.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, November 8, 2013

Tajuk 530: SLIDE BENGKEL PENULISAN TESIS DAN MENDELEY UTK EDARAN

Sebelum ko nak download slide aku tu....yang linknya aku sediakan kat bawah entry ni..... ko tahu tak ramai yang percaya bahawa masa 3 tahun untuk menyiapkan tesis PhD atau 2 tahun untuk Master seperti yang diperuntukkan oleh IPTA, penganjur biasiswa mahupun tempoh cuti belajar adalah mustahil !

Kenapa plak mustahil?

Mustahil sebab peratusan yang berjaya menamatkan pengajian dalam tempuh tersebut hampir 0 % !!

Abis sapa yang memandai2 bagi tempuh tu…. bagi ler 10 tahun ker?

Itu aku tak tahu… sebab bagi aku tempoh tersebut adalah wajar…yang tak wajarnya kerana pelajar terdorong utk buat kajian yang kononnya akan mengubah dunia dan seisi alamnya.

Abis SV tak bagi nasihat ker?

La… apa yang berlaku tu sebab ramai SV yang beriya2 nak supervisee buat kajian "baru" yang "tak pernah" orang lain buat… maka kehulu kehilirlah supervisee mencari ruang yang belum dibuat orang lagi… kemudian kehulu kehilir pulak mencari rujukan kajian lepas yang “tak ada” sebab kajian tersebut tak dibuat lagi… ditambah dengan SV suruh baca..baca dan baca… entah sampai bila....then kena siapkan proposal yang tebal2 pulak… kena detail gedebak gedebuk....kalau lagi susah lagi hebat.... lebih susah dari yang dialami oleh SV tersebut semasa buat tesis dulu lagi bagus.....barulah akan hebat tesis yang terhasil !

Cam tu ke?

Tu ko fikir ler sendiri....dan dalam slide aku yang ko akan download tu ada aku senaraikan secara ringkas tujuan research dan thesis PhD.... dan dalam tujuan tersebut tak ada satupun tercatat kewajipan pelajar menghasilkan kajian yang baru....yang memberi impak....tetap menjadi keperluan menyumbang kepada pengetahuan dalam bidang yang dikaji....hatta satu formula atau satu simulasi yang mungkin tidak mengubah apa2 tetapi memberi ruang kajian yang akan datang menguji pula formula atau simulasi tersebut secara lebih komprehensif....

Tapi kalau dah kehulu kehilir kerana inginkan kajian bertaraf "Nobel prize"  camner nak abis 3 tahun… sedang yang dapat Nobel prize tu pun dah jadi expert puluhan tahun.... tambahan dah masuk semester 5 baru nak siap proposal....sedangkan proposal hanyalah rangka kajian sahaja yang boleh siap tak lebih 2 semester...nantilah aku sambung lagi sebab tujuan entry ini untuk memberikan salinan pdf pengisian bengkel penulisan tesis aku.

Boleh aku download?

Silakan…. sesapapun boleh download….slide ini ada sedikit perubahan dari yang aku present semasa bengkel..... tetapi peserta bengkel tahu isi slide kerana mereka telah hadir dan lakukan aktiviti hands on…sila klik link dibawah...yang aku share menerusi dropbox aku....



Hanya berbekalkan sikap rendah diri dgn tongkat, berkain sarung dan berselipar....serta berjalan kaki.... tanpa gelaran Dr. apatah lagi Prof.....malah tanpa senarai jurnal high impact yang menjela-jela.... Mahatma Gandhi telah menyentuh hati dan memberi impak kepada jutaan manusia dalam membenteras diskriminasi dan ketidakadilan....

OT

Thursday, November 7, 2013

Bengkel Penulisan Tesis dan Pengurusan Artikel Kolej Murni Putrajaya

Bengkel kali ini istimewa kerana turut dihadiri oleh peserta dari Brunei, Sabah dan Sarawak. Sumbangan dari peserta bengkel akan diserahkan kali ini kepada Sekolah SRI A-Amin Bangi.




























Sunday, November 3, 2013

TAJUK 529 – RA, grant dan tesis – Tipah jangan Tertipu !!

Tipah mana plak yang tertipu? Ko jumpa Tipah kat Hong Kong ker?

Tak kisahlah sesapapun ….Tipah ker , Timah ker..... asal jgn tertipu...


Apa halnya plak ni?

