.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, June 18, 2014

Tajuk 612: Calon PhD/Master – Anda sendiri pilih SEMUANYA kecuali SATU !!

Aku di KFC dekat Temiang Seremban, ada 1.5 jam sebelum observation student aku di SMK Tuanku Najihah. Aku coretkan lagi....khusus bagi mereka yang belum berkesempatan utk hadir bengkel2 aku.... yang dah hadir maybe dah faham tapi boleh baca dan share !

Sejak awal anda ingin bergelar PhD candidate….anda telah buat pilihan dan ketentuan berikut.... tanpa paksaan:

1. Anda yang pilih utk sambung belajar
2. Anda yang pilih bidang pengajian anda
3. Anda tentukan universiti utk anda teruskan pengajian
4. Anda juga tentukan topic / bidang kajian anda sendiri
5. Anda jugalah yang mencari SV ikut bidang anda
6. Anda turut menentukan coursework yang sesuai dgn anda
7. Dll yang anda boleh tambah…..kecuali SATU !

AMENDE?

Jangan pilih atau tentukan tajuk kajian (working title) anda dahulu…. !

Tapi masa apply tu dah kena buat proposal ringkas.

Itu hanya gimmick….. maybe lebih utk menempatkan anda di fakulti yang sesuai…. Namun tajuk kajian sebenar perlulah dipilih dgn teliti….

Hayati dialog lazim berikut:

A: Sesuai tak tajuk kajian saya berkaitan “mobile learning dalam sistem pendidikan di Malaysia?” 

B: Kenapa nak buat tajuk ni?

A: Mobile learning ni masih baru di Malaysia?

B: Apa yang u nak kaji?

A: Tak tahu lagi mungkin kesediaan guru … infrastruktur, tahap pengetahuan atau tahap aplikasi mobile learning … faktor-faktor menghalang perlaksanaan mobile learning…

B: Ini termasuk tak e-learning, web-based learning, internet learning, blended learning, ICT, digital lerning… computer-based learning, 
computer-aided learning…. social net- working…. dan distance learning?

A: ................... terdiam !

Cari tajuk perlukan byk langkah, sebab implikasinya besar…. ini adalah antara senario yang perlu anda lalui:

1. Mulai dgn mengumpul primary literature khususnya journal utk mengetahui isu dalam topic / bidang kajian ….. perbezaan dan pertindihan terminologies yang digunakan (spt e-learning vs mobile learning) siapa yang menjadi leading authors dan apa teori-teori yang digunakan sebab tajuk anda mesti disokong oleh teori yang mantap… dan literature yang mencukupi…

2. Pencarian tajuk (working title) mestilah “specific enough” utk anda menguasai knowledge berkaitan tajuk yang dipilih secara mendalam…. barulah dikatakan “master” atau sampai ke tahap “philosophy”…

3. Sambil membaca sambil anda memulakan penulisan proposal dan membuat citation sebab penulisan anda adalah “your thinking in form of printed material” yang anda boleh semak atau baca semula dan boleh dapatkan connection apa yang dah baca. Tanpa penulisan… anda akan sentiasa “blurred” apa yang anda dah baca.

4. Pilihlah tajuk yang anda berminat dan dan bakal menghasilkan dapatan yang juga menarik minat scholar dalam bidang tersebut. 

5. Setelah anda lakukan langkah 1-4…. tanya SV anda tentang “unavoidable problems / obstacles ” jika tajuk tersebut menjadi pilihan… seperti masalah mendapatkan sample, membina instrumen, mengumpul data dll….yang mungkin luar pengetahuan dan pengalaman anda… maklumlah SV mempunyai pengalaman lebih luas….dan anda patut dimaklumkan apa2 yang bakal anda hadapi…. sebagai precaution…. kerana anda ada contraint budget, masa dan tenaga.

Andai SV asyik kata “OK”…. atau “u fikirlah sendiri” atau “u baca lah lagi” baik anda dapatkan pandangan orang ketiga…. takut2 SV andapun sama-sama tak sure.... 

Beberapa perkara tentang memilih tajuk (working title). 

1. Jangan pilih tajuk (working title) dgn isu yang kompleks dan terbuka spt…. “aplikasi mobile learning dalam sistem pendidikan negara” … fuhh…. Ini tajuk KPM pun ambil masa 10 tahun nak buat pilot !

2. Fokus kepada specific problem spt working title “Students’ achievement in concept X using mobile application” - mobile application lebih khusus dari mobile learning !!

3.Tajuk (working title) yang specific akan mudah diterjemahkan dalam bentuk research question (dan hipotesis) dan mempunyai variables yang jelas spt “Bolehkah mobile application meningkatkan pencapaian pelajar dalam konsep XXX ?” yang juga boleh ditulis dalam bentuk hipotesis….. 

Jika kajian quantitatif pula research question spt “Sejauh manakah / Bagaimanakah mobile application meningkatkan pencapaian pelajar dalam konsep XXX?”

4. Jika diperingkat PhD yang lebih rigorous, perlulah persoalan kajian tersebut dijawab dgn pembinaan instrumen baru yang diuji validity dan reliability atau bagi pendekatan kualitatif dijalankan kajian kes yang mendalam, atau mixed-method.

5. Tajuk yang specifik akan mengurangkan “kefeningan” anda apabila mendapatkan reka bentuk kajian, intrumen dan analisis data yang “appropriate”dan “suitable”. 

Jadi menjadi tanggungjawab anda memastikan dulu anda mendpat working title yang specific…. Yang dalam masa yang sama memadai utk mengisi gap dan menyumbang kepada knowledge…. 

Kalau anda bukan bidang education... pandai2lah buat inference sendiri !

OT

Monday, June 16, 2014

Tajuk 611: Student research VS Lecturer research

Ada dua klasifikasi asas dalam research – basic dan applied research. Kedua2nya penting sebab tanpa yang basic tak ada yang applied…. Tanpa yang applied tak berguna yang basic.

Basic research lebih bertujuan “to generate / enhance a body of knowledge” dgn memahami sesuatu teori atau prinsip. Sebab itu conceptual framework / theoretical framework seakan satu kewajipan dalam thesis. Basics research yang baik mesti berasaskan kepada critically review of previous studies in the area and try to improve what has already been studied !

Student mesti memastikan 3 perkara ini sebelum memulakan kajian:
• Having a broad “basic” knowledge of the topic
• Choosing an area of investigation 
• Proposing a significant contribution to the field

Applied research lebih bertujuan utk selesaikan masalah “sebenar” spt mengatasi pencemaran, mengawal penyakit, menghasilkan enjin yang efisyen…. pada skala sebenar…. dan selalunya dikendalikan oleh scientist atau pakar termasuk lecturers yang telah menguasai bidang yang dikaji …. dgn peruntukkan / geran yang sampai mencecah jutaan RM.

Kerajaan atau organisasi spt Petronas, MARA, bank juga keluarkan biaya / pinjaman utk pelajar master / PhD atas kesedaran utk lahirkan generasi baru bakal2 scientist dan pakar yang akhirnya nanti bukan sahaja boleh membuat basic research tetapi lebih didambakan utk membuat applied research utk pembangunan negara dalam pelbagai bidang.

Jadi…. fahami perbezaan antara keduanya…kerana pelajar mempunyai beberapa constraints – masa, finance dan man power. Dgn masa yang terbatas, sumber kewangan yang terhad serta tanpa bantuan man power… SV perlu membimbing pelajar supaya tahap dan skop kajian pelajar appropriate dgn tahap master atau PhD dan bukan terlebih2.... meminta mereka mengkaji sesuatu yang "baru" yg mereka tiada pengetahuan mengenainya ... atau yang melibatkan kos yang terlalu tinggi.... atau masa yang lama utk data collection.....dan seumpamanya...

