.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, October 21, 2011

TAJUK 248: Research Gap - From Theoretical to Conceptual Framework with Love !!

Research Gap - From Theoretical to Conceptual Framework with Love !!


Wa masih fening2 arnab lah bro... theoretical dan conceptual framework ni, boleh bagi contoh... terbaek punya!!


U buat kajian aper bro?


Wa nak kaji nak test satu strategy ... conceptual change... dgn pendekatan constructivist dalam pembelajaran Kimia.... yg belum lagi dibuat di Malaysia....setakat ni tak dokumentasi kajian pun wa baca dan selongkar bro...


First U kena tahu theoretical framework dulu.... then sesuaikan dengan strategy U tu....


Kalau constructicvist maybe Piaget sesuai....tapi SV wa kata.... Piaget tu dah lama....tak der ker yang baru?


Wa jawab bro..... jgn tak jawab bila SV argue....wa kata hampir semua kajian termasuk yang terkini menjadikan Piaget sebagai root of the theory... lama baru not an issue....wa dah baca 50 artikel  yang kaw2 punya pulak tu...


Wah... berani U argue sama  U punya SV....


Bukan argue bro.... tapi berdasarkan intensive LR search ler.... SV wa maybe tak perasan sebab ini bukan kajian dia bro.... this is mine.... 


Pergghh... wa caya lu....


Then wa punya SV suruh cari theoretical framework berkaitan Piaget yang support constructivist tu.... baru dia percaya....then suruh wa bina pulak conceptual framework....


Aah  betullah tu.... abis?


Tulah wa dah cakap...SV bukan tahu semua....cakap mayak senang oo..... kalau macam tu wa pun boleh jadi SV.... suruh student cari itu...ini......wa cari ler theoretical framework....aiseh bro...wa dapat sebijik macam Piaget punya theoretical framework..


Abis ape masalah U?


Wa tak clear lah...camner wa mahu convert itu theoretical jadi wa punya conceptual.... 


Wokey.... wa bagi contoh k.....wa tulis guna bahasa standard dan u  baca lah sendiri....sebab ramai lagi yang sama2 blurr macam U...


Katakan anda ingin menjalankan kajian berdasarkan Piaget's Stage Theory kerana teori ini dapat menyokong pendekatan contructivist yang memerlukan pelajar mempelajari sesuatu yang baru berdasarkan pre-knowledge mereka. Namun tidak semua pre-knowledge pelajar benar2 menepati apa yang sepatutnya mereka fahami sehingga mengundang cognitive conflict. 


Situasi ini diringkas dalam bentuk Theoretical Framework seperti rajah berikut:


Theoretical Framework from Piaget's Stage Theory
(sumber: www.scribd.com/doc/9972)

Cognitive conflict ini menghasilkan situasi tidak seimbang (disequilibrium) antara apa yang difahami dengan pemahaman baru yang sedang dipelajari. Ketidakseimbangan ini menyebabkan pelajar membuat penyerapan pengetahuan (assimilation) dan membuat perkaitan (accommodation) bagi mencapai situasi baru yang lebih seimbang (reequilibrium). Jika reequilibrium ini berjaya dicapai. maklumat dari pengetahuan sedia anda berjaya digunakan bagi memahami pengetahuan baru tanpa sebarang conflict atau pertentangan. Kejayaan ini membawa kepada pelajar mengalami proses pembelajaran.

Namun begitu, proses ini sering tidak berjaya, berlaku conflict dan misconception, sehingga pelajar sentiasa berada dalam situasi tidak faham (disequilibrium). Oleh itu..... jeng..jeng..jeng.... anda memperkenalkan strategi conceptual change spt yang dicadangkan oleh Posner bagi membetulkan terlebih dahulu konsep2 yang kurang tepat dalam pengetahuan sedia ada melalui Conceptual Change Strategy. 


