.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, August 21, 2011

TAJUK 197 - PROPOSAL MSC / PHD - Sikit2 anda yang sakit !

PROPOSAL - SIKIT-SIKIT ANDA YANG SAKIT


Saya ingin sentuh sedikit tentang proposal…. atau kertas cadangan master mahupun PhD. Ada sesuatu yang tersembunyi yang ntah mengapa tidak ada sesiapa yang membongkarnya selama ini….

RAHSIA?

Weiii…. Cam suspen jer bunyi nyer? Provokasi lagi ker?
Suspen... provokasi...... ?….Tak der lah….

Mari kita hayati dialog ini:

Aku nak tanya hang, apa tujuan proposal yang hang buat?

La…. Tu kan asas jer sebelum buat kajian betui2…

Apa makna asas tu?

Ialah…. Benda2 basik yang perlu ada sebelum kita betui2 konpom nak buat research la…

Chapter 1… Introduction….2…Literature Review…3…Methodology….

OOO.. lagu   tu…

Hang dah buat sampai mana?

Baru Chapter 1…. Tengah dok buat Objective dengan Research Question….. tunjuk kat SV aku asyik kena perbetoi jer….pasai tu la aku la ni tak boleh tulis Chapter 2 lagi…. Chapter 1 pun belum settle… Chapter 3 jauh sekali lah…..

Emmmmm…. Ini dialog paling lazim didengari…. Setuju tak?

Anda bagaimana?
Takut lak nak jumpa SV ni.... 
Memang kena marah lagi.....


Saya berpendapat bahawa pelajar sepatutnya menyediakan SATU PROPOSAL lengkap dari Chapter 1, 2 dan 3 sebelum diserahkan kepada SV, bukannya seperti amalan dalam dialog di atas.

Apsallak? Semua pelajarpun di IPTA buat cam tu !! Tak caya…  tanyalah group DSG tu… depapun sama dengan aku jugak..... kalau tak caya....

Proposal adalah asas yang menggabungkan latarbelakang, objektif, LR dan method kajian anda. Mana mungkin anda dapat menghasilkan satu objektif yang mantap yang anda betul2 faham, jika anda tidak menyorot teori dan kajian2 lepas serta memahami bagaimana method dan analisis data dijalankan.

SETUJU?

Sebab itulah PROPOSAL tidak semestinye  tebal dan terperinci sehingga memakan masa yang lama utk menyiapkannya, sehingga terhakis motivasi,    proposal asal lengkap dan menyentuh aspek2 asas kajian, dan jelas flow kajian dan betul seperti yang ingin dijalankan….OK lah…. Dah namanya pun proposal….Yg penting SV semak flow..dari Objektif...RQ...hingga ke analisis statistik....

Proposal tu kan macam bertunang…. Belum tentu jadi kawin lagi. Bertunang biarlah sempoi asalkan telah mengenal latar belakang pasangan masing2 secara umum, keje ape, keje kat mana, sapa mak bapak dia, tinggal kat mana.... dia solat ker tidak.... puasa ke tidak.... kuat hisap rokok ker... sudah ler. Kalau nak tahu detail... luar dan dalam tunggu.... pandai masak apa..... suka tido berdengkur....kaki bebel..... pemalas dll tunggu ler lepas kawin...itu dah jadi tjawab bersama. Jika pemalas sebelum kahwin dan tak nak berubah..... toksah lah pikat anak dara orang. Jika tak tahu masak.... belajar ler semasa bertunang..... buka blog resepi.... bersepah ada kat sana....benda2 ni kan sempoi....


Bertunang dilakukan sebagai peringatan akan tanggungjawab besar selepas berkahwin..... jangan sampai ada syarat yang ketat seperti:


Mak: Apa?..... Othman tu cikgu jer? Mak pantang yang tak kaya !!
Anak: Tapi mak....Othman kaya mak..... kaya budi bahasa...
Mak: Menantu mak mesti hensem jugak tau....huh !!
Anak: Jadi Othman boleh kan mak....kan..kan... sayang mak !!


PROPOSAL walaupun ringkas TETAPI lengkap dan menyeluruh, dari Chapter 1 hingga 3, bukannya terlalu detail. PROPOSAL bertujuan melatih anda melihat secara comprehensive apa yang bakal anda lakukan kelak. PROPOSAL menjadi titik permulaan memaksa anda membaca dan meneliti secara menyeluruh idea,  teori, isu, method, analisis data berkaitan dengan kajian anda. PROPOSAL mengelakkan fenomena " A blind man and an Elephant".... begitulah pentingnya PROPOSAL ibarat:


buah cempedak diluar pagar... 
ambil galah tolong jolokkan....
saya ni postgrad baru mendaftar... 
PROPOSAL ini lah sebagai permulaan....


Contohnya - Bagaimana mungkin anda boleh menyediakan Research Question (RQ) yang baik, jika anda tidak tahu apakah analisis data yang bakal anda gunakan. 

