Saya ingin berkongsi pengalaman bagi sesiapa yang bercadang utk kesana, maklumkan nak ke Universal Studio Tokyo, Hong Kong atau US, tentu mahal. Saya sendiri tak tahu apa ada di USS, maklumlah orang kampung.... sehinggalah jiran saya berkunjung disana dan mencadangkan kepada saya bahawa USS adalah tempat sgt menarik...."must visit place" katanya...
USS membina replika studio dan watak2 dalam filem dengan perbagai permainan dan hiburan serta memberi pengalaman sebenar filem2 keluaran Universal Studio sejak 60an hingga sekarang dan dengan kerjasama Dreamwork seperti filem Shrek, Madagascas, Water World, Mummy the return, Jurassic Park dll. Paling mengkagumkan, sebahagian lokasi pengambaran seperti dibina semula termasuklah Istana Far2 Away, Piramid, kapal Madagascar dll....
Tips ke USS:
1. Tempah tiket online. Satu tiket... anda boleh masuk dalam semua events, tak yah bayar per2 lagi. Harganya semaklah sendiri!
2. Ni nasihat saya....PASTIKAN anda membeli tiket Universal Express (dgn extra charge), bukan tiket biasa... Tiket ini luar biasa ada laluan special tanpa perlu beratur panjang. Saya saksikan pengunjung beratur lebih satu jam untuk satu2 event... sedang dengan tiket express, saya dan famili hanya tunggu tak sampai 5 minit !!
Bayangkan jika ada 20 events.... mana sempat nak beratur panjang !! Jika bawa anak2.... nak kawal 10 minit pun susah, nikan pulak 1 jam beratur!! Ramai gak yang kecewa bila tengok waktu menunggu yang lama... so kebanyakkannya terpaksalah jalan2... makin petang makin panjang waktu menunggu.
3. Bawa makanan sendiri... sebab mahal makan di sana. Air OKlah boleh beli air mineral...
4. Bawa telekong+ kompas - tiada tempat solat. Carilah sudut2 kosong untuk solat.
5. Cari logo halal, tak semua jual makanan halal
6. Elok juga stay di JB sehari sebelum ke USS, hotel paling dekat dengan terminal ke Spore spt hotel NAZA, Suria dan Blue Wave.
7. Bangun pagi, sarapan dan pastikan 7.30am anda telah berada di terminal menaiki bas bas Transtar dengan tiket RM5 seorang dalam bas. Bas ini direct ke USS.
Jika anda dapat naik bas kul 8am, dalam 9.30am boleh sampai USS. Jika lambat, anda akan berebut2 dan akan frust jika sampai 12 tgh.... dah panas terik !! Balik dengan bas yang sama tapi tambang 5 Dollar seorang.
8. Jika nak mudah, hubungi ejen perlancungan terdekat dan pergilah naik bas ramai2... pun ok juga. Saya naik MPV sbb nak ronda2 JB then lepas tu ke Desaru, bawa anak2 mandi pula....lagipun tak terikat dengan masa orang lain....
Semua tempat dan events sgt menarik tetapi saya paling teruja apabila memasuki istana Far2 away dengan tayang Shrek 4D !! Selalunya filem di pawagam 3D, tetapi di sini 4D. Ini bermakna filem 3D shrek yang dibuat semula sehingga kesan visualnya benar2 amazing... terasa kita berada bersama2 watak tersebut. 4D adalah kerana kerusi juga dilengkap dengan special effect yang bergoyang, bergegar, siap dengan sempuran air dan angin - an extra dimension of special effects. Jika Shrek naik kuda, kerusipun bergoyang spt menaiki kuda juga ! Jika donkey bersin, anda juga ada kena airnya !!
Bagi anak remaja, menaiki roller coaster 14 tingkat GALACTICA yang laju dengan putaran 360 darjah tentu pengalaman seumur hidup. Yang dah berumur tu... awas takut terus pengsan.....Setakat naik roller coaster mummy pun dah cukup mencemaskan dengan effect seram seperti filem Mummy.
Saya lihat binaan semula piramid, istana, dinasour dibuat begitu teliti dan realistic. Patutlah jutaan pelancung datang dari seluruh dunia.
Lihatlah beberapa kenangan kami disana....
Tiket bas dari terminal JB terus ke USS |
Berjalan2 spt di Hollywood... walk of fame... lagi best kalau cuaca sejuk !! |
Lokasi water world yang dibina utk lakonan semula.... ribuan penonton datang utk melihat aksi2 menarik |
Bagi anak anda pengalaman membawa kereta.... |
Istana Far2 Away yang dibina semula.... dengan tayangan filem Shrek 4D! |
Niler bas dari JB ke USS |
Imigresen Spore ! |
Inilah entrance USS |
Tempat teduh untuk membeli cenderamata |
Replika pokok untuk filem Madagascar |
Anda perlu naik boat utk alami pengalaman MADAGASCAR |
Yang ini untuk kanak2 sahaja !! |
Yang ini untuk abang2 dan kakak2.... yang lemah semangat baik tengok dari jauh jer ! |
Depan rumah Shrek |
Pastkan tanda ini bila membeli apapun |
Ini untuk baby jer... |
Cuba juga makan berger halal.... mahal woo... |
Haus.... haus....NINE paling steady... |
Kenangan mengusik jiwa untuk orang lama... |
Kat belakang tu Istana Far2 Away.... besar ! |
Antara cenderamata dijual. |
Talking donkey... |
Lihat Q yang sgt panjang...... jika nak beratur juga jawabnya 2 hari belum tentu abis masuk semua events !! |
Ini roller coaster dragon... jika inipun nak pengsan.... jgn cuba the Mummy...apatah lagi GALACTICA... |
Spt memasuki alam Jurasic... |
Dengan tiket Universal Express, anda akan masuk laluan istimewa untuk segera kehadapan tanpa perlu Q....jika tidak, anda atau anak anda akan sempat tidor dulu.... |
Ini adalah wait time salah satu event.... kena Q untuk 70 minit, Jika cuti umum..... baik lupakan sahaja... sampai 2 jam pun ada !! |
Melihat sekitar Jurasic Park |
Kipas kecik seperti yang ni elok beli di Malaysia... sgt berguna untuk baby atau anak2 kecik... bebaloi2 jika panas.... |
Ni botol minuman T-Rex di Jurasic Park. Anak anda akan menangis nak beli benda ni...so pandai2 ler |
Mana tahan.... zzzzz... dapat kipas !! |
Disini kena pakai baju hujan.... beli jer yang harga RM3 kat Guardian awal2...beli sorang satu.. jika tidak silap2 boleh basah kuyup !! |
Naik baby dinasour yang boleh terbang... |
Selain visual 3D pergerakkan kerusi, semburan air dan angin menjadikan anda sebahagian dari adegan... cayalah.. |
Nilah GALACTICA 14 tingkat yang...up-side down...free fall...speeding...360 darjah..... separuh nyawaku hilang! |
No comments:
Post a Comment