Dalam satu kisah benar..... seorang pelajar PhD bertanyakan kajiannya yang "baru" .... lantas aku meminta kata kunci kajian tersebut. Sebaik sahaja aku search dalam Mendeley.... hanya SATU sahaja artikel yang muncul.... !! SV patut nasihatkan supaya ini tidak berlaku kpd pelajar yang masih "cempedak diluar pagar"... dann pelajar juga perlu sedar hal ini...

OT

Sunday, June 15, 2014

Tajuk 610: Bila supervisee pulak yang spoon feed SV !

Tidak mungkin bro.... ! 

Apapun bacalah post ini dgn hati terbuka.... 

Pelajar PhD / Master adalah pelajar matured... sekurang2 dari segi umur dan pengalaman hidup. Walau bagaimanapun, mereka mungkin tidak matured bila berhadapan dgn satu situasi baru....yang kompleks lagi abstrak yg bersifat heuristik. 

Ini terjadi kepada semua orang..... dan semua orang melaluinya.... termasuk SV yang dulupun adalah calon master/PhD.... bukan lepas 1st degree terus dpt PhD..... then dgn kerja keras dan bantuan paper2 dr supervisee sedikit sebyk tambah merit utk promotion....

Post ini menyentuh tajuk di atas....apabila kedengaran bahawa calon master/PhD jgn terlalu dimanja... elakkan "spoon feeding".... mesti boleh berdikari...befikir sendiri....

Ini dunia scholar.... jadi aku nak kupas secara santai....tajuk di atas.... utk bacaan bakal-bakal SV .... 

Apa sebenarnya maksud spoon feeding?

1. Bagi makan dgn sudulah.... macam baby....
2. Beri segala informasi yang telah sedia sehingga penerima tidak perlu mencari dan berfikir apa2 lagi.... sebab semua dah tersedia...

Jadi satu di ataspun tidak menepati dunia supervision. Calon master/PhD pada asasnya telah bersedia utk berdikari tetapi memerlukan bimbingan SV... merekapun tak mahu di spoon feed kan macam baby.

Soalan 1 - Ada ke SV sediakn jurnal utk pelajar baca.... tuliskan artikel utk pelajar...sedang pelajar tak buat apa2 ? 

Soalan 2 - Ada tak pelajar carikan artikel utk SV.... tulis artikel letak nama SV..... sedang SV tak sumbang apa2 yang signifikan?

Sila jawab dua soalan di atas dahulu....

Soalan 1... tu aku percaya tak pernah berlaku..... 

Soalan 2....ini aku percaya berlaku.... jika terjadi maka... pelajar yang spoon feed SV bukan sebaliknya.... abih camno?

Emmm.....



Tulisan ini bukan nak menuding jari.... tapi utk membuka ruang sama2 berfikir... kerana aku juga pernah menjadi pelajar... dalam dan luar negara....sementelahan banyak maklumat first hand yang aku terima.... sehingga tercoretnya post ini....

Apa pulak opposite kepada spoon feed? 

NEGLECT !

Apa yang dibimbangi SV kononnya tidak mahu "spoon feed" lalu tanpa disedari mengambil sikap "neglect" supervisee.... sehingga masuklah dalam PM aku kata2 sebegini....antaranya

"U buat sendiri sebab ini kajian U..."
"U bacalah lagi.... sampai faham.... kalau tak faham camner buat PhD"
"Kalau saya tunjuk.... macam saya yang buat PhD"
"Tulis jer... tunggulah komen masa defend proposal"
"Memanglah susah.... PhD bukan senang...."

Kedua2 spoon feed dan neglect ini perlu dihindari. Sebab itulah expectation kedua pihak perlu difahami terlebih dahulu.

SV harapkan pelajar yang boleh berdikari.... manakala supervisee mengharapkan SV yang supportive. 

Oleh itu.... SV perlu mendahului membimbing pelajar menjadi seorang yang boleh berdikari.... spt kata2 seorang Prof....

"My role is to guide you through the minefield that is the modern research process. You will learn how to identify gaps in knowledge, critically review literature, pose useful research questions, devise testable hypotheses, crawl through the morass that is research governance, acquire the necessary ethical approvals, collect and analyse data and so on..."

"At the beginning of this journey I will provide leadership and instruction. But a PhD is an evolving process towards independence as a researcher, so by the end you will be in control of supervisions and you will be telling me what you need from me. I am very happy to see this happen...."

OT

Saturday, June 14, 2014

Tajuk 609: Heuristic Vs Algorithmic: Mengapa calon master / PhD mudah confused !

Sering terjadi SV akan meminta pelajar berfikir sendiri atau terus membaca apabila diajukan kemusyhkilan atau soalan berkaitan kajian. Ada 2 kemungkinan:

1. SV tak tahu apa yang ditanya pelajar
2. SV sengaja nak uji pelajar…. 

Walau apapun kemungkinannya… pelajar terus strucked dan confused… sebab tak tahu apa lagi yang nak dibaca atau nak difikirkan. Cayalah tak cakap den ?

Kenapa ini berlaku….?

Ini kerana research bersifat heuristic iaitu tidak ada satu method tertentu yang khusus utk melakukannya…. dan sesuatu yang heuristic memerlukan lebih dari sekadar membaca dan berfikir sama ada dalam kotak apatah lagi diluar kotak.

Research dikatakan heuristic kerana ia adalah ill-structured or ill-defined problem. Maknanya…. setiap research terbuka utk dijalankan dgn berbagai pendekatan…. malah jika satu tajuk yang sama pun boleh dijalankan dengan beberapa method…. Asalkan menepati objektif kajian.

Oleh itu.. hanya mereka yang berpengalaman dan pakar berkeupaya berfikir secara heuristic. Oleh sebab itulah….. bila ada isu2 berkaitan sesuatu perkara… hanya pakar sahaja yang diminta berikan pendapat… bukan novis…. 
Calon master /PhD adalah novis. Mereka lebih banyak berfikir dan bertindak secara algorithmic…. iaitu ikut prosidur satu persatu. Bagi mereka, kajian akan menjadi mudah jika ianya bersifat well-defined atau well-structured research. Sebab itulah jika apa yang dibaca dan difikirkan oleh pelajar ini disergah oleh SV…. maka panic lah mereka serta bertambah2 confused lagilah fikiran mereka.

Mereka bukan tidak membaca…. Malah ada yang dah membaca ratusan artikel ….. dan maybe dah berfikir keluar dari semua kotak yang ada…. tapi masih ada kemusykilan yg “tak tercapai aqalku”…. Bukan itu sahaja…. Nak tukar ayat dalam questionnaire pun mereka takut… menggigil seluruh jasad sebab tidak ada pengalaman….. sedang SV tak komenpun apa2....

Disinilah INTISARI SUPERVISION YANG DIPERLUKAN OLEH PELAJAR….. DALAM HAL-HAL HEURISTIC…. bukan setakat suruh baca dan berfikir….tapi yg penting membimbing pelajar dgn berkongsi pengalaman sedikit demi sedikit sehingga mereka mendapat panduan yang jelas.

Jgn biarkan mereka berfikir dan terus membaca ….dan membaca.. tapi bagilah senario yang jelas yang mereka mungkin tidak pernah lalui lagi.. sebab itu mereka mudah confused n panic....

Jgn bimbang…. sampai masanya… pelajar ini akan menguasai heuristik kajian dan bakal menjadi pakar juga…. sebab SV dulupun begitu… bukan tiba2 jadi pakar !!

