.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, June 7, 2011

SOALAN 18 - MINTA PANDANGAN

salam dr
di sini saya sertakan proposal phd saya untuk penilaian dr..segala pandangan dr saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih
jazakallahu khairan..


Respon:

Saya sengaja masukkan respon dalam blog bagi tatapan pembaca supaya menyedari bahawa menulis proposal perlukan kemahiran, bukan sekadar melihat proposal kajian lepas. Berikut komen saya:

Salam,
Saya hanya baca pintas lalu proposal anda. Komen ikhlas tapi ringkas saya:

1. Anda kena belajar menaip dengan betul, koma, titik dll perlu berada ditempat yang betul. SAKIT MATA PEMBACA bila lihat typo errors bersepah di sana  sini dalam proposal anda. 
2. Buka buku APA, belajar kuasai cara menulis citation
3. Proposal anda SANGAT LEMAH dan TIADA KREDIBILITI dengan rujukan ada yang out-dated dan bersandarkan suratkhabar. Ini bukan tahap PhD.
4. Masalah kajian anda tiada kena mengena dengan kajian yang anda ingin jalankan
5. Ayat anda KABUR, tidak konsisten dan TIDAK ILMIAH
6. Signifikan kajian anda terlalu LEMAH

Please baca selongkar balik blog saya satu persatu berkaitan tajuk penulisan masalah kajian dan kepentingan kajian. Tolong baca dengan teliti. Saya tidak boleh komen satu persatu, sekadar beberapa perkara asas yang perlu anda berikan perhatian. Sila teliti komen saya (ayat berwarna merah, hijau dan bergaris) dalam proposal anda yang saya hantar melalui email.

Ada peluang sila datang bengkel penulisan tesis yang saya kendalikan, sebab anda lansung tak tahu guna document map, navigation pane, heading, sub-heading, references dll teknik yang menjadi ASAS kepada penulisan tesis yang panjang. Jika tidak anda akan kehilangan TENAGA  dan MOTIVASI hanya kerana terpaksa mengedit berkali-kali kesalahan yang sama. 

Baca juga Tajuk blog 144, satu tip untuk penulisan tesis. Ada berpuluh2 teknik penulisan yang akan membantu anda menulis dan mengedit dengan begitu pantas.

Namun syabas, anda telahpun ada proposal. Tetapi banyak yang perlu dibaiki, dapatkan fokus kajian sebab PhD adalah kajian mendalam. 

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...