.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, June 15, 2011

TAJUK 149 - IDEA ASAS MENJALANKAN FACTOR ANALISIS (BHG 2)

Bahagian ini meninjau pula aplikasi mudah FA bagi membina soal selidik yang anda ingin gunakan bagi mengukur latent variable (variable yang tidak boleh diukur secara direct) seperti katakan - "kerisauan menghadapi viva voce" dalam kalangan pelajar siswazah.


Adik jangan risau.... abang ado....


Sukar untuk mengukur kerisauan secara direct kerana tidak semua pelajar menunjukkan simpton kerisauan ini. Biasanya mereka coool ajer sebelum viva. 


Maka langkah pertama adalah membaca literature review berkaitan kerisauan. Disamping itu, anda juga menemubual beberapa pelajar bagi mendapatkan idea untuk membina item yang dapat "mengukur" kerisauan sebelum viva.


Dari literature review dan temuduga, anda telah berjaya membina 45 item berkaitan kerisauan sebelum viva. Katakan contoh 5 daripada item tersebut adalah:


Item 1: Saya gugup bila membuat penyampaian power point
Item 2: Viva adalah satu keadaan yang sangat menakutkan saya
Item 3: Saya takut tidak boleh jawab pertanyaan ahli panel
Item 45: Saya takut ahli panel bertanya soalan dalam Bahasa Inggeris


Andapun edarkan soal selidik kepada 300 pelajar yang bakal viva di 3 IPTA Lembah Kelang. 


Andapun menganalisis data menggunakan SPSS.


Diringkaskan cerita (outpun FA ni banyak sungguh.... berputar bijik mata nak faham...) andapun menganalisis dapatan / outpun SPSS dan membuat kesimpulan bahawa:


Item2 yang anda uji boleh dikelompokkan dibawah 4 faktor. Terdapat 15 item yang tidak terkelompok dalam mana-mana faktor, atau mempunyai loading value yang rendah, maka item ini digugurkan. 


Akhirnya ada ada hanya 30 item. Andapun melabelkan kategori item-item tersebut mengikut ciri-ciri yang ditanya pada setiap kategori katakan:


Faktor 1. Gagal mengawal emosi (8 item)
Faktor 2. Takut kepada penilaian ahli panel (7 item)
Faktor 3. Takut diri sendiri (7 item)
Faktor 4. Kelemahan penguasaan kajian ( 8 item)


Dengan ini, 4 faktor ini dengan 30 item membolehkan anda  menjalankan soal selidik mengukur dan menguji hipotesis terhadap faktor yang mempengaruhi kerisauan terhadap VIVA VOCE....


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...