.

"ANTARA BLOG TERBAIK PENGAJIAN TINGGI DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

ANTARA TAJUK-TAJUK POPULAR.

Link ke semua Tajuk Popular berikut terletak dibawah ShoutMix.

Tajuk 004 - Ada 11 perkara kajian anda SIGNIFICANCE

Tajuk 014 - Menulis LITERATURE REVIEW yang kritis...sempoiii..

Tajuk 020 - Sample: Purposive atau Convenience atau ?

Tajuk 032 - Kenapa data ordinal tidak normal?

Tajuk 035 - Interpretasi SIGNIFICANT bagi correlation

Tajuk 083 - Sempoinya menulis LITERATURE REVIEW secara kritis !

Tajuk 094 - Tulis PROBLEM STATEMENT tapi TIDAK ADA problem?

Tajuk 100 - Menulis thesis dgn PANTAS "Jika saya menjadi anda"

LINK KE SEMUA TAJUK POPULAR BERIKUT TERLETAK DIBAWAH SHOUTMIX.

Tajuk 119 - Jgn perasan kajian anda boleh ubah policy!

Tajuk 122 - Jgn nak lebeh2 jika guna CORRELATION !

Tajuk 132 - Anda patut lebih TERROR dari supervisor anda !

Tajuk 141 - Tak logic minat RASCH MODEL tapi tak tahu LOGIT?

Tajuk 156 - DROPBOX - File tesis anda dalam bahaya!

Tajuk 184 - Semak Literature Review dgn SIMEC !

Tajuk 185 - Senangnya bina OUTLINE LR !

Tajuk 187 - Tiga rahsia penulisan LR terbongkar... Yezza!

Tajuk 212 - Cari RESEARCH GAP? Gunalah SYNTHESIS MATRIX !!

Tajuk 215 - Kalaulah saya jadi SV.. emmm

Tajuk 233 - CITATION dlm LR – Giler kalau macam ini...!!

Tajuk 238 - Lambat siap tesis – Anda berpenyakit procrastination !

Tajuk 234 - Anda pasti KALUT tanpa PILOT Article

LINK KE SEMUA TAJUK POPULAR BERIKUT TERLETAK DIBAWAH SHOUTMIX.

Tajuk 339 - Thesis: Dont Make It Write, Make It Written !!

Tajuk 240 - "DISCUSSION OF FINDINGS" Jangan pulak anda jadi Pak Pandir.

Tajuk 242 - RESEARCH GAP? - Gunalah HYBRIDIZATION TECHNIQUE

Tajuk 245 - Baca ini anda confirmed kamcing dgn SV

Tajuk 261 - RESEARCH GAP dan Teori Persenyawaan

Tajuk 267 - RESEARCH FRAMEWORK: Kenapa proposal mesti tebal-tebal?

Tajuk 277 - 278: RFOT - Wow !! RESEARCH FRAMEWORK dlm satu mukasurat jer!

Tajuk 279 - Nilai sebuah PROPOSAL..

Tajuk 285 - Thesis dan Awet Muda - Tips untuk suami isteri

LINK KE SEMUA TAJUK POPULAR BERIKUT TERLETAK DIBAWAH SHOUTMIX.

Tajuk 291 - 4 langkah validate + reliability questionnaire

Tajuk 311 - 6 kisah seram calon PhD !!

Tajuk 312 - Anda tak boleh ubah SV, andalah yang perlu berubah !

Tajuk 326 - MENDELEY: Citation + bibliography secara automatik....!

Tajuk 363 - Download template RFOT versi baru dlm MS Word disini !

Tajuk 366 - Empat langkah sempoi tulis paragraph yg KRITIS !!

Tajuk 367 - Bila supervisee jadi BEBAN SV !!

Tajuk 370 – Menulis significance dan Implication of study…

Tajuk 373 - Download desktop calender free here

Tajuk 379 - Download template for writing article AROT

Tajuk 395 - Novelty / Originality kajian anda dipersoalkan?

Tajuk 401 - Download RFOT latest (v4)

Tajuk 405 - Fulamak...Speed Reading (SROT)

Tajuk 417 - 432: Wooow.... ATLAS.TI - 12 Siri Langkah demi langkah

Tajuk 458 - Fulamak...3 Langkah Mudah Gaya UKM Dlm MENDELEY

Tajuk 468 - What is "THE BEST" Thesis?

