.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, November 8, 2013

Tajuk 530: SLIDE BENGKEL PENULISAN TESIS DAN MENDELEY UTK EDARAN

Sebelum ko nak download slide aku tu....yang linknya aku sediakan kat bawah entry ni..... ko tahu tak ramai yang percaya bahawa masa 3 tahun untuk menyiapkan tesis PhD atau 2 tahun untuk Master seperti yang diperuntukkan oleh IPTA, penganjur biasiswa mahupun tempoh cuti belajar adalah mustahil !

Kenapa plak mustahil?

Mustahil sebab peratusan yang berjaya menamatkan pengajian dalam tempuh tersebut hampir 0 % !!

Abis sapa yang memandai2 bagi tempuh tu…. bagi ler 10 tahun ker?

Itu aku tak tahu… sebab bagi aku tempoh tersebut adalah wajar…yang tak wajarnya kerana pelajar terdorong utk buat kajian yang kononnya akan mengubah dunia dan seisi alamnya.

Abis SV tak bagi nasihat ker?

La… apa yang berlaku tu sebab ramai SV yang beriya2 nak supervisee buat kajian "baru" yang "tak pernah" orang lain buat… maka kehulu kehilirlah supervisee mencari ruang yang belum dibuat orang lagi… kemudian kehulu kehilir pulak mencari rujukan kajian lepas yang “tak ada” sebab kajian tersebut tak dibuat lagi… ditambah dengan SV suruh baca..baca dan baca… entah sampai bila....then kena siapkan proposal yang tebal2 pulak… kena detail gedebak gedebuk....kalau lagi susah lagi hebat.... lebih susah dari yang dialami oleh SV tersebut semasa buat tesis dulu lagi bagus.....barulah akan hebat tesis yang terhasil !

Cam tu ke?

Tu ko fikir ler sendiri....dan dalam slide aku yang ko akan download tu ada aku senaraikan secara ringkas tujuan research dan thesis PhD.... dan dalam tujuan tersebut tak ada satupun tercatat kewajipan pelajar menghasilkan kajian yang baru....yang memberi impak....tetap menjadi keperluan menyumbang kepada pengetahuan dalam bidang yang dikaji....hatta satu formula atau satu simulasi yang mungkin tidak mengubah apa2 tetapi memberi ruang kajian yang akan datang menguji pula formula atau simulasi tersebut secara lebih komprehensif....

Tapi kalau dah kehulu kehilir kerana inginkan kajian bertaraf "Nobel prize"  camner nak abis 3 tahun… sedang yang dapat Nobel prize tu pun dah jadi expert puluhan tahun.... tambahan dah masuk semester 5 baru nak siap proposal....sedangkan proposal hanyalah rangka kajian sahaja yang boleh siap tak lebih 2 semester...nantilah aku sambung lagi sebab tujuan entry ini untuk memberikan salinan pdf pengisian bengkel penulisan tesis aku.

Boleh aku download?

Silakan…. sesapapun boleh download….slide ini ada sedikit perubahan dari yang aku present semasa bengkel..... tetapi peserta bengkel tahu isi slide kerana mereka telah hadir dan lakukan aktiviti hands on…sila klik link dibawah...yang aku share menerusi dropbox aku....



Hanya berbekalkan sikap rendah diri dgn tongkat, berkain sarung dan berselipar....serta berjalan kaki.... tanpa gelaran Dr. apatah lagi Prof.....malah tanpa senarai jurnal high impact yang menjela-jela.... Mahatma Gandhi telah menyentuh hati dan memberi impak kepada jutaan manusia dalam membenteras diskriminasi dan ketidakadilan....

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...