1. Ini bukan soal memartabahkan BI, ini adalah penulisan tesis yang rujukannya pun hampir 100% dalam BI...
2. PhD / doctorate spt EdD adalah utk contribution to knowledge, kepada scholars, kepada dunia, maka selayaknyalah ia dalam BI yang banyak digunakan peringkat antarabangsa
3. Tesis dalam BI akan memudahkan penulisan artikel pula. Kenapa buat kerja berkali2 dgn menulis tesis dalam BM kemudian ditukar dalam BI pula utk penulisan jurnal.
4. Masa depan, semua tesis akan didigitalkan, maka pembacaan akan terhad jika ia ditulis dalam BM.
Kalau macam tu, sampai bila BM boleh jadi bahasa ilmiah?
5. Banyak jer ruang utk jadikan BM bahasa ilmiah, dari Tahun 1, sampailah 1st degree. Buatlah semua dalam BM jika mahu...
6. Kalaupun BM nak dijadikan bahasa ilmiah, maka ia akan berkisar dalam negara sahaja.
7. Jangan perasan plak, kalau tak tulis dalam BM maka tak patriotik, sebab semua pengetahuan saintifik pun adalah dari tulisan asalnya dalam BI, bukan BM. Kalau adapun dalam Bahasa Arab, kita akan cari juga yang dalam BI
8. Negara spt Germany dan France pun ikut BI, bila berkaitan dengan penerbitan antarabangsa.
9. Bukan ramaipun yang buat tesis, berbanding dgn penulisan buku dll yang boleh sahaja dibuat dalam BM
10. Tesis tak dibaca oleh orang awam wpun dalam BM...
So.... perkara ini kena lihat konteksnya... konteks pendidikan tertinggi... untuk contribution to knowledge / scholars internationally... sumbangan kepada keilmuan merentasi sebarang sempadan... bukan sentimen bahasa dalam negara... malah kalau tulis dalam BM bukan terus jadi pejuang bahasa, sedang yang nak berjuang bahasa pun berucap dalam BI dan menghasilkan artikel2 dalam BI... adanya jua..
OT

No comments:
Post a Comment