Tajuk 473 - Sebab supervisee slow sokmo !!

Tajuk 477 - Template RFOT utk download (pdf)

Tajuk 486 - SV timun laut buat kajian singa laut?

Tajuk 487 - Bila Prof nak jadi MARADONA

Tajuk 529 - Calon PhD: Tipah Jgn Tertipu dgn SV !

----------------------------------------

Sila klik link Brochure, Sijil Penyertaan dan Resit yg disediakan di bawah shoutmix.

------------------------------------------------

SENARAI TENTATIF BENGKEL


RINGKASAN BENGKEL:

(1) TULIS TESIS CEPAT = TULIS TESIS CEPAT, LIT. REV. & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) SPSS =PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ATLAS.ti = ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) QNAIRE = BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK


Ogos 2014:

- Tulis Tesis Cepat / Mendeley (MPWS Bangi) - 14 Ogos

- ATLAS.ti (MPWS Bangi) - 17 Ogos

- Tulis Tesis Cepat / Mendeley (Kuching, Sarawak) - 21 Ogos

- Talk-show bersama graduan ex-peserta bengkel - 23 Ogos (UPM)


September 2014:

- Tulis Tesis Cepat / Mendeley (MPWS Bangi) - 4 September

- QNAIRE (MPWS Bangi) - 6 September

- Tulis Tesis Cepat / Mendeley (Perlis) - 7 September

Daftar dan info : http://www.postgraduateworkshop.com/

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke: zahinothman@gmail.com


Sila klik link Brochure, Sijil Penyertaan dan Resit yg disediakan di bawah shoutmix.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, June 30, 2011

ADELAIDE AUSTRALIA - WILD LIFE PARK

Hari kedua saya luangkan masa membawa wife dan NINE ke Cleland Wild Life Park. Bagi yang berpeluang belajar di Adelaide, tatapilah gambar berikut.... saya hampir sesat kerana pertama kali menggunakan GPS !!



Bak kata orang...jika tak pegang Kangaroo dan koala bear tak lengkap kunjungan anda ke Australia. Nine nampaknya lebih berani…. dia main2 dengan tikus gergasi le pulak !!


Sebelum itu, kami pergi ke Randall Mall di tengah2 bandar Adelaide. Saya ke sana kerana di sanalah ramai pelajar University Adelaide bersantai. Saya juga ke salah sebuah restoran halal, Swinging Bowl di Randall Mall untuk bertemu rakan lama, sdr Azam, yang membuka restoran tersebut. Tahniah buat Swinging Bowl yang berjaya menyediakan masakan halal dan murah ditengah2 bandar Adelaide.


Randall Mall

Adelaide Arcade

Bersama sdr Azam di Swinging Bowl


Kangaroo minat kat Nine... jarang jumpa 
kangaroo putih... kira macam kangaroo ensem la...
   
Sama tinggi dengan burung EMU ni

Besarnya tikus ... sama besar dengan kucing...
selambe jer NINE main2 dgn tikus ni yg dibiarkan
jinak dgn pelancong....opocot !!


Koala Bear ni makan tidor jer... then posing ... kalu
nak pelok kena bayar pulak.... tapi ko makan
daun jer akhirnya....

Pemandangan di Adelaide yang cantik

GPS ni ler yang tolong carikan jalan... Jika tahu mana nak pergi
jgn guna GPS, nanti dia ikut lain kita pun confused sebab
benda ni pandai ler pulak nak cari shortcut !!

Wednesday, June 29, 2011

BENGKEL PENULISAN DAN KONFERENS DI ADELAIDE AUSTRALIA

28 Jun hingga 4 Julai, saya ke South Australia dengan serampang 6 mata. Tahu ke pe bende serampang tu? Tengok kamus dewan jika nak tahu. Serampang tersebut adalah...


1. Membentangkan kajian saya bertajuk - SEA: Simple Explicit Animation in Teaching Organic Chemistry
2. Berbengkel penulisan tesis dgn post-graduate di Adelaide
3. Melawat kawan2 lama dan baru kerana disinilah saya membuat Doctor of Education dulu
4. Menyejukkan badan sebab sekarang winter
5. Mencari kamera antik untuk menambah koleksi saya
6. Melihat keindahan taman2 dan tempat2 di Adelaide


Semalam saya telahpun ke University of South Australia (UNISA). Saya telah bertemu pensyarah muda dari UM, UPSI dan sebuah IPG Melaka. Sebelah malam dinner dirumah Nizam / Liza. Syukur, kawan2 lama telah sediakan sebuah rumah, hp, kereta dan GPS untuk kegunaan saya disini. Terima kasih kepada mereka terutama sdr Nizam / isteri, Dr Zaki dan Mohd Awang / isteri, Sdr Sayuti yang membantu saya.