Andapun bina satu Conceptual Framework anda yang baru.... dengan jelas menunjukkan gap yang anda ingin kaji (warna coklat) iaitu pemantapan kepada theoretical framework yang sedia ada seperti rajah berikut:



                                             Conceptual Framework for the study


Dengan adanya Theoretical Framework dan Conceptual Framewrok yang jelas.... mudahlah anda menulis dan mengutarakan gap kajian anda. Secara tidak langsung anda telah menambah satu perspektif baru dengan memantapkan teori Piaget dengan conceptual framework anda yang refine teori tersebut dengan memasukkan Conceptual Change Strategy yang tidak dibangunkan oleh Piaget. INILAH SUMBANGAN KAJIAN ANDA KEPADA THE BODY OF KNOWLEDGE DLM BIDANG ANDA.....


Conceptual Change Strategy tersebut dijangka membantu pelajar membetulkan Cognitive Conflict sebelum proses Assimilation dan Accommodation berlaku supaya pelajar boleh memahami sesuatu yang baru dengan lebih baik kerana proses assimilation dan accommodation berlaku setelah pengetahuan sedia ada dibetulkan dan ini mengurangkan misconception yang selalu wujud dalam pembelajaran selain melicinkan proses pembelajaran dan pemahaman pelajar......


Fullamak bro.... wa cayalah.... baru terang mentol dalam kefala wa ni dengan dua rajah di atas...klu tak lip lap lip lap bro...settel wa punya problem.. mekacih mekacih....! Lepas ni bolehlah wa explain dengan SV wa..... biar dia terkesima dgn wa punya explanation....... 


OT

Tuesday, October 18, 2011

TAJUK 247 - BOOST YOUR CONFIDENCE !!

TAJUK 247 – BOOST YOUR CONFIDENCE !!

Membuat research sama seperti berada dalam  hutan yang mempunyai 1001 kemungkinan sebelum anda berjaya mencari jalan keluar. Ramai yang mengambil sikap try-n-error namun semua yang ditemui hanyalah error….Ramai juga yang cuba mengikuti jejak2 silam… namun semuanya semakin kelam…lama kelamaan…. anda hilang keyakinan…..

Sama2lah renungkan 10 tips ini supaya sedikit sebanyak dapat meningkatkan confidence anda !!

1. Membuat research bermakna anda meninggalkan zon selesa. Jika anda tidak selesa untuk meninggalkannya akhirnya anda akan terseksa juga....


Keluarlah sementara dari zon selesa....
bukan selama2nya...

2. Anda perlu percaya dan yakin keputusan anda menyambung pelajaran…. Anda sebenarnya mengambil risiko. Besar atau kecilnya risiko bergantung kepada persiapan anda. Jika anda masuk hutan tanpa peta dan survival skills… besarlah risiko anda.... berkucalana lah nanti hidup anda...

3. Anda perlu bertindak cepat dengan memahirkan diri dengan kemahiran asas seperti pencarian journal articles (Boolean, advanced search…), kemahiran menulis (Document map, Endnotes),  kemahiran LR, kemahiran statistik (SPSS) dan analisis kualitatif (NViVo, Atlas). Jgn harapkan hanya kursus di IPTA, carilah kesempatan bengkel2 diluar yang semakin banyak dianjurkan…tetapi be selective !


Belajar lah sesuatu yang baru....

4. Membuat pembacaan awal secara intensif bagi meningkatkan keyakinan diri dengan menguasai apa yang bakal anda kaji serta mengimbangi apa yang anda tahu dengan apa yang bakal dikritik oleh SV anda.

5. Berkawan dengan nurturing friends…. Yang akan sentiasa bersaing dengan anda  secara positif dengan anda. Jgn hanya bersendirian….

6. Jadikan senior yang advanced dalam penulisan thesis sebagai rakan juga.


Ini kawan makan kawan....


7. Tetapkan matlamat dengan jelas…. Katakan 1st sem mesti siapkan proposal….. 2nd sem…. defend proposal….. 3rd Sem collect data….. 4th sem….. complete the whole thesis!! Jgn tunggu sampai 4th sem baru nak tetapkan matlamat…. Its too late !!

8. Berbanggalah menjadi salah seorang PhD / Master candidate !! Berjalan dgn yakin (bukan sombong)... membaca dengan yakin… dan berbincang dengan SV anda juga dgn yakin…. tunjukkan anda academically competent..... sebab "Your are an expert in the making"… no doubt about it !!