Arahan seperti “U buatkah intervention…. dan kawal lah extranoues variables….. kenalah tahu caranya dan berfikir….. sebab u yang buat PhD” tidak banyak membantu pelajar… sebab merekapun tahu membaca dan berfikir…. tapi lebih secara algorithmic dari heuristic ! Minta pelajar jelaskan satu persatu dan bimbinglah mana2 kemungkinan yang pelajar akan hadapi masalah…..

Jadi supervision bukan sekadar mengarah pelajar yang novis dan masih dalam dunia algorithmic khususnya berkaitan research utk terus membaca….. berfikir…. tanpa feedback yang jelas utk mereka menambah pengetahuan dan pengalaman.

OT

Friday, June 13, 2014

Tajuk 608: Literature Search - Sensitive, Specific dan Systematic

Apa yang aku tulis ni bukan benda baru…. tapi aku nak abadikan sebagai catatan dalam blog aku… .. lagipun 5 langkah ini sering diabaikan dipermulaan perjalanan sebagai calon master / PhD.

Aku cadangkan satu perkara yang ko mungkin tak setuju…. bila ko mula menulis… menulis dgn banyak tanpa perlu terlalu banyak berfikir…. tapi dgn satu syarat…. ko dah ada semua bahan yang ko nak tulis… 

Camner tu bro?

Syaratnya sebelum ko nak mulakan kajian dan menulis proposal / thesis ko kena lakukan 5 langkah berikut iaitu mencari bahan rujukan secara sensitive, specific yang dilakukan secara systematic.

Langkah 1: Define the main keywords of the topic / area of investigation – sensitive and specific !
Ko kenalah senaraikan perkataan utama bagi konsep / keyword topic kajian ko supaya pencarian ko sensitive dan specific. Sensitive tu maknanya tak ada yang tidak diproses dalam pencarian dan specific adalah hasil pencarian tersebut semuanya releven dgn scope topik kajian ko. 

Katakan ko nak buat kajian e-learning…. Ko kena juga masukkan dalam pencarian konsep yang setara spt mobile-learning, web-based learning, internet learning, computer-based learning, online learning dll…… tanpa semua ini…. pencarian ko dikatakan tidak sensitive. Namun jangan pula ko masukkan juga perkataan spt multimedia atau animation sebab pencarian dah tak jadi specific lagi…. sebab itu bukan skop kajian ko lagi…

Langkah 2: Identify database with search engine !
Ko kena tahu data base yang paling sesuai utk mendapatkan artikel secara sensitive dan specific. Jika education maybe banyak di ERIC, Wiley dan ScienceDirect dan jika berkaitan medical di PubMed dan Medline Plus… dan kalau management di EMERALD dan sebagainya. Pun begitu…. Ko juga boleh cuba database general spt Google Scholar. 
Kalau ko tak tahu kat mana databases tu berada boleh cuba dapatkan panduan di http://www.teachthought.com/technology/100-search-engines-for-academic-research

Langkah 3: Search information - make it systematic !
Dah tahu sumber data bases dari Langkah 2…. ko mesti expert dgn Boolean Operator dan juga explore habis2san advanced search…. supaya pencarian ko betul2 sensitive dan specific…. dilakukan secara systematic !

Langkah 4: Download relevant information
Katakan ko dah dapat artikel yang relevan…. selepas ko selesai kan semua langkah 1-3… then ko pun download …. save atau export ke Reference Manager spt EndNote dan Mendeley…. ketika inilah FB ko tu berguna utk contact kawan2 di IPTA lain jika IPTA ko tak subscribed artikel tu….esp rakan2 yang belajar di obersi.

Langkah 5: Manage and read articles effectively….
Dah dapat semua artikel….. masukkan dalam Mendeley dan masa nilah ko gunakan Mendeley utk membaca secara selektif dan mendalam mana yang paling releven sekali berdasarkan theme2 yang berkaitan dgn penulisan proposal / thesis. Effective tu maknanya ko terus dpt hasil apa yg ko nak tahu dr artikel2 tsebut tanpa perlu ko baca semua artikel satu persatu....

Jadi?

Jadi…. setelah ko dapat mengumpulkan artikel yang “terlebih-lebih”yang releven dan specific… sebab ada jutaan artikel diluar sana….maka membacalah dgn effective dan terus menulislah sebanyak mungkin dgn teknik CPR….. copy phase rephrase (aku dah ajar dalam bengkel2 aku) ke dalam ZDOT….sehingga fakta-fakta yang banyak tersebut akan memberikan gambaran tentang argument, theory, instrumentation, sampling, research design dll dalam topik kajian ko.

Jadi dgn bahan yang lebih dari mencukupi….specific dan releven….. bukan sahaja ko mudah guna CPR… ko jugak boleh terus menulis tanpa perlu pecah kepala !

Tajuk 607: CIRI dan LANGKAH PENCARIAN RESEARCH GAP – KENAPA MASIH TERGAGAP-GAGAP !

Sekonyong2 datang seorang calon PhD menemui aku….. dalam satu bengkel baru2 ini… katanya baru pergi ke EPRD, KPM nun jauh di Putrajaya kemudian ke UPM, UKM dan katanya akan ke UM plak… 

Bertanyalah aku – Apakah gerangannya sehingga meronda2 sebegitu rupa?


Katanya mencari bahan utk PhD… 


Rupanya dia bukan seorang yang berbuat demikian… ramai kawan2nya yang lainpun spt mengikut jejak yang sama… termasuk dari Sabah dan Sarawak… baik yang buat master mahupun PhD.


Lantas dia menambah - Kami cuba mengikut apa yang kami faham dari satu kursus bagi penerima biasiswa….. utk mencari RESEACH GAP….salah ker?


Oleh kerana aku diajukan soalan “salah ker?” aku nak kongsikan respon aku disini..


Aku tahu…. Semua calon master /PhD mulakan langkah dgn mencari RG atau ada juga disebut research problem. RG antara lain adalah sesuatu bahagian atau ruang atau unsur hasil dari pembacaan “critical review in the existing literature" yang memerlukan kajian lebih mendalam / komprehensif .... 


Maka RG ini akan....


1. jadi asas pembinaan persoalan kajian 


2. menjadi penentu research design bagi menjawab persoalan kajian dlm 1.


3. menjadikan manuscript thesis anda publishable (dlm bentuk journal) yang juga sebagai bukti “contribution to knowledge”


4. akan anda gunakan utk menunjukkan “signifikannya kajian” yang dilakukan


5. akan menyumbang kpd “originality” kajian anda


6.. akhirnya menjadi asas tajuk kajian anda !


Jadi kenapa habiskan duit dan masa pergi ke EPRD, then ke IPTA-IPTA yang lain sedangkan itu bukan langkah awal yang perlu anda lakukan?


Research gap adalah sesuatu yang anda “tidak akan tahu” selagi anda tidak membaca literature secara intensive, extensive, sensitive dan specific... sila baca post aku dan juga blog "drotspss" tentang istilah2 ini... dalam bidang kajian anda.


Oleh itu..... inilah langkah yang lebih logik dan masuk akal yang perlu anda lakukan. 


Katalah anda guru biology dan berminat dgn kajian dalam topik / bidang “Pendidikan Sains”, dan ingin membuat kajian dalam area of investigation “pedagogy” atau “kaedah pengajaran Biologi"


1. Kenalpasti dari pembacaan dalam literature semua keywords / istilah / terminologi / konsep dalam bidang “Pendidikan Sains” melibatkan aspek “Pedagogy” yang menjadi perbahasan dan isu.... utk dikaji lebih lanjut....