Nine sebaik sahaja menjejakkan kaki di Adelaide


Bersama pelajar post graduate di UNISA. 

Significant Trees di UNISA, moga kedatangan saya juga signifikan!!

UNISA 

Winter di Adelaide, semua pokok tak der daun !!


Dinner di rumah Nizam, anaknya yang manja...
berebut dgn Nine nak pangku

Wife, Nine dan isteri Nizam, jumpa orang kampung di Adelaide


OT

Sunday, June 26, 2011

BENGKEL SPSS UMS - TAHNIAH !!

Hari kedua mengendalikan bengkel….. permulaan dengan sedikit emosional. bukan apa, masih ada lagi rasa takut-takut dalam kalangan peserta untuk menulis idea dalam SOROTAN LITERATUR. Ada yang masih terikut dan terikat dengan teks yang dibaca sehingga menghalang kelancaran menulis.

Hari ini dimulakan dengan konsep statistic inference…. diikuti dengan hands-on aplikasi SPSS.

Sebelah petang pula terharu dengan penghargaan dari peserta bengkel dan kumpulan siswazah UMS. Moga anda berjaya mengutip mutiara yang telah dibentangkan.

Layanan istimewa sebagai tetamu di UMS sangat tidak disangka. Utk itu saya rakamkan penghargaan kepada Puan Faridah dan suami, En. Mazlan, En, Sukiman, En. Saidol, En. Nizam dan rakan2 siswazah mereka yang menjemput saya – Luv u all !!


Berkongsi pengetahuan 

Anda perlu 2 langkah kehadapan....

Senyum ko yer....

Tak sangka bekas pelajarku adalah salah seorang peserta bengkel

Key in data utk run SPSS

Aktiviti hands-on SPSS

Tekun sungguh !
  
Menerima tanda hati dari  ketua siswazah UMS                                                                                                                                                         

Merakam kenangan 

Saturday, June 25, 2011

BENGKEL PENULISAN UMS (HARI 1) - 25 June 2011

Hari ini bermula Bengkel Penulisan Tesis dan Statistik Inferens di UMS. Zaman NET-G ini, siswazah tak boleh lagi bekerja sendirian. Anda perlu collaborate untuk menambah skill membuat tesis. 


Pictures are worth than thousand words !!

Ini ler signboard bengkel - tanpa ini dijamin sesat !

Masjid UMS yang sangat unik.... warna pink lagi.
Orang kuat bengkel (tudung cerah kanan) sedang beri arahan. 
" Dulu aku tulis Table of Content seminggu bah.
Hari ini aku buat tak sampai seminit..!! "
Belajar idea DIRDIO dalam menulis tesis. 
Apa benda tu, perfume ker?
Tulah dia DO IT RIGHT, DO IT ONCE ! 

Barisan orang kuat belakang tabir .... comel2 diaorang ni...

Tahu MSWord belum tentu lagi anda tahu menulis
dengan cekap dan efisyen

10 langkah mudah DIRDIO...

Bibliography.... mudahnyer dengan DIRDIO!


Bila pompuan berjumpa.....
Berbual tanpa gossip spt gulai tanpa garam.... 
Tak cukup dalam bengkel, masa makanpun sambung lagi....
Emm.... terlebih sudah !

Heading 1, Heading 2.... mana lak Heading 3 ni?



LR bukan lagi himpunan ringkasan kajian lepas...
Ini LR kajian aku....perspektif aku... suara aku
aku mesti kritis...YESS !!


Aik, nak buat page number pun sampai 2 orang yang ajar?

1Thesis1File....baru sanang mahu edit bah...

Tulis tesis perlu keluarkan idea... biar mengalir macam
sungai Tamparulli ..
Senang2 pun nak tanya... atau nak manja akak2 ni?

Aktiviti hands-on. Gunung Kinabalu dah ku daki... nikan pula tulis LR...

Wow... mencurah2 idea menulis dengan lancar...

