Saya kendalikan bengkel ini untuk memberi pengalaman hands-on menulis LR dengan 2 skop iaitu - menjadikan peserta bengkel seorang yang berani dan yakin.
Apa kena mengena berani dengan LR?
Saya mendapati pelajar siswazah mempunyai cukup bahan tetapi tidak cukup berani untuk menulis . Mereka terkial-kial sedang bahan didepan mata cukup banyak untuk ditulis.
Yakin... kerana mereka telah memiliki pengetahuan menulis 3C - clear, concise dan consistent serta tahu untuk paraphrase dan memasukkan "suara" mereka semasa menulis dengan kritis supaya LR tidak hanya sekadar ringkasan kajian2 lepas...
Seperti biasa, saya sendiri banyak belajar dari respon yang saya dapat semasa bengkel. Saya sebenarnya hanya "berani" dan "yakin" untuk memberikan bengkel walaupun penulisan LR bukanlah sesuatu yang boleh dipelajari dalam masa yang singkat.
Saya tidak memberi ceramah "How to write LR" tetapi memberikan bengkel hands-on, setiap peserta kena buat aktiviti dan latihan. Ternyata, peserta bengkel tidak memiliki skills yang perlu ada dalam penulisan LR sebelum mengikuti bengkel ini. Selama ini mereka menulis hanya dengan berpandukan contoh2 tesis yang lepas.
Berikut suasana bengkel yang berlansung 5 jam non-stop !
Nampaknya seorang jer kaum adam...Terima kasih kerana memberi saya peluang membantu anda !! |
Pot-Luck peserta bengkel..... |
Dalam LR pun....your voice must be heard !! |
Ooo...cam ni le tulis dengan clear...concise dan consistent.. |
Dah analisis kena sintesis pulak.... barulah kritis |
Oo... paragraph ini kena paraphrasing.....sonang lah |
Klik je icon ini untuk cari synonym atau thesauras.... |
Baca dan terus taip, taip dan taip barulah LR ada progress! Confident jer jangan takut.. |
Dah tulis kenalah buat justifikasi.... |
No comments:
Post a Comment