.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, June 19, 2011

TAJUK 137: PAKAR SAJA TAK CUKUP UTK CONSTRUCT VALIDITY !!

CONSTRUCT VALIDITY DGN PAKAR TIDAK MENCUKUPI!

Pahal ler pulak ni sedang selama ini pelajar di suruh merujuk kepada pakar untuk sahkan kandungan soal selidik / instrument takkan tak mencukupi !

Ini satu lagi pendapat kontroversi ker. Ntahlah…. Cuma ini yang bermain dalam minda saya….mudah2an jadi bahan fikiran bersama.

Mengukur sains fizikal seperti ketinggian adalah mudah dengan alat ukur yang telah dipiawaikan. Dengan pemiawaian ini, apabila saya ukur ketinggian saya dengan tali tape piawai (bukan yang buat sendiri)  katakan 1.4 m dan tinggi anak saya 0.7 m. Ini bermakna saya 2 kali lebih tinggi dari anak saya. Panjang adalah ukuran unidimenasional atau satu dimensi sebab panjang mewakili satu atribut sahaja iaitu panjang ler. Sebagai perbandingan, ketumpatan adalah dua dimensi kerana ketumpatan diwakili oleh dua atribut iaitu panjang dan isipadu ( takkan tak ingat subjek sains masa sekolah dulu!). Anda tak perlu cari PAKAR bagi mengesahkan dapatan anda ini.

Ada sesiapa tak puas hati, tak percaya dan nak persoalkan dapatan saya tersebut?

Mengukur  atribut dalam sains sosial lebih sukar kerana ketiadaan alat yang piawai serta pengukurannya yang selalu bersifat multidimensional.

Katakan anda buat kajian mengukur populariti seorang pelajar – anda perlu tentukan atribut yang terdapat dalam konstruk popular seperti antaranya ramai kawan, cantik @ hensem, memegang jawatan dalam kampus, pelajar terbaik dll. Jadi ukuran populariti telah menjadi multidimensional kerana atributnya lebih dari satu. Anda terpaksa bina soal selidik / instrument yang dapat mengukur atribut2 ini bagi mewakili construct popularity. Bukan begitu?


OK..OK.. Selepas anda bina instrument dalam bentuk soal selidik, maka andapun cari pakar untuk mendapatkan construct validity. Andapun berjumpa salah seorang pegawai HEP yang pakar mengenalpasti pelajar yang popular sebab setiap tahun dia anjurkan pencalonan pelajar popular di IPTA anda. Pegawai HEP tersebut adalah juga juri tetap peraduan reality Ratu Freshie dan Raja Freshie (ada lagi ker benda2 macam ni lagi…)

Jadi tanpa segan silu andapun laporkan bahawa instrument anda mempunyai construct validity kerana telah disemak oleh pakar.

Persoalan saya – pakar sahaja TIDAK MEMADAI jika dia bukan pakar dalam menentukan samada item yang anda bina tersebut mengukur satu atribut (dimensi) atau mengukur beberapa atribut (multidimensional). Pakar tersebut TIDAK LAYAK mengesahkan kandungan jika tidak dapat membuat penilaian berdasarkan dimensi / atribut yang ingin diukur. Ini lebih penting dari hanya mengetahui kandungan soal selidik anda….

Hal ini sering terjadi apabila pelajar berpuas hati hanya dengan menamakan PAKAR sedang individu tersebut tak faham pun maksud dimensi / atribut. Yang dia faham adalah aspek kandungan yang berkaitan konstruk yang anda ingin ukur.

Susah ler macam ni.. (memang ler susah)

Ada kena tahu bahawa:

Construct validity merujuk kepada pengukuran satu atribut / dimension bagi setiap item sahaja
Cronbach alpha pun mengukur internal consistency bagi satu atribut / dimensi sahaja

Abis camno?

Anda perlulah pastikan anda merujuk bukan sahaja kepada PAKAR tetapi juga PAKAR yang dapat mengesahkan bahawa setiap item yang anda bina mengukur satu dimensi sahaja. Anda tidak boleh berpuas hati dengan merujuk kepada PAKAR dalam matematik sebagai contoh untuk sahkan instrument soal selidik anda jika PAKAR tersebut tiada pengetahuan tentang maksud atribut atau dimensi yang menjadi asas penentuan construct validity….
Menjadi ayah tak semestinya pakar juga pakar psikologi
kanak-kanak !!
Saya syorkan jika anda membuat soalselidik, dapatkan at least 6 pakar iaitu 2 pakar content, 2 pakar psychological / educational measurement dan 2 pakar bahasa.   Walaupun kajian terdahulu yang anda baca hanya dapatkan pandangan 2 pakar, anda perlu lebih advance dengan menambah 4 pakar lagi.... 


Susah nak dapat?


Tak ler susah sangat jika anda sertakan dengan token sbg penghargaan pakar2 tersebut menyemak soal selidik anda. Lagi tinggi token, lagi mudah anda akan dapat kerjasama. Mereka bukan nakkan duit anda, sebab gaji Prof. dan pakar2 ini lebih dari memadai tetapi masa yang mereka ada sangat berharga, tak jadi satu kesalahan untuk hulurkan token. Katakan setiap pakar perlu 2 jam untuk menyemak soal selidik anda, token sekitar RM200 adalah memadai. Anggap ini sebagai pelaburan masa depan anda.

Phew….

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...