.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, December 17, 2013

Tajuk 539 - Soal selidik - Sapa yang soal sapa?

Aku terima satu soal selidik. Jadi tanpa banyak soal, aku cubalah baca.

OK ker?

Fuhhh..... aku terpinga2.... soal selidik ni tanya apa yang aku buat sebagai pensyarah... tapi aku terlebih dahulu nak tanya, apakah yang sebenarnya ditanya?

Apsal cam tu plak....

Ialah.... item soal selidik mesti objektif bagi mewakili konstruk yang subjektif. Abis... kalau dah itempun subjektif.... bukanlah soal selidik namanya !!

Tak fahamlah bro...

Camnilah.... katalah ko nak ukur "Pengajaran Berkesan" seseorang pensyarah. Pengajaran berkesan tu terlalu subjektif, jadi ko kena siapkan item yang bersifat objektif. Katalah salah satu variable dalam pengajaran berkesan adalah memberi pelbagai contoh semasa pengajaran...

Contoh item yang objektif:
Item 1: Pensyarah saya memberikan pelbagai contoh ketika menjelaskan konsep abstrak seperti Tauhid supaya mudah difahami
(Kalau pensyarah tu tak buat - jawab lah Sgt tak setuju - tak berkesanlah tu)
(Kalau pensyarah tu buat cam tu - jawablah sangat setuju - berkesanlah tu)


Contoh item yang subjektif:
Item 1: Pensyarah saya memahami pendekatan pengajaran yang baik yang memberi pemahaman kepada pelajar ketika mengajar sesuatu konsep yang abstrak kepada pelajar. 

(Item ini vague, kabur...)


Ini adalah komen "sepintas lalu" yang aku sempat coretkan.... soal selidik ini "anonymous" utk tatapan umum...


Inilah komen sepintas lalu aku.... 

A: Skop KEPIMPINAN ISLAM dalam pekerjaan pensyarah


1= Tidak Dilaksanakan  
      2= Jarang Dilaksanakan
      3 = Tidak Pasti / Tidak Berkaitan
      4 = Kerap Dilaksanakan
      5 = Dilaksanakan Secara Tetap (ada yang dilakukan secara tetap tapi tidak kerap…. Contoh: bersedekah setiap 2 bulan… tetap tapi tak kerap)

No.
Penyataan
1
2
3
4
5
1.
Menggunakan panduan al-Quran dan al-Sunnah dalam perkara yang melibatkan perbincangan hukum
(item terlalu vague…kalau saya sure tak berani nak jawab 1 dan 2)





2.
Memahami pendekatan tauhid dalam kepimpinan.
(item terlalu vague – seperti item adalah satu konstruk yang lain!)





3.
Menggunakan pendekatan tauhid dalam kepimpinan.
(contohnya? Item terlalu vague seperti item adalah satu konstruk !))





4.
Menjauhi perbuatan yang boleh menjejaskan akidah dalam kepimpinan
(Ini termasuk ajaran sesat ke?)





5.
Membuat perbincangan dengan kumpulan bagi mendapatkan sesuatu keputusan.





6.
Memberi peluang kepada individu lain untuk menyuarakan pendapat.





7.
Membangunkan kerjasama yang produktif dalam kumpulan.
(contohnya? Item terlalu vague seperti item adalah satu konstruk !)





