.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, July 15, 2013

Tajuk 498: Wooo...inilah contoh kajian original dan tak pernah dibuat orang lagi !

Pelek.... mengapa aku masih belum mengantuk. Jam menunjukkan 12.43 am. Maybe masa ni calon2 PhD dan master ramai yang dah lelapkan mata.... menunggu mimpi indah mengulit jiwa....

Ko masih belum mengantuk? Samalah dengan aku. Meh aku teman ko menulis !

Tqvm bro... ko lah sahabat sejati aku...

Nak tulis pasal apa?

Aku cuma nak sentuh skit jer pasal tajuk entry aku - contoh kajian original dan tak pernah dibuat lagi !


Dulu iklan gitu2 jer...
MPSW menjadikannya makin advanced !

Wow menarik tu.... cepatler tulis...sebab inilah yang selalu menghantui calon2 PhD dan master macam aku.. dan selalu ditekankan oleh SV....

Aku bagi contoh mudah dalam education... kalau tajuk ada perkataan ICT jer mesti dikatakan dah basi, tak original... dah berlambak orang buat...

Aah memanglah.... akupun dah muak dengar tajuk tu.. he he

Jadi aku suka nak cadangkan satu tajuk yang "original" dan belum pernah dibuat berkaitan "ICT" dalam education...

Pedia bro?

Kajian berkaitan TOPIK ICT dalam pendidikan bertajuk:
"Pembinaan model ICT dengan sikap terhadap haiwan, jenama handphone, perkara membatalkan puasa serta makanan kegemaran pelajar di Malaysia"

Woi... kajian apa tu.. tak pernah aku dengar... awat pelik sangat ? Mana ada kajian macam tu bro.. ko ni mengantuk ker?

Yess...yess....confirmed !!

Apanyer yang confirmed tu...ko suka sangat kenapa?

Kalau ko kata pelik dan tak pernah dengar ada kajian macam tu... confirmed....tu maknanya TOPIK kajian dengan tajuk tu "original" dan "tak pernah dibuat orang".... betul tak?

Emmm.... aku sedang berfikir ni....

Tak yah susah2 fikir nak cari kajian yang "tak pernah dibuat orang"....... buat ler TOPIK kajian yang dibuat orang..... tambahan ko tu novice... baru nak merangkak...dan ada sebab kenapa ada orang buat sesuatu kajian.... dan tugas ko mencari aspek lain yang lebih mendalam.... sebab tu jugaklah cup cake makin lama makin canggih.... sebab teknik menghasilkannya semakin kreatif dan advanced !! Kalau ko nak buat yang tak pernah dibuat orang... ko buat jer lah... cup kite.... layang-layang bentuk cawan !!

Ko jgn main2 bro.... 



Yang ini memang aku main2 jer....

Apsallak main2.... betul per? Ko sendiri terkezut dgn tajuk tu kan?

Ialah... takkan sampai macam tu..... 

Abis kalau yang dah selalu dibuat.. ko kata dah basi ler pulak.... dah selalu dibuat orang.....

Memang lah bro.... cer ko lihat TOPIK kajian berkaitan "Aplikasi ICT dalam pendidikan"....ramai yang kata dah basi ...

Tapi bagi aku.... tak basi...kerana kajian berkembang ikut masa...

Abis apa rasional ko kata TOPIK tu tak basi....?

OK....cer ko baca apa yang aku nak coret tentang TOPIK berkaitan aplikasi ICT dalam pengajaran di sekolah

TOPIK ini memang dah basi jika.....

1. ekoran adanya signifikan ICT dalam perkembangan pendidikan, maka berlumba2lah pelajar membuat tajuk ICT ni....sampai dah basi sebab ramai yang dah buat kajian yang hampir2 sama.....dgnreka bentuk dan analisis yang hampir2 sama

2. instrumen kajian ini telah dibina lama dulu dan masih digunakan berulangkali.....sebab ramai yang buat kajian yang hampir2 sama.....sampai dah basi...

3. kerana pembinaan model aplikasi ICT dibina secara simple dan linear sahaja menggunakan analisis mudah seperti MLR (multiple linear regression) yang melibatkan hanya beberapa IV dan satu DV sahaja... inipun dah basi...

Namun....TOPIK ini tetap releven...segar dan tak basi jika..

