.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, September 5, 2019

Tajuk 1537 : MEDIOCRE - Konsep pendidikan yg dilupai

1. Kita sibuk dgn IR4.0, IoT... hendaknya jgn lupa.. apa sahaja berkaitan dgn pendidikan mestilah disediakan untuk mediocre / average students. Buku teks misalnya, diformulasi untuk difahami tanpa banyak komplikasi oleh murid yang ‘average’. Bilangan subjek juga tidak terlalu banyak, sesuai dgn ‘average’ students.


2. Abis tak majulah pendidikan kita kalau hanya bertaraf ‘average’. Kita mestilah tinggikan silibus misalnya, jika boleh lebih tinggi dari UK atau Spore… dan jika boleh kita padatkan lagi buku teks biar macam ensaikolepedia… supaya naik taraf pelajar kita, baru boleh bersaing dgn negara maju. Bukan macam tu ke?


3. Camnilah…. apa yang disebut di atas itulah yang selama ini cuba dilakukan - naikkan silibus dan padatkan buku teks.. sehingga mak bapak pun turut pening dgn buku teks wpun utk Tahap 1.


4. Konsep average adalah FITRAH .... sunatullah. Semua perkara dalam dunia ini mudah diterima dgn baik jika dilakukan secara ‘average’ supaya manfaatnya diterima secara menyeluruh... apatah lagi bila melibatkn public education.


5. Kehidupan juga dicorak dengan average. Average menyediakn ruang utk FLEXIBILITY. Average juga lah yang mmberikan sifat ‘normal’ kepada ‘normal curve’ yang menjadi prasyarat utama untuk inferential statistics bagi analisis parametrik yang menggambarkan ciri populasi.


6. Average bermakna terdapat peratusan nilai extreme yang relatively kecil yang mewakili kanak2 genius / gifted … juga terdapat peratusan yang kecil juga kanak2 under average…


7. Kelompok genius ini, boleh sahaja meneruskan apa sahaja sistem yang diberikan kepada mereka tanpa banyak masalah.

Kelompok ‘under average’ pula diberikan pemulihan atau menjuruskan mereka kepada bidang yang lebih sesuai dgn kemampuan mereka.


8. Konsep yang sama juga