Saya tak menduga FRIM yang terletak di Kepong (dekat KL jer tapi bukan Bukit Kepong) menawarkan pengalaman alam tropika dgn air terjun dan sungai yang mengalir menerusi hutan simpan. Terdapat empat laluan trek hutan yang membawa pelancong merentas hutan sekunder yang menakjubkan.
Titian Kanopi pula terletak 30m dari aras tanah menawarkan sudut pandangan yang hebat untuk memerhati burung dan tumbuhan kanopi tropika dan bandaraya KL !
Jika tak caya.... pergi la bersama keluarga.....sesuai release tension jika tak faham statistik.... cuma tak sesuai bawa kanak2 lom sekolah, tak dibenarkan naik kanopi.
Sayangnya pic air terjun tak ambik pulak masa mandi..... Cuma jika datang hujung minggu cuti sekolah.....datang awal2. Jika datang tengahri atau petang...jawab penuh ler sungai tu dgn bebudak sekolah.....
OT