1. menghasilkan sesuatu contribution yang original jika dikaji kerana memantapkan / re-validated instrument yang dah lama, katakan dengan Rasch model .. supaya dapatan lebih reliable dan valid

2. menghasilkan sesuatu contribution yang original jika model yang lebih comprehensive secara prediction boleh dihasilkan dengan membina soal selidik sendiri dan kemudian diuji dengan SEM analysis  menggunakan smartPLS dgn penglibatan latent variables, bukan hanya IV dan DV..

3.  menghasilkan sesuatu contribution yang original jika model dimantapkan lagi dengan membina soal selidik sendiri dan kemudian diuji dengan SEM analysis guna AMOS yang lebih detail dengan data continuous termasuk EFA dan CFA sekali 

4. menghasilkan sesuatu contribution yang original jika kajian dibuat dengan membina soal selidik sendiri dan kemudian diuji pula dgn multilevel modelling menggunakan Mplus atau M+, berbanding model dalam analisis SmartPLS atau AMOS ... bagi menganggar pelbagai model dgn latent, or unobserved variables bagi model yang lebih complex tak kira samada kedua2nya continuous atau berbentuk categorical...

Faham tak maksud aku?

Tak fahamlah...

Yang basi tu adalah pengetahuan kita bro...dan maybe pengetahuan sesetengah SV juga.... bukanlah TOPIK tu yang dah basi tapi TOPIK yang sama berkaitan ICT dalam pendidikan masih banyak ruang yang perlu diperhalusi.... 

Wooo..... 

Maaf ler kalau aku terlalu berterus terang.... sebab ini juga cabaran bagi diri aku sendiri.... akupun tercabar utk update pengetahuan aku... Ini dikatakan contribution / advanced the knowledge... dari analisis yang asas ko kaji menggunakan analisis yang lebih advanced bagi menghasilkan dapatan yang lebih fresh, comprehensive dan latest serta lebih robust !! 

Analisis yang semakin advanced menjanjikan kupasan yang lebih mendalam dan inilah contribution to the knowledge...inilah PhD !! Model yang kompleks yang melibatkan bukan sahaja IV dan DV malah mediator dan moderator akan berupaya menjelaskan "proses" yang berlaku dalam kajian bukan lagi sekadar perkaitan linear antara IV dan DV semata-mata....

Ok..ok...aku cuba faham apa yang ko cuba sampaikan.....fuhhh.... penat otak aku memikirkannya....

So... kalau penat....selamat beradu dan bersahur.... 

OT


Saturday, July 13, 2013

Tajuk 497: Tiga tahap hubungan SV-Supervisee: Suratan atau kebetulan ?

Malam ni malam ke empat kita tarawikh…. teringat aku kawan2 di Adelaide Australia sedang berpuasa dalam winter.... best sebab sejuk dan waktu berbuka awal....kadang2 tak terasa macam puasapun ada..... dan juga teringat waktu aku crabbing lepas tarawikh bersama Sdr Zaidi dapat 40 ekor ketam dan teringat kawan2 lama yang menyepi...


Ketam hidup terbaik dari laut?
Aku bukan buat thesis jer... tapi jadi nelayan bro...
Unik tak?

Kenangan di Randall Mall, Adelaide 

Ko solat tarawikh kat mana?

Kat surau taman akulah…. cuma aku sedikit mushykil… kalau surau lain dimulakan dengan sedikit tazkirah… surau aku dimulakn dengan tahlil… setiap malam !

Kenapa tak boleh ker?

Bukan tak boleh, aku datang nak solat tarawikh…. bukan tahlil…. adakah ini suratan atau kebetulan?

Kenapa pulak....kan itu satu yang unik?

Ialah…. lepas solat isyak jer ada tahlil pulak…. then baru tarawikh. Kenapa tak buat lepas tarawikh dulu?

Kalau lepas tarawikh… jemaah terus baliklah…

Jadi itu bukanlah suratan atau kebetulan…. 

Emmmm no komen…. itu aku tak mahu campur….tapi kisah ko tu ada sikit persamaan dgn tajuk yg aku nak tulis… pasal suratan atau kebetulan

Hayati dialog ini:
“Aku takutlah kalau dapat SV yang begini dan begitu…dah macam2 aku dengar kisah-kisah dari senior….. takut…takut..tapi kalau dapat SV cenggini cenggitu... barulah best “

Biarlah bro…. itu bukan urusan ko

Memanglah bukan urusan aku…. tapi sebagai scholar yang secara lansung terlibat dalam dunia penyelidikan aku ingin berkongsi idea bagi menjelaskan hubungan SV-supervisee supaya  bakal2 SV bolehlah “fikir-fikirkan” dan jgn hanya mewarisi apa yang ada dapati dari SV anda sekarang… sekurang2nya hubungan dengan SV tidak sekadar dilihat sebagai satu suratan atau kebetulan …

Oklah….amende idea ko tu?

