.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, September 5, 2019

Tajuk 1564 : Talk-n-chalk lebih baik dari VR !

1. Apabila teknologi mula melanda, sampai tak keruan pakar pendidikan dibuatnya. Kini ada GC, Google Classroom dan FC, Future Classroom sebagai adaptive teaching system. AR, VLE, VR semuanya kini dikaitkan dengan pendidikan.


2. Pendidikan tidak semestinya perlukan high-tech. Tidak mungkin satu kelas memiliki 20 alat VR utk mengajar sains, apatah lagi satu sekolah. Dulu ada language lab yang mahal, masing2 masuk lab pakai headphone...dah macam operator telefon... sedang bagi aku, just speak the language, free of charge !


3. Kalaupun ada sistem big data selepas murid guna VR utk predict kejayaan murid dari analysis skor... nak buat apa dgn prediction tersebut, kena mengajar lah jugak bagi faham. Dulu ada interactive white board, tapi ntah apa jadi... dah tak ada lak yang guna. Itulah teknologi.


4. Apapun yang digunakan, teknologi hanyalah perantaraan, bukan MATLAMAT. Apapun perantaraan yang digunakan tidak akan lebih penting dari 'pedagogy' atau cara penyampaian utk pemahaman dan penguasan murid. Bagilah alat canggih dan naikkanlah silibus setinggi langitpun, pemahaman perlu sampai kepada murid, kalau tak, tidak byk mberi makna.


5. Aku nak kata... guna talk-n-chalk pun akan lebih berkesan dgn authentic hand-on activity diikuti penerangan dan perbincangan dari beriya-iya nak tunjukkan dgn VR sekadar secoit cuma... atau berdiskusi secara maya dalam GC.


6. Aku bukan anti teknologi. Aku sekadar menulis utk kita realistik kerana teknologi canggih ada kalanya tidak lebih dari sekadar kosmetik..


7. Hal yang sama dgn content dalam syllabus, walaupun dinaikkan utk berdiri sama tinggi tetapi jika pedagogy dari awal lagi tidak membina pemahaman dan penguasaan asas, apatah lagi ditambah dengan content yang tinggi... lupa kan je lah...


8. Aku sokong idea Guru Sains Malaysia (Nur Farhana Ramli) misalnya yang promosikan idea 'pengajaran STEM menggunakan bahan termurah seharian' dengan cara creative utk menyampaikan pemahaman, penguasaan dan minat murid... dgn fokus kepada pedagogy, bukan teknologi.


9. Jadi fokuslah dahulu kepada 'pedagogy' atau bahasa mudahnya kaedah penyampaian 'the best practices' sesuai dgn tahap murid utk mencapai penguasaan yang optimum, dan barulah dipertingkatkan dgn kehadiran teknologi, yang tak semestinya canggih.


10. Maka sekolah rendah terpencil yang 'kurang' teknologi tidak semestinya kurang berjaya dari sekolah yang 'terserlah' teknologinya. Namun teknologi semakin diperlukan bila ia dipelajari sbg satu subjek diperingkat lebih tinggi.. bukan sbg perantara pengajaran dlm pendidikan...


OT




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...