.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, June 20, 2011

SOALAN: KAT MANA NAK CARI JOURNAL?

Soalan:
Salam dr..
Sy banyak membelek2 entry yg telah dihasilkan oleh dr setelah di perkenalkan oleh my tutor. Banyak panduan dr blog DR menerangkan bagaimana untuk membuat LR tersebut. Terima kasih banyak2.

Cuma, bolehkah sy ingin memohon jasa baik DR utk mencadangkan kepada sy jurnal manakah atau dari dimanakahn boleh sy mendapatkan petikan, jurnal ataupun buku kajian2 yg lepas berkenaan etika dan kepentingan sumbangan sosial dalam organisasi.

Apa yg sy fahami, tanpa kajian yg lepas, tanpa jurnal kajian2 yg lain, tak mungkin sy boleh memulakan LR sy. Betul kan dr?
Terima kasih di dahulu DR atas bantuan dan tunjuk ajar DR!

Respon:
Secara umumnya setiap bidang mesti mempunyai jurnalnya tersendiri. Didalam jurnal inilah diterbitkan artikel berkaitan bidang tersebut. Oleh sebab itu anda kena tahu focus kajian anda terlebih dahulu. Kemudian barulah anda lakukan perkara berikut:

1. Tanya kepada supervisor anda / pensyarah berkaitan jurnal yang relevan dengan tajuk dan fokus kajian anda
2. Minta bantuan pegawai perpustakaan / search on-line journal yang di subscribe oleh perpustakaan anda.
3. Dapatkan beberapa artikel jurnal terkini yang mengkaji tajuk yang relevan dengan tajuk kajian anda. Senaraikan jurnal dan publisher yang telah dirujuk dalam artikel tersebut supaya anda boleh lakukan perkara yang sama.
4. Berjumpa dan bertanya kepada pelajar senior yang membuat tajuk dalam bidang kajian yang anda.
5. Pinjam tesis dari pensyarah anda / perpustakkan / pusat sumber yang mengkaji tajuk yang relevan dengan tajuk anda. Dapatkan senarai jurnal dari bahagian bibliografi yang artikelnya berkaitan dengan kajian anda.

Antara international publisher yang menerbitkan jurnal organization dan social adalah seperti Taylor & Francis; Springer; Elsevier; SAGE; Emerald. Andalah yang kena teroka artikel2 yang diterbitkan dalam publication tersebut.

Saya hanya memberi jala…. andalah yang pergi menangkap ikan…. moga berjaya.
Jala jangan tak jala......


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...