Aku nak gunakan istilah – hubungan simbiotik  antara SV-Supervisee

Simbiotik?

Simbiotik tu adalah istilah dalam bio yang aku belajar dulu…. lebih kurang bermakna hubungan yang saling memanfaatkan  dan saling bergantung antara dua pihak…macam mutual relationshiplah….  

Lagi bro...

Idea ini berkaitan dengan aktiviti yang “sengaja” dirancangan dengan "teliti" oleh SV dengan “niat” membantu supervisee…. bukan sekadar satu kebetulan atau suratan atau sekadar dipinggiran..... dengan sikap “wait and see” apa yang bakal dilakukan oleh supervisee.

Jadi aku nak bagi yang sempoi2 jer….3 tahap simbiotik supervision yang dirancang dan dilaksanakan bagi membantu supervisee berasaskan semester ! Sudah pasti manfaat yang diperolehi oleh supervisee akan dibalas dengan penghasilan artikel dengan nama SV tercatat bersama… malah pengetahuan dan kemahiran baru yang diterokai oleh supervisee turut membantu meningkatkan pengetahuan SV…khususnya SV yang masih setahun jagung…inilah yang aku maksudkan dengan hubungan simbiotik.

Ok..Ok..amende 3 tahap tu?

Tahap 1: Tahap intensif pembinaan proposal
  • Master (Semester 1)
  • PhD (Semester 1 – 2)

Semester 1 adalah semester paling "genting" dan "genting" serta intensive dan crucial bagi SV-supervisee. Bagi supevisee, Tahap 1 bukan tahap honeymoon, tahap menghabiskan kerja kursus sahaja mahupun tahap baru nak berkenalan  dan bertanya khabar dengan SV 

Bagi SV pulak….pada pendapat aku…. Tahap 1 inilah SV menilai kemampuan dan keupayaan supervisee dengan perbincangan yang aggressive dari aspek topic kajian yang menjadi fokus supervisee, membimbing supervisee mendapatkan sumber artikel, memastikan penguasaan supervisee dalam kemahiran "khusus" menganalisis data dan pembinaan instrument supaya proposal dapat disiapkan seawal mungkin. 

Jika supervisee ingin membina model misalnya, maka kemahiran melaksanakan FA dan SEM perlu dikuasai seawal tahap 1 ini. Supervisee mesti menguasai factor analisis (EFA dan CFA) dan menjalankan analisis SEM samada dengan AMOS mahupun dgn perisian yang sedikit lebih sempoi spt smartPLS. Aku suka smartPLS sebab tak payah siapkan set data macam dalam AMOS, boleh terus jer gunakan dapatan dari soal selidik....

Dalam hal ini, SV turut dipertanggungjawabkan utk menguasai perisian2 menganalisis data tersebut bagi memudahkan bimbingan kepada pelajar. 


Kenapa pulak…. ada masalah apa2 ke amalan selama ni?

Terdapat amalan yang kelazimannya adalah “wait and see” pada Tahap 1 ini, samada SV mahupun supervisee.  Lazim jugak selagi tak masuk semester 3 atau 4 masih tak "crucial"... masih nak "wait and see" bro..... SV misalnya membiarkan supervisee meneroka sendiri apa yang ingin dikaji…tercari2 sesuatu yang unik dan "tak pernah dibuat orang" sampai tercari2 kesana sini macam anak ayam kehilangan ibu, ayah dan adik beradik dalam tsunami..... sehingga berlarutan ke beberapa semester baru….tanpa sebarang hasil. 

Ala bro…. mereka tu kan calon PhD dan Master, pandai2lah mereka bawa diri…

Kalau mereka dah pandai bawa diri…. tak yah lah sibuk2 adakan konsep supervision…. kalau PhD sama macam jawab soalan objektif…. aku pun setuju tak yah sibuk2 adalah konsep supervision ni ! Mereka bukan tak pandai bawa diri… mereka cuma perlukan tunjukajar intensive diawal2 semester …. apa dan bagaimana untuk melaksanakannya…..

