.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, June 19, 2011

SOALAN: Maksud Interaction Effect ANOVA FACTORIAL

Assalamualaikum Dr...
Saya ingin memohon jasa baik Dr untuk menerangkan apakah maksud "  Tidak terdapat kesan interaksi antara kaedah dan kaum ke atas pemboleh ubah nilai patriotisme pelajar, sikap pelajar terhadap mata pelajaran sejarah dan kemahiran berkomunikasi dalam mata pelajaran sejarah. Kaedah adalah model STAD dan pengajaran tradisional. Kaum adalah Melayu,Cina dan India
Saya bermasalah untuk menghuraikan dalam perbincangan dapatan bab 5.
Semoga Dr dan keluarga sentiasa di dalam kerahmatan Allah Taala...

AZ
UKM

Respon:
Saya tidak dapat maklumat lanjut tentang method kajian U, tetapi saya jangkakan U sedang membuat analisis ANOVA Faktorial 2 x 3 seperti jadual berikut.


Kaedah
(IV1)
STAD
Tradisional
Kaum  (IV2)
Melayu
Min11
Min12
Cina
Min21
Min22
India
Min31
Min32

Saya akan menjawab secara umum maksud kesan interaksi berdasarkan model 2 x 3 di atas.

Sebenarnya terdapat 3 kesan yang U boleh tahu iaitu 2 kesan utama (main effect) dari Kaedah dan Kaum. Satu lagi adalah kesan interaksi (interaction effect) antara Kaedah dan Kaum (Kaedah*Kaum).

Kita fokus kepada kesan interaksi.

Katakan U plotkan graf min (Min 11 hingga Min32), dengan paksi Kaedah vs Kaum, dan U akan dapati kesemua garis yang mewakili kaum adalah selari. Sebenarnya plot ini adalah salah satu output SPSS. Jika kaum Melayu mendapat min yang rendah untuk tradisional dan tinggi untuk STAD, kaum Cina dan India juga mendapat trend yang sama, bermakna tiada kesan interaksi antara Kaedah dan Kaum. Kata lain, Kaedah dan kaum yang berbeza memberikan kesan yang sama (dapat min tinggi untuk STAD dan min rendah untuk KAUM)

Jika terdapat persilangan plot pula, maka berlaku kesan interaksi. Jika kaum Melayu mendapat min yang rendah untuk tradisional dan tinggi untuk STAD, sebaliknya kaum Cina dan India mendapat trend yang sebaliknya, iaitu tinggi untuk kaedah tradisional tetapi rendah untuk STAD, bermakna terdapat  kesan interaksi antara Kaedah dan Kaum. Dalam kes ini, kaum memberikan kesan kepada kaedah sehingga mendapat trend yang berbeza antara Melayu dengan India dan Cina.


HUSNA
NINE

SALIS


ZUHAYR


ZAHIN
UZMA




Dengan cara yang sama, anda apply pemahaman ini untuk variable yang lain. Maaf saya tak dimaklumkan secara detail 
method kajian maka ini sahaja lah yang dapat saya maklumkan.

Moga berjaya.

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...