9. Tunjukkan enthusiasm anda….jangan merendah diri….. enjoy and enjoy dengan apa yang anda buat… enjoy your reading and enjoy your writing…. !!

10. Ambil langkah EXTRA dengan mempersiapkan diri untuk membuat bacaan tambahan, mengukuti bengkel tambahan...jika anda guna SPSS utk analisis data kuantitatif.... apa salahnya ikut bengkel analisis data kualitatif spt NVIVO atau Atlas....utk jadikan lebih berpengetahuan, jika anda analisis data anda dgn MLR maybe anda boleh ambil tahu juga SEM dan AMOS.... atau Rasch Model supaya perspective anda lebih luas.... dan perbincangan anda lebih mantap....jangan hadkan pengetahuan anda hanya berkisar pada kajian anda sahaja. Lebih2 lagi anda adalah BAKAL LECTURER !!


Abang2 dan kakak2....
Enjoy apa yang anda buat...... happy sokmo macam kami!!


GUD LUCK !!

OT

BENGKEL DOCUMENT MAP & LR....ITS SO BEUTIFUL !!

Inilah kali pertama tahun ini, bengkel diatur oleh postgrad UPM tapi dihadiri juga peserta dari UIA, UKM dan UPSI. Terima kasih pada Marwani dan Awanis yang telah mengambil inisiatif utk bantu kawan2. Pengetahuan tentang document map secara hands on telah membuka mata dan hati serta jiwa dan raga peserta betapa penulisan tesis bukanlah sesuatu yang scary..... malah dengan himpunan  artikel yang anda ada... its really fun....

Dari perbualan, sedih juga sebab ada beberapa peserta yang dah semester 4 dan 5 masih belum "proposal defend" lagi !! Ternyata ada beberapa peserta yang hadapi konflik dengan SV..... kejap SV kata buat lagu ni....lepas 3 minggu kata buat lagu tu. Main SV kata lagu ni molek..... co SV kata hok ni lagi come! Apa lagi peninglah si cek mek molek....


Apapun saya telah memberi pesanan kerana konflik dengan SV adalah lumrah dan antara puncanya kerana anda sendiri yang tidak bersedia memikul tj sebagai researcher..... bacalah tajuk2 blog ini tentang hal yang sama....terutama bagi postgrad yang baru mendaftar. Bagi perserta bengkel... terus praktiskan apa yang dipelajari dalam bengkel .... GUD LUCK !!


Nani:  
D.O.C.U.M.E.N.T  M.A.P  IS  BEAUTIFUL.....!!


Tq Marwani..... and hubby for sure !!
Awanis..... pemanis bengkel !!

Just "foresee"..... everything done !

"....dgn zero draf dan document map saya siap satu paper
utk prsentation dlm 3 hari... sungguh berkesan.."


Lets collaborate !!

mmm.... its soooo easy to be critical....
(apsallah tak sesapa ajar aku sebelum ni...ishkk...)

This will be our voice...our thought.....
we are going to be an expert....yezza !!

Sunday, October 16, 2011

TAJUK 246 - TIPS KAMCING DGN SV - BHG 2

Apabila timbul conflict:

Saya selalu tak setuju dengan SV saya. Dia suruh saya buat macam2…… tensionnyer…. mentang2lah saya ni student….dia tak tahu kitapun ada macam2 masalah....

Jgn gabra dulu…. tak semua SV suruh bermakna “anda kena ikut”. Ini satu hint supaya anda betul2 pastikan apa yang anda patut buat. Selalunya bila SV suruh buat dan tambah itu ini, anda hanya “menurut perintah”….sedang SV anda maksudkan supaya anda memahami dahulu apa yang anda tulis....

Jadi anda akan terus fikir SV anda suka mengarah anda buat itu ini…. sedangkan SV anda mahu anda tunjukkan yang anda tahu apa nak buat….dan pertahankannya....bukan cuma pasrah sahaja dan tak yakin apa yang anda buat. Anda jugalah yang akhirnya tension….


Ini le sebabnya anda perlu betul2 dalami LR bidang kajian anda supaya anda yang lead the discussion with your supervisor.... not the other "war" around! Selalunya SV hanya ada idea.... not the details..... so dia suruhler anda buat macam2 sedang anda sendiri pun tak sure... esp bila kajian anda baru bagi SV anda.....dan anda pulak percaya SV anda tahu semuanya....