Matlamat Tahap 1 adalah penghasillah proposal yang berkualiti dengan rujukan dari sumber primer dan analisis data serta reka bentuk kajian yang mantap selepas dibimbing secara INTENSIVE oleh SV. Kalau proposal dah mantap…. kedua2 pihak akan mendapat manfaat…

Tahap 2: Tahap pengawasan menjalankan kajian
  • Master (Semester 2)
  • PhD (Semester 3 – 4)

Selepas berjaya membina proposal yang mantap, tugas intensive SV beralih kepada tugas pengawasan menjalankan kajian.

Kenapa pengawasan?

Dengan terhasilnya proposal yang baik… SV boleh “relex” sedikit dengan hanya membuat pengawasan supaya aspek2 teknikal dan sainstifik dalam menjalankan kajian dapat dilaksanakan oleh supervisee.

Dalam masa yang sama, pengawasan juga dilakukan supaya supervisee terus mendalami aspek teori dan literature review disamping melaksanakan kajian.

Bukankah itu yang dilakukan oleh SV selama ini?

Selalunya pembinaan proposal akan meleret2 sampai beberapa semester kerana supervisee dibiarkan menulis proposal dan SV hanya komen apa yang ditulis…. Komen2 ni macam tak pernah habis2… malah ada yang tukar topic, tukar tajuk, malah ada yang menulis dan terus menulis kononnya bagi mencapai tahap proposal impian SV yang supervisee tidak diberitahu bagaimana untuk mencapainya wpun dalam mimpi!

Tahap 3: Tahap pemantapan penulisan tesis
  • Master (Semester 3 - 4)
  • PhD (Semester 5 – 6)
Kajian yang dijalankan secara sistematik bawah pengawasan SV akan menghasilkan data yang valid dan reliable. Ketika ini, penulisan tesis menjadi semakin rancak dan licin. Ketika ini jugalah pencarian artikel dari jurnal2 establish sampai kekemuncak dan analisis yang kritis mula muncul dalam penulisan. Ringkas nya selepas 3 semester (bagi calon master) atau 5 semester (bagi calon PhD), supervisee telah bersedia untuk menyiapkan penulisan tesis supaya dapat dihantar untuk viva sebelum tempoh pengajian berakhir...

Wo..wo… banyak cantik muka ko…. ingat semua kajian sama ker? Setiap kajian adalah unik bro… unik ! Ejaannya pun dah UNIQUE! Ko pulak main lum sum jer….ko ingat ini bubur lambok Kg Baru ker... boleh kasi campur semua dalam satu periok!

Come on bro.... ko kata pasal unik? Apa yang unik? Ko dapat master dan PhD ikut keunikan ker? Ada ker sijik dalam scroll yang ko dapat tu unik… dan keunikkan kajian ko akan diambil kira? Unik dari segi apa – reka bentuk atau analisis data atau tajuk kajian atau apa?

Maksud aku… mana boleh samakan… masing2 kajian ada perjalanan masing2 yang unik… tak sama.... sebab itu ada yang lama... bertahun2.....!

Apa yang tak sama tu? Format? Atau ko kaji alam ghaib yang unik tak sama macam orang lain? Cer ko bagi tau? Atau orang guna PLS kira R square ko guna calculator jer supaya unik?
  
Jgn marah bro...

Aku cuma nak tanya....abis kalau unik dan berbeza2… ada tak calon master / PhD dapat tempoh cuti belajar berbeza2 ikut keunikkan kajian masing2.... ? Kajian tak unik dapat 3 tahun... yang unik dapat 5 tahun? Kenapa semua lum sum jer mendapat tempoh yang sama? Sapa yang define kajian itu unik atau tidak? Meh habaq kat aku yang naïf ni?

Alamak…susah ler nak terang benda2 unik ni…dahlah namanya unik…


Ini pic aku ambil sendiri di UTHM. 
Ko tahu tak apa benda ni? Ko tak tahu sebab ianya UNIK.
Bagi student UTHM... benda ni tak UNIK sebab mereka biasa jumpa.
Tapi kalau student UTHM pun tak tahu.....
emmm...
Kalau tak tahu nak terang…jangan cakap sebab tu maknanya ko tak faham apa ko cakap…malah bagi aku… kenapa kajian yang kononnya unik tu kena abis lambat…. Adakah lambat itu satu ciri keunikkan yang ko maksudkan? Tak boleh ke kajian tu unik sebab dapat disiapkan dalam tempoh masa yang diperuntukkan… cer ko jawab!

Oklah bro…aku malaslah nak argue lagi dgn ko…. biarlah pembaca blog ko yang nilai sendiri…. 

Aik... merajuk ker?