Esok bertemu lagi pada hari kedua bengkel !!!


Friday, June 24, 2011

LAWATAN TAMAN KINABALU dan PULAU MANUKAN


Semalam 23hb Julai saya menjejakkan kaki di airport Kota Kinabalu (KK), tempat yang pernah saya tinggalkan 27 tahun yang lalu….

Kini semua dah berubah, airport yang besar dan cantik serta Bandar KK yang sibuk dan tersergamnya sebuah university – UMS !!

Kedatangan saya diatur oleh sekumpulan pelajar PhD, yang bersungguh2 untuk berkongsi pengalaman dengan saya. Saya dibawa ke Hotel Court Yard untuk menginap disana.

Saya terharu dengan usaha mereka, yang bersedia dibengkelkan selama 2 hari, 25 – 26hb bagi menyuntik sesuatu dalam menyiapkan tesis masing2.

Hari ini 24hb, sebelum bengkel, saya ambil kesempatan pergi ke Taman Kinabalu yang berada di kaki Gunung Kinabalu. 27 tahun lepas, saya telah berjaya menjejakkan kaki di puncak Kinabalu, gunung tertinggi di South East Asia. Saya ke sana juga menaiki 4WD milik salah seorang peserta bengkel. Perjalanan dari KK ke Taman Kinabalu cuma 1 jam lebih sikit jer.... Kalau Mat Salleh sanggup terbang beribu2 batu ke Taman Kinabalu utk menakluki puncaknya..... tok ke ler mu hok duduk Melesia ni tok se gi.... oo aloh...buak malu jo !! Maghi ler ghama2 pakat2 naik gunung Kinabalu ni....


Then sebelum balik, pada 27hb pagi saya ke Marine Park, Pulau Manukan, KK. Saya jangkakan setelah 27 tahun tak jejak ke Pulau Manukan, dah tidak ada ikan dan aktiviti snorkel. Ternyata saya salah, baru sampai di jeti... saya teruja melihat air yang tetap jernih dan ikan2 bermain2. Saya berbisik pada wife - ini jauh lebih baik dari Pulau Perhentian dan Lang Tengah Trengganu! Apa taknyer, anda hanya perlu berjalan ditepi pantai sambil snorkeling tanpa perlu pergi ke tengah laut..... saksikan pics berikut...


Hari ini juga "bersejarah" sebab ICON drotspss si NINE tu dah mula boleh berjalan.....dia asyik berjalan jer di KK ni ni.... limpas sana limpas sini.....


Spt biasa, kita kongsi bersama hari pertama saya sebelum bengkel…saya juga sempat ronda2 UMS.... besar sungguh kawasan UMS, ada laut, ada lembah, ada hutan, ada bukit.....ada akuarium, bot, jeti....ada segalanya... tak takut ke pelajar sini jika ada kuliah malam2 ker?

Nine lena dalam kapalterbang

He he....kita datang bah ...

Abang dan adik....


Breakfast di CourtYard sebelum ke Taman Kinabalu

Terlena dalam dibuai bayu dalam perjalanan

Disinilah 27 tahun lalu saya menakluki puncak Kinabalu

Bersama 4WD... 

Di Taman Kinabalu

Rasa macam budak2 sekolah ler pulak datang sini...

Pelancong Korea ni pantang jumpa bunga

Oooo.. orkid liar... cantik wpun menumpang dipohon lain..


Mat Sallehpun ramai...sebab mereka tak ada hutan macam kita !

Mencuri perhatian saya

Ye.... saya dah tahu berjalan.... di Taman Kinabalu lagi

Saya sendiri tak caya camana leh sampai atas puncak tu...
kenangan puncak kinabalu yang diseluputi awan..

Ronda2 di UMS sehari sebelum bengkel.. susah nak ambik pic sebab logo kat belakang tu berpusing.... 


Naik bot 15 minit jer dari KK

Sampai je ke jeti.... beribu2 ikan menyambut bot kami..... caya lah...

Air yang jernih dan cetek serta ikan yang berwarna warni kelihatan jelas .... tak sabar nak snorkeling...
Dari jeti dah kelihatan ikan bermain-main dalam air yang clear crystal
Pasir...pasir....pasir...

Nine kesukaan dapat bermain pasir yang halus dan putih

Sapa berani lawan saya punya penyu.... he he

Menikmati keindahan Pulau Manukan



OT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...