.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, June 14, 2011

TAJUK 147: JANGAN MENULIS TESIS UNTUK PENINGKAN PEMBACA

Suasana UPM agak sunyi. Pelajar bercuti panjang, pensyarahpun ambil kesempatan sama bercuti.Ini masa terbaik utk membaca tesis / proposal pelajar. 


Membaca tesis pelajar memerlukan kekuatan luar dan dalam, jiwa dan minda. Masakan tidak, nak memaksa mata terbuka dan minta berfikir bukan senang. Oleh itu, sayugia sukalah saya memberi sedikit tips supaya janganlah hendaknya ada pelajar yang menulis tesis yang memeningkan kepala pembaca. Menulis tesis bukan macam menulis blog, ikut rasa dan giler2..... Menulis ayat dalam tesis sebenarnya jauh lebh mudah. Tak caya..... perhatikan petikan ayat berikut


Petikan



Bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran antara murid dan guru di sekolah, kaedah pembelajaran berasaskan komputer boleh dijadikan sebagai suatu alternatif yang inovatif dalam usaha kerajaan meningkatkan keseronokan dalam kalangan pelajar untuk mempelajari suatu konsep sains yang sukar dan mencabar di semua peringkat pendidikan. 

Ayat dalam petikan di atas sungguh canggih dan menjadi kegemaran pelajar dalam menulis tesis. Inilah antara kesilapan pelajar yang menjadikan tesis alat memeningkan kepala pembaca. Kononnya jika tak tulis panjang2, ayat tak canggih maka tak sampai tahap master atau PhD.... Ini salah konsep!  


Menulis ayat dalam tesis sangat mudah - clear, concise dan consistent, bukannya panjang menjela tapi pembaca teraba2 maksud yang ingin disampaikan. Baca dengan teliti.....

1. Clear...... bermaksud, jelas apa yang nak anda sampaikan, direct to the point. Jika nak ke KL, katakan nak ke KL, jangan belit2 kata nak ke Kuala Lipis dulu then ke Kuala Langat.. baru nak ke Kuala Lumpur.  

Ayat diatas boleh di clear kan spt berikut:

Kaedah pembelajaran berbantu komputer berpotensi meningkatkan keseronokan pelajar dalam mempelajari suatu konsep sains yang sukar.

2. Concise.......bermakna menulis dengan ringkas, gunakan perkataan yang perlu sahaja, jangan hiasi dengan pelbagai adjectives dan adverbs dan kata-kata berpuitis yang tidak perlu. Kalau dah jiwang sangat, tulis ler sajak ke puisi ke dah hantar kat blog drotspss !! Perkataan yang bergaris di bawah sebenarnya tidak perlu dan patut dibuang sahaja... macam perempuan terlebih mekap... bukan tambah cantik tapi hu hu... menakutkan !!


Bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran antara murid dan guru di sekolah, kaedah pembelajaran berasaskan komputer boleh dijadikan sebagai suatu alternatif yang inovatif dalam usaha kerajaan meningkatkan keseronokan dalam kalangan pelajar untuk mempelajari suatu konsep sains yang sukar dan mencabar di semua peringkat pendidikan.

3. Consistent

Jangan tulis tanpa berfikir. Perhatikan perkataan bergaris yang tidak konsisten antara murid - pelajar dan sekolah - semua peringkat pendidikan

Bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran antara murid dan guru di sekolah, kaedah pembelajaran berasaskan komputer boleh dijadikan sebagai suatu alternatif yang inovatif dalam usaha meningkatkan keseronokan dalam kalangan pelajar untuk mempelajari suatu konsep sains yang sukar dan mencabar di semua peringkat pendidikan.

Jika anda guna pelajar, gunakan istilah yang sama diseluruh tesis anda. Jangan kejap tulis pelajar, kejap guna murid, kejap para pelajar, kejap murid-murid, kejap penuntut.... poning lah pembaca tesis anda!!

Macam nilah rupa ayat dalam tesis kalau terlalu canggih...tak clear, tak consistent dan tak concise. Bukan sahaja pening .... boleh jadi mimpi ngeri dalam tidor...!!


OT

1 comment:

  1. faham apa yg doctor maksudkan..faham apa yg Dr.OT ingin sampaikan...tapi bila saya menulis susahnya nak capai tahap Dr. OT...he3

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...