.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Saturday, July 13, 2013

Tajuk 497: Tiga tahap hubungan SV-Supervisee: Suratan atau kebetulan ?

Malam ni malam ke empat kita tarawikh…. teringat aku kawan2 di Adelaide Australia sedang berpuasa dalam winter.... best sebab sejuk dan waktu berbuka awal....kadang2 tak terasa macam puasapun ada..... dan juga teringat waktu aku crabbing lepas tarawikh bersama Sdr Zaidi dapat 40 ekor ketam dan teringat kawan2 lama yang menyepi...


Ketam hidup terbaik dari laut?
Aku bukan buat thesis jer... tapi jadi nelayan bro...
Unik tak?

Kenangan di Randall Mall, Adelaide 

Ko solat tarawikh kat mana?

Kat surau taman akulah…. cuma aku sedikit mushykil… kalau surau lain dimulakan dengan sedikit tazkirah… surau aku dimulakn dengan tahlil… setiap malam !

Kenapa tak boleh ker?

Bukan tak boleh, aku datang nak solat tarawikh…. bukan tahlil…. adakah ini suratan atau kebetulan?

Kenapa pulak....kan itu satu yang unik?

Ialah…. lepas solat isyak jer ada tahlil pulak…. then baru tarawikh. Kenapa tak buat lepas tarawikh dulu?

Kalau lepas tarawikh… jemaah terus baliklah…

Jadi itu bukanlah suratan atau kebetulan…. 

Emmmm no komen…. itu aku tak mahu campur….tapi kisah ko tu ada sikit persamaan dgn tajuk yg aku nak tulis… pasal suratan atau kebetulan

Hayati dialog ini:
“Aku takutlah kalau dapat SV yang begini dan begitu…dah macam2 aku dengar kisah-kisah dari senior….. takut…takut..tapi kalau dapat SV cenggini cenggitu... barulah best “

Biarlah bro…. itu bukan urusan ko

Memanglah bukan urusan aku…. tapi sebagai scholar yang secara lansung terlibat dalam dunia penyelidikan aku ingin berkongsi idea bagi menjelaskan hubungan SV-supervisee supaya  bakal2 SV bolehlah “fikir-fikirkan” dan jgn hanya mewarisi apa yang ada dapati dari SV anda sekarang… sekurang2nya hubungan dengan SV tidak sekadar dilihat sebagai satu suratan atau kebetulan …

Oklah….amende idea ko tu?

Aku nak gunakan istilah – hubungan simbiotik  antara SV-Supervisee

Simbiotik?

Simbiotik tu adalah istilah dalam bio yang aku belajar dulu…. lebih kurang bermakna hubungan yang saling memanfaatkan  dan saling bergantung antara dua pihak…macam mutual relationshiplah….  

Lagi bro...

Idea ini berkaitan dengan aktiviti yang “sengaja” dirancangan dengan "teliti" oleh SV dengan “niat” membantu supervisee…. bukan sekadar satu kebetulan atau suratan atau sekadar dipinggiran..... dengan sikap “wait and see” apa yang bakal dilakukan oleh supervisee.

Jadi aku nak bagi yang sempoi2 jer….3 tahap simbiotik supervision yang dirancang dan dilaksanakan bagi membantu supervisee berasaskan semester ! Sudah pasti manfaat yang diperolehi oleh supervisee akan dibalas dengan penghasilan artikel dengan nama SV tercatat bersama… malah pengetahuan dan kemahiran baru yang diterokai oleh supervisee turut membantu meningkatkan pengetahuan SV…khususnya SV yang masih setahun jagung…inilah yang aku maksudkan dengan hubungan simbiotik.

Ok..Ok..amende 3 tahap tu?

Tahap 1: Tahap intensif pembinaan proposal
  • Master (Semester 1)
  • PhD (Semester 1 – 2)

Semester 1 adalah semester paling "genting" dan "genting" serta intensive dan crucial bagi SV-supervisee. Bagi supevisee, Tahap 1 bukan tahap honeymoon, tahap menghabiskan kerja kursus sahaja mahupun tahap baru nak berkenalan  dan bertanya khabar dengan SV 

Bagi SV pulak….pada pendapat aku…. Tahap 1 inilah SV menilai kemampuan dan keupayaan supervisee dengan perbincangan yang aggressive dari aspek topic kajian yang menjadi fokus supervisee, membimbing supervisee mendapatkan sumber artikel, memastikan penguasaan supervisee dalam kemahiran "khusus" menganalisis data dan pembinaan instrument supaya proposal dapat disiapkan seawal mungkin. 

Jika supervisee ingin membina model misalnya, maka kemahiran melaksanakan FA dan SEM perlu dikuasai seawal tahap 1 ini. Supervisee mesti menguasai factor analisis (EFA dan CFA) dan menjalankan analisis SEM samada dengan AMOS mahupun dgn perisian yang sedikit lebih sempoi spt smartPLS. Aku suka smartPLS sebab tak payah siapkan set data macam dalam AMOS, boleh terus jer gunakan dapatan dari soal selidik....

Dalam hal ini, SV turut dipertanggungjawabkan utk menguasai perisian2 menganalisis data tersebut bagi memudahkan bimbingan kepada pelajar. 


Kenapa pulak…. ada masalah apa2 ke amalan selama ni?

Terdapat amalan yang kelazimannya adalah “wait and see” pada Tahap 1 ini, samada SV mahupun supervisee.  Lazim jugak selagi tak masuk semester 3 atau 4 masih tak "crucial"... masih nak "wait and see" bro..... SV misalnya membiarkan supervisee meneroka sendiri apa yang ingin dikaji…tercari2 sesuatu yang unik dan "tak pernah dibuat orang" sampai tercari2 kesana sini macam anak ayam kehilangan ibu, ayah dan adik beradik dalam tsunami..... sehingga berlarutan ke beberapa semester baru….tanpa sebarang hasil. 