Ini kisah yang tak tertulis dimana2… hanya ada di blog aku saja....

Kenapa plak tak ada ditulis dimana-mana?

Manalah aku tahu…. tak ada sapa nak sentuh… nak komen…. nak tulis….maybe takut, may be tak tahu atau maybe lebih baik telan sahaja....

Jadi apa yang ko nak kongsi?

Aku nak berikan satu scenario secara umum supaya dapat difahami secara umum…. khusus kepada postgrad yang baru mendaftar.....tanpa maksud utk blame sesiapa. Senario ini perlu difahami supaya ada langkah berjaga2…. jgn tergantuk baru nak tengadah….apatah lagi tulisan ini ditujukan kepada calon master / PhD supaya berhati2….jgn termakan budi….kelak binasa diri ….

Mak ai…lain macam jer bunyinya.... berperi bahasa ko kali ni…cer ko straight to the point jer….

Sejak akhir2 ni banyak sungguh grant ditawarkan oleh Kerajaan spt MOSTI kepada IPTA dan IPTS. Contohnya Sciencefund, ERGS, FRGS, LRGS, prototype dll… Kesemua geran ini hanya layak dipohon oleh lecturer cum researcher…. calon master dan PhD mintak maaf banyak-banyak…..anda tak layak memohon !!

Apa tujuan geran2 ni bro?

Dipendekkan ceritalah… geran2 ini dikeluarkan dgn nature R&D, meneroka idea baru, generate new area, membina asas bagi menerokaan kajian lebih advanced, penghasilan produk innovative….termasuk bertujuan utk commercialization. Atas dasar inilah calon master / Phd tak layak memohon kerana masih cempedak diluar pagar.. masih novice.... masih hingusan. Geran2 ni biasanya di ketuai oleh Professor2 yang dah “otai” dgn research... yang expert.....dan dalam masa yang sama geran ini juga telah membuka ruang kepada calon master / PhD utk menjadi RA. 



Baguslah lah tu.

Pada dasarnya memanglah bagus bila postgrad dapat jadi RA… dgn niat menimba pengalaman sambil buat master / PhD. Namun terdapat sebilangan calon master / PhD yang ditawarkan jadi RA dgn tajuk kajian yang sama dengan tajuk geran yang berjaya diperolehi oleh supervisor. Jika inilah kes nya….jgn terlalu bergumbira… supaya Tipah jangan tertipu !!

Cer ko lihat lukisan berikut. Ko agak sapa yang lukis?  Lukisan ini adalah hasil karya pelukis "expert" yang dipamirkan di musium Future Art di Barcelona. Mentang2lah pelukis tu "expert" lukis apa sahaja pun hatta cili sebatang atas kertas kajang pun jadi "master piece"....  berjuta2 org datang dari seluruh dunia nak lihat.... termasuklah aku..(iskhh macam rasa tertipu jer)... dah ler masuk mezium tu kena bayar.... Bayangkan kalau postgraduate dari fine art hantar lukisan macam ni...utk dapat PhD....agak2 ko camner penerimaan pensyarah otai dalam fine art di Malaysia? Lu fikirlah sendiri !






Kenapa plak?

Kerana mungkin terdapat perbezaan yang besar antara nature kajian yang diperolehi dengan geran dgn nature kajian master /PhD.

Apa yang bezanya..... ?

Jgn ko tokojut kalau aku katakan fokus utama kajian master / PhD  BUKAN untuk meneroka apa2 yang baru…..TETAPI LEBIH kepada menguasai pengetahuan yang sedia ada sambil meningkatkan kemahiran menjalankan kajian bagi menyumbang kepada satu dapatan baru melalui kajian yang berkisar kepada pengetahuan sedia ada tersebut. Ini bukan sahaja calon master / PhD tak diberi tahu sebab masih ramai SV yang dah otai pun tak tahu.... lalu menganggap tajuk master / PhD mestilah menghasilkan sesuatu yang original @ baru ! 


Kajian peringkat master / PhD dijalankan bertujuan melahirkan (dgn izin) a competent researcher who can conduct and handle his / her own research independently in a specific chosen area…. bermula dgn mengetahui pernyataan masalah yang jelas dan mantap dan menyelesaikannya dengan prosidur kajian yang appropriate dan analisis data yang komprehensif. Kesemua ini memerlukan keupayaan membuat review secara kritis dari kajian lepas bagi memahami permasalah yang dikaji secara mendalam. Kalau tajuk kajian tu sesuatu yang terlalu baru..... matilah nak kupas dan cari literature review !! 