8.
Kemampuan menggerak terhadap pimpinannya
(apa ni tak faham ?)





9.
Memotivasikan pimpinannya
(apa ni tak faham ?)





10.
Membahagikan tugasan dalam kumpulan mengikut kepakaran seseorang dalam sesuatu bidang.





11.
Pegangan kuat terhadap prinsip keadilan
(contohnya? Item terlalu vague)





12.
Mendidik secara praktikal dengan melalui contoh
(Didik sapa? Maksud secara praktikal ?)





13.
Mempunyai kepercayaan penuh terhadap misi kumpulan.





14.
Mempunyai keberanian untuk menentang arus.





15.
Sabar dalam menyampaikan ilmu pengetahuan.





16.
Mempunyai kesedaran sosial.





17.
Serius dalam melaksanakan sesuatu matlamat.





18.
Memahami persekitaran.
(Persekitaran apa? Memahami apa?)





19.
Menguasai persekitaran
(Persekitaran apa? Menguasai apa?)





20.
Mempamerkan perilaku yang baik
(Macam Nabi atau Rasul ker? Vague).





21.
Memiliki akhlak yang terpuji
(Macam Nabi atau Rasul ker? Vague).







B: Skop KOMITMEN dalam kerjaya

      1 = Sangat Tidak Setuju
      2= Tidak Setuju
      3=  Tidak Pasti (mana boleh tak pasti sesuatu yang telah dilakukan dlm kerjaya sendiri
      4 = Setuju
      5 = Sangat Setuju

No.
Penyataan
1
2
3
4
5
1.
Saya berusaha menambah ilmu pengetahuan dalam bidang berkaitan pengajaran.





2.
Saya mendedahkan pelajar dengan perkembangan semasa dalam aktiviti pembelajaran.





3.
Apa yang saya laksanakan dalam metod pengajaran membina keterampilan dalam profesion saya
(Bahasa canggih… tak faham)





4.
Saya membuat persediaan awal untuk setiap sesi kuliah
(Saya dah mengajar 10 tahun.. tak payah buat persiapan awalpun… kelas saya excellence !)





5.
Saya menggunakan teknik yang menarik perhatian pelajar sewaktu mengajar
(Teknik apa tu? Teknik mana satu? Betul ke pelajar tertarik?)





6.
Saya membuat pemerhatian (maksud – perhatikan sahaja?) terhadap pencapaian pelajar di bawah seliaan.





7.
Saya membuat perancangan khusus dalam meningkatkan motivasi pelajar.
(Vague)





8.
Saya memberi garis panduan penyelidikan kepada pelajar siswazah.
(Vague)





9.
Saya memastikan pelajar di bawah seliaan saya menepati matlamat yang diberikan.
(Matlamat apa? Sapa yang beri matlamat?)





10.
Saya mengambil tahu tentang kebajikan pelajar
(Maksud kebajikan ? Item tak boleh tyerlalu umum)





11.
Saya memperuntukkan minimum 1 jam sehari untuk penyelidikan atau kajian saya
(Camner dgn saya… saya peruntukkan minimum 3 jam selang sehari?)





12.
Saya mewujudkan rangkaian dengan pihak luar institusi bagi perkara berkaitan dalam penyelidikan saya.
(Contoh FB ker?)





13.
Saya merujuk kepada pakar dalam perkara-perkara yang mengelirukan
(Perkara apa – hukum, penyelidikan, pengajaran..?)





14.
Saya membuat penyelidikan sebagai sumbangan kepada masyarakat.
(Tapi saya buat kajian utk sumbangan kepada pengetahuan bidang saya…. saya ada berpuluh2 artikel..)





15.
Penyelidikan yang dibuat benar-benar memberi inspirasi kepada saya untuk terus mempertingkatkan prestasi kerja saya
(Benar-benar tu maksudnya 100% ker? )





16.
Saya menggunakan ilmu dan kemahiran yang ada untuk disampaikan kepada umum.
(Saya bukan ustaz. Jadi saya cuma sampaikan pada pelajar saya jer… bukan kepada umum… abih tu camno?)





17.
Saya membentangkan hasil penyelidikan kepada umum untuk panduan bersama
(kepada umum? Kat mana tu…. central market ke?)





18.
Saya melibatkan diri dalam sesuatu keanggotaan jawatankuasa / badan profesional.





19.
Saya menyertai program bersama pelajar.





20.
Kerjaya ini memberi peluang terbaik kepada saya untuk
menggunakan segala kebolehan yang saya miliki.







Sunday, December 15, 2013

Tajuk 538 – Kenapa takutkan Viva Voce – 33 soalan bocor sebelum ko buat kajian !!