Tips ini maybe lebih relevan jk SV anda masih muda belia....masih baru dapat PhD.....baru balik obersi.....kontena barang garaje sale diapun belum sampai pelabuhan Kelang lagi....tapi perlu mengekalkan "ego" sbg SV sdg SV anda sendiripun tidak familiar dengan kajian anda....so diapun suruh lah anda buat apa sahaja...itu style dia.....sbb diapun "tok fahe seabuk pong mu buat gapo dio". 


Jgn tak tahu.... ada SV hok mude2 yang buat qualitative.... tak tahupun amende chronbach alpha pun.....sebabnya SV pun macam anda juga bukan dapat title "Dr" jer terus tahu semua mende !! Kalau yang dah otai tu....maybe tak ler macam tu...

Jika anda betul2 pasti, tahu apa yang anda buat….berikan justifikasi anda….. dengan yakin dan mantap…. pasti SV anda akan membantu anda memantapkan lagi apa yang anda ketahui….sebab anda dah sediakan asas yang kukuh.



Akan den terkesimakan SV den dengan apo yang den tahu......


Anda kena baca Tajuk 132 (Anda lebih terror dari SV anda!!) dalam blog ini utk memahami apa yang saya maksudkan.

Sentiasa maklumkan progress anda. Jgn sampai SV terlupa yang anda wujud sebagai supervisee sebab dah berkurun lama anda menyepi…. lansung tidak memaklumkan apa2 perkembangan tesis anda.

Selepas berjumpa SV:

Hubungi SV anda secara consistent dengan email. Jangan hanya menghantar email selepas anda terdesak, inginkan tandatangan, nak deffer, nak kawin, nak bersalin.... ataupun hanya bila berhadapan masalah… itu perangai buruk !!

Minta jasa baik SV anda maklumkan jika beliau tiada dipejabat dalam tempuh yang lama…spt pergi luar negara atau menjalankan research outstation.

Keywordnya adalah…… keep in touch consistently with your SV !!

Paling ideal……aturkan pertemuan berkala dengan SV anda. Minta SV aturkan masa dan cadangkan waktu yang sesuai. Jgn anda pula yang ponteng dan member pelbagai alasan utk tidak hadir…..contohnya 2 minggu sekali.

Ingatkan SV anda sehari sebelum meeting anda dengan SV anda, manalah tahu SV anda anda agenda pejabat yang tak dapat dielakkan.

Pastikan anda membuat progress setiap kali perjumpaan….jgn beri alasan tak sempat buat itu dan ini. Ini hanya akan merendahkan pandangan SV terhadap kemampuan anda.

Terus terang jika ada perkara yang anda inginkan kepastian sebelum perjumpaan supaya anda dapat tunjukkan apa yang anda lakukan, bukan bertanya itu dan ini utk kepastian semasa perjumpaan….. mengabihkan current sahaja kalau macam tu..

SMS sekali sekala kpd SV anda bertanya kabar secara ringkas…. terutama sempena hari raya ker…Merdeka ker…. apa2lah….sebagai bukti ANDA MASIH WUJUD…. belum lagi pupus macam dinasour! Maklumkan juga secara ringkas perkembangan thesis anda.

Jangan bertanya sesuatu yang anda sebenarnya belum lagi mencuba utk menyelesaikannya. Tunjukkkan anda telahpun mencuba tetapi masih belum dapat mengatasi sepenuhnya.

Jgn tanya soalan basic yg anda patut explore sendiri seperti … Macamana saya nak cari journal ? Kat mananyer saya boleh jumpa journal ini? Kalau tak baca journal tak boleh ker Prof?

Ini hanya kan memalukan diri anda sendiri.

Ingat….SV bukan mentor anda….. ini bukan hubungan mentor-mentee…..macam pelajar undergraduate…. ini adalah hubungan professional…. so be professional !!

