Factor Anlaysis (FA) termasuk dalam advanced statistics. FA secara umumnya digunakan bagi mengukur sesuatu variables yang tidak boleh diukur secara lansung (latent) seperti dalam psychometric - intellectual, anxiety, stress sebagai contoh. FA secara umum digunakan atas 3 sebab:
1. Mengenalpasti kelompok variables yang mengukur sesuatu latent variable
2. membina soalselidik yang mengukur latent variable
3. mengurangkan set data supaya mudah untuk di organize atau manage.
Berikut satu contoh aplikasi mudah FA. Katakan anda ingin mengkaji faktor mengapa belia suka melayari sesuatu website internet. Dengan mengetahui factor ini, anda bercadang untuk membina ciri-ciri website pendidikan yang menepati cita rasa belia. Andapun bercadang untuk mengumpulkan data sebanyak mungkin variables terhadap 150 belia.
1. Mengenalpasti kelompok variables yang mengukur sesuatu latent variable
2. membina soalselidik yang mengukur latent variable
3. mengurangkan set data supaya mudah untuk di organize atau manage.
Berikut satu contoh aplikasi mudah FA. Katakan anda ingin mengkaji faktor mengapa belia suka melayari sesuatu website internet. Dengan mengetahui factor ini, anda bercadang untuk membina ciri-ciri website pendidikan yang menepati cita rasa belia. Andapun bercadang untuk mengumpulkan data sebanyak mungkin variables terhadap 150 belia.
Antara variable yang anda kenalpasti dari literature review adalah seperti
1. Bercirikan social networking, SN (spt facebook dan twitter)
2. Boleh download bahan secara free of charge
3. Website berkaitan artis
4. Ada element of games
5. Ada element music
6. Adult material
7. Movie
8. Gossip.
1. Bercirikan social networking, SN (spt facebook dan twitter)
2. Boleh download bahan secara free of charge
3. Website berkaitan artis
4. Ada element of games
5. Ada element music
6. Adult material
7. Movie
8. Gossip.
Dengan ini andapun bercadang untuk melaksanakan EXPLORATORY FACTOR ANALYSIS (EFA) bagi mengurangkan bilangan lapan variables (dalam kes ini adalah 8 item dalam soalselidik) yang saling berkaitan di bawah kelompok factor tertentu. Ukuran variables yang mempunyai korelasi yang tinggi sesama sendiri (positif atau negative) berkemungkinan berkongsi trait atau dimensi yang sama di bawah satu factor.
Dengan maklumat ini andapun membina soalselidik untuk mendapatkan factor yang paling utama dari perspektif belia menggunakan Likert-type scale:
1- Sangat tidak setuju; 2- Tidak setuju; 3 - Setuju; 4 - Sangat setuju
Contoh item:
Item1: Saya aktif berkomunikasi dengan facebook [1 2 3 4]
Item2: Saya suka download kandungan web dengan percuma [1 2 3 4]
Item3: Saya sering membuka website artis idola saya [1 2 3 4]
Andaian keputusan yang anda perolehi daripada 150 responden. Saya hanya paparkan 5 keputusan sahaja:
Factors dan skala persetujuan | ||||||||
Bil | SN | Free | Artis | Game | Music | Adult | Movie | Gossip |
1 | 4 | 2 | 3 | 4 | 2 | 4 | 3 | 3 |
2 | 4 | 1 | 4 | 4 | 3 | 3 | 3 | 3 |
3 | 3 | 3 | 3 | 4 | 2 | 2 | 4 | 2 |
4 | 2 | 2 | 2 | 3 | 3 | 1 | 3 | 3 |
5 | 3 | 1 | 3 | 3 | 3 | 2 | 4 | 2 |
150 | 3 | 1 | 4 | 3 | 3 | 1 | 4 | 2 |
Contoh output:
1. Scree plot:
Scree "is the geological term referring to the debris which collects on the lower part of a rocky slope”. Scree plot mengesahkan semua variables boleh dikelompokkan menjadi 3 faktor dengan nilai eigenvalue >1
2. Rotated Component (Factor) Matrix
Jadual menunjukkan korelasi antara item2 selepas pemutaran Varimax. Nilai yang bertindih, iaitu mengukur lebih dari satu component digugurkan.
Component | |||
1 | 2 | 3 | |
SN | .70 | ||
Free | .09 | ||
Artis | -.56 | .68 | |
Games | .89 | ||
Music | -.91 | ||
Adult | .63 | ||
Movie | -.65 | ||
Gossip | -.84 |
Kesimpulan:
Anda perlu bina website berciri 3 faktor berikut. Setiap factor mempunyai beberapa variables yang berkorelasi antara satu sama lain.
Faktor 1- Ada elemen music, adult dan gossip
Anda telah mengurangkan 3 variable untuk dikelompokkan sebagai satu factor – Nama atau labelkan factor sebagai Faktor Hiburan
Faktor 2: Artis, ada elemen games dan movie
Anda telah mengurangkan 2 variable untuk dikelompokkan sebagai satu factor –Nama atau labelkan factor sebagai Faktor Movie
Faktor 3: Berciri SN dan free
Anda telah mengurangkan 2 variable untuk dikelompokkan sebagai satu factor - Namakan atau labelkan factor sebagai Faktor Network
Dengan ini hanya 3 faktor yang boleh mewakili 3 ciri website belia iatu Hiburan, Movie dan Network
No comments:
Post a Comment