Aku termenung di satu sudut Pejabat Imegresen Putrajaya.... sistem down so tak boleh proses permit maid.... so akupun down sebab terasa masa terbuang. 

Akupun terus menuju ke satu meja, order satu teh ais... buka komputer.... maka terhasillah entry ini.

Kalau akulah bro... baik aku main games kat laptop aku... boring menunggu ni...

Tu ko.... aku lain.... otak aku ni berpusing2... macam2 benda aku fikir... mulanya ada 40 soalan bro....tapi aku dah buang 7 tinggallah 33...

Ingat tau.... soalan2 ini mesti diambil tahu oleh calon master / PhD yang baru mendaftar supaya boleh menyediakan jawapannya sejak awal lagi.....

Kenapa plak bro?

Kalau dah siap.... mana boleh gostan lagi..... mana ko nak cari jawapannya plak... sebab tulah ko jgn tanya soalan viva bila nak pergi viva... tapi tanya sebelum ko buat kajian lagi.... prepare youself !

Pulak macam tu....apsallah cara ko fikir terbalik dari orang lain.... lom apa2 dah sibuk dgn soalan viva..... patutnya dah siap tesis baru lah tanya...

Ko nak aku bagi analogi ker?

Nak... nak....

Mana ko suka dapat soalan bocor SPM (kalaulah tak salah disisi undang2 dan agama), masa awal tingkatan 4 ke atau masa seminggu nak SPM?

Mestilah awal tingkatan 4 bro... baru mantap persiapan !

Tahu tak per... cam tulah jugak soalan viva ...

OK..OK baru minda separuh sedar aku ni faham....tapi punyalah banyak soalan, mahu giler aku !

Mana gilernyer..... 33 soalan utk ko standby jawapannya dalam tempuh 3 atau 4 tahun.... bukan 3, 4 minggu. Yang giler adalah masuk viva tapi tak kisah soalan apa akan ditanya... sambil buat muka poyo depan panel....!

Ini macam susah lah bro?

Apa yang susah, ko yang buat kajian…. ko lah yang tahu apa ko buat. Takkan lepas ko buat cup cake then orang tanya camner ko buat.... ko tak leh jawab…. abis sapa yang buat?

Fuhh mendalam sungguh analogi ko tu.... tapi itu cuma cup cake bukan tesis !

Ialah…. kalau buat cup cake ko tak dapatlah title “Dr”… dan kalau ko nak senang, jgn buat tesis, buat cup cake jerlah !

Sebenanya aku telah menulis dalam blog aku tentang persiapan sebelum memasuki bilik viva pada tajuk 139, bulan Ogos 2011 lagi. Dalam entry tersebut aku telah sertakan 10 soalan sebagai persiapan. Namun setelah masa berlalu, aku nak up date entry tersebut dengan menyertakan 33 soalan…. Amacam?

Fuhhh…..

Fuhh.... ada gaya 

Kalau banyak soalan, banyakler yang akan sama dgn apa yang ada dalam kepala panel tu. Kalau aku bagi satu jer, ko pulak yang bising – takkan satu jer sedang viva tu kadang2 sampai 3 jam !!

Bagi memastikan ko boleh jawab, aku nak setiap soalan, ko tulis jawapan dalam “satu ayat” sahaja….ingat, satu ayat sahaja supaya ko dapat menguasai intisari kajian ko. 

Kalau aku biarkan, ko tentu akan tulis menjela2…. akhirnya sama tebal dgn tesis ko sendiri, sedangkan panel penilai tak ada masa nak dengar ko membebel panjang2…. OK...aku mula dgn soalan yang sempoi dulu supaya ko tak tak terkejut !!

Soalan2 ni banyak pada aras rendah jer dgn "What" utk ko jawab ringkas2.... sebagai persiapan.... nanti masa viva ko gorenglah panjang2....

Kalau aku klentong amacam?

