.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, September 21, 2011

BENGKEL LR DAN DOCUMENT MAP DSG V

Berikut adalah siri ke V bengkel yang agak unik. Bengkel kali ini dihadiri oleh 3 postgraduate obersi - 1 dari Australia dan 2 dari UK... emmm.


Terima kasih kerana bengkel ini telah menambah lagi pengetahuan saya..... melalui discussion jujur dari peserta. Saya akan tambah datu lagi function dalam Doc Map iaitu Cross-reference. Function ini bertujuan membetulkan Table / Figure numbering dalam teks apabila berlaku perubahan pada Table / Figure numbering pada caption.  Bagi yang dah ikut bengkel dan tahu buat caption.... mengapa tidak explore sendiri cross-reference ini....


Berikut adalah gambar yang telah dirakamkan......bagi kenangan yang hadir....setidak2nya bila dah graduate nanti... ada ada kenangan "inilah aku bertungkus lumus dalam bengkel Dr OT nak siapkan LR...."


Syarifah yang gigih membantu....
Bertuah kawan2 si Pah ni....

Cuba sesuatu yang baru.....synthesis matrix....

Jika anda boleh focus 9 am - 4 pm dgn write while u read.... sure progress LR tak ada batasan...

Abang2 ni "semangat" sungguh.... 

Tiada lagi kertas dan pen.... terus taip LR dalam doc. map.

Yang cik akak ni dah 2 kali masuk bengkel..... iskh..iskh....

Jgn tengok teks..... ambil idea dan taip jer....

Masa utk speed-up your writing


Enjoy dalam focus dan serius....

Sunday, September 18, 2011

Tajuk 232 - Hari Malaysia....Hembusan nafas terakhir

Ini catatan peribadiku.....ku rakamkan di alam cyber....moga catatan ini kekal walaupun aku  tiada lagi.... buat tatapan anak2 ku.... dan isteriku tercinta....


14 tahun yang lalu... setelah hampir 7 bulan bergelut dengan penyakit kanser....isteriku Rafidah Hj Maulud telah menghembuskan nafas terakhirnya.... pada tanggal 16 Sept 1997..... Hari Malaysia......meninggalkan 3 cahayamata - Alia, Efa dan Arif. 



Efa....Alia dan Arif....(1997) 
Umi menanti anak-anak umi di Jannah.....


Sebagai anak bongsu, Arif yang baru berusia tak sampai 3 tahun ketika ibunya pergi buat selama2nya.... hingga sekarang tidak dapat mengingati aruah ibunya. Kini Arif telahpun berusia 17 tahun.
Arif kini dengan adik bongsunya Nine.....
kasih sayang terus bersemi....
Efa, Arif (dokong Zuhayr) dan Alia....telah menginjak dewasa...


Malam kelmarin, 16 Sept 2011..... isteriku telah mengingatkan aku untuk mengadakan majlis tahlil keluarga secara ringkas untuk aruah. Terima kasih kepada isteriku yang selalu mengingatkan aku akan aruah...... 


Kadang kala aku mengelamun sendiri, tak sedar airmata menitis.... bukan sedih tetapi terharu.....dan merasa syukur dianugerahkan isteri yang sanggup menjaga anak2 aruah, malah sering mengingatkan aku akan kehadiran aruah  dalam hidupku suatu masa dulu. 


Adik beradik dan anak-anak buah aruah turut hadir.....

Sedang menikmati makan malam selepas tahlil

Suasana selepas tahlil.....

Menjamu selera..... suasana raya juga masih diraikan...

Inilah antara sifatmu wahai isteriku.....yang sangat aku kagumi.... yang menjadikan aku amat menyayangi dan menyintaimu.... Aruah pergi buat selama2nya...takkan kembali......tapi kau tetap menyayangi keluarga aruah dan anak2 buahku bersama aruah.....


Buat Alia, Efa dan Arif.... hulurkanlah doa buat umi.... sebagai doa anak solah / solehan.... kelak anak2mu juga akan mendoakan kamu....Walaupun membesar tanpa kasih ibu.... bersyukurlah.. masih ramai lagi orang yang menyayangimu..... 


Buat isteriku tersayang....tak terfikir betapa ada insan yang berjiwa besar spt mu.... yang memahami apa yang tertanam dalam jiwaku....Moga Allah mengeratkan ikatan hati2 kita dan anak2 kita.... menjadi keluarga besar yang saling sayang menyayangi..... hormat menghormati....