Takpalah.... ko fikirlah apa yang aku tulis.... sebab aku lihat ko tupun bukannya unik manapun....... dan kalau unik pun unik dengan masalah..... macam2 masalah ko yang unik2.... !!

He he..... jgn ler macam tu... selamat berpuasa...


OK.... ko jugak..

OT

Friday, July 12, 2013

Tugasan FCE 3204

Berikut adalah tugasan 1 bagi kelas Dr OT kursus FCE3204 pada 13. 7 .2013.



OT

Tuesday, July 9, 2013

Tajuk 496: Amende FA, EFA, CFA, SPSS, SEM dan AMOS - Uji puasa anda !!

Selamat berpuasa bro….dan terima kasih atas semua yang menghantar ucapan Hari Lahir aku....

Sama ler dengan ko….tapi berpuasa tu adalah satu latent variable yang unobservable.

Amende ler pulak ko ni…. baru nak puasa dah melalut...

Sapa yang melalut? Aku nak kaitkan puasa dengan EFA, CFA, SPSS, SEM dan AMOS ! Aku nak  agi gambaran umum.... sebab istilah2 ni kadang2 susah nak dijelaskan.... jadi aku cuba permudahkan the main idea... tu jer!



Istilah FA, EFA, CFA, SPSS, SEM dan AMOS
ni macam kuih lapis... berlapis2 nak faham...

Apsal pulak... dah tak der keje lain ker?

Tulah ko.... ko ni slow sangat... cer kaitkan ilmu ko tu dengan amalan puasa...

Ko jgn buat kerja giler bro… mana ada benda2 tu dalam puasa…


Camni ler…. Puasa secara kualitinya adalah latent variables (unobservable – maksudnya tak dapat diukur darjah kualiti kepuasaan seseorang secara direct), namun kualiti kepuasaan ini dapat diukur dengan sebilangan observable variables (multivariate ler tu)  yang dapat diukur melalui pembinaan item soal selidik spt ko baca niat, ko tak makan, tak minum, tak muntah dengan sengaja, tidak mengumpat, tak buat kerja sia2 macam tido sepanjang hari atau berborak2 kosong dll. Maksudnya, semua observable variables tu….boleh menguji  kualiti puasa ko. 

Mak datok..... terkesima aku....

Katalah ko ada 20 observable variables yang boleh diukur dengan Likert scale....yang ko convert dalam bentuk 20 item soal selidik. Kesemua 20 item ini ko bina dari explorasi ko terhadap theory meningkatkan kualiti puasa dan perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti yang aku sebut di atas (baca niat, ko tak makan, tak minum, tak muntah dengan sengaja, tidak mengumpat, tak buat kerja sia2 macam tido sepanjang hari atau berborak2 kosong dll). 


Berbelit lidah dan tangan aku nak jelaskan
benda2 statistik ni....


Setelah ko membina 20 item, then ko boleh run Factor analysis (FA) melalui SPSS (dengan option principal components atau common factor extraction). Ingat SPSS hanya boleh run FA ! Dan proses ko running FA ini sebenarnya adalah EFA !! Aku tulis ni sebab tak ada pun EFA dalam analisis di SPSS.... yang ada FA sahaja. Maka FA yang ko run ini adalah EFA !!

Fulamak ko  waghih.... Rembau most wanted sungguh.... baghu den faham !!

Tu baru muqaddimah....tujuannya utk ko tahu, may be bagi 20 item tersebut…. terdapat 3 kelompok variables atau 3 faktor yang menyumbang kepada darjah kualiti kepuasaan ko… katalah 3 faktor tersebut adalah:

Faktor 1 – Tak memasukkan apa2 dalam badan (Item 2, 5, 7, 16, 18)

Faktor 2 – Elak perbuatan sia-sia (Item 1, 11, 12, 13, 17)
Faktor 3 - Melaksanakan amalan sunat (Item 3,6, 8, 9, 10, 20)

Item yang dibuang kerana mengukur lebih dari satu factor adalah item 4, 14, 15, 19. 
Inilah hasil dari EFA yang ko perolehi melalui SPSS iaitu terdapat 3 faktor yang menyumbang kepada kualiti puasa setelah ko tetapkan loading value katakan kepada 0.4. Tiga faktor tersebut adalah

(1) Tak memasukkan apa2 dalam badan (5 Item);
(2) Elak perbuatan sia-sia ( 5 Item)
(3) Melaksanakan amalan sunat (6 Item). 