Cubalah kalau ko dah hilang aqal.... silap haribulan ko plak yang kena goreng sampai hangus !

Ingat bro....soalan ni banyak supaya ko prepare diri ko sejak awal buat kajian, bukan dah siap tesis baru nak prepare. soalan ini sebenarnya adalah "panduan" memastikan ko tahu secara "mendalam" apa yang ko buat.....jadi soalan ini utk semua... khususnya yang baru mendaftar bukan utk yang dah siap tesis jer...



Soalan2nya adalah.....

1. What is the topic / discipline of your research area?

2. What is your study about?

3. What made you think that your study is worth doing?

4. What is the main problem / issue are you going to tackle?

5. What is the main debates related to the problem/issue?

6. What is the current debates related to the problem/issue?

7. Generally, what the literature says about the problem / issue?

8. How are you going to tackle the problem / issue?

9. What is the contribution (to the body of knowledge) of your study in your field?

10. What are the main problem statement for your study?

11. What is your expected finding before starting your study?

12. How did you review previous studies?

13. Who is the main authors / experts / leading researcher in the area of your investigation?

14. Can you mention 3 main journals you have reviewed related to your field?

15. Now, can you mention the title of your study

16. What is the ‘novel’ / "original' aspect of your study?

17. What are the variables involved in your study, and why you decided to choose them?

18. Briefly explain the theoretical / conceptual framework underpinnings your study?

19. What is the research design of you study? Why used quantitative not qualitative or not mixed method (or vice versa)

20. What instrument are you going to use – pilot test, validity and reliability?

21. How did you analyse your data?

22. How the statistical analysis used in your study appropriate to answer your research questions?

23. Have you tested all the assumption related to your data?

24. How did you get your sample? What is your sampling technique?

25. How far can you generalise the finding?

26. Can you summarize the main finding of your study?

27. Is there any direct impact in term of the practical implication of the finding?

28. Are you satisfied with the outcome of your study – If not, how could you improve your study / procedure / framework?

29. What aspects of your methodology differ from others?

30. Have you faced any difficulty in conducting your study, and how did you overcome it?

31. What is the best advice or recommendation can you give to the future candidate related to this topic?

32. Can you now consider yourself as an expert in this field? Why?

33. Why do you think that your thesis has achieved the PhD /Master standard / level?

Ok..OK...baru aku faham kenapa soalan ini wajib utk yang baru mendaftar..... bukan macam aku yang dah dipenghujung ni.... mengelabah sebab ada yang aku tak buatpun masa jalankan kajian..... abis ler aku !!


OT

Thursday, December 12, 2013

TUGASAN AKHIR EDU5900

EDU5900
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

Tugasan Final (60%)
Sediakan satu kertas cadangan kajian (proposal) yang lengkap dengan butiran berikut:

Font: 12 arial, 1.5 spacing
Perkataan: sekurang-kurang 2500  (tidak termasuk TOC, senarai rajah , jadual dan senarai rujukan)
Urutan:
  • TOC, Senarai Jadual, Senarai Rajah
  • Bab 1 / Chapter 1 (Heading 1);  Pendahuluan (Heading 2)
  • Bab 2 / Chapter 2 (Heading 1); Sorotan Literatur (Heading 2)
  • Bab 3 / Chapter 3 (Heading 1); Methodologi (Heading 2)
  • Heading 3, Heading 4 (jika ada) berdasarkan senarai yang standard bagi setiap jabatan
Rujukan (Format APA)
  • Sekurang-kurang 20 rujukan dgn 75% atau 15 rujukan adalah jurnal
  • ¾ dari bilangan 75% tersebut mestilah jurnal >2009

Gunakan Navigation Pane / Document Map dan Mendeley
Hantar selewat-lewat 2 Januari 2014
Pastikan antara perkara berikut – ada kerangka teoritikal kajian, teknik persampelan, instrumen, persoalan kajian yang “tally” dgn analisis data, signifikan kajian dalam bentuk sumbangan kepada pengetahuan, definisi operasional bukan dari kamus dewan, citation yang betul dalam teks, pernyataan umum jangan disertakan citation, jangan cite artikel yang anda tidak baca, tiada typo error.