Kita semua akan mengadap Ilahi jua..... mengikuti jejak aruah... namun sementara itu.....Buat isteriku.... ingin ku rakamkan betapa kau bukan sahaja isteriku....kau adalah juga kekasihku, teman setiaku, tempat mengadu keluh kesahku....tempat bermanja.....


Penyejuk mataku.....


Buat anak2ku....ayah sentiasa menyayangi kamu dan semua adik2 kamu....Salis, Uzma, Husna, Zahin....Nine dan Zuhayr serta aruah Muhammad yang bersemadi nun jauh di Adelaide, Australia....dan seluruh keluarga ini sehinggalah nafas ayah terhenti akhirnya....Doakan juga ayah.... kerana ayah bukan insan sempurna....ayah telah cuba memberikan segala2nya....


Pusara Muhammad (03.10.03)
aku kunjungi Julai 2011 bersama Nine
di Islamic Centre, Al-Khalil Mosque,
Torrens Rd, Adelaide, Australia


Hanya ucapan syukur dan terima kasih kepada isteri tersayang dan anak2ku........kerana menjadikan hidup ini semakin bermakna...


OT

Thursday, September 15, 2011

TAJUK 231- SEM - Pengenalan Idea Asas

SEM memang memeningkan. Semakin banyak saya cuba faham, semakin banyak istilah baru yang saya jumpa. Statistik ini dikembangkan oleh ramai statistician, maka masing2 menggunakan istilah yang berbeza merujuk kepada benda yang sama. Diorang tak perlah… memang kepala statistik…..

Saya pun kumpulkan istilah tersebut supaya anda tidak fening…. Kalau anda fening juga…. saya tidak boleh tolong lah….

Istilah2 yang seerti dalam SEM.

a. Memberi kesan kepada variable yg. lain dlm model = IV - predictor - exogenous (simbol ksi, ᴪ)

b. Menerima kesan daripada variables lain dlm model = DV- criterion - endogenous (simbol eta,η)

c. Variable tak diukur / tak ada data dianalisis dalam model = Unobserved - Latent variable - factor - construct

d. Variable diukur / ada data dalam model = Observed variable - measured variable - manifest variable – indicator - reference variables (ada 5 istilah yang boleh digunakan dalam konteks yang sama..... mana tak fening.....)

Idea asas SEM

SEM adalah analisis statistik multivariate mengukur hubungan linear antara measured variables yang diukur dengan unobserved variable (atau construct atau latent variable atau predictor). Ingat,  konvensional statistik spt multiple regression hanya mengukur observed variables sahaja. 

SEM mempunyai tujuan yang hampir sama dengan MLR tetapi lebih POWER kerana mengambilkira interactions, measurement errors, multiple latent variables (unobserved or construct variables) dan multiple observed variables (atau indicators). Jadi SEM lebih POWER dari FA, path analysis, ANCOVA.

SEM mengambilkira variation dan covariance antara observed / measured variables serta menetapkan measurement errors bagi setiap pengukuran (analisis statistik tradisional seperti regression menganggap pengukuran dilakukan tanpa error). Wbp SEM menganggap latent variable pula dianggap bebas error kerana tiada pengukuran dijalankan ke atas latent variables tersebut....

Model 1

Model ini menunjukkan contoh latent variable (dalam oval) dan measured variable (dalam kotak 4segi) serta measurement error.
Contohnya: Kepuasan Bekerja (latent) sebagai construct dapat ditentukan dari pengukuran  3 soalselidik iaitu Gaji, Pangkat dan Beban kerja... 


Model 2:
Model ini menunjukkan hubungan antara observed variable Pencapaian dengan 3 observed variables yang mempengaruhinya iaitu SQ, IQ dan EQ. Kajian dilakukan bagi mengetahui adakah hubungan ini dapat dijadikan satu model yang sepadan (fitness of the model) berdasarkan data yang dikumpul dari ketiga2 observed variables.

Regression weight spt dalam Model 2 adalah nilai pekali regression (dalam output AMOS, berada dalam jadual ESTIMATES) yang dihasilkan bersama critical ratio (CR). Nilai CR diluar +1.96 dan -1.96 dianggap signifikan, iaitu bermakna variable SQ, IQ dan SQ adalah variable peramal atau indicator kepada Pencapaian.

