.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, June 6, 2011

TAJUK 144: TIP MENULIS TESIS: PENAT MENULIS PERKATAAN YG SAMA BERULANG KALI DALAM TESIS?

Saya dapati ramai pelajar yang menulis tesis yang sebenarnya "buta" MS WORD tapi tak mahu mencuba, meneroka mahupun mnghadiri bengkel penulisan. Sebentar tadi saya didatangi oleh sorang pelajar komunikasi yang membuat kajian mengenai Lina Joy. Beliau terpaksa menulis perkataan Lina Joy beribu2 kali dalam tesis. Saya pun bagi satu tip.... barulah tersengeh dia......then biarlah saya kongsi bersama disini.


Saya tidak mahu guna nama Lina Joy. Saya nak ganti dengan perkataan panjang yang semua orang guna, misalnya "pembolehubah". Ini contoh sahaja. Anda sebenarnya hanya perlu menaip "p" dan tekan space bar.... maka dengan automatik, perkataan pembolehubah akan keluar. 


Tak caya?


Ikut langkah berikut:
  • Klik Office button (ikon Office dipenjuru kiri atas screen file word anda)
  • Klik Word Option
  • Klik Proofing
  • Klik Autocorrect option…
  • Taip “p” pada kotak [replace]
  • Taip “pembolehubah” pada kotak [with]
  • Klik Add
  • Klik OK
Apabila anda taip “p” dan tekan space bar maka secara automatic perkataan “pembolehubah” akan terkeluar
Bayangkan sebelum ini anda taip 12 huruf, sekarang hanya 1 sahaja !!

Anak dan ayah bertukar2 idea....

Anda boleh gunakan kaedah yang sama, misalnya:

Taip “sk” pada kotak [replace]
Taip “sosial konstruktivisme” pada kotak [with]
Klik Add
Klik OK

Apabila anda taip “sk” dan tekan space bar maka secara automatic perkataan “sosial konstruktivisme” akan terkeluar
Bayangkan sebelum ini anda taip 20 huruf, sekarang hanya 2 sahaja !!
Jika ada 200 perkataan tersebut dalam tesis anda, anda tak perlu menekan keyboard anda 4000 kali...... memadai dengan 40 kali jer....

Bayangkan jika anda lakukan teknik yang sama dengan bbrp perkataan lain..... tak ker anda menjimatkan sampai berjuta2 kali menekan keyboard..... dahlah anda menaip dengan satu jari....macam ayam nak tidor....

Aku kalau patuk keyboard tu lagi laju tau......

OT


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...