2.. Jika anda tidak pasti semua aspek dalam 1. di atas, mulakan pencarian literature dalam pendidikan sains mengkhusus kepada “Biology education” dan “Teaching Biology” dahulu. Dari pembacaan awal ini, dapatkan keywords / istilah / terminologi / konsep yang lebih specific untuk pencarian seterusnya berkaitan perbahasan dalam main stream pendidikan biologi yang terkini !


3. Setelah mengetahui secara lebih khusus “area of investigation” dgn beberapa keywords / istilah / terminologi / konsep, teruskan pembacaan secara lebih mendalam… sehingga anda mendapat “gambaran” isu yang dibahaskan dalam “dunia pendidikan biologi” terkini utk anda jadikan gap kajian anda.... bukannya isu disekolah anda, isu perbadi anda..... atau isu yang boleh memberi impak kepada KPM... atau mana-mana pihak.... tapi mberi impak kpd knowledge dlm pendidikn sains yg dibaca pula oleh scholar seluruh dunia..... dn at same time anda mjadi seorang researcher yg akan menguasai pendidik sains ... dan inilah impak PhD / master !


Apakah maknanya semua ini?


Semua ini membawa makna....


1. Research gap bukanlah “sesuatu kajian yang belum pernah orang lain buat” atau "kajian baru" .... sehingga calon master / PhD tergaru2....


2. Research gap bukanlah “sesuatu kajian yang akan memberi impak kepada majikan, sponsor biasiswa, atau mana-mana pihak... tetapi impak kpd knowledge dlm bidang yg dikaji dan kpd pengetahuan n kemahiran calon sendiri.


Calon inilah yg bakal beri impak seterusnya sbg tenaga pakar negara... jika dia terus buat kajian... bukannya hanya bbangga dgn gelaran 'DR' pasti tu tak buat apa2..... satu kajianpun xbuat lagi.....sampai obselete apa yg dulu diketahui.....


3. Research gap “adalah pengisian ruang yang ada didalam knowledge yang sedia ada…. knowledge dalam main stream.... bukan terpencil.... sebagai satu sumbangan kepada knowledge tersebut”


Maka…..


4. Langkah pertama….. adalah menguasai literature dalam bidang kajian anda…. maybe belum perlu ke EPRD atau mana2 tempat lain lagi......


5. Anda hanya perlu duduk dpn komputer utk beberapa jam bagi maybe beberapa hari tanpa perlu kemana2 …utk mulakan literature search dari berbilion2 artikel serata dunia dalam main stream bidang kajian anda data base seperti ERIC, ScienceDirect, Wiley, SAGE dll yang terpapar di skrin komputer anda.


Setiap database ini mempunyai “Advanced Search” utk anda mencapai SEMUA tujuan di atas. Maaf..... pergi ke koleksi kajian di EPRD tidak akan memberikan anda byk ruang mencari gap dlm main stream knowledge........apatah lagi dtg sejauh sabah n swak... berbanding dgn apa yang akan anda dapati dari pencarian di databases2 tersebut ! 


Lepas pasti apa gap yg selesa bg anda... boleh lah ke EPRD atau mana2 utk dpt info tambahan.... statistik... data dll....no problem...


6. Namun..... pencarian anda juga sia2 tidak sensitive dan specific jika anda tidak menguasai pengetahuan dan kemahiran menggunakan operator dalam pencarian AND, OR, NOT, *, “___”, +, -, ?, title, author, year, open acces, type dll… 


Jika anda tak tahu amende semua operator ini…. anda hanya memalukan diri anda sendiri sebagai calon master / PhD. 


Mmg ler org dulu2 xtahu pun benda ni siap gak tesis... samalah org dulu xder komputer.... siap gak tulis 3, 4 buku... 


7. Selain itu, aku mencadangkan supaya anda kuasai perisian Mendeley yang boleh bertindak sebagai “ONE STOP CENTRE” utk semua bidang….sebagai pelengkap pencarian literature anda selain dari langkah


6. YOU WILL BE AMAZED dgn apa yang MEndeley boleh lakukan !!


Akhirnya ….jika anda tak faham apa yang aku tulis di atas…. anda akan terus dilanda kekeliruan.... dan akan tergagap-gagap bila ditanya research gap....


Tuesday, June 10, 2014

Tajuk 606: Bila calon PhD / master gagal abiskan pengajian.... salah siapa?


Bila calon PhD / master gagal abiskan pengajian.... salah siapa?

Sapa nak jawab soalan di atas..... salah siapa?

Antara jawapannya adalah....

Kaunselor kata - calon tak cukup motivasi dan tiada matlamat yang jelas !

SV kata - calon tidak mahu datang berbincang....

Dean kata - mesti SV tak pandai supervised 

Pelajar kata - banyak kali tukar2 tajuk.....tak leh focused 

Rakan2 FB kata - dah lama dia tak online minta bantuan!

Girl friend dia kata - ntah... tapi nampak muram sejak akhir2 ni...

Sdr Shuhairy Norhisham kata - kenalah ikuti bengkel MPWS

Dato Fadhilah Kamsah kata - dia tak pelok isteri pagi2... (dia pelok malam jer)

Dato Fazlee Yaakob kata - kurangkan hobi selfie !

Dr Tengku Asmadi kata - perlu makan juzQ30

Ust Don kata - perbanyakkan doa dan solat hajat 

PM kata - dia patut beli buku Dr OT guna baucer buku 1Malaysia 

Jeng.... jeng....jeng....

OT kata - SEMUA diatas !!

Tajuk 605: 5 langkah wajib supaya ko banyak menulis dari banyak berfikir dan mengomel...

Apa yang aku tukis ni bukan benda baru…. tapi aku nak abadikan sebagai catatan dalam blog aku… .. lagipun 5 langkah ini sering diabaikan dipermulaan perjalanan sebagai calon master / PhD.
Aku cadangkan satu perkara yang ko mungkin tak setuju…. bila ko mula menulis… menulis dgn banyak tanpa perlu terlalu banyak berfikir…. tapi dgn satu syarat…. ko dah ada semua bahan yang ko nak tulis…

Apa syaratnya?

Syaratnya sebelum ko nak mulakan kajian dan menulis proposal / thesis ko kena lakukan 5 langkah berikut iaitu mencari bahan rujukan secara sensitive, specific yang dilakukan secara systematic.

Langkah 1: Define the main keywords of the topic / area of investigation – sensitive and specific !
Ko kenalah senaraikan perkataan utama bagi konsep / keyword topic kajian ko supaya pencarian ko sensitive dan specific. Sensitive tu maknanya tak ada yang tidak diproses dalam pencarian dan specific adalah hasil pencarian tersebut semuanya releven dgn scope topik kajian ko.

Katakan ko nak buat kajian e-learning…. Ko kena juga masukkan dalam pencarian konsep yang setara spt mobile-learning, web-based learning, internet learning, computer-based learning, online learning dll…… tanpa semua ini…. pencarian ko dikatakan tidak sensitive. Namun jangan pula ko masukkan juga perkataan spt multimedia atau animation sebab pencarian dah tak jadi specific lagi…. sebab itu bukan skop kajian ko lagi…

Langkah 2: Identify database with search engine !
Ko kena tahu data base yang paling sesuai utk mendapatkan artikel secara sensitive dan specific. Jika education maybe banyak di ERIC, Wiley dan ScienceDirect dan jika berkaitan medical di PubMed dan Medline Plus… dan kalau management di EMERALD dan sebagainya. Pun begitu…. Ko juga boleh cuba database general spt Google Scholar. 