Ala bro…. mereka tu kan calon PhD dan Master, pandai2lah mereka bawa diri…

Kalau mereka dah pandai bawa diri…. tak yah lah sibuk2 adakan konsep supervision…. kalau PhD sama macam jawab soalan objektif…. aku pun setuju tak yah sibuk2 adalah konsep supervision ni ! Mereka bukan tak pandai bawa diri… mereka cuma perlukan tunjukajar intensive diawal2 semester …. apa dan bagaimana untuk melaksanakannya…..

Matlamat Tahap 1 adalah penghasillah proposal yang berkualiti dengan rujukan dari sumber primer dan analisis data serta reka bentuk kajian yang mantap selepas dibimbing secara INTENSIVE oleh SV. Kalau proposal dah mantap…. kedua2 pihak akan mendapat manfaat…

Tahap 2: Tahap pengawasan menjalankan kajian
  • Master (Semester 2)
  • PhD (Semester 3 – 4)

Selepas berjaya membina proposal yang mantap, tugas intensive SV beralih kepada tugas pengawasan menjalankan kajian.

Kenapa pengawasan?

Dengan terhasilnya proposal yang baik… SV boleh “relex” sedikit dengan hanya membuat pengawasan supaya aspek2 teknikal dan sainstifik dalam menjalankan kajian dapat dilaksanakan oleh supervisee.

Dalam masa yang sama, pengawasan juga dilakukan supaya supervisee terus mendalami aspek teori dan literature review disamping melaksanakan kajian.

Bukankah itu yang dilakukan oleh SV selama ini?

Selalunya pembinaan proposal akan meleret2 sampai beberapa semester kerana supervisee dibiarkan menulis proposal dan SV hanya komen apa yang ditulis…. Komen2 ni macam tak pernah habis2… malah ada yang tukar topic, tukar tajuk, malah ada yang menulis dan terus menulis kononnya bagi mencapai tahap proposal impian SV yang supervisee tidak diberitahu bagaimana untuk mencapainya wpun dalam mimpi!

Tahap 3: Tahap pemantapan penulisan tesis
  • Master (Semester 3 - 4)
  • PhD (Semester 5 – 6)
Kajian yang dijalankan secara sistematik bawah pengawasan SV akan menghasilkan data yang valid dan reliable. Ketika ini, penulisan tesis menjadi semakin rancak dan licin. Ketika ini jugalah pencarian artikel dari jurnal2 establish sampai kekemuncak dan analisis yang kritis mula muncul dalam penulisan. Ringkas nya selepas 3 semester (bagi calon master) atau 5 semester (bagi calon PhD), supervisee telah bersedia untuk menyiapkan penulisan tesis supaya dapat dihantar untuk viva sebelum tempoh pengajian berakhir...

Wo..wo… banyak cantik muka ko…. ingat semua kajian sama ker? Setiap kajian adalah unik bro… unik ! Ejaannya pun dah UNIQUE! Ko pulak main lum sum jer….ko ingat ini bubur lambok Kg Baru ker... boleh kasi campur semua dalam satu periok!

Come on bro.... ko kata pasal unik? Apa yang unik? Ko dapat master dan PhD ikut keunikan ker? Ada ker sijik dalam scroll yang ko dapat tu unik… dan keunikkan kajian ko akan diambil kira? Unik dari segi apa – reka bentuk atau analisis data atau tajuk kajian atau apa?

Maksud aku… mana boleh samakan… masing2 kajian ada perjalanan masing2 yang unik… tak sama.... sebab itu ada yang lama... bertahun2.....!

Apa yang tak sama tu? Format? Atau ko kaji alam ghaib yang unik tak sama macam orang lain? Cer ko bagi tau? Atau orang guna PLS kira R square ko guna calculator jer supaya unik?
  
Jgn marah bro...

Aku cuma nak tanya....abis kalau unik dan berbeza2… ada tak calon master / PhD dapat tempoh cuti belajar berbeza2 ikut keunikkan kajian masing2.... ? Kajian tak unik dapat 3 tahun... yang unik dapat 5 tahun? Kenapa semua lum sum jer mendapat tempoh yang sama? Sapa yang define kajian itu unik atau tidak? Meh habaq kat aku yang naïf ni?

Alamak…susah ler nak terang benda2 unik ni…dahlah namanya unik…


Ini pic aku ambil sendiri di UTHM. 
Ko tahu tak apa benda ni? Ko tak tahu sebab ianya UNIK.
Bagi student UTHM... benda ni tak UNIK sebab mereka biasa jumpa.
Tapi kalau student UTHM pun tak tahu.....
emmm...
Kalau tak tahu nak terang…jangan cakap sebab tu maknanya ko tak faham apa ko cakap…malah bagi aku… kenapa kajian yang kononnya unik tu kena abis lambat…. Adakah lambat itu satu ciri keunikkan yang ko maksudkan? Tak boleh ke kajian tu unik sebab dapat disiapkan dalam tempoh masa yang diperuntukkan… cer ko jawab!

Oklah bro…aku malaslah nak argue lagi dgn ko…. biarlah pembaca blog ko yang nilai sendiri…. 

Aik... merajuk ker?

Takpalah.... ko fikirlah apa yang aku tulis.... sebab aku lihat ko tupun bukannya unik manapun....... dan kalau unik pun unik dengan masalah..... macam2 masalah ko yang unik2.... !!

He he..... jgn ler macam tu... selamat berpuasa...


OK.... ko jugak..

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...