Jgn mengadu masalah peribadi….ntah2 SV anda lagi banyak masalah peribadi. Jgn ceritakan hutang anda dll….. atau hal anak2 anda.. kecuali ditanya oleh SV anda. SV bukan sdr mara anda !! Jgn minta simpati pulak…SV juga bukan kaunselor atau kawan anda….Jgn ceritakan stress anda sebab SV anda juga mungkin lebih stress… hik hik

Juga sayugia diingatkan…..

Jgn hantar thesis tanpa edit kepada SV anda…. pastikan tiada  spelling error…..Jadual tak ada tajuk… muka surat tak betul….. ini akan menyakitkan saja hati SV anda apabila membaca thesis anda....memang nak kena budak ni !!

Tolonglah bro….SV juga bukan editor anda…. wpun ada yang kesian dan baik hati membantu juga mengedit sedikit sebanyak di sana sini….tapi menjadi tjawab anda pastikan kesempurnaan aspek teknikal draf yang anda hantar kepda SV anda !!


OK bro... wa minta diri dulu.... tips kat atas tu basic jer....kalau ko tak boleh ikut juga.... baik ko buat kerja lain jer lah......jgn  buang masa dan duit...dan tenaga.....jadi Master Chef ker


Wa sendiri masih belajar jadi SV yang effective.....

OT

Tajuk 245 - TIPS KAMCING DGN SV - BHG 1

TIPS KAMCING DGN SV?

Anda baru mendaftar. Dalam surat penerimaan anda sebagai pelajar siswazah, tercatat nama penasihat cum SV anda….

Katakan hari ini anda akan bertemu dengan SV anda….. setelah membuka web fakulti and search…. emm.. ternyata SV anda kelihatan agak ensem tetapi agak serius….ditambah dengan rambutnya yang disikat rapi…kelihatan semakin menipis…tak seperti Einstein yang rambutnya dibiarkan mengerbang tak terurus…..

Tolonglah bro…. bagi tips sikit…camner nak kamcing dengan SV ni bro?

Tips….eemm…. susah bro…SV ni macam2  style ada…. macam ASTRO semua ada…..
SV ada pelbagai warna.... 

Ala…. bagi ler yang basic2 jer…. jangan sampai wa jumpa SV first time dah kantoi bro …

Ok….lah…. basic2 saja tau….

Sebelum jumpa SV:

Tahu nama penuh dan panggilannya. Macam…. Prof…. Dr…. Dato’…. atau Datin ker…. jgn main bedal jer macam En Dekan ker (jika SV anda dekan) atau main pukul rata semua anda panggil Prof…..

Tahu kepakaran SV anda….baca resume (jika ada) atau artikel terkini SV anda supaya anda tahu kecenderungan SV anda.
Jgn tanya soalan mcm…. Prof ni pakar bidang aper? Nampak sangat anda tak ada soft skill komunikasi lansung. Bonus jika anda tahu uni tempat SV anda dapat master dan PhD dulu…..

Apasal nak tahu semua tu bro?

Nak kasi kamcinglah….

U tanyalah…camner Prof belaja di obersi dan perbezaan zaman dulu dan sekarang….sebagai pembuka bicara. 


Silap hari bulan…. dia terus ajak u gi kantin…pekena roti canai sambil bercerita tentang kehebatannya…


Maybe ada baiknye juga jika tanya senior akan peel SV anda tersebut....mana tahu boleh membantu anda bersedia dengan karenah dan kehendak serta style supervision SV anda. Namun saya yakin, senior anda tak sama dengan anda. Jika mereka hadapi kesulitan dgn SV tersebut, tidak semestinya anda akan menghadapi perkara yang sama...

Alamak… semua tu kena tahu ker bro?

Banyak ko punya alamak…. mesti ler supaya ko tahu siapa yang ko nak bawak berbincang tentang tesis ko nanti…. dan SV ko mesti respek sikit kat ko sebab ko ada inisiatif dan ambil tahu bukan sahaj kajian ko tetapi tahu latarbelakang akademik dan kajian SV ko juga….

Ko pun boleh jek SV ko dengan kata2….. Tahniahlah Prof…. banyak paper yang Prof tulis tentang… dan tahniah juga Prof graduated dari Stanford….US…dasyat university tu…bukan calang2 org boleh blaja kat sana tu !! 