Kalau ko tak tahu kat mana databases tu berada boleh cuba dapatkan panduan di http://www.teachthought.com/technology/100-search-engines-for-academic-research
Langkah 3: Search information - make it systematic !
Dah tahu sumber data bases dari Langkah 2…. ko mesti expert dgn Boolean Operator dan juga explore habis2san advanced search…. supaya pencarian ko betul2 sensitive dan specific…. dilakukan secara systematic !

Langkah 4: Download relevant information
Katakan ko dah dapat artikel yang relevan…. selepas ko selesai kan semua langkah 1-3… then ko pun download …. save atau export ke Reference Manager spt EndNote dan Mendeley…. ketika inilah FB ko tu berguna utk contact kawan2 di IPTA lain jika IPTA ko tak subscribed artikel tu….esp rakan2 yang belajar di obersi.

Langkah 5: Manage and read articles effectively….
Dah dapat semua artikel….. masukkan dalam Mendeley dan masa nilah ko gunakan Mendeley utk membaca secara selektif mana yang paling releven sekali berdasarkan theme2 yang berkaitan dgn penulisan proposal / thesis.

Jadi?

Jadi…. setelah ko dapat mengumpulkan artikel yang “terlebih-lebih”yang releven dan specific… sebab ada jutaan artikel diluar sana….maka membacalah dgn effective dan terus menulislah sebanyak mungkin dgn teknik CPR….. copy phase rephrase (aku dah ajar dalam bengkel2 aku) ke dalam ZDOT….sehingga fakta-fakta yang banyak tersebut akan memberikan gambaran tentang argument, theory, instrumentation, sampling, research design dll dalam topik kajian ko.

Jadi dgn bahan yang lebih dari mencukupi….specific dan releven….. bukan sahaja ko mudah guna CPR… ko jugak boleh terus menulis tanpa perlu pecah kepala !

OT

Sunday, June 8, 2014

Tajuk 604: APSAL BUAT THESIS NAK UBAH ITU INI?

Thesis vs scholar – Apakah yang buat anda berfikir begitu?

Seorang calon PhD berjumpa aku bertanya kajian yang sesuai utk dia lakukan supaya dapat membantu pelajar bumiputra meminati bidang sains... yang mungkin belum dibuat oleh KPM? Dia bertanya... apakah polisi yang boleh diubah bagi tujuan tersebut kerana itulah hint yang dia dapat - kajian yg ada impak kpd KPM !

Aku tergamam.... persepsi begini masih wujud sehingga calon2 PhD panik !

Jadi aku ada 4 soalan yang aku nak anda jawab.... 

1. Apakah yang buat anda berfikir bahawa research anda MESTILAH satu research terpencil yang tidak pernah dibuat lagi... atau yang tiada lagi seumpamanya dalam main stream bidang yang anda kaji ?

2. Apakah yang buat ada berfikir bahawa research anda MESTILAH berupaya mengubah polisi.... wpun anda bukan polisi maker...?

3. Apakah yang buat anda berfikir bahawa research anda DIBACA oleh policy makers sebaik sahaja anda lulus?

4. Apakah yang buat ada berfikir bahawa research anda MESTILAH menghasilkan workable solution....sedang tiada usaha ke arah implementasi apa yang anda dakwa workable solution tersebut sebaik sahaja anda lulus ? 

Meletakkan keutamaan bagi mencapai 4 persoalan di atas.... sehingga diberi amaran.... dipertegaskan.... dipersoalkan...disyaratkn utk dpt biasiswa dll sehingga mjadi soalan WAJIB dalam defend proposal dan viva... seolah2 itulah matlamat UTAMA yang tidak boleh tidak mesti dicapai.....boleh dipersoalkan semula !

Research PhD bersifat scholar..... yang dinilai oleh para scholar dalam bidang yang dikaji..... jadi kenapa anda berfikir research anda mesti berakhir dgn perubahan polisi atau apa2 tujuan yang bukan bersifat scholar? Tambahan anda bukan polisi maker malah jauh sekali dapat mempengaruhi sesiapa utk buat apa2 perubahan bagi pihak anda ... atau sponsor anda!

Abis.....apa guna buat research bro? 

Ini soalan sama spt.... 
Kenapa syarat naik pangkat sampai Prof berasaskan byknya published paper.... yg impaknya lebih terjurus pd dunia scholar.... utk dirujuk oleh scholar...wpun tak ada satupun paper tsebut bjaya ubah apa2.... tmasuk polisi ditempat Prof tu berkerja... ?

Research dan thesis HANYALAH pra-syarat utk dapat PhD.... dan sebagai seorang calon PhD yang berada dalam dunia scholar.... research yang anda lakukan mestilah rigorous dan memenuhi syarat sebagai manuskrip yang ada significant contribution to knowledge.... kerana inilah yang mengikhtiraf kesarjaan anda dlm bidang yg dikaji dan kerana inilah juga sesetengah anda dikurniakan scholarship ! 



Soalan aku - Apa itu significant contribution to knowledge ?

Aku senaraikan beberapa perkara yang boleh menjadi criteria significant contribution to knowledge... sekadar yang terlintas diminta aku .....antaranya adalah:

1. Menguji teori, model sedia ada dalam konteks kajian atau setting yang baru..... 

2. Mengembangkan theory, model, prosidur yang ada dari aspek aplikasi, keberkesanan dan validation. 

3. Melakukan hybridization atau combination beberapa model, teori dan idea sedia bagi mendapatkan data yang lebih comprehensive dan kupasan yang lebih mendalam

4. Mendapatkan bukti empirical melalui analisis yang lebih advanced terhadap sesuatu idea, model atau theory sedia ada

5. Menjelaskan secara lebih mendalam (qualitative) bukti2 empirikal atau generalisasi yang telah dilakukan dalam kajian terdahulu

6. Mengkaji variable baru dalam setting yang baru....

7. Menghasilkan equation / algorithms bagi memantapkan atau mengembangkan teori, model, prosidur sedia ada

8. Menghasilkan simulation / prototaip bagi pembuktian aplikasi teori, model, prosidur, experimentation sedia ada

9. Membina / validate instrument “baru” dari konstruk sedia ada

10. Dll yang anda boleh fikir sendiri.

Bagaimana nak buktikan semua di atas tercapai atau dipenuhi ? Jika anda berjaya menerbitkan 2 artikel berkaitan perkara di atas, itulah satu indicator bahawa kajian anda mempunyai significant contribution to knowledge… !! Sebab itulah publication dan seminar presentation juga menjadi pra-syarat utk anda ... kerana inilah dunia scholar !

Kalau ada penganjur biasiswa yang minta pelajar PhD yang novis dan bertaraf student membuat kajian bagi mendapatkan impak utk mengubah polisi atau memperbaiki apa2 keadaan di institusi penganjur melalui kajian..... lebih baik lantik sahaja firma yang mempunyai kumpulan pakar dalam hal tersebut..... yang maybe budgetnya lebih rendah dan hasilnya lebih cepat..... sebab itu lebih logik dan masuk aqal. 

Calon PhD adalah expert in the making.... jadi sumbangan mereka akan menjadi signifikan selepas mereka lulus dan bukan ketika mereka sedang tunggang langgang penuh keterbatasan sebagai calon PhD... 

Maaf jika aku tidak berfikir spt anda semua !!

OT

Saturday, June 7, 2014

Tajuk 603: Thesis - Its all about you.... yes YOU !!

Its all about you.... yes YOU !!

Ramai yang dah tahu zero draft if thesis.... research operational template..... speed reading on target..... Mendeley....semuanya hanya pembuka jalan utk menyiapkan tesis. Tesis tidak akan siap jika anda terhenti setakat tahu.... kerana anda tidak boleh upah org lain utk buat apa yang anda tahu....jika bukan anda sendiri yang lakukannya.... malah setakat tahu masih belum memadai.... anda perlu kuasai dan mahir melakukannya......explore dan practise..... so its all about you....nothing else....