Cover tugasan: A4 warna pink
Nama:
Matrik:
Tajuk kajian:
Mode: Med, MSc, CE
Hp:



OT

Bengkel ATLAS.ti, Mendeley dan penyelidikan bersama JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA

Bengkel ini telah membawa ATAS.TI dan MENDELEY serta OFOT dan ZDOT ke dunia penyelidikan perundangan syariah...

























Sunday, December 8, 2013

Tajuk 537 - JCR : Ketahui status journal yang anda rujuk !!

Aku menerima pertanyaan dari "peminat Dr OT" bertanyakan cara utk tahu status dan ranking journal yang kita nak rujuk... atau yang kita nak submit.

Jadi akupun teringat JCR - Journal Citation Report. Salah satunya yang dikendalikan oleh Thomson and Reuters. Disini kita boleh semak dan ketahui status sesuatu journal.

JCR tu adalah penilaian journal2  terkemuka dgn statistical information berdasarkan bilangan citation. 

Sendiri mau ingat..... JCR ini yang ada dalam database ISI WEB of Knowledge yang dikendalikan oleh Thomson and Reuter saja...

Web of Knowledge (atau ISI Web of Knowledge) adalah satu sistem indeks citation yang disediakan oleh Thomson Reuters. Web of Knowledge ini meliputi journal sciences, social sciences, arts and humanities. 

Aku nak kasi step demi step....

Langkah 1
Bukalah laman web ni. 

http://wokinfo.com/products_tools/analytical/jcr/

Kalau tak boleh buka.... tak dapek den nak tolong lagi...

Then klik "AVAILABLE NOW"



Langkah 2:
Buatlah pemilihan dari option yang disediakan...Aku pilih "Search for a specific journal" misalnya... then klik SUBMIT


Langkah 3:

Kalau tak tahu nama penuh journal, pilih sahaja "Title Word". Aku pilih "Science Education". Then klik SEARCH


Langkah 4:
Jeng... jeng..jeng....terkeluarlah 2 journal berkaitan Science Education iaitu 

J SCI EDUC TECHNOL - Journal of Educational Technologi
STUD SCI EDUC - Study in Science Education



Perhatikan Impact Factor journal tersebut dan lain-lain maklumat...

OT



Saturday, December 7, 2013

Tajuk 536 - Another annoying stories...

Apahal lama ko tak menulis entry dalam blog ni?

Emmm lama gak…. tapi bukan tak menulis, aku concentrate menulis buku  ke 5 (zero draft of thesis - proses proofread) dan ke 6 (Research and Thesis: If only I had known...) dan yang ke 7 (Kompilasi berkaitan SV) jugak… insya Allah akan diterbitkan awal 2014.

Mak ai… banyak nyer ko tulis?

Tak ler… sekadar catatan dari bengkel-bengkel dan observation aku…

Banyak ler tu… aku ni proposal pun masih tak siap2….Apa citer ni?

Pertemuan aku semalam dengan beberapa peserta bengkel…. mereka meminta pendapat aku.

Aku boleh agak bro… mesti pasal SV lagi ni… baca tajuk entry ko pun aku dah tahu..

Ada 3 perkara yang aku nak kongsi….

1. Tersemat dihati SVs that they are never wrong?
2. Whatever they do, no supervisees can argue
3. Most SVs feel that they “own’ their supervisees…..

Bila ada 3 perkara di atas, terdapat SV yang “take their supervisee for granted”

Maksudnya bro?

Terdapat SV yang menerima supervisee dgn niat utk mendapat keuntungan dan take advantage....


Woiishhh...jahat mulut ko bro !

Maaf ler... aku sekadar mengupas perbincangan aku semalam .... jika betul sama2 ambil pengajaran....

Bagilah contoh bro?