Semasa berjumpa:

Sebaik sahaja jumpa SV….. perkenalkan diri dan jangan sesekali menunjukkan anda takut…malu2 arnab….. konon2nya nak humble la…...

Prof….saya ni lemah sikit bab2 research ni…. tupun saya main2 apply jer tup2 dapat cuti belajar....kalau Prof tak tolong…. jawab terlingkup lah saya….tolong yer Prof…


Jika itulah ucapan anda..... separuh nyawa SV u dah melayang tengok U..... dan hilang respect dia pada anda !!

Juga jgn sesekali tergedik2 dpn SV anda walau apapun tujuan anda… apatah lagi dgn tujuan mendapat special attention… sebab hubungan anda adalah hubungan professional....


(Source: funnypicture24)

Soalan wajib dari SV yang anda kena prepare…. Apa kajian yang U nak buat?

Jawablah dengan menunjukkan anda academically competent dan telahpun mengetahui isu-isu asas yang berkaitan dengan kajian anda.

Jgn ler jawab macam budak2…..

Saya dah lama tak puas hati bidang pertanian tersisih sebagai kerjaya pelajar. Jadi saya memang nak kaji masalah guru2 sains pertanian yang tak kompeten ni....

Abis…… apakah isu terkini dalam kajian semasa berkaitan hal ini?

Emmm…..saya belum baca lagi Prof. dan saya pun tak pasti….

Apa pandangan Prof dengan kajian saya ni?

Banyak cantik ko tanya SV ko pulak !!

Jadi bro…. tunjukkan bahawa anda bersedia untuk memikul tanggungjawab secara berdikari dalam membuat kajian anda…. bermakna anda tidak hanya meminta pandangan tanpa anda terlebih dahulu membaca, memahami dan membuat homework. 


Ingat….. membuat kajian bukan untuk menyelesaikan masalah ketidakpuasan hati anda…ketahuilah apa yang berlaku dalam dunia penyelidikan yang berkait dengan kajian anda….

Jawab ler spt ….

Prof, saya dah baca terdapat 2 theory berkaitan kajian saya…..kalau saya masukkan satu lagi IV seperti.....bagaimana pandang Prof?

Bukannya:

Susahlah Prof, saya jumpa banyak teori tapi mana satu saya nak ambil pun saya tak tahu. Prof tahu tak? Boleh Prof bagi tau tak mana yang saya patut pilih?


Bersambung.....


OT

Friday, October 14, 2011

Big Bad Wolf dan Bengkel Doc Map dan SPSS di Puncak Alam...

Hari ini saya keluar rumah 6.15pm menuju ke Uitm Puncak Alam..... tempat yang saya lansung tak ada idea. Saya keluar awal takut jam.... Setelah memasuki jalan ke Batu Arang....lebuhraya Guthrie di Shah Alam.... saya menuju ke Puncak Alam. Mak datuk.... banyaknya kawasan perumahan mewah dengan nama canggih2 spt Bukit Kayangan....Kayangan Height, Puncak Bayu...Sunway Kayangan...Sunway Heights....perkhh!!


Akhirnya sampai juga saya ke Uitm utk mengendalikan bengkel. Tak sangka, besar juga kampus satelit Uitm ini... dibina dikawasan berbukit. Saya disambut Puan Rohana Mat Som, orang kuat bengkel kali ini.


Saya juga ingin selitkan beberapa pic semasa saya membeli buku di jualan buku terbesar Big Bad Wolf di MAEPS Mardi, Serdang. Jualan ini anjuran sebuah kedai buku yang saya pernah tulis dalam blog ini bertajuk "Kedai Buku Termurah di Malaysia". Kedai ini terletak di Amcorp Mall Petaling Jaya. Jualan giler ini habis 16hb Okt. Malam tadi my wife pergi lagi rupanya..... beli lagi 2 kotak buku.... Jika anda tak sempat ke sana, datang jer ke Armcorp Mall.... buku yang sama juga ada tetapi tidaklah massive macam di MAEPS.


BIG BAD WOLF
Buku kanak2 paling mendapat perhatian sebab sangat murah.... serendah RM3 wpun hard cover.... terbitan disney...