Its all about you.... yes YOU !! 

Buang semua alasan... excuses.... dan sikap mencipta alasan ini bukan muncul semalam atau sebaik sahaja anda mendaftar sebagai calon master / PhD.... sikap ini telah terpendam dan terbina sekian tahun..... jadi ia kelihatan normal !

Tahu satu perkara dan kuasainya LEBIH BAIK dari tahu banyak perkara tapi satupun anda tak lakukan.... sama spt menulis tesis..... tahu aplikasi Mendeley.... terus kuasainya..... jgn stucked skit terus berhenti dgn alasan susah... dan susah....

Once again....Its all about you.... yes YOU !!

Jika anda buat apa yang selalu anda buat..... itulah yang anda dapat. Jika anda bagi excuses..... itulah hasil yang anda dapat. Jika anda mengubah cara anda mencari lterature dgn mempelajari operator Boolean atau operator Mendeley.... yang sebelum ini anda tidak lakukan..... itulah yang anda dapat.... dan ianya lebih baik dari yang sebelumnya. 

Jadi orang lain tak ada kena mengena dgn apa yang anda dapat.... 

Its all about you.... yes YOU !!

Jika anda tak faham.... blurr.... confused.... jgn bertanya atau mengadu atau komplen pada orang lain. Jika anda confused akan sesuatu ... jgn mengadu pada suami... atau isteri... manalah dia tahu... atau pada kawan2.... takut2 anda akan lagi confused !!

Mengadulah pada SV... yang lebih arif. Tapi dgn satu pesanan.... jumpalah SV setelah abis daya dan usaha utk mengetahui apa yang dicari. Kenapa? Supaya SV hanya betulkan bahagian yang anda confused sahaja.... bukan semua yang anda tak tahu....dan tak cari jalan utk mengetahuinya....

Its all about you.... yes YOU !! Bahagian 5

Jgn tunggu malapetaka datang baru nak memperbaikinya... Jgn tunggu semester dah sampai kepenghujung baru nak terhegeh2....

Mulakan apa sahaja serta merta. Dah tahu Mendeley.... nak cari artikel pun masih men"delay'.... dah tahu ZDOT pun masih tak nak mulakan penulisan.... anda yang create perjalanan anda sendiri bukan orang lain....

Seorang calon PhD dari PJ memberitahu saya yang dia membayar RM2000 utk belajar smart PLS.... dan akhirnya berjaya menyiapkan analisis data... tapi ada yang tunggu malapetaka datang.... baru nak terhegeh2 masuk bengkel itu dan ini !

Pelajar dari Swinburne Australia sanggup balik Msia utk masuk semua bengkel di Malaysia..... kerana dia tidak mahu tunggu malapetaka datang dahulu..... 




Its all about you.... yes YOU !!

Yang senang tidak semestinya mudah. Yang mudah tidak semestinya senang. Ada orang membuat cup cake semudah buat jemput-jemput. Ada yang bila disuruh buat jemput-jemput rasa macam kena buat kek butter cream icing !!

Jadi yang senang itu hanya akan mudah jika dilaksanakan. Menggunakan Mendeley.... mendapat artikel dan membuat analysis + synthesis utk hasilkan literature yang kritis adalah senang.... tetapi tidak mudah jika anda tidak pernah ingin memcuba dan memahirkan diri.... Jadi tiada satupun yang mudah jika anda tidak laksanakan sehingga akhirnya semua akan kelihatan susah sokmo !!

Jadi semuanya all about you.... yes YOU !!

Wednesday, June 4, 2014

Tajuk 602: Quanti vs Quali vs Mak cik jual goreng pisang !!

Quanti:
Laporan dalam akhbar yg menyatakan 300 kematian berlaku setiap menjelang raya tidak byk memberi kesan dan tak sapapun akan quote dan sebarkan dalam media sosial... spt angka tersbut tiada makna.... sebab esoknya keluar plak berita lain....

Quali:
Sekeping gambar seorang remaja mati dgn separuh badannya hancur selepas membeli juadah puasa dari gerai goreng pisang lebih memberi kesan dan impak serta kesedaran utk berwaspada menjelang raya..... malah gambar tersebut menjadi viral dalam media sosial....dan dibincangkan berhari2....mewujudkan keinsafan dan sikap berhati2 dijalan raya...

Jadi?

Aku sekadar membuka ruang berfikir..... angka 300 kematian hasil kajian seorang penyelidik diseluruh negara dgn budget yang besar spt tidak membawa makna berbanding hanya 1 keping gambar.... yang diambil secara spontan oleh mak cik jual goreng pisang .... tapi mak cik tu guna hp Samsung S5 bro... macam yang aku guna he he !!

Inilah quanti vs quali !!


OT

Tajuk 601: Supervision VS Escapism.....Tersirat VS Tersurat !

Satu scenario:
Seorang pelajar, katalah namanya SITI datang menemui SV utk bertanya pendapat tentang populasi kajian berkaitan penerimaan pelancong luar negara terhadap makanan dan budaya tempatan. SV meminta SITI pergi ke pusat2 perlancongan di Penang dan Langkawi dan edarkan soal selidik termasuk kepada pelancong di Jalan Bukit Bintang !!

Pelajar tersebut mengiakan sebab itulah panduan yang diperolehi dari SV.....

Aku pun terfikir…..
1. Adakah semua pelancong tersebut tahu BI? 

2. Adakah pelajar perlu sediakan qnaire dgn 5, 6, 7 bahasa berbeza? 

3. Adakah pelancong yang ditemui di Jln Bukit Bintang misalnya ada masa utk menjawab qnaire tersebut? 

4. Adakah kulit muka pelajar tersebut cukup tebal utk bertanya setiap org yang kelihatan spt perlancong utk menjawab qnaire ? 

5. Berapa lama masa pula yang diperlukan utk mengumpul 300 qnaire?

6. Berapa lama pulak pelajar perlu merayap ke Penang dan Langkawi utk tujuan tersebut?

7. Boleh kah pelajar tersebut berbahasa arab sebab ramai pelancong arab di Jln Bukit Bintang? Setakat tahu ana dan enta baik tak payah !

8. Adakah pelancong tersebut sempat menikmati makanan dan melihat budaya Malaysia?

Dll soalan yang anda sendiri boleh fikirkan.

Ada dua perkara tentang populasi disini. Pertama yang tersurat, kedua tersirat.

Secara tersurat, memikirkan tentang populasi bukan lah satu masalah yang besar. Pelajar tersebut pun boleh berfikir spt yang dicadangkan oleh SV….. malah semua orangpun mungkin memberikan jawapan yang sama...termasuk nenek aku.

Secara tersirat, memilih populasi adalah sesuatu yang sgt memerlukan ketelitian sementelahan pelajar ada limitasi masa dan budget. Limitasi ini sering tidak diambil kisah dan persoalan2 lain yang berkaitan tidak dihalusi dgn alasan…. “Kenalah buat cam tu sebab U calon PhD !! " dan "Buat PhD memanglah susah....." maka pelajar yang perasan dia sedang buat PhD pun "akan mengiakan apa sahaja"..... Satu jer yang aku nak sebut - susah dan menyusahkan adalah dua benda berbeza !!

Sebagai seorang pelajar yang novis, wpun sebagai calon PhD, tanpa pengalaman dalam research, yang tersurat inilah yang perlu dijelaskan oleh SV kerana mereka berpengalaman. Jangan biarkan tanpa bimbingan ketika pelajar mencari gap, problem statement dan mengariskan persoalan kajian dan akhirnya mungkin melibatkan populasi yang luar dari limitasi masa dan budget pelajar. .. 