Sementara itu terdapat 4 item yang perlu dibuang kerana mengukur beberapa factor dalam masa yang sama. Then ko boleh run pulak Cronbach’s alpha bagi setiap factor mahupun keseluruhan soal selidik ko utk mendapatkan reliability soal selidik ko

Fuhhh.... cam tu plak.... bertambah keterkesimaan aku bro...

Abis CFA kat mana pulak?

CFA adalah langkah seterusnya bagi menentukan atau menguji samada struktur model kualiti puasa ko tu (dgn 3 faktor) padan dengan struktur model yang ko hipotesiskan.  Maksudnya, ko lukis struktur model yang mengaitkan ketiga2 faktor tersebut (IV = exogenous) dengan kualiti puasa (DV = endogenous) dengan AMOS.

Katalah ko ada 2 model yang ko lukis / bina menggunakan AMOS then ko kena uji mana satu model yang fit dengan data yang ko ambil dari responden kajian. Langkah ini dinamakan penentuan the goodness of fit yang menggunakan data responden soal selidik dalam SPSS yang ko run atas model tersebut. Analisis kesepadanan model atau juga dinamakan  structural equation modeling (SEM) analysis.  SEM hanya boleh dijalankan jika ko ada AMOS. AMOS adalah perisian yang dihasilkan oleh SPSS utk SEM analisis dengan data dlm SPSS. Proses inilah yang dinamakan CFA !!

Ingat ....AMOS didatangkan sekali dalam pakej SPSS.

Ini bermakna, jika model yang ko cadangkan tersebut tidak sepadan dgn data dari responden kajian, SEM akan memberikan cadangan perkaitan antara variable2 dalam model hipotesis yang ko cadangkan berdasarkan indek2 tertentu.

Fuhh... mula berpinar otak aku... cer ko tolong ringkaskan bro...

OKlah aku ringkaskan….

1. Baca teori tentang kualiti puasa


2. Bina soal selidik dgn sebilangan item (sebagai variable yang diukur) bagi explore berapakan factor yang wujud dalam meningkatkan kualiti puasa (latent and unobservable variables) dari teori yang ko explore 

3. Edar soal selidik kepada responden dalam 100 – 300 orang dan run data soal selidik tu dengan Factor Analysis SPSS. Ini adalah EFA !!

4. Ko akan dapat bilangan faktor dari output seperti Scree plot. Buang item yang bertindih dan dapatkan item-item yang benar2 mengukur latent variable berdasarkan nilai loading factor (katakan ko tetapkan 0.4). Item2 dengan nilai <0.4 ko boleh singkirkan. Malah item2 yang mengukur 2 faktorpun boleh disingkirkan

5. Bila soal selidik baru hari hasil langkah 1 - 4 dgn buang beberapa item. Katalah dari 20 item... ko dapat 15 sahaja dgn masing2 5 bagi setiap faktor...sebab 5 item dah dibuang. 

6. Bina beberapa model secara hypothesis (andaian) tentang kualiti puasa yang kaitkan 3 faktor tadi iaitu 
Tak memasukkan apa2 dalam badan; Elak perbuatan sia-sia dan Melaksanakan amalan sunat sebagai IV (exogenous) dan hubungannya dengan kualiti kepuasaan sebagai DV (endogenous). Model ini ko bina / lukis dengan AMOS !!

7. Edar soal selidik kepada responden yang baru, katalah 300 orang atau lebih utk jawab soal selidik yang baru.

8. Lukis model dengan AMOS. Run data dari responden  menggunakan SPSS untuk menguji model yang ko lukis dengan AMOS. Inilah proses yang dinamakan SEM testing untuk menentukan mana satukan dari model-model yang ko hypothesized sepadan dengan data SPSS yang ko ada. Proses yang sedang ko jalankan ini adalah proses CFA.

Tu dia.... baru aku faham maksud semua benda2 pelik tu... mekasih.. mekasih bro...tapi bro?

Apa lagi...?

Aku belum beli baju raya lagi....hu hu !

Cis.... cam budak2....apapun wallahualam dan Selamat Berpuasa....

OT

Friday, July 5, 2013

Tajuk 495: RESPONSIVE TO, RESISTANCE TO ATAU AGENT OF CHANGE: JGN JADI KAKAKTUA

Penat dan letih - dua perkataan yang sama. Itulah aku. Sebaik sampai di LCCT, jam menunjukkan 1.00 am. Tadi  aku bangun jam 4.30 am now 1.00 am..... aku masih berkeliaran! Sebelum menuju ke kereta Avanza tua ku yang dah berusia 8 tahun... aku memesan nescafe.... moga tak terlelap dalam perjalanan pulang.