Pelbagai buku luar negara dijual


Novel tebal ini dengan harga puluhan RM hanya dijual pada RM 8....


Inilah buku yang saya dan wife beli..... 


Masing2 beli buku berkotak2.... sedang beratur dikaunter bayaran

BENGKEL DI UITM PUNCAK ALAM
Kampus Uitam Puncak Alam.... tersergam indah


Pemadangan hadapan 
Gambar kenangan.....hari kedua bengkel....Tq Rohana Mat Som
atas jemputan berkongsi ilmu...di Puncak Alam...


Disinilah fakulti inilah bengkel di adakan


Peserta bengkel.....


Tekun membuat tugasan....


Gabungan pelajar dan pensyarah....


Fokus..... sebab esok ada lagi bengkel.....

Sunday, October 9, 2011

TAJUK 244 - PROCEEDING PAPER - KETAHUI APA YANG ANDA RUJUK!

PROCEEDING PAPER – KETAHUI APA YANG ANDA RUJUK!

Konferens yang dianjurkan oleh pelbagai badan, organisasi serta IPTA berlansung secara berkala. Ada yang bertaraf international….termasuk yang bersifat dalaman sahaja. Konferens ini dijalankan bagi mengumpul kajian “semasa” yang dilakukan oleh penyelidik serata dunia serta membentangkannya bagi tujuan perbincangan dan bertukar2 fikiran.

Kajian ini biasanya dikumpulkan dan dicetak dalam bentuk buku mahupun dalam bentuk softcopy spt  CD. Bahan2 terkumpul ini dinamakan proceeding.

INGAT – Kebanyakkan konferens hanya membuat review kesesuaian paper hanya berdasarkan ABSTRACT yang dihantar kepada penganjur, bukannya FULL PAPER!!

Dengan itu, sukar utk mendapatkan kertas proceeding yang di review secara kritikal oleh pakar….menyebabkan terdapat argument2 dan laporan dalam artikel tersebut yang “boleh dipertikaikan” atau masih belum disemak kesahihannya….Tambahan proceeding paper hanya disemak oleh sekumpuan editor yang memeriksa semua kertas tersebut secara “lum sum”. Lazimnya perhatian hanya diberikan kepada format dan kesesuaian artikel berbanding review secara kritikal.


Know what you did !!
(source: funnypicture24)

Jika review dilakukan hanya untuk mengetahui kesesuaian artikel, maka kertas proceeding sebegini mempunyai tahap yang rendah untuk di rujuk dalam penulisan thesis, kerana kandungannya masih belum direview. Jika proses review dilakukan secara ketat oleh sekumpulan pakar, maka artikel proceeding boleh dirujuk dalam penulisan thesis. Jika tidak…. statusnya akan lebih rendah dan tidak membawa “weight” kepada citation anda untuk dirujuk berbanding dengan journal artikel yang melalui proses reviewed. 

Sangat dibimbangi jika anda merujuk kepada artikel proceeding yang tidak direviewed oleh pakar…..apatah lagi yang masih bersifat preliminary…..kerana artikel tersebut tidak mencapai tahap yang sepatutnya menjadi rujukan thesis anda.

Namun begitu, apa yang saya ingin tekankan adalah kepentingan kertas proceeding yang bersifat terkini (katakan 2011) sebagai rujukan bagi mendapatkan gap dan rujukan terkini serta pengetahuan tentang kajian semasa dalam bidang kajian anda.

Proceeding paper adalah satu kesempatan untuk mengetahui perkembangan mainstream dan mengetahui rujukan2 semasa di bahagian bibliography dalam bidang kajian anda tetapi bukan utk citation dalam thesis anda.

Tajuk 243: Bengkel UUM dan degree PhD diLembah Bujang


Bengkel di UUM pada 7 dan 8hb yang diusahakan oleh Satirah berjalan dengan lancar wpun ada sedikit kekekokan kerana system bilik yang sangat canggih. Lebih 40 peserta dari USM, UUM, Uitm, UMP dan IPDA telah hadir. Tempat penginapan di EDC juga sangat selesa. Terima kash kepada Ani Munirah dan Dr Halim yg sponsor bilik di EDC, UUM.