Dua kes yang diceritakan kepada aku semalam…. SV telahpun siapkan tajuk kepada supervisees masing2…

Baguslah bro?

Bagus? Baguslah utk SV tersebut !

Kenapa..... lain macam jer bunyinyer?

Cer sama-sama fahami dua situasi ini...dgn sedikit ubahsuai utk bacaan umum...

Situasi 1
SV mempunyai pet project…. dan setiap supervisee akan diminta buat kajian yang mesti ada berkaitan dgn pet projek SV tersebut…. barulah dia sudi menjadi SV. Salah seorang supervisee diminta membuat kajian pasaran via internet akan projek tersebut wpun supervisee tidak ada apa2 kemahiran komputer dan tidak berminat untuk membuat kajian sedemikian

Permintaan supervisee untuk membuat kajiannya sendiri tidak diendahkan….. dgn diberikan berbagai hujah dan pastilah supervisee sukar untuk membantah.

Sayugia.....semasa perbentangan proposalpun telah ditegur oleh penilai supaya tidak memasukkan element internet kerana tidak sesuai ditambah dengan supervisee yang tidak ada pengetahuan... Kegembiraan supervisee hanya bertahan sebentar kerana SVnya hanya mengubah sedikit tajuk dari internet menjadi social networking tapi masih berkaitan dengan perkara yang sama.... Kini supervisee tersebut spt kehilangan arah dan “maruah” dan mula berfikir utk menyerah kalah….

Situasi 2

SV ada menghasilkan beberapa product dari projek tahun akhir pelajar diplomanya. Bila ada supervisee baru, SV tersebut tidak teragak2 lagi akan menghulurkan tajuk PhD yang dijuruskan kepada menguji keberkesanaan product tersebut sehingga boleh dipasarkan. 

Maka ramailah supervisee yang senior dan junior terasa amat tertekan akan situasi ini.... sedang masing2 telah ada kecenderungan lain...bukan tajuk yang disediakan oleh SV.....ramai supervisee yang rasa bersalah… mulanya dia pasrah… kini spt hampir mengalah…

Abis apa jawapan ko?

Aku tak nak beri apa2 jawapan… sebab SV tu bukan “lulusan PMR” …..

Ko tak suruh mereka jumpa sapa2 ker?

Tak payah suruh.... mereka sendiri dah pergi jumpapun...

Abis.... apa solutionnya?

Tak ada solution sebab yang menerima aduan pun kawan2 SV tu juga.... sambil berkata lebih kurang "kami tak boleh buat apa2….” 

Emmm...... supervisee kan nak menuntut ilmu.... nak dapat PhD.... kena ikut dan akurlah kehendak SV yang serba serbi tahu..... abis cerita.... ni tak asyik2 buat cerita !!

Memanglah abis cerita bro sebab...... tak kena batang hidung ko sendiri....

Aku cuma nak tulis skit jer kat sini.... sebab aku percaya, sebagaimana aku, SV yang lainpun ada anak yang maybe dahpun berada di IPTA....

Bagi aku.....apakah respon, reaksi dan perasaan SV dalam dua kes di atas jika anak sendiri yang mereka sayangi mengadu tertekan, kecewa, dan nak withdraw..... kerana diperlakukan demikian oleh SV mereka? Adakah dia akan gembira... seronok atau menyokong tindakan tersebut sebagai tindakan terbaik utk anaknya sendiri?

Ada dua sahaja kemungkinan jawapan:
1. SV tak suka..... sambil terbeliak bijik mata
2. SV tu suka ler pulak..... sambil tersenyum simpul meraikan kekecewaan anaknya sendiri....

Kalau jawapannya 1. itulah namanya hipokrit
Kalau jawapannya 2. something wrong somewhere !!

Tu dia...

Menjadi SV adalah tugas hebat …tugas mulia dan tegas berat….kerana SV perlu menyumbang dalam membimbing untuk perkembangan pengetahuan supervisee….bukan meletakkan keutamaan kepada diri sendiri.

OT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...