Tak cukup dengan itu… calon master / Phd perlu membina keupayaan membina hipotesis, mendapatkan asas bagi kerangka kajian, keupayaan mentafsir dapatan, membuat perbincangan serta menulisnya secara kritis dan mendalam…. dan sebab itulah tesis master / PhD akhirnya menghasilkan naskah yang TEBAL !!

Maksudnya?

Maksudnya…. nature kajian yg diperolehi oleh SV dengan geran penyelidikan yang berstatus R & D selalunya tak sama dgn nature kajian yang perlu dijalankan oleh supervisee diperingkat master / PhD. Tiada masalah jika SV ingin melantik RA yang bukan calon master / PhD… sebab RA spt itu hanya bertugas membantu penyelidik sahaja....

Kenapa plak jika RA tu juga calon master / PhD?

Memang ada geran penyelidikan yang memerlukan penghasilan pelajar master / PhD. Ini tidak bermakna senang2 jer ko boleh terima apa sahaja tawaran utk jadi RA jika ko calon master / PhD.... apatah lagi selepas dipujuk oleh SV kononnya ko akan dapat itu dan ini....

Aku masih tak faham?

Aku bagi satu contoh yang aku reka... supaya ko mudah faham. Ini perkara yang agak sensitif.... tapi kalau aku tak tulis.... maybe semua buat dek jer.... sapa terkena nasiblah! Ini bukan cara dunia akademik jika ada satu pihak mengambil kesempatan kepada satu pihak lain. Jgn pula kata ini tak pernah berlaku.... cuma tak pernah dibincangkan sahaja.... tapi aku percaya ia berlaku dimana2 IPTA /IPTS cayalah...


Katakan ada sekumpulan penyelidik berjaya mendapatkan geran ERGS dari MOSTI. Kajian ini berkaitan dengan “Kekusyukkan Solat sebagai indikator Daya Saing Usahawa Muda Muslim”. 

Tajuk ini memukau. Tajuk baru. Ini satu bidang baru yang perlu diteroka dengan menjadikan kekusyukkan solat sebagai satu variable baru kajian psikologi dalam kalangan usahawan muda . Tajuk ini mungkin sesuai dgn nature ERGS yang memerlukan penerokaan area / topic baru….dan kumpulan penyelidik tersebut hanya perlu menyiapkan beberapa artikel untuk diterbitkan… tanpa perlu melalui “pembentangan proposal” atau “viva” !! 

Namun… jika kajian tersebut dijadikan juga tajuk kajian master / PhD…. Nescaya supervisee tersebut PASTI akan kekurangan rujukan kajian lepas untuk dikupas serta ketiadaan kerangka kajian yang mantap malah menghadapi kesukaran membina instrument, menghadapi kritikan semasa pembentangan proposal….sehinggalah kepada kesulitan menentukan analisis data…. dan akhirnya menghadapi krtitikan semasa viva ! Ketika ini dikhuatiri Tipah terasa dirinya tertipu…

Kekusyukkan dalam solat bukan perkara baru namun kajian tentangnya dalam tradisi dunia academia penyelidikan ala “barat” masih belum diteroka lagi. Paling sadis…. RA akan diarahkan oleh SV untuk berhempas pulas mencari artikel dan bahan yang “tiada” dalam dunia academia kerana nature nya yang baru… sedang RA tersebut perlukan ratusan artikel dari journal2 esablished dalam penyediaan proposal dan penulisan tesis. 

Ketika ini barulah RA tersebut tersedar dari lamunan… dgn pujukan SV supaya menjadi RA dan menerima tajuk kajian ERGS kononnya akan dibantu dengan geran. SV akhirnya berjaya terbitkan artikel, maybe menang award dalam pertandingan.....malah present paper yang sama ke Italy.. Spain.... sedang data yang diperolehi tidak memadai untuk RA tersebut survive utk dapatkan master /PhD….

Ini adalah satu scenario umum untuk difikirkan secara positive….tanpa menafikan terdapat banyak tajuk kajian dgn geran yang juga releven dgn kajian master / PhD.... dan ketika itu tiada masalah utk jadi RA..... sehingga duit geran boleh membawa RA present paper ke obersi.... namun tulisan ini sebagai bahan utk difikirkan….kerana ramai RA yg juga calon master / PhD mungkin tidak menyedarinya… apatah lagi kepada calon master /PhD yang baru mendaftar....kerana tiada siapa yang bagi nasihat.....supaya Tipah jangan mudah tertipu hanya kerana SV tawarkan sesuatu yang mungkin tidak byk menyebelahi supervisee....kerana SV juga ada agenda tersendiri....