Yang tersirat inilah yang pelajar perlukan bimbingan direct dari SV. Menyuruh mereka berfikir sendiri dalam aspek tersirat begini…. dgn alasan melatih pelajar bfikir bukanlah satu supervision… tapi lebih kepada satu escapism….

Aku turut terfikir..... boleh sahaja pelajar tersebut mengambil sample dalam kalangan pelajar postgraduate luar negara di IPTA / IPTS (katalah sekitar lembah Kelang) yang baru satu semester di Malaysia, dgn buat adjustment tajuk kepada "educational tourism" dgn sampling frame yang lebih mudah diperolehi dan yang paling penting - semua mereka faham BI, pasti telah mencuba makanan Malaysia dan melihat kehidupan dan budaya masyarakat berbanding dgn yang datang beberapa hari sahaja ke Pulau Langkawi hanya utk snorkeling atau ke Batu Feringgi dan tinggal d hotel !!

Jadi memberikan panduan yang "simplistik" dalam hal2 tersirat yang byk memerlukan heuristik dan pengalaman dari SV apabila pelajar meminta nasihat....bukan supervision....bayangkan apakah yang bakal anda lakukan jika anda adalah SITI, pelajar dalam scenario di atas? 

Bakal-bakal SV perlu mengambil ini sebagai satu cabaran.... 

OT

Monday, June 2, 2014

Tajuk 600: Kenapa agaknya SV..... Siri 2

1. Kenapa agaknya SV memang sengaja membiarkan supervisee utk berdikari... belajar berfikir sendiri.... utk jadi bakal researcher yang tersohor suatu hari nanti !!

Ya aku setuju.... tapi aku lagi setuju jika tak ada SV kalau macam itu... percayalah..... ada perpatah menyatakan "If you are not part of the solution.... you are part of the problem..."

Aku juga perasan semua supervisee spt berfikir dgn cara yang hampir-hampir sama. Kenapa agaknya? Maybe mereka mendapat SV yang juga berfikir dgn cara yang hampir sama. 

Kedua2 supervisee dan SV akan berfikir sesuatu itu betul kerana semua orangpun berfikir cara yang sama.... termasuklah bekas SV mereka dahulu....

Aku berfikir.... pendapat ramai tidak semestinya itulah yang "terbaik" dan yang paling "betul"....

2. Kenapa agaknya buat master / PhD dikaitkan dengan "No pain no gain"? 

Kalau dulu guna pentium 5 .... now guna duo-core i7, 8 Gb RAM !
Kalau dulu guna MSWord gitu2... now guna Navigation Pane
Kalau dulu baca buku APA.... now guna EndNote dan Mendeley !
Kalau dulu search dgn catalog.... now dgn Boolean
Kalau dulu fotokopi artikel.... now download je
Kalau dulu tulis dulu sana sini..... now copy-n-paste
Kalau dulu hantar surat... now dah ada social networking
Kalau dulu save dlm hard disk .... now dropbox
Kalau dulu hanya cronbach alpha.... now dah sampai CFA
Kalau dulu MLR.... now dah guna multilevel multivariate MPlus

Aku terfikir juga malam2 ni..... utk buat master / PhD bukan lagi "No Pain No Gain" tapi "No Skill You Get Killed" !!

3. Kenapa agaknya SV anggap semua pelajar master / PhD mesti cemerlang dan boleh berdikari, berfikir dan segala2nya sendiri ? Pernah dengar "regression to mean" yg popular sebagai satu threat dalam kajian eksperimen?

Ini membawa maksud satu kumpulan yang ada subjek dgn skor markah terendah, maka peluang utk subjek ini meningkat secara mendadak ke arah mean lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai markah tinggi utk meningkat lagi. 

Jadi SV yang dapat pelajar yang "sederhana" berupaya meningkatkan lagi kemampuan pelajar tersebut "lebih banyak" berbanding dgn SV yang dapat pelajar yang "cemerlang". Jadi berbanggalah dapat pelajar yang "sederhana" kerana impak SV lebih besar ..... dan jgn bandingkan mereka ini dgn diri sendiri yang mungkin tergolong dalam mereka yang "cemerlang".....dan manfaatkan fenomena regression to mean ini sebaiknya utk mereka yang sederhana..... apatah lagi kalau SV dulu pun termasuk dalam golongan yang sama.....jgn ler buat2 lupa...

OT

Tajuk 599: Kenapa agaknya SV.....?

1. Kenapa agaknya SV...

banyak bertanya dari menjawab
banyak mempersoal dari menjelaskan
banyak membiarkan dari menunjuk jalan
banyak menyuruh membaca dari memperjelaskan apa yang dibaca.
ingin tajuk baru.... sedang dia sendiri buat tajuk itu2 juga...
menunjukkan dia tahu semua....wpun terpaksa berpura2....

2. Kenapa agaknya SV beriya2 nak tajuk baru?

Tajuk baru kononnya utk menghasilkan produk yang baru. Dalam research ketika pelajar hanyalah "student researcher" bertaraf "candidate", proses adalah lebih utama dari produk. Aku bimbang tajuk baru hanyalah placebo.... bunyinya gah tapi isinya kosong ! 

PhD / Master patut utamakan proses yang terkini, analysis yang terkini, cara validation yang lebih sophisticated, kupasan yang kritis, cara discussion yang advanced, pencarian literature yang extensive....yang semuanya perlu diajar dan dibimbing..... bukan tertumpu kepada "tajuk baru"... sehingga segala2nya tertumpu kepada perkara tersebut....sedangkan prosesnya masih ditakuk lama.... analisis biasa2.... instrument sekadar expert validity.... literature hanya sipi2....

Aku kesian pelajar2 yang baru mendaftar terus "menderita" mencari tajuk baru.... yang spt "dipaksakan" kepada mereka....sdgkan ada sesuatu yang lebih substance yang spt tidak ditekankan kepada mereka....PROCESS !!

OT

Saturday, May 24, 2014

Tajuk 598 - 10 Pertanyaan - MIND SET SUPERVISOR !!

Aku tahu ada yang "geram" (marah atau sayang?) mengapa aku menulis tentang SV bukan pasal students? 

Sejak zaman Dr Shukri Abdullah dgn motto “Bijak Belajar” hingga ke Dr. Tengku Asmadi dgn motto “Motivasi Alihan Pelajar” dan maybe yang terkini Prof Muhaya……dah terdapat beribu2 buku, ceramah dan motivasi tentang dan berkaitan pelajar sekolah dan IPT telah diadakan. Jadi tak payahlah aku nak tambah lagi….. pendek kata telah terlalu banyak fokus kepada pelajar !! Semua dah tahu sampai tak terbilang resepi utk lahirkan pelajar cemerlang, terbilang dan gemilang....dari dalam rahim ibu sehinggalah postgraduate ! 

Kalau buku tentang SV.... eemmmm rasanya buku aku "Dialah SV ku" maybe buku tunggal yang ada dipasaran. 

Apapun kini pelajar dah jadi pengajar. Dari pengajar dah jadi SV. Dari nature belajar sendiri kini mengajar pelajar pula. Jadi tajuk ini ditulis khusus buat bakal SV dan SV-SV yang baru menyertai dunia scholar. Pernah kah terlintas difikiran SV yang "fresh" ini persoalan seperti:

1. Apakah persediaan aku utk jadi SV yang komited?
2. Adakah aku boleh menjadi pendengar yang baik?
3. Adakah aku mampu memperkasakan supervisee aku?
4. Adakah aku hanya menjadi beban kepada supervisee?
5. Adakah aku akan jadi ego kerana status quo?
6. Adakah aku sanggup luangkan masa utk membantu supervisee yang lemah tetapi bersedia utk berusaha?
7. Adakah aku bersikap terbuka dan lapang dada?
8. Adakah aku bersedia utk dicabar oleh supervisee?
9. Adakah aku akan menggunakan supervisee utk kepentingan diri?
10. Adakah aku bersedia berkongsi pengalaman utk meningkatkan pengetahuan supervisee?

