satu tesis tapi 5 kotak Corelle dan 10 kotak barang2 garaje sale.
Hanya yang belajar obersi aje yang faham.... jadi yang buat master tu berazamlah buat PhD kat obersi...




Selamat berpuasa.


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...