OT
Hong Kong

Tuesday, October 29, 2013

Tajuk 528: Coefficient correlation (r), r squared, coefficient B dan Barcelona – jgn ko confused !

Aku baru balik dari conference terus berehat di Hotel Operaramblas Barcelona…. Aku kekadang spt tidak percaya.. sebagai anak buruh penoreh getah....aku menyangka hanya akan bermimpi utk ke luar negara apatah lagi nak naik kapalterbang....sebab sepanjang membesar.... aku hanya jalan kaki.... naik bas ...sekali sekala naik keretapi....


Aku, lensa dan Barca !!

Sekarang amacam?

Aku kehabisan kata2, Allah memberi lebih dari yang aku impikan, sehingga hampir setiap bulan aku naik kapalterbang.... merentasi semua lautan...malah aku pergi Barca ni pun macam pergi pasar !

Apsal macam gi pasar?

Ialah...kalau dulu nak gi obersi, jenuh ke sana kesini dulu...sekarang lain...semua urusan berlaku dgn pantas secara online. Kalau dulu…. nak booking hotel jenuh main telefon…. tapi sekarang buka jer booking.com atau AGODA.com… terus menggoda utk pilih mana hotel yang ko suka…dimana sahaja atas muka bumi ini…. tanpa ko perlu minta nasihat atau tanya sesapa…. semua….beres dalam bbrp minit !!

Aku setuju.... era hyper connected ni semua berubah dgn pantas dan mengalami revolusi !

Bukan sahaja era hyper connected ni revolusi berlaku dalam semua urusan...… peranan SV perlu di revolusi kan..

Maksud ko?

SV tak boleh lagi menjadikan hubungan I-YOU dgn sikap "Aku sahaja yang expert " tetapi sebaliknya perlu memainkan peranan lebih dominan, menyediakan diri untuk “How can I help U in your research” dalam supportive dan fearless environment. 

Omputik kata "SV should play a more dominant role at the early stage of the supervisee’s candidacy to get things started...." bukan tunggu sampai supervisee sesat barat baru nak jegilkan bijik mata kata itu salah ini tak betul... kenapa tak buat cenggini.... dan cenggitu !

Dulupun masa tengah belajar....aku pun ada terdengar adalah satu dua SV jawab dgn gaya retro dan wajah kacang lupakan kulit dgn sedikit bongkak.... “This is your research…you need to do it yourself” atau “Why should I feel responsible to your research?” "During my time... I did everything on my own..." atau perkataan lain yang semaksudnya dengannya wpun masa dia belajar dulupun .....dia pun sama merayu2 pada SV supaya berikan guidance ....!! 

Takkanlah asyik nak kena tolong dan spoon feed?

Takkan tak tahu bezakan guidance dgn spoon feed....percayalah... supervisee pun tak mahu di suapkan.... tapi mereka perlukan guidance.... dan jgnlah ada pula SV yang SOMBONG sebab SV pun bukan tahu SEMUA dan supervisee pulak bukan tak tahu APA-APA. SV dgn pengalaman yang ada dapat membantu memudahkan perjalanan supervisee..... bukan memberikan lagi tekanan sehingga  supervisee takut dan pucat lesi untuk berjumpa SV....

Ada ke kaitan semua ini dengan coefficient?

Kaitannya?.... Mestilah ada..... jika "penghasilan tesis" dan "usaha supervisee" dijadikan satu formula.... maka "SV" akan jadi coefficientnya! Jika coefficient tu positif dan nilainya besar....maka kuatlah ramalan dalam "penghasilan tesis"... tapi jika negative... wpun nilainya kecik....naya bro !!

Abis yang r, r squared dan beta tu amende?

Tu aku nak bagi tahu, sebab ramai yang keliru antara r, R, r squared, B dan beta dalam correlation dan regression....

Aah...aku pun confused jugak...