SEM menguji kesepadanan model dengan data yang dianalisis atau fitness of the model. Fit atau tak fit nya sesuatu model yang dibina berdasarkan teori dan LR dibuktikan oleh SEM dengan pelbagai ujian fitness. Maksudnya... sepadan tak model tu dengan data2 yang dikumpul. 


Jika sepadan... maka model tersebut adalah confirmed dapat menunjukkan perkaitan antara variables.... dan anda boleh dakwa..... INILAH MODEL YANG AKU DAPAT..... dan sampailah makam anda ke tahap PhD apatah lagi master....


Terdapat julat nilai yang perlu dipatuhi bagi membuktikan fitness of the model. Nilai2 ini perlu difahami dengan berguru…. Saya sekadar memberikan idea ringkas sebagai pendedahan awal...sebab saya pun fening juga ... hehe...


Ujian2 ini juga dinamakan indexes atau indices of fitness. Terdapat banyak indexes2 ini tetapi yang kemukakan yang asas2 jer….tupun saya dah mula fening….


1. chi-square Goodness-of-fit
Jika nilai yang diperolehi tak signifikan (katakan pada p<0.05), maka model yang dicadangkan sepadan (atau fit) dengan data kajian yang dianalisis oleh researcher.

2. Compararive Fit Index (CFI)
Discrepancy function adjusted for sample size, CFI range: 0 to 1 (larger better model fit)
Acceptable model fit > 0.90, iaitu model kajian sepadan dengan data yang dianalisis.

3. Nonnormed Fit Index (NNFI)
Nilai antara .90 dan .95 sesuai. Nilai >.95 model kajian sepadan dengan data yang dianalisis.

4. Root Mean Squared Error of Approximation (RMSEA)
Related to residual in the model. RMSEA values range:0 to 1. Acceptable model fit <0.06. Ini bermakna jika nilai RMSEA <0.06, model kajian sepadan dengan data yang dianalisis.


NOTE: Bahan ini akan sentiasa diupdate dan dibetulkan  jika saya dapati ada kekurangan dalam penjelasan saya…sebab SEM ni analisis yang komprehensif dan memerlukan penelitian dari banyak aspek….


Tak mampu bawa keta besar..... bawa keta kecik dulu....
 Tak mampu faham SEM secara detail.... faham konsep asasnya dulu...


Saya cuma ingin perkenalkan beberapa terms utama bagi memahami asas SEM. At least anda dapat satu bacaan alternatif selain dari buku yang anda baca (spt buku Chua.... hehe)

OT

Tuesday, September 13, 2011

TAJUK 230 - MODERATOR dan MEDIATOR IN DIAGRAM

Saya masih cuba menjelaskan  dua istilah ini - moderator dan mediator... tapi kali ini saya cuba lakarkan rajah.



Jika anda mempunyai Model 1 dan Model 2:


Model 1:
Drunk (IV) causes Accident (DV)
Drunk causes Speed
Speed causes Accident (after controlling Drunk - iaitu tinggal kesan Speed sahaja tanpa Drunk)

Impak Drunk terhadap Accident berkurang after controlling Speed  (Sebab Speed ada kesan yang signifikan terhadap Accident)

Dengan syarat di atas:
Maka Speed adalah  mediator variable sementara Drunk adalah IV dan Accident adalah DV

Model 2:
Drunk (IV) menyebabkan Accident (DV)
Speed (IV) menyebabkan Accident (DV)

Selain kesan individu Drunk dan Speed, terdapat juga kesan interaksi Drunk*Speed juga menyebabkan Accident (DV) - spt konsep interaction effect dalam ANOVA

Dengan syarat di atas:
Maka Drunk*Speed adalah moderator variable sementara Drunk dan Speed adalah masing2 IV dan Accident adalah DV

OT

Monday, September 12, 2011

TAJUK 219: PECIPTA 2011 : Suasana pameran

Tepat jam 10..... pelawat dibenarkan masuk... dan bermulalah pameran serta pertandingan. Setiap produk diadili oleh 3 judges.....


Sambil tu ronda2 lihat research di booth IPTA...


Nikmatilah scenario ini.. Bagi yang berkelapangan datang lah ke KLCC meningkatan motivasi melihat kajian2 terkini IPTA....


Research bekas peserta bengkel LR... Pic adalah teori yang beliau gunakan dalam research beliau.  kini dah bergelar Dr 

Salah satu pameran...

Pelajar master USIM yang nak joint Doctorate Support Group facebook....