Sementara nescafe ku masih berasap..... sehingga aroma kopinya jelas terhidu....aku membuka lap top. 

Dunia penyelidikan sudah mula berubah. Perubahan ini jika tidak diikuti dan difahami untuk disertai....akan menyebabkan ramai postgraduat ketinggalan. Aku pun takut tak terkejar perubahan tersebut. 

Dulu t-test cukup untuk mengangkat martabat thesis sehingga digilai ke tahap PhD. Kini t-test dipandang sepi.... hanya pelajar undergrad sahaja yang masih mendambakan t-test. 

Dulu  chronbach alpha adalah segala2nya bagi soal selidik, now ada Winstep dengan Rasch yang mula mengambil tempat... dalam dunia psikometrik. 

Dulu berbuih mulut menjelaskan kenapa IV dan DV ini dan itu digunakan dalam framework, now moderator dan mediator mengambil peranan. Tak cukup dengan CFA dan EFA, muncul AMOS namun ke"famous"annya pun dah mula disertai oleh Smart PLS.... 

Qualitative juga sama. Tak cukup hanya dengan menandakan kod secara manual.... sampai berpinar2 bijik mata.... muncul NVIVO spt bulan jatuh ke riba.  Tidak cukup dgn itu....kini meniti dari mulut ke mulut dan hati ke hati....ATLAS.ti. Bukan sahaja muncul, pengujian reliability spt Cohen Kappa dengan ATLAS.ti yang di "SPSS" kan untuk data qualitative menjadi satu keperluan. Kalau tiada nilai Kappa ini.... data qualitative akan kelihatan lucu dan syok sendiri !!

Maka gerangan apakah aku utarakan semua ini..... sementara menanti nescafe aku sejuk utk ku hirup?

Satu perkataan sahaja - CHANGE !!

Postgrad yang jumud, tidak RESPONSIVE TO CHANGE... tidak akan survive lama dalam dunia penyelidikan. Malah SV yang tidak responsive to change persis kakak tua.... mengulangi ungkapan yang sama saban tahun depan supervisee......


Kakaktua....
(petparrotsweb.com)


Malah tidak hairan melihat sudah ada supervisee yang bercakap tentang analisis data dgn ungkapan yang lebih advanced berbanding SV, terutamanya SV yang RESISTANCE TO CHANGE !

Maka aku berpendapat..... perlunya postgraduate RESPONSIVE TO CHANGE...mencari dan meneroka perubahan... bukan menanti dan mengikut jejak lama tinggalan postgrad lalu. Jgn cepat menolak perubahan yang tidak difahami, khususnya analisis data.... semata2 SV anda tidak menyebutnya. Bersikap responsive..... membuka ruang utk mempelajari sesuatu yang baru.... bersedia utk melabor masa dan fikiran.... juga kewangan kerana penyelidikan yang baik adalah penyelidikan yang juga responsive to change...

Aku?

Aku sedaya upaya utk RESPONSIVE TO CHANGE supaya dapat juga berperanan sebagai AGENT OF CHANGE !

OT


Bengkel UiTM Sabah.... akhirnya....

Akhirnya saya selamat memberi bengkel kepada  pensyarah UiTM.... dan paling istimewa bila berjumpa kawan lama Ahmad Suman dan bekas pelajar saya dulu... Ajis Lepit. Tqvm kepada sdr Hafizan yang menganjurkan bengkel ini dgn jayanya.

Terus terang... aku kekok bila berhadapan dgn kawan2 pensyarah.... namun demi berkongsi sedikit kemahiran...akhirnya bengkel mencapai matlamatnya....dan yg penting mereka happy....










Thursday, July 4, 2013

Tajuk 494: Bila Flight Attendant AirAsia yg cun buat PROPOSAL….. YOU ARE FIRED !!

Irama Alarm Nokia handphone aku berbunyi tepat 430 am. Aku bersiap utk ke LCCT. Now aku dah dalam flight AK5110.. Aku akan ke Uitm KK. Mudah2 semuanya berjalan lancar dan inilah 1st time aku jejakkan kaki ke Uitm Sabah…..

Aku melimpasi pintu utama UiTM KK

Venue bengkel

Bilik kuliah UiTM KK

Selamat berangkat bro…. mudah jer ko ke sana sini….sambil naik flight pun sempat ko menaip…

Alhamdulillah….. selagi ada yang nak baca celoteh aku…. Tak naklah duduk diam jer…. at least aku duduk dan menaip sesuatu…yang santai-santai…. utk pembaca tegar blog aku ni…

Jadi blogger ni kena duduk dan menaip ker?

