.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, August 28, 2011

TAJUK 204 - Tips abis thesis awal - Bhg 1

Ada ke tips abis thesis awal?


Dalam dunia ni semua tips pun ada. Tips nak bagi lambat abis PhD pun ada.... tips buah kuih bahulu....sampai tips malam pertama...pun ada.....


Ramai juga yang tak kisah pun tips2 ni.... pakai redah jer. Tips adalah jejak yang pernah dilalui oleh mereka yang terdahulu....supaya yang baru dapat panduan berguna....


APA? MALAM PERTAMA?


Ala.... tak yah tips2.... itu instinct jer... basic instinct.....sampai masanyer aku tahu ler apa nak buat... he he


Jgn takbur bro...saya pernah baca kisah pasangan pengantin satu malam tak tidor sebab buat ini tak jadi.... buat itu tak kena..... dua2 naif...akhirnya tak solat suboh sebab tertidur kepenatan mencuba sesuatu yang lama terpendam dan diidam2kan tetapi tidak kesampaian.....realiti yang tak sama fantasi....


Saya ada 10 tips malam pertama baik punye....tapi tips ni tak cecuai nak listkan kat sini....nanti blog drotspss kena serbu..... susah wa bro.... 


Betul ke ada tips nak abiskan penulisan tesis lebih awal? Pengalaman saya mengatakan "ya" kerana ramai pelajar yang gembira seketika sebaik sahaja mendaftar....tetapi tidak perlu tunggu lama untuk kegembiraan menjadi mimpi ngeri..... 


Izinkan saya senaraikan beberapa tips yang saya ringkaskan dari penulisan entry2 saya yang terdahulu.


Pertama: Kemahiran asas


Persiapkan diri dengan 3 kemahiran asas - document map, LR dan analisis data.


Document map - susun idea dengan heading dan subheading


LR - penulisan paragraph, analysis dan kritis


Analisis data - SPSS dan qualitative (ATLAS, NVIVO, etnography etc)


Kemahiran ini tak ada di fakulti anda, jadi ikuti bengkel yang banyak dijalankan di IPTA..... Jika tak faham sekali (katakan bengkel NVIVO), ikutlah 2, 3 kali dan praktiskan selepas bengkel.


Juga lengkapkan diri dengan skill lain seperti skill mencari artikel, skill membuat bibliografi dll


Tanpa kemahiran ini, anda memang memiliki tips....tapi tips bagi orang yang akan lambat dan berhempas pulas menyiapkan thesis.


Kedua: Tentukan target


Jika anda ada 3 tahun, proposal sepatutnya dihantar 6 bulan pertama. Data collection semester 3... dan 2 semester lagi analisis data dan penulisan. Semuanya 2.5 semester. Reserve 1 semester utk hal2 yang tak disangka berlaku...


Tanpa target, anda sebenarnya menggunakan tips pasrah dan menyerah. Ikut sahaja angin.... jika kencang cepatlah anda siap....jika sepoi2 bahasa.... maka begitulah penulisan anda. Lazimnya angin sekadar sepoi2 bahasa.... ribut jika melandapun cekali cekala cahaja !!


Ketiga: Be realistic


Tesis anda bukan segala2nya. Tesis anda tidak akan dapat mengubah dunia. Dapatkan tajuk dan kajian yang mencapai tahap PhD / Master tetapi jangan melampaui kemampuan anda sendiri. Jika PhD, gunakan advanced statistik mulai MLR hinggalah yang lebih tinggi termasuklah SEM. Pilih IV dan DV yang tidak terlalu sukar diperolehi datanya. Jgn kaji IV dan DV yang terlalu abstract.....


Jika boleh, dapatkan data interval / ratio. Dengan data ini, byk persoalan dan kemuyskilan berkaitan analisis dan assumption statistik dapat dibereskan dengan mudah. Cuba baca kajian2 yang gunakan data interval / ratio ini. Jika viva nanti, data pada skala interval / nominal perlu dipertahankan dan akan mengundang banyak songel dari ahli panel.


Buat PhD bukanlah SENANG tetapi janganlah sengaja cari tajuk yang SUSAH ! 


Saya ulang...


Buat PhD bukanlah SENANG tetapi janganlah sengaja cari tajuk yang SUSAH !!


Tajuk yang sukar dan pelik2 tidak menjamin thesis anda lebih baik dari orang lain..... silap haribulan anda yang jadi pelik !!


Pelik camner bro?


Orang lain abis 4 tahun..... anda pulak tak abis2.....


Anda mungkin idealistic.... nak pastikan semua perrrrfecttt. Komputer mesti canggih. SV mesti supportive. Articles mesti ada terkini. Tajuk mesti dasyat. Namun... idealistic selalunya lebih mudah wujud dalam angan2....dari realiti.....


Keempat: Blok masa membaca dan menulis


Blok masa yang mencukupi utk menulis. Saya cadangkan anda luangkan masa contohnya satu hari 6 jam straight membaca dan menulis bukannya 2 jam utk 3 hari atau sehari satu jam....


Contohnya anda sibuk.... maka selesaikan urusan anda dahulu, katakan Isnin sampai Rabu. So pastikan hari khamis anda benar2 free utk berada di library atau dimana sahaja yang conducive untuk 6 jam. Tidor awal, pastikan anda ceria dan bersemangat, minta pasangan anda uruskan anak2 dll utk hari tersebut.


Anda bermula katakan 8 am. Anda boleh gunakan 6 jam tersebut utk mengumpul articles sahaja... then the next day for another 6 hours for read and write only. Ini bagi memastikan anda dapat satu kuantiti penulisan yang lebih komprehensif dan flow.... berbanding 2 jam x 3 kali, yang terencat2... tapi jk anda memang free sokmo sebab full time student....buatlah hari2....insyaAllah anda dalam landasan yg betul utk menyiapkan tesis anda.






Alasannya, jika 6 jam straight, anda akan lebih mudah mengaitkan idea2 yang anda baca ... EUREKA !! I found it !! 


Kelima: Reward diri sendiri


Anda boleh reward diri sendiri setelah berjaya menulis dalam kuantiti yang signifikan.... jgn kisah dulu pasal kualiti penulisan anda, sebab TAK ADA manusia yang tiba2 pandai menulis.....anda akan sentiasa improve apabila anda semakin byk menulis....dgn amalkan panduan yg anda dpt dr bengkel Dr OT ataupun mana2 kursus yang anda pernah hadiri. 


Katakan anda berjaya menulis 2000 words dalam tempuh 6 jam dan seminggu 20000 words.... nak reward apa tu terserah pada anda.....atau pakat dengan hubby.... jika berjaya tulis 50000, hubby belanja gi SPA, manjakan diri..... 


Katakan pada hubby "kalau kulit ayang makin lembut dan gebu dek pergi SPA setiap bulan......bukan utk sapa.....utk abang juga....kan....kan....." Mesti keluar air liur hubby dengar pujukan anda....


Abis kalau suami? 


Kalau suami.... minta layanan super extra ler pada isteri.....itupun nak tanya ker bro.....


Jika abis PhD... rewardkan diri pergi mana2 utk second honeymoon....




OK... lima tips dulu....bersambung....


Hari ini hari terakhir Ramadhan..... Selamat Menyambut Syawal


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...