Jadi membetulkan mind set adalah langkah pertama sebelum memikul tangggungjawab sebagai SV. Mendapat PhD bukan tiket SV tahu segala2nya dan bukan lesen utk menyombong diri. Jgn pulak sebaik sahaja graduated dari UK.... misalnya, bercakap melebihi Prof yang dah 30 dalam dunia akademik !

Ungkapan ala-ala "kacang lupakan kulit" spt berikut tidak akan membawa makna apa2 tanpa satu arahan constructive yang jelas utk dilaksanakan oleh supervisee:

"Kalau saya voleh... kenafa kamu tidak voleh?"
"Kamu ingat PhD ni spoon feeding ke.... semua saya kena vagi tau...?"
"Kamu yang buat PhD bukannya saya.... "
"Kalau saya bagitau.... baik saya buat PhD sekali lagi"
"Kamu baca lagilah..... "
"Masa saya diobersi dulu, semuanya saya vuat sendiri.... you know !"

Aku ingin bersikap praktikal….. bahawa manusia samada SV dan supervisee… kedua2 pihak ada kelemahan dan kekuatan. Disinilah perlukan mutual understanding. SV takkan dapat supervisee yang “satu kepala” atau sebaliknya. Maka, mind set berikut boleh membantu mewujudkan persekitaran supervision yang profesional:

1. Tahu kelemahan diri masing2 dan cari jalan memperbaikinya. SV jgn berpuas hati dgn pengetahuan PhD nya sahaja, sedang research sangat luas. Supervisee pula mencari jalan menguasai asas dalam menjalankan research spt pengetahuan statistik, bukan mengeluh sahaja.

2. Berkomunikasi sebagaimana anda ingin org lain berkomunkasi dgn anda. SV jgn menjadikan pangkat sebagai tanda superiority sehingga selesa melihat supervisee merasa inferiority.

3. Kejayaan supervisee adalah kejayaan SV juga. Jgn sekali2 mengekploitasi supervisee dalam apa bentuk sekalipun. Tanya diri, adakah layak aku mendapat nama sebagai First author / Corresponding author hanya kerana aku SV sedang aku hanya membuat beberapa editing? Malah jika supervisee dgn sukarela (maybe atas pengaruh tertentu) meletakkan nama SV sebagai first author sedang artkel dan kajian disediakan oleh dirinya, juga perlu ditegur oleh SV atas sifat SV sebagai pihak yang tahu etika. 

4. Elakkan mengeluarkan bahasa berbaur feudal kerana SV bukan penguasa dan supervisee bukan khadam !!

5. SV tidak sepatutnya berasa malu jika sekali sekala belajar sesuatu yang baru dari supervisee. Dan berikan arahan yang jelas dan difahami kepada supervisee, bukan sekadar…. “baca lagi… tulis lagi dan lagi….” 

6. Akuilah jika SV sendiri tidak mengetahui sesuatu isu / fakta / info… dan bertanya pada clique yang lebih senior atau sesiapapun yang ada kepakaran.

Perbezaan antara dua manusia memang tidak dapat dinafikan. Sebagai SV, anda lah yang patut mendahului supervisee berusaha mengecilkan jurang ini. SV berada dalam zon yang lebih selesa, tidak tertekan dan terbeban secara direct berbanding dgn supervisee yang mempertaruhkan 3, 4 tahun masa, harta dan tenaga utk mendapatkan PhD. 

Berbanggalah jika supervisee anda mencapai kejayaan… kerana ia juga kejayaan anda..... dan hargailah hubungan SV-supervisee kerana hubungan ini SV berjaya menyenaraikan puluhan artikel yang akhirnya membawa kepada promotion ! Maka hormatilah supervisee anda sebagaimana anda ingin dihormati….

OT - pesanan utk diri sendiri....

Thursday, May 22, 2014

Tajuk 597 - Master / PhD – bukan perjalanan Man VS Wild !!

Dari awal lagi aku akui perjalanan PhD / Master bukan satu perjalanan yang mudah. Namun ia bukan pula spt perjalanan Man VS Wild dalam siri Discovery sampai terpaksa makan daging ular mentah dan ulat utk survive !

Abis macamana?

PhD/Master adalah perjalanan menimba ilmu dan pengalaman. Perjalanan menimpa ilmu dan pengalaman adalah perjalanan yang sepatutnya “enjoyed” bukannya “tortured”. Ingat bro.... enjoy disini bukan macam pergi melancung, duduk hotel, melawat Eifel Tower….sambil kissing-kissing..... jgn salah faham…. tetapi melancung kedunia ilmu !! Enjoyed bila anda mulai menguasai SPSS, SEM/AMOS. PLS, tahu bina questionnaire dll yang sebelum ini alien bagi anda wpun terpaksa berkorban bersengkang mata membuat latihan demi latihan dan membaca dan membaca bagi menguasai pengetahuan dan kemahiran tersebut. 

Sebelum itu biar aku tulis awal2 bahawa perjalanan yang enjoy ini bukan utk pelajar yang:
1. belajar sekadar cuba2 
2. Ikut2an
3. tak ambil kesah
4. meletakkan priority ke 10 pengajian Master / PhD nya !

PhD adalah perjalanan satu “proses pembelajaran” berfokus pelajar . Pelajar yang matang perlu menentukan bidang kajian yang sesuai sebelum memulakan langkah. SV dan jabatan menjadikan perjalanan ini lancar dalam persekitaran yang “mesra-pelajar” dan kondusif serta konstruktif. … spt menganjurkan bengkel, teknik penulisan, seminar, kolokium, memastikan artikel boleh di subcribe di library….

Ini termasuklah tidak membudayakan proses proposal defend sebagai satu yang menaikkan bukan sahaja bulu roma, tapi juga bulu kening .... tetapi sebaliknya menyediakan suasana defend proposal sbg satu proses yang boleh memantapkan lagi tahap kajian pelajar. Sapa boleh nafikan wujudnya panel yang “hentam macam nak rak” presentation proposal pelajar…. sedangkan sesi tersebut adalah sesi constructive….sesi discussion bagi memantapkan proposal tersebut… Bukan tiada kes pelajar makin kabur.... makin hilang punca, hilang semangat..... selepas dikomen semasa sesi tersebut, bukan semakin jelas yang perlu diperbaiki dan apa yang perlu dicapai !! 

Kenapa yang "enjoyed” ini selalunya akan berterusan? Sebabnya selepas mendapat master /PhD pun, tidak mungkin pelajar boleh menguasai segala2nya dalam bidang kajian yang mereka buat. Tidak mungkin. Jika pelajar memilih utk melakukan kajian quantitative, mereka akan terkial2 jika diminta membuat kajian kualitatif, dan sebaliknya. Hal yang sama berlaku pada SV…. yang dulunyapun terkial2 sama jer macam supervisee mereka, cuma mereka sekarang pura2 buat lupa hal tersebut. Jadi selepas lulus.... proses ini akan berterusan dan perasaan enjoy juga akan berterusan....

My last words….jk perjalanan master / PhD anda “tidak enjoyed”…tapi "tortured". something is not right somewhere !!

OT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...