Ialah…… sikit2 tapi consistent….

Aik ko macam perli aku jer?

Perli ? Tak der lah. Ko kan buat proposal PhD…. Masa bila ko menaip?

Tak ada masa lah bro….

Ala… ko duduk dan taip…. Siaplah proposal ko…

Duduk dan taip? Takkanlah semudah itu.

Tak mudah? Kenapa pulak? Duduk dan taip....amende yang susah?

Ko ingat buat proposal macam taip entry dalam blog ker?

Ko kalau tak duduk camner ko nak menaip? Mana ada orang menaip sambil berdiri? Yang tak siap proposal tu sebab dia tak duduk dan menaip…..

Iskhhh….. mestilah aku duduk

Ialah semua duduk tapi  tak menaip. Kalau duduk sambil tengok “Teduhan Kasih” …. Tu menaip ker?

Abis kalau aku tak tahu apa nak tulis macamana nak menaip?

Buat amende PhD kalau tak tahu apa nak taip…. Abis tulis novel ko tahu ker?

Novel lagilah tak tahu …. Aku bukan jenis jiwang2 nak tulis novel

Kalau semua dah tak tahu….boleh pulak ko buat muka slamber.  Baiki paip ko tahu? Jadi plumber memang sesuai dgn muka ko yang slamber tu.

Aku tak menaip lagi sebab takut salah apa yang ditulis, kena fikir dulu benda apa nak taip

Dah ko tak menaip mana ko tahu betul salahnyer. Ko tak mula menaip bila masa pulak ko nak mula berfikir?

Berfikir sambil menaip bukan berfikir tak menaip2…tukang paip pun… berfikir sambil membetulkan paip….

Tak ada bahan lah bro nak fikir

Bahan apa yang ko nak?

Artkel online pun susah nak cari? Mana nak dapat bahan kalau ko duduk dan tak buat apa2? Kelakar sungguh ko kena siapkan proposal …. PhD pulak tu… tapi tak tahu nak cari bahan…. ! Kalau cari bahan pun tak tahu……maknanya ko cari masalah

Ko jgn cari pasal dengan aku bro….

Bila lak aku cari pasal…. aku cuma tulis pasal duduk dan taip…. Pasal itu pun ko tak buat….

Emmmm ….. susah lah cakap dengan ko ni!

Tulah ko….. semua susah…. Duduk dan menaippun susah…

Malaslah nak layan ko ….

Iskkhh dahlah ko kata duduk dan menaip tu susah…. Now ko malas ler pulak…. Patutlah proposal ko tak siap2….

Abis aku nak buat apa?

Aku tahu…. baik ko jadi Flight Attendant AirAsia jer….. tolak troli ke depan….break… tolak troli kebelakang… break… kemudian duduk. Lepas tu ambil phone buat pengumuman…. tak yah banyak fikir2…asal bagi khidmat terbaik dan penumpang puas hati dah ok...nak cakap apapun dah ada script …..then duduk lagi…..tak perlu taip apa2….. kan SANTAI….

Tapi bro…. itupun masalah gak

Masalah lagi? Masalah apa?

Memang SANTAI  tapi aku kan dah OTAI……Kalau aku apply jadi Flight Attendant AirAsia mesti Tony Fernandes kata “You are Fired !!”

Air tebu air kelapa…. Tau tak per !!

Opppp….aku kena tutup komputer aku….ada announcement dari Flight Attendant baju merah rambut perang yang slim melim cun melecun … annnouncement yang biasa aku dengar dari script yang sama  …. setiap kali aku naik AirAsia...

”Tuan2 dan Puan2… sebentar lagi kita akan mendarat di KK international Airport…sila tegakkan tempat duduk dan pasangkan talipinggang anda…. duduk diam2 and berfikirlah camner nak siapkan proposal anda…. sekian terima kasih…semoga kita berjumpa dalam penerbangan yang lain…..”

Adanya….


OT

Wednesday, July 3, 2013

Bengkel Penulisan Tesis di Murni International College Siri 2

Berakhirlah bengkel Penulisan Cepat Tesis dan Mendeley di Murni International College... dan bermulalah penjualan buku baru aku "Asas Penulisan Tesis, Penyelidikan dan Statistik". Syukur... semua buku yang dibawa habis terjual...

Seterusnya biarlah foto-foto berikut berbicara....


ONE FOR ALL..

















































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...