Hari pertama sangat mencabar kerana saya bangun 4.30 am utk ke LCCT dan terus mengendalikan bengkel jam 9.30 am sebaik sahaja sampai di UUM sehinggalah 6 pm. Terima kasih sangat2 kepada Satirah yang membawa saya, wife dan NINE ke sana sini, sehingga makan malam di Kuala Perlis.  

Hari kedua, saya dilayan pula oleh kawan lama Razak Mansor dan wife, Syidah dari Uitm Sg Petani. Kesemua mereka ini adalah contoh pelajar PhD yang gigih dan baik2 hati. Thanks khusus buat Satirah tanpa usaha beliau, bengkel 2 hari di UUM takkan jadi kenyataan. Saya sempat berkunjung ke Uitm Kedah dan Lembah Bujang dan melawat tapak akeologi…sesuatu yang saya tak sangka... nika tidak cuma lihat dalam National Geographic sahaja. 

Membengkelkan peserta dengan skill menulis thesis dengan kritis, serta skill menulis dengan cepat tetapi efisyen dan sistematik adalah satu penghormatan bagi saya. Ramai yang masih terikut2 cara penulisan thesis spt meringkas kajian lepas kerana tiada kemahiran dan latihan khusus utk menulis secara kritis dan memberikan justifikasi dalam penulisan. Aplikasi doc map, IPEC dan foresee, analisis + sintesis = kritikal, 1file1thesis, dirdio,wwur serta zerodraft telah berjaya membekalkan peserta kemahiran asas yang crucial dalam penulisan akademik. Moga anda berjaya…… menghasilakn thesis dengan cepat dan berkualti.

Bagi semua peserta….. .lets enjoy the pic….


Bilik serba canggih...


Lets start the work !!


NINE di hotel EDC, UUM


Wow... geng UiTM Shah Alam sanggup datang dengan ceria !!


Masa utk fokus...


Masa utk ceria...



Masa utk serius....


Masa untuk fokus, serius dan ceria...


Take five..... phew....


Happy faces....


Individual task.....


Foresee....foresee....


Write and write and write...


and write and write....


and finished..... 


Begambar dengan bekas 2 pelajar... now dah suami isteri.... dah berjaya dalam hidup !!
Ambil berkat ker.....

Awat le aku tak tahu teknik ni awai2....


Bersama pelajar master akeologi USM di tapak salah satu tapak akeologi Lembah Bujang, tak der ler tengok discovery channer jer...

Ni le runtuhan tapak binaan yang telah tertanam dalam tanah...
Kalau la ni macam KLCC kot...

Balak yang di pahat utk jadikan perahu...
kalau lulus buat perahu ni sama macam lepas SPM ler...


Melawat kesan sejarah termasuk GOK !!
Org Sg Petani tau ler apa tu GOK...




Singgah di Restoran Gulai Semilang.....


Melawat khazanah peninggalan Lembah Bujang di kaki Gunung Jerai


Ku ukir namamu di awan Gunung Jerai....


Kerja2 mengklasifikasi oleh Jabatan Akeologi USM


Sempat ronda2 di UiTM Kedah


Not bad.... kampus hijau....


Org dulu2 ukir batu granit yang pejal mejal dengan bare hand....
relex jer....
Student la ni tulis LR dengan komputer pun dah cukup tension....


Pameran yang agak lengkap.... tak sangka ler pulak sampai ke sini


Dulu lihat gambar2 ni masa belajar sejarah tingkatan 2....tupun dalam buku Sejarah hitam putih. Now ada depan mata.
Tembikar ni  alat canggih zaman dulu.. macam komputer zaman ni...


Maybe org zaman dulu siapkan ukiran batu grafik utk dpt degree dan master.
Yang Nine berdiri tu utk master... yang kecik2 sekitar tu utk degree...


Hah..... batu grafik yang besar dan dipahat dalam bentuk macam ni adalah utk dapat PhD....sebab bentuknya original
dan ada contribution utk simpan air... 
Ada 3 tu bijik tu mewakili 3 chapters ler.... sebab ukuran ni
baru proposal.... sebab ada banyak bahagian2 yang belum diukir lagi...sebab belum dapat approval SV lagi.....he he

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...