Ko tu semua confused..... aku agak fius ko dah terbakar.... cam nilah....bila ko nak tahu perkaitan antara 2 variable katakan hubungan antara skor maths dan  motivasi, ko gunakan Pearson Product-Moment Correlation Coefficient atau r atau ada pulak yang tulis R (saja nak peningkan pembaca)….samalah lah tu.  Nilai r ini hanyalah nilai kekuatan perkaitan dan tak menunjukkan hubungan cause-effect sebab ko tak tahu variable mana yang mempengaruhi variable yang satu lagi.

Jika ko nak buat ramalan hubungan antara kedua variable.... ko guna linear regression.... spt meramalkan skor maths berdasarkan skor motivasi, ko ambil pulak nilai r squared  (juga dipanggil coefficient of determination) iaitu nilai perubahan skor maths yang boleh dijelaskan oleh perubahan skor motivasi.

Bagilah contoh...

Sebagai contoh…. jika coefficience correlation, r antara skor maths dan skor motivasi adalah .71 maka selepas ko jalankan regression pulak, nilai r squared menjadi .50 atau 50%. Inibermakna 50% sahaja dari perubahan skor dapat dijelaskan oleh perubahan pada skor motivasi atau sebaliknya. Ini juga membawa makna 50% lagi perubahan dalam skor maths dijelaskan oleh variable yang tiada dalam kajian. Tapi jika ko ada lebih dari satu variable ....maka perubahan ini adalah perubahan  yang mengambilkira semua variable... ko kena run multiple regression...

Jadi r pada output correlation hanya jelaskan perkaitan, manakala r squared meramalkan berapa banyak perubahan satu variable atau DV dijelaskan oleh variable lain atau IV. 

Contoh ringkasan output SPSS bagi multiple regression (hanya nilai yang penting sahaja aku masukkan dalam jadual berikut) dgn contoh katakan ko ingin meramalkan perubahan UMUR, MOTIVASI dan SIKAP terhadap perubahan IQ.

Correlations


IQ
UMUR
MOTIVASI
SIKAP
Pearson correlation, r
IQ
1.000
-.321
.278
-.028

Hubungan yang kuat adalah antara IQ dan UMUR dengan r=-.321, diikuti dengan MOTIVASI (r=.278) dan SIKAP (r=.028)

Model summary
Model
R
R square
Adjusted R Square

.525
.276
.219

27.6 % perubahan pada IQ dijelaskan oleh UMUR, MOTIVASI dan SIKAP

Coefficients (nilai lain sengaja tak ditulis)

Model
Unstandardised coefficient
Standardised coefficient
t
sig
B
Std. error
Beta
Constant
3.347




UMUR
-.081




MOTIVASI
.363




SIKAP
-.004





SPSS run utk IV atau predictor menggunakan data raw tanpa standardizedkan skala predictor2 tersebut, maka coefficient Beta, bagi unstandardized IV di tulis sebagai B sahaja buka Beta. Nilai inilah yang selalunya dirujuk. 

[Standardized coefficient pula di run oleh SPSS dengan mengabaikan skala semua IV.... utk standardized..... maka mudah nak bandingkan dgn nilai standardized Beta dari kajian lain tersebut.  Nilai standardized Beta ini dirujuk sebagai hasil kajian untuk dibandingkan dgn nilai standardized Beta kajian lain yang menggunakan IV yang sama / hampir sama]

Jadi unstandardized coefficient, B sering dirujuk sebagai hasil kajian dan menjadikan model hubungan antara peramal (predictor @ IV) dgn output variable (DV) diberi oleh persamaan berikut:

IQ = 3.347 + (-0.081)(UMUR) + (0.363)(MOTIVASI) +(-0.004)(SIKAP)


Ko boleh baca seperti ....MOTIVASI memberikan ramalan paling besar kesannya (36.3%) kepada kepada IQ diikuti dengan UMUR dan SIKAP yang kedua2nya memberikan kesan negative atau reverse.

OT
Barcelona

Friday, October 25, 2013

Barcelona aku datang - 4th World Conference on Learning, Teaching and Educational Leadership

Aku ambil kesempatan datang awal ke conference bagi mengenali Barcelona....aku ke sini kerana membentangkan paper aku.....bersama wife dan supervisee bertajuk "Artsmedia - Understanding the Wonders of Science Through Creative Play" dengan budget grant ERGS.

Aku ada satu prinsip..... melawat negara lain membuat aku lebih mengenali negara sendiri.  Ada banyak lagi tempat aku nak lihat seperti musium Picasso....

Airport Barcelona besar dan meriah






























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...