.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, June 8, 2014

Tajuk 604: APSAL BUAT THESIS NAK UBAH ITU INI?

Thesis vs scholar – Apakah yang buat anda berfikir begitu?

Seorang calon PhD berjumpa aku bertanya kajian yang sesuai utk dia lakukan supaya dapat membantu pelajar bumiputra meminati bidang sains... yang mungkin belum dibuat oleh KPM? Dia bertanya... apakah polisi yang boleh diubah bagi tujuan tersebut kerana itulah hint yang dia dapat - kajian yg ada impak kpd KPM !

Aku tergamam.... persepsi begini masih wujud sehingga calon2 PhD panik !

Jadi aku ada 4 soalan yang aku nak anda jawab.... 

1. Apakah yang buat anda berfikir bahawa research anda MESTILAH satu research terpencil yang tidak pernah dibuat lagi... atau yang tiada lagi seumpamanya dalam main stream bidang yang anda kaji ?

2. Apakah yang buat ada berfikir bahawa research anda MESTILAH berupaya mengubah polisi.... wpun anda bukan polisi maker...?

3. Apakah yang buat anda berfikir bahawa research anda DIBACA oleh policy makers sebaik sahaja anda lulus?

4. Apakah yang buat ada berfikir bahawa research anda MESTILAH menghasilkan workable solution....sedang tiada usaha ke arah implementasi apa yang anda dakwa workable solution tersebut sebaik sahaja anda lulus ? 

Meletakkan keutamaan bagi mencapai 4 persoalan di atas.... sehingga diberi amaran.... dipertegaskan.... dipersoalkan...disyaratkn utk dpt biasiswa dll sehingga mjadi soalan WAJIB dalam defend proposal dan viva... seolah2 itulah matlamat UTAMA yang tidak boleh tidak mesti dicapai.....boleh dipersoalkan semula !

Research PhD bersifat scholar..... yang dinilai oleh para scholar dalam bidang yang dikaji..... jadi kenapa anda berfikir research anda mesti berakhir dgn perubahan polisi atau apa2 tujuan yang bukan bersifat scholar? Tambahan anda bukan polisi maker malah jauh sekali dapat mempengaruhi sesiapa utk buat apa2 perubahan bagi pihak anda ... atau sponsor anda!

Abis.....apa guna buat research bro? 

Ini soalan sama spt.... 
Kenapa syarat naik pangkat sampai Prof berasaskan byknya published paper.... yg impaknya lebih terjurus pd dunia scholar.... utk dirujuk oleh scholar...wpun tak ada satupun paper tsebut bjaya ubah apa2.... tmasuk polisi ditempat Prof tu berkerja... ?

Research dan thesis HANYALAH pra-syarat utk dapat PhD.... dan sebagai seorang calon PhD yang berada dalam dunia scholar.... research yang anda lakukan mestilah rigorous dan memenuhi syarat sebagai manuskrip yang ada significant contribution to knowledge.... kerana inilah yang mengikhtiraf kesarjaan anda dlm bidang yg dikaji dan kerana inilah juga sesetengah anda dikurniakan scholarship ! 



Soalan aku - Apa itu significant contribution to knowledge ?

Aku senaraikan beberapa perkara yang boleh menjadi criteria significant contribution to knowledge... sekadar yang terlintas diminta aku .....antaranya adalah:

1. Menguji teori, model sedia ada dalam konteks kajian atau setting yang baru..... 

2. Mengembangkan theory, model, prosidur yang ada dari aspek aplikasi, keberkesanan dan validation. 

3. Melakukan hybridization atau combination beberapa model, teori dan idea sedia bagi mendapatkan data yang lebih comprehensive dan kupasan yang lebih mendalam

4. Mendapatkan bukti empirical melalui analisis yang lebih advanced terhadap sesuatu idea, model atau theory sedia ada

5. Menjelaskan secara lebih mendalam (qualitative) bukti2 empirikal atau generalisasi yang telah dilakukan dalam kajian terdahulu

6. Mengkaji variable baru dalam setting yang baru....

7. Menghasilkan equation / algorithms bagi memantapkan atau mengembangkan teori, model, prosidur sedia ada

8. Menghasilkan simulation / prototaip bagi pembuktian aplikasi teori, model, prosidur, experimentation sedia ada

9. Membina / validate instrument “baru” dari konstruk sedia ada

10. Dll yang anda boleh fikir sendiri.

Bagaimana nak buktikan semua di atas tercapai atau dipenuhi ? Jika anda berjaya menerbitkan 2 artikel berkaitan perkara di atas, itulah satu indicator bahawa kajian anda mempunyai significant contribution to knowledge… !! Sebab itulah publication dan seminar presentation juga menjadi pra-syarat utk anda ... kerana inilah dunia scholar !

Kalau ada penganjur biasiswa yang minta pelajar PhD yang novis dan bertaraf student membuat kajian bagi mendapatkan impak utk mengubah polisi atau memperbaiki apa2 keadaan di institusi penganjur melalui kajian..... lebih baik lantik sahaja firma yang mempunyai kumpulan pakar dalam hal tersebut..... yang maybe budgetnya lebih rendah dan hasilnya lebih cepat..... sebab itu lebih logik dan masuk aqal. 

Calon PhD adalah expert in the making.... jadi sumbangan mereka akan menjadi signifikan selepas mereka lulus dan bukan ketika mereka sedang tunggang langgang penuh keterbatasan sebagai calon PhD... 

Maaf jika aku tidak berfikir spt anda semua !!

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...