.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, November 3, 2013

TAJUK 529 – RA, grant dan tesis – Tipah jangan Tertipu !!

Tipah mana plak yang tertipu? Ko jumpa Tipah kat Hong Kong ker?

Tak kisahlah sesapapun ….Tipah ker , Timah ker..... asal jgn tertipu...


Apa halnya plak ni?

Ini kisah yang tak tertulis dimana2… hanya ada di blog aku saja....

Kenapa plak tak ada ditulis dimana-mana?

Manalah aku tahu…. tak ada sapa nak sentuh… nak komen…. nak tulis….maybe takut, may be tak tahu atau maybe lebih baik telan sahaja....

Jadi apa yang ko nak kongsi?

Aku nak berikan satu scenario secara umum supaya dapat difahami secara umum…. khusus kepada postgrad yang baru mendaftar.....tanpa maksud utk blame sesiapa. Senario ini perlu difahami supaya ada langkah berjaga2…. jgn tergantuk baru nak tengadah….apatah lagi tulisan ini ditujukan kepada calon master / PhD supaya berhati2….jgn termakan budi….kelak binasa diri ….

Mak ai…lain macam jer bunyinya.... berperi bahasa ko kali ni…cer ko straight to the point jer….

Sejak akhir2 ni banyak sungguh grant ditawarkan oleh Kerajaan spt MOSTI kepada IPTA dan IPTS. Contohnya Sciencefund, ERGS, FRGS, LRGS, prototype dll… Kesemua geran ini hanya layak dipohon oleh lecturer cum researcher…. calon master dan PhD mintak maaf banyak-banyak…..anda tak layak memohon !!

Apa tujuan geran2 ni bro?

Dipendekkan ceritalah… geran2 ini dikeluarkan dgn nature R&D, meneroka idea baru, generate new area, membina asas bagi menerokaan kajian lebih advanced, penghasilan produk innovative….termasuk bertujuan utk commercialization. Atas dasar inilah calon master / Phd tak layak memohon kerana masih cempedak diluar pagar.. masih novice.... masih hingusan. Geran2 ni biasanya di ketuai oleh Professor2 yang dah “otai” dgn research... yang expert.....dan dalam masa yang sama geran ini juga telah membuka ruang kepada calon master / PhD utk menjadi RA. 



Baguslah lah tu.

Pada dasarnya memanglah bagus bila postgrad dapat jadi RA… dgn niat menimba pengalaman sambil buat master / PhD. Namun terdapat sebilangan calon master / PhD yang ditawarkan jadi RA dgn tajuk kajian yang sama dengan tajuk geran yang berjaya diperolehi oleh supervisor. Jika inilah kes nya….jgn terlalu bergumbira… supaya Tipah jangan tertipu !!

Cer ko lihat lukisan berikut. Ko agak sapa yang lukis?  Lukisan ini adalah hasil karya pelukis "expert" yang dipamirkan di musium Future Art di Barcelona. Mentang2lah pelukis tu "expert" lukis apa sahaja pun hatta cili sebatang atas kertas kajang pun jadi "master piece"....  berjuta2 org datang dari seluruh dunia nak lihat.... termasuklah aku..(iskhh macam rasa tertipu jer)... dah ler masuk mezium tu kena bayar.... Bayangkan kalau postgraduate dari fine art hantar lukisan macam ni...utk dapat PhD....agak2 ko camner penerimaan pensyarah otai dalam fine art di Malaysia? Lu fikirlah sendiri !






Kenapa plak?

Kerana mungkin terdapat perbezaan yang besar antara nature kajian yang diperolehi dengan geran dgn nature kajian master /PhD.

Apa yang bezanya..... ?

Jgn ko tokojut kalau aku katakan fokus utama kajian master / PhD  BUKAN untuk meneroka apa2 yang baru…..TETAPI LEBIH kepada menguasai pengetahuan yang sedia ada sambil meningkatkan kemahiran menjalankan kajian bagi menyumbang kepada satu dapatan baru melalui kajian yang berkisar kepada pengetahuan sedia ada tersebut. Ini bukan sahaja calon master / PhD tak diberi tahu sebab masih ramai SV yang dah otai pun tak tahu.... lalu menganggap tajuk master / PhD mestilah menghasilkan sesuatu yang original @ baru ! 


Kajian peringkat master / PhD dijalankan bertujuan melahirkan (dgn izin) a competent researcher who can conduct and handle his / her own research independently in a specific chosen area…. bermula dgn mengetahui pernyataan masalah yang jelas dan mantap dan menyelesaikannya dengan prosidur kajian yang appropriate dan analisis data yang komprehensif. Kesemua ini memerlukan keupayaan membuat review secara kritis dari kajian lepas bagi memahami permasalah yang dikaji secara mendalam. Kalau tajuk kajian tu sesuatu yang terlalu baru..... matilah nak kupas dan cari literature review !! 

