.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, August 15, 2011

TAJUK 191 - LITERATURE REVIEW: PILOT ARTICLE + SNOW BALL TECHNIQUE

Malam ini agak dingin, hujan renyai2. Malam ini malam ke 16 tarawikh. Saya teringat kisah saya ditahan oleh Polis Adelaide pada satu malam selepas tarawikh kerana ada operasi alkohol. Sayapun turun dari kereta saya dan diminta menghembus nafas ke dalam satu alat. Boleh tak anda bayangkan seseorang yang sedang memakai baju melayu berkain serta memakai kopiah yang baru balik dari masjid diminta menjalani ujian alkohol? Mujur bacaannya sifar.....

Lupakan kisah tersebut. Siang tadi, saya terima beberapa panggilan telefon menjemput saya mengendalikan bengkel LR. Saya mula sedar betapa ramainya kawan2 yang seperti sedang bergelut dalam selut utk menyiapkan LR....sambil bernafas dalam lumpur.... Saya sendiri tak janjikan apa2.... selain dari membuka jalan dan panduan alternatifuntuk anda menulis LR.


Walaupun bengkel sehari, namun keghairahan utk mengikutinya lansung tidak saya menduga. Malah sebuah IPTA meminta saya mengendalikannya utk staff sahaja. Ini tidak termasuk kumpulan yang mengatur strategi menyuruh rakan mereka yang bersuara ala2 manja meminta saya mengisi slot bengkel. Ini strategi yang baik !!

Jadi saya ingin menyentuh sikit tentang strategi mendapatkan material LR dengan cepat, khusus bagi yang baru menjadi calon PhD ataupun master.  Mereka yang dah senior tentu sedar teknik ini. Katakan anda mempunyai tajuk bekerja (working title) seperti; 

THE DEVELOPMENT OF COMPUTER-ASSISTED LANGUANGE LEARNING (CALL) FOR LEARNING ARABIC USING MOODLE. 

Apa yang anda perlu lakukan adalah mencari beberapa artikel paling terkini (2 - 3 tahun kebelakangan) yang paling relevan dengan tajuk anda. 

Dalam mencari jurnal, anda akan sedar samada tajuk anda adalah "a current topic" yang berada dalam mainstream ataupun tajuk syok sendiri yang sekadar melukut ditepi gantang. Pencarian juga akan memberi anda peluang mencari fokus kajian yang lebih baik. 

Katakan andapun terrjumpa artikel bertajuk;


"Using Moodle in EFL Courses in a Japanese IT University" (Brian, 2009).


"The spread of computer-assisted language learning (CALL)(Chapbell, 2010).


Ada dua keywords penting dalam artikel di atas iaitu MOODLE dan CALL yang sangat releven dengan tajuk anda. Abis apa nak buat dengan pilot article ini?


Dinamakan pilot sebab artikel ini akan memandu anda mencari tajuk yang lebih fokus... dan berada dalam mainsream. Lagi banyak pilot articles lagi mudah laluan anda dalam mencari fokus dan hala tuju kajian anda. 


Katakan pilot artikel ini ada 20 rujukan setiap satu, maka jika 2 pilot akan memberikan anda 40 tajuk kajian lepas dibahagian bibliography / References. Bahan rujukan diakhir muka surat artikel2 pilot ini akan menjadi snow ball kepada rujukan2 yang lain dan snow ball ini terus bergerak apabila anda menjupai lagi pilot artikel amhupun artikel2 yang relevan hingga snow ball tersebut menjadi besar. Jika anda bernasib baik, anda akan menjumpai Pilot Article yang terkini dengan rujukan yang mencukupi untuk anda teruskan pencarian anda ke belakang mengunakan teknik snow ball ini.

Jika anda masih gagal mencari pilot article wpun dah "satu semester" mencarinya, ini bermakna tajuk anda perlukan  perubahan.... 

Kenapa perlu lakukan ini?

Ini kerana anda memerlukan rujukan artikel yang banyak dalam LR anda bagi menyediakan asas yang  kukuh utk kajian anda. Dengan pilot article dan process pencarian snowball, anda akan dapat mencari artikel yang relevan dalam masa yang lebih singkat.

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...