Mendaftar nama sbg pelawat di salah satu booth

Tak lupa booth sendiri .... bersama petugas RMC UPM

Saya melawat semua research berkaitan courseware in education......

Bersama rakan di UKM dulu....

Bahagian pameran produk peringkat Junior / Sekolah

TAJUK 218: PECIPTA 2011 - Lihat Booth USIM, USM, UPSI, UTEM....

Jam tepat 7.30am. Saya dah terpacak di KLCC, datang awal sebab takut jam. Saya ni fobia jam.... sebab malas nak buang masa dalam keta.


Saya pun berjalan masuk ke KLCC.... sorang2 jer....


Buka pintu... terlihat booth2 IPTA yang ambil bahagian dalam PECIPTA 2011. Emmm.... menarik juga...tambahan dah banyak IPTA terlibat.


Suasana sunyi.... hanya ada beberapa pekerja dan staff IPTA yang dah datang lebih awal. Saya ambil peluang merakamkan booth2.... 


UNIMAP - kecil tapi hebat..


Perhatikan nama penyelidik..... tak ada gelaran....
Dalam dunia akademia... Dr, Prof dll TIDAK AKAN
DITULIS pada artikel mahupun hasil penyelidikan.

Tahu kenapa?


Ramai yang tak perasan Uni Sultan Zainal Abidin .....
UnisZa.... comel nama ni...


UTeM .... 


Walaupun jauh tetap turut serta bah....


He he....... ada bodyguard.... inilah booth saya and geng.....
Uni Malaysia Terengganu.... kelah mu ado bot pulok..


Konsep flora USM..... sejuk mata memandang....


Decorative dan menarik....


Tetap gah....


Emmmm.... nak tengok per dia orang buat 


USIM....


Univertiti Malaysia Kelantan... paling sempoi....
open air concept.... tabik kat mu....


Tuan rumah....Booth yang sempit kerana
rekabentuk yang terlalu compact !


UMP.... umpp.....


Petugas KLCC....Sila ikut tapak kaki....


Low profile..... cuma lot gerai tanpa booth...


UPSI...


UIA..... masuk jer booth ni terus nampak kajian menggunakan
analisis SEM.... emmm

TAJUK 217: SEM: Moderator, Mediator, Interaction, IV dan DV..

Salam


Masih lagi dengan variable..... kerana makin tinggi dan kompleks analisis yang ingin dijalankan, makin detail variable yang perlu diketahui. Dalam SEM, terdapat beberapa lagi istilah yang berkaitan dengan variable, selain dari IV, DV, exogenous dll spt dlm entry Tajuk 216.


Perhatikan contoh mudah berikut:
Secara umumnya di Barat, accident (DV) sering berlaku disebabkan oleh drunk dan speeding (IV). 


Namum dalam SEM, kedudukan IV ini boleh dilihat sebagai kesan mediation atau moderation, bergantung kepada model yang kita cadangkan.


Saya akan jelaskan....


Accident selalunya berlaku kerana speeding dan / atau drunk atau interaksi antara speeding + drunk. 


Statement 1:
Accident (DV) berlaku sebab utama oleh speeding (IV). Namun, drunk juga secara tidak lansung menyumbang kepada pemandu membawa laju dan terlibat dengan accident. Maka drunk adalah mediator variable. (Mediator = berada antara DV dan IV)


Statement 2:
Accident (DV) berlaku kerana speeding (IV) dan juga kerana drunk (IV). Namun, accident juga berlaku adanya kesan interaksi antara speeding + drunk. Jadi speeding + drunk adalah moderator variable (juga ditulis sebagai speeding*drunk).


Dalam kes ini, accident (DV) disebabkan oleh drunk IV), speeding (IV), drunk*speeding (moderator variable)




Moga dapat menambah pemahaman...


OT

Sunday, September 11, 2011

Tajuk 216: Berkenalan dengan variable dalam SEM

Salam,


SEM atau structural equation model mula mendapat tempat dalam kalangan pelajar master dan PhD. Saya terfikir... kenapa dinamakan structural? Kalau equation dan model tu saya fahamlah.


Tanpa asas statistik..... saya fening juga untuk memahami SEM, sebab tak pernahpun apply dalam research sebelum ini. Namun saya cuba selongkar mengapa SEM ini menjadi penting sejak dua menjak ini.


Saya ingin share maklumat ini dengan pelajar2 yang tiada asas statistik.... cuba mempermudahkannya....


