.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Saturday, August 13, 2011

TAJUK 190 – MSC / PhD: TIPS PRAKTIKAL KEKALKAN KETERUJAAN ANDA!

Semenjak dua menjak ini, mimpi saya dah berubah. Tidur saya  sering diganggu oleh DSG dan email2 DSG....... Mendapat email yang meluahkan keresahan, turut meresahkan saya. Namun semua ini membuat saya berfikir....Saya sentiasa berfikir…. Apa lagi yang boleh saya bantu, setidak2nya memberikan ilham pujangga kepada keresahan anda.....

Pagi ini saya baru selesai menyemak satu paper dari Brunei utk jurnal  APPLIED RESEARCH IN EDUCATION (JARE) dan satu tesis master dari OUM. Selesai sahaja memberi komentar, saya segera membuka blog dan inilah catatan saya…. Buat semua yang pembaca blog yang saya sayang….

Menjadi calon MSc, MBA, MS dll dan PhD adalah sesuatu yang mengujakan. Mengapakah keterujaan (excitement) ini seperti tidak berpanjangan? Coretan ringkas pagi ini bukan untuk menakut2kan tetapi lebih kepada memberi panduan supaya keterujaan tersebut konsisten…. Menuju kejayaan.


Saya bukan bomoh, bukan juga pakar motivasi, jauh sekali pakar psikologi. Saya sekadar seorang yang pernah melalui apa yang anda lalui sekarang. 

Menjadi calon postgraduate bermakna anda meninggalkan routine dan comfort zone anda, dan memasuki satu dunia serba anih. Dunia terperinci yang mengambilkira hatta titik dan comma sekalipun. Dunia anih yang anda terokai seorang diri, hanya panduan SV sahaja yang akan membimbing anda. Namun, dalam kebanyakkan masa, anda terpaksa meraba2 dahulu…. try-n-error sehinggalah anda terbiasa dengan selok belok keanihan dunia baru anda sehingga anda boleh bergerak sendiri.

Saya suka menyarakan bahawa 4 perkara disini:

Tips 1: Fokus yang jelas


Pastikan anda ada satu focus yang jelas, sejelas2nya anda ada focus mengapa anda berada didunia baru ini. Fokus ini jauh lebih berkuasa dari focus kamera DSLR atau SLR. Fokus ini akan memberi anda determination yang lebih jelas walaupun dalam kesamaran.

Tip 2: Kongsi fokus anda


Fokus ini juga harus dipikul bersama oleh keluarga dan anak2. Sukar sorang isteri utk focus jika hubby tidak membantu dan berkorban masa bagi memberi laluan kepada isteri….dan menyediakan ruang utk isteri menjalankan kajian, membaca dan menulis. Begitu juga jika isteri jika suami yang melanjutkan pelajaran. Hal ini tidak ketara di obersi, kerana distraction tidak banyak dan pelajar lebih focus kepada research. Oleh itu, pastikan anda berbincang dan mendapat jaminan akan sokongan ini. Jgn sampai anda makan hati…. pasangan anda makan hati… anak2 anda makan hati…. mak mertua makan hati…. sebab tak baik pun makan hati selalu…. 


Sebab tu kat obersi hati dan semua internal organ lembu atau ayam tak laku macam yg dijual kat pasar malam di Msia. Dahlah tu, digoreng dalam minyak yang telah digunakan berkali2…... Sabar jer lah

Sewajarnya suami buatkan air utk isteri, tolong picit2kan badan isteri, tolong masak, atau layan anak2 ketika isteri tengah peak menulis. Jg demand banyak sangat dalam tempuh 2, 3 tahun pasangan anda membuat kajian.

Tips 3: Jumpa SV consistently


Aturkan masa yang konsisten untuk berjumpa SV. Saya sendiri menghadapi masalah sebab pelajar yang tak datang bila saya aturkan masa, nak kena sms pulak…. banyak ler cantik kena main pujuk2 pulak. Jumpa SV anda, bincang dan set masa tertentu secara konsisten utk bertemu dan berbincang. Tanpa ini semua, focus anda akan terjejas… lama2 akan kurang jelas dan ditakuti akhirnya research akan jadi tiada beban batu digalas…..

Tip 4: Bina kumpulan kecil yang specific - Manfaatkan Doctorate Support Group (DSG) Facebook


Dalam dunia IT, dunia maya, dunia social networking anda kena melangkah setapak kehadapan. Sayugia saya mengesyorkan anda mencari kengkawan yang membuat kajian dalam bidang yang hampir sama. Saya sendiri telah membaca beberapa tesis pelajar yang tajuk mereka hampir2 sama jer. Anda bina specific group, katakan kumpulan languages (ELT,TESL, TOSL dll)  yang guna qualitative approach spt NVIVO atau ATLAS.  Jgn terlalu besar, cukup sekadar 5,6 orang sahaja dan kongsi semua resources…. Boleh buat skype…


Facebook tak best.... main ni lagi best !!


Bayangkan kawan anda yang advance sikit dapat ajar NVIVO free jer then anda boleh bantu berkongsi bahan anda pula. Kawan atau anda yang mengajar sebenarnya menguji kemampuan sendiri sebab kawan2 dalam group boleh ajukan banyak persoalan yang anda mungkin overlooked!! So win-win situation… and you get motivated rather than demotivated. Even boleh share panggil secara F2F sesiapa sahaja yang tahu NVIVO utk belajar dan kongsi pengalaman.

Atau anda boleh kumpulkan 5,6 pelajar yang maybe bidang sedikit berbeza tetapi menggunakan method kajian yang sama seperti GROUP SEM, GROUP Multiple regression, GROUP grounded theory dll dibawah DSG. Jadi anda bincang sama2 macamana method ini dapat digunakan bagi menganalisis data secara komprehensif.


Saya percaya ada kumpulan yang besar yang sama2 membuat tajuk ataupun analisis data yang sama. Jadi, mencari yang betul2 boleh jadikan kumpulan kecil tentu bukan satu masalah. Contohnya geng zon tengah spt UKM, UIA, UPM dan UM boleh joint, geng UUM, UNIMAP dan UiTM belah utara boleh joint. Buat perjumpaan sekali dalam 3 bulan katakan, anda pastikan teruja semula !!

Kenapa semua diatas penting? Ini kerana anda...

i. lakukan research seorang diri secara novice 
ii. perlukan sumber
iii. perlukan discussion
iv. perlukan persaingan win-win situation
v. perlukan motivasi
vi.  perlukan sokongan dari insan tersayang…..

Oleh itu, group seperti DSG hanyalah platform untuk anda dapatkan specific group. DSG akan lebih effective untuk membantu anda jika wujud kumpulan kecil ini. Spt yang saya telah cadangkan dan kini tertubuh group NVIVO... satu langkah baik.....then seleps ini cari rakan2 yang satu bidang yang buat NVIVO. Saya ada seseorang yang boleh mengisi bengkel NVIVO.... so tak perlu tunggu QSR datang...


Selepas ini tubuhkan group SEM pula....dengan aplikasi AMOS.... untuk tujuan yang sama. Paling tidak, boleh kongsi belajar AMOS...Jadi saya ucapkan syabass kepada DSG kerana anda telah melangkah setapak kehadapan.... semua terus teruja dan mengisi keterujaan anda dengan penulisan tesis yang lebih baik....

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...