Tak cukup dengan itu… calon master / Phd perlu membina keupayaan membina hipotesis, mendapatkan asas bagi kerangka kajian, keupayaan mentafsir dapatan, membuat perbincangan serta menulisnya secara kritis dan mendalam…. dan sebab itulah tesis master / PhD akhirnya menghasilkan naskah yang TEBAL !!

Maksudnya?

Maksudnya…. nature kajian yg diperolehi oleh SV dengan geran penyelidikan yang berstatus R & D selalunya tak sama dgn nature kajian yang perlu dijalankan oleh supervisee diperingkat master / PhD. Tiada masalah jika SV ingin melantik RA yang bukan calon master / PhD… sebab RA spt itu hanya bertugas membantu penyelidik sahaja....

Kenapa plak jika RA tu juga calon master / PhD?

Memang ada geran penyelidikan yang memerlukan penghasilan pelajar master / PhD. Ini tidak bermakna senang2 jer ko boleh terima apa sahaja tawaran utk jadi RA jika ko calon master / PhD.... apatah lagi selepas dipujuk oleh SV kononnya ko akan dapat itu dan ini....

Aku masih tak faham?

Aku bagi satu contoh yang aku reka... supaya ko mudah faham. Ini perkara yang agak sensitif.... tapi kalau aku tak tulis.... maybe semua buat dek jer.... sapa terkena nasiblah! Ini bukan cara dunia akademik jika ada satu pihak mengambil kesempatan kepada satu pihak lain. Jgn pula kata ini tak pernah berlaku.... cuma tak pernah dibincangkan sahaja.... tapi aku percaya ia berlaku dimana2 IPTA /IPTS cayalah...


Katakan ada sekumpulan penyelidik berjaya mendapatkan geran ERGS dari MOSTI. Kajian ini berkaitan dengan “Kekusyukkan Solat sebagai indikator Daya Saing Usahawa Muda Muslim”. 

Tajuk ini memukau. Tajuk baru. Ini satu bidang baru yang perlu diteroka dengan menjadikan kekusyukkan solat sebagai satu variable baru kajian psikologi dalam kalangan usahawan muda . Tajuk ini mungkin sesuai dgn nature ERGS yang memerlukan penerokaan area / topic baru….dan kumpulan penyelidik tersebut hanya perlu menyiapkan beberapa artikel untuk diterbitkan… tanpa perlu melalui “pembentangan proposal” atau “viva” !! 

Namun… jika kajian tersebut dijadikan juga tajuk kajian master / PhD…. Nescaya supervisee tersebut PASTI akan kekurangan rujukan kajian lepas untuk dikupas serta ketiadaan kerangka kajian yang mantap malah menghadapi kesukaran membina instrument, menghadapi kritikan semasa pembentangan proposal….sehinggalah kepada kesulitan menentukan analisis data…. dan akhirnya menghadapi krtitikan semasa viva ! Ketika ini dikhuatiri Tipah terasa dirinya tertipu…

Kekusyukkan dalam solat bukan perkara baru namun kajian tentangnya dalam tradisi dunia academia penyelidikan ala “barat” masih belum diteroka lagi. Paling sadis…. RA akan diarahkan oleh SV untuk berhempas pulas mencari artikel dan bahan yang “tiada” dalam dunia academia kerana nature nya yang baru… sedang RA tersebut perlukan ratusan artikel dari journal2 esablished dalam penyediaan proposal dan penulisan tesis. 

Ketika ini barulah RA tersebut tersedar dari lamunan… dgn pujukan SV supaya menjadi RA dan menerima tajuk kajian ERGS kononnya akan dibantu dengan geran. SV akhirnya berjaya terbitkan artikel, maybe menang award dalam pertandingan.....malah present paper yang sama ke Italy.. Spain.... sedang data yang diperolehi tidak memadai untuk RA tersebut survive utk dapatkan master /PhD….

Ini adalah satu scenario umum untuk difikirkan secara positive….tanpa menafikan terdapat banyak tajuk kajian dgn geran yang juga releven dgn kajian master / PhD.... dan ketika itu tiada masalah utk jadi RA..... sehingga duit geran boleh membawa RA present paper ke obersi.... namun tulisan ini sebagai bahan utk difikirkan….kerana ramai RA yg juga calon master / PhD mungkin tidak menyedarinya… apatah lagi kepada calon master /PhD yang baru mendaftar....kerana tiada siapa yang bagi nasihat.....supaya Tipah jangan mudah tertipu hanya kerana SV tawarkan sesuatu yang mungkin tidak byk menyebelahi supervisee....kerana SV juga ada agenda tersendiri....

OT
Hong Kong

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...