Kenapa penulisan tesis tidak banyak berubah sejak puluhan tahun?
Fikirkan senario ini:
Bila A menulis tesis pada tahun 2010, dia akan merujuk kepada tesis B tahun 2009 yang mula ditulis pada tahun 2006. B yang mula menulis tesis pada tahun 2005, merujuk kepada tesis C tahun 2004 yang mula ditulis pada tahun 1998. Pada tahun 1998, C guna SPSS version 10 !!
Tahu maknanya?
Ini bermakna, pada tahun 2010 ketika A mula menulis tesis, secara tidak lansung A merujuk kepada tesis B dan C yang sebenarnya bermula pada tahun 1998 !!
Bezanya adalah 12 tahun !!
Apabila tahun 1998, C bercadang menguji content validity, maka semua tesis selepas itu hanya berpuas hati dengan pengujian content validity seolah2 itu sahajalah cara uji validity, sedang dalam tempoh 12 tahun, perbagai instrument telah dihasilkan yang membolehkan A juga menguji criterion dan construct validity.
Berikut ringkasan 3 cara ringkas pengujian validity:
1. Content validity
Digunakan apabila anda ingin pastikan KANDUNGAN item / instrument yang anda bina mewakili apa yang anda ingin uji. Content validity sesuai untuk instrument menguji pemahaman tentang content seperti ujian Maths atau sains. Caranya anda serahkan item/instrument anda kepada sekumpulan pakar / guru pakar - itu sahaja !!
Jeng..jeng..jeng....
Bagi yang membina instrument psychometric, anda kena uji juga dengan sekurang2nya salah satu dari validity berikut kerana instrument psychometric lebih mengukur kriteria dan construct yang perlu diuji lebih dari hanya content validity.
2. Criterion validity
Katakan anda ingin mengukur kebolehan menjadi pemimpin kolej. Andapun sediakan satu instrument kriteria pemimpin kolej yang cemerlang untuk diisi oleh bakal2 calon pilihanraya. Katakan instrumen X.
Kemudian anda sediakan satu lagi instrument yang lebih ringkas yang diberikan kepada sekumpulan bekas pimpinan kolej yang aktif dan cemerlang bagi menilai kriteria yang ada pada bakal2 calon pilihanraya tersebut, katakan instrument Y.
So.. apa lagi.... anda uji korelasi kedua2 skor X dan Y bagi mengetahui adakah kriteria pemimpin yang baik pada bakal calon pilihanraya kolej menepati kriteria bekas pimpinan yang cemerlang dengan melihat korelasi skor yang tinggi. Jika korelasi tinggi, maka instrument X valid dalam mengukur kriteria pemimpin yang cemerlang.
3. Construct validity
Digunakan apabila anda ingin tahu samada construct dari instrument anda dapat dikaitkan dengan construct yang telah diukur dengan instrument lain dan telah menjadi teori yang established.
Katakan anda ingin mengukur kejayaan pelajar sains. Terdapat 3 construct seperti self-esteem, IQ, EQ. Caranya dengan cari mengesahkan skor yang tinggi katakan self-esteem dengan teori (atau kajian lepas) yang menyatakan bahawa pelajar berjaya adalah pelajar yang mempunyai self-esteem yang tinggi. Lakukan perkara yang sama dengan IQ dan EQ. Jika ada persamaan atau saling berkaitan, maka instrument anda akan meningkat validity nya.
Sebahagian kerja-kerja research |
Moral of the story:
Mengapa tidak meningkatkan validity instrument anda dengan menguji criterion atau construct validity selain content validity....sekaligus memantapkan kajian dan instrumen anda... Jgn hanya buat content validity sedang instrument anda adalah instrument psychometric yang menguji kriteria dan construct.....bukan penguasaan content!!
OT
No comments:
Post a Comment