1.
Aku budak sains. Dalam hard sciences tiada kajian kualitatif. Aku guna alat canggih dari spectrophotometer yang mengukur intensity gelombang kepada HPLC dgn chromatogram yang accurate, without bias what so ever. Dalam hard sciences guna PARAMETER bukan VARIABLES. Dalam hard sciences deskriptif sangat POWER termasuk bar chart.
2.
Aku juga budak sosial sains. Dalam sosial sains, istilah PARAMETER hanya muncul utk generalization guna parametric analysis dari variable dalam sample kepada populasi. Dalam sosial sains, data descriptive hampir tidak byk membawa makna dan bar chat juga spt tidak bermaya.
3.
Jadi orang social science yang tak ada pengetahuan dan pengalaman dalam kajian hard science nak bercakap pasal scientific method dan POWER... maka adalah kekurangannya
4.
Ini statement popular dalam social science - Kajian kuantitatif LEBIH POWER dari kajian kualitatif.
5.
Dalam social science, banyak tulisan mengupas kajian kuanti lagi power kerana melibatkan pendekatan yang scientific, dengan pengujian hipotesis dan melibatkan nombor 'juta-juta' dan statistik yang berceranggah yang mereka sendiripun byk yang tak faham sekadar 'reject' atau 'accept' berdasarkah cut-off value. Maka beruntunglah statistician yang menjadi resercher kerana lebih memahami angka2 ni berbanding scholar social science yang tahunya hanya cut-off value shj.
6.
Kajian kuali juga dianggap kurang power kerana melibatkan sampel yang sedikit, terdedah kepada bias dan tidak boleh dibuat dibuat generalisasi - sapa kata ni? Ia lemah sbb tidak melibatkan sebarang analisis statistik.
7.
Aku nak mula dengan soalan - Sapa kata kajian kuantitatif tiada bias ? Malah aku nak katakan bahawa kajian kuantitatif yang lebih besar biasnya... seperti 10 urutan berikut...
7.1. Kajian quantiti dimulakan dgn 'persepsi' researcher terhadap sesuatu
7.2. Persepsi ini terbina dari pengalaman dan pendedahan researcher dalam kehidupannya
7.3. kajian kuanti membuat deduction dari LR, maka disini dah bermulanya bias dalam pemilihan teori, variable, construct, item dll
7.4. kajian kuanti menguji hipotesis, maka wujud lagi bias utk menyebelahi hipotesis yang menjadi stand researcher
7.5. survey yang melibatkan content validity juga terdedah kepada bias dgn pemilihan pakar yang bias dengan stand researcher (kawan.. kenalan.. yg school of thought yg sama)
7.6. penyediaan item survey juga ada bias, dgn pendekatan yang terdedah kepada leading question, kepada favourism penyelidik dan pakar
7.7. item survey yang bias ini bila diedarkan walaupun kepada sampel yang besar, hanya memperkuatkan bias tersebut, itupun kalau berlaku randomzation. Jika tidak akan beranak pinak lah bias tersebut.
7.8. dapatan yang diperolehi dan dianalisis oleh statistik akan memperkukuhkan lagi bias ini
7.9. generalisasi yang dilakukan pula membantu menyebarkan bias ini dengan lebih luas...
7.10 kajian quantitative science social tidak boleh berdiri sendiri tanpa asas kualitatif
8.
Ketahuilah yang banyak membina teori dalam kajian social science adalah berdasarkan pemikiran, postulate dan observation serta assumption researcher / scholar, termasuk kupasan dan penulisan buku yang bukan dari dapatan single quantitative analisis multivariate misalnya... mereka ini lebih kepada theorist atau theoretician - sebagai contoh popular spt Piaget dan Vygotsky. Kedua2 ini dipanggil empirical psychologist
9.
Piaget yang berlatarbelakangkan pengetahuan biology, mengambil idea evolusi untuk menggariskan perkembangan intelektual kanak2 hingga dewasa yang dianggap sebagai empirical evidence.. iaitu 'gaining knowledge by means of direct and indirect observation or experience'. Dalam satu kajiannya, Piaget (1959) menggunakan gambar utk confront sekumpulan kanak-kanak... dan ini kajian qualitative.
10.
Saya juga sedang membaca buku 'L.S. Vysgotsky - Mind In Society' (1978) terjemahan Harvard University Press... cuba memahami 'pemikiran' Vygotsky.
Ada sesapa berani kata Piaget dan Vygotsky membawa bias dalam teorinya kerana tidak menggunakan pendekatan quantitative ? Anda juga boleh baca 'pemikiran' nama2 spt dari Plato dan Aristotle ke John Locke, Thorndike, Dewey, Bruner, Gage, Bandura, Garner dan yang popular semula sekarang ini Benjamin Bloom (dgn KBAT dan HOTs).
Itu jer pandangan kualitatif aku ...
:-)OT

No comments:
Post a Comment