Tak dapat lari..... SEM perlu difahami dengan istilah2 baru. Saya mulakan dengan contoh mudah. 


Katakan saya ingin mengkaji IQ, EQ (contoh favorite saya) dan motivasi intrinsik (MI) pelajar. Anda menjangkan dari LR, MI sebagai DV akan dipengaruhi oleh IQ dan EQ sebagai IV. Namun tiada alat yang dapat mengukur terus MI, IQ dan EQ. Yang ada hanyalah soalselidik yang mengukur konstruk2 yang menjadi indicator kepada MI, IQ dan EQ. 


Saya ringkaskan dalam Rajah 1, 2 dan 3.






Secara mudah saya wakilkan dengan persamaan regressi:


1. Model struktural (Rajah 2):


MI = b1(IQ) + b2(EQ) + a 




MI, IQ dan EQ = variable latent, sebab saya tidak ukur secara direct, saya tidak perhatikanpun (unobservable) sebab tak boleh ukur.... maka saya tiada data tentang MI, IQ dan EQ... saya tidak ukurpun dari responden saya.... mana nak ada data! 


Ketiga2 variable ini dinamakan latent variable atau unobservable variable sebab saya tidak ada instrument untuk ukur secara direct... tiada datapun yang diambil...


Walaubagaimanapun MI, IQ dan EQ boleh diwakili oleh pengukuran beberapa konstruk yang dapat diukur secara direct. Katalah:


2. Model pengukuran (latent variable- Rajah 1):


MI = diwakili oleh konstruk MI_1, MI_2 dan MI_3 
MI = b1(MI_1) + b2(MI_2) + b3(MI_3) + a


IQ = diwakili oleh konstruk IQ_1, IQ_2 dan IQ_3 
IQ = b1(IQ_1) + b2(IQ_2) + b3(IQ_3) + a


EQ = diwakili oleh konstruk EQ_1, EQ_2 dan EQ_3 
EQ = b1(EQ_1) + b2(EQ_2) + b3(EQ_3) + a


Jika dikahwinkan Rajah 1 dan 2 = Rajah 3

Rajah 3 dinamakan SEM, sebab ianya berstruktur antara latent dan observed variables yang dipermudahkan dalam satu Structural Equation Model.


Sekarang saya nak perluaskan lagi istilah.....


Motivasi intrinsik (MI) = adalah endogenous variable atau DV dalam SEM di atas yang bersifat latent  atau unobserved (tidak diukur dan tiada item direct mengukurnya dari responden.... so tak der data). DV ini dipengaruhi oleh IV iaitu IQ dan EQ. Variable ini ditulis dalam simbol bulatan


IQ dan EQ = adalah exogenous variable atau IV dalam SEM yang bersifat latent  ( juga tidak diukur dan tiada item direct mengukurnya dari responden.... so tak der data). IV (IQ dan EQ) inilah yang anda jangka mempengaruhi DV (Motivasi intrinsik). Varible latent ini ditulis dalam simbol bulatan.


MI_1, MI_2 dan MI_3  adalah observed variable yang juga adalah indicator kepada MI (DV) yang latent. MI_1, MI_2 dan MI_3 diukur secara direct dari soalselidik yang diedarkan kepada respon. Jadi saya ada data kesemua observed variable ini. 


Cara yang saya juga anda lakukan kepada IQ_1, IQ_2 dan IQ_3 serta EQ_1, EQ_2 dan EQ_3 yang juga observed variable kepada masing2 IQ dan EQ...yang diukur secara direct dari soalselidik yang diedarkan kepada respon. Jadi saya ada data kesemua observed variable ini. Semua observed variable di panggil manifest yang ditulis dalam simbol kotak empat segi



Dengan pengenalan kepada istilah endogenous, exogenous, indicator, observed, unobserved, latent....dapat membantu anda memulakan langkah mengenali SEM.


Dinamakan berstruktur kerana dalam contoh di atas, terdapat dua model digabungkan dalam satu model persamaan structure yang menunjukkan perhubungan (i) antara kesemua latent variable....dengan (ii) menunjukkan juga hubungan antara latent variables dengan indicator2 mereka.


Saya cuma nak biasakan diri dengan istilah2 endogenous, exogenous, indicator, observed, unobserved, latent, DV, IV, manifest dalam SEM yang sedikit berbeza dengan yang telah diketahui sebelum memahami operasinya dengan lebih lanjut. Jika inipun pancit..... susah kemudian.


OT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...