Saya berpendapat, adalah perlu  SV  membaca the WHOLE PROPOSAL bagi mendapatkan gambaran menyeluruh kajian pelajar supaya dapat memberi penyeliaan dan nasihat yang lebih baik dan juga menyeluruh. SV boleh menyemak persoalan kajian dan tally kan dengan analisis data yang dicadangkan pelajar.

Setuju?

Jika tidak, pelajar akan ‘hentam keromo’ sahaja membuat Research Question…asal ada…. Sedangkan dia tidak akan berusaha mengaitkan RQ tersebut dengan analisis data.

Objektif kajian juga akan lebih jelas, jika pelajar membuat LR, kerana anda boleh mengetahui hala tuju kajian dengan lebih jelas. Permasalah kajian tidak akan mantap dan main agak2 jer…..Sehinggalah anda membuat LR dan melihat segala aspek yang berkaitan walaupun secara review sahaja.

Hanya dengan menyiapkan Chapter 1 dahulu….. pelajar sebenarnya meletakkan diri mereka keadaan separuh masak…. Bila di tanya SV….mengapa pilih masalah ini atau mengapa pilih IV dan DV ini….. mengangalah mulut nak menjawabnya….. macam anak burung kelaparan….

Inilah RAHSIA yang tak siapa ambil tahu….. malah tak pedulipun....bahawa anda perlu menyiapkan proposal yang lengkap dahulu….. barulah anda dapat mengetahui perkaitan antara permasalah kajian, objektif, RQ, perbincangan dalam LR, method kajian serta analisis data yang bakal anda gunakan.

Menyiapkan proposal secara menyeluruh samalah seperti anda belajar membuat baju.

Buat baju? Analogi ker tu? 

Aah…. Sebab susah nak bagi perjelas kalau tak der analogy…..
Anda perlu (wajib) melakar plan baju keseluruahan bagi mendapatkan gambaran bentuk baju yang akan dijahit. Bila anda tunjukkan plan anda pada SV…. Dia akan komen bahagian2 yang perlu dikemaskan lagi.

Mana mungkin anda dapat menjahit baju yang baik sekiranya anda membuat plan tangan dahulu…. then tunjukkan pada SV anda….then buat plan kaki dulu…. Tunjuk pada SV dan kemudian plan badan….tunjuk lagi pada SV anda….. Then bila nak cantum…..dan berlaku ukuran yang lari, ketika ini lebih sukar untuk anda membetulkan kesemua plan yang anda lukis secara berasingan. INILAH yang membuat anda lebih fening kefala !

Kesimpulan:

Inilah RAHSIA mengapa proposal perlu disediakan secara lengkap kesemua Chapter 1,2 dan 3, bagi MEMAKSA anda membaca, mengkaji, memikir, menulis dan menganalisis kajian2 lepas wpun secara overview sahaja tetapi akan memberikan pemahanam yang betul, flow yang jelas tentang kajian anda sendiri. 

Anda perlu membaca dengan lebih menyeluruh bagi membolehkan anda menyiapkan proposal lengkap semua chapter, then baru diserahkan kepada SV anda. Wpun anda akan membuat silap di sana sini tetapi anda sudah ada idea menyeluruh (wpun masih belum mendalam) tentang kajian anda. Ini akan mendatangkan keyakinan untuk anda mendalaminya lagi apabila menyediakan tesis sebenar anda.


Inilah tujuan membuat proposal....... yang selama ini menjadi RAHSIA....yang membuat anda terkial-kial dalam tempuh yang lama.... dah apabila nak tulis thesispun masih terkial2....

Jika anda masih mengamalkan konsep tulis sikit demi sikit….. then hantar ke SV (dan SV pulak tak nak terima kecuali sikit2....) samalah macam tukang jahit tadi…..sikit-sikit....lama2 anda yang sakit…. bukan SV anda.

[Note: Saya sedikit hairan, mengapa agaknya SV dan pengurusan posrgraduates di IPTA tempatan meminta proposal yang detail dan tebal sehingga hampir menyamai thesis. Yang penting adalah the flow of the research.....Saya dulu hantar proposal 32 pages sahaja ke graduate school.....and accepted, siap 3 bulan.... Then thesis saya 345 pages....Ini pengalaman saya di obersi lah....Yang hairannya, majoriti SV IPTA pun graduated obersi jugak......malah ada SV yang buat tesis lebih nipis dari proposal studentnya sendiri ..... kalau tak caya pi ler pinjam thesis SV anda... ada berani ker?]

OT

2 comments:

  1. hahaha...kelakar la doktor...informative,educative...setuju sangat proposal disiapkan secara meyeluruh- nacs

    ReplyDelete
  2. Saya bersyukur terjumpa blog ni, rezeki betul.. Selepas 6 thn grad Master baru terasa bersedia nak bergempur kembali dgn PhD. Inshaa Allah, panduan n ilmu yg dr kongsi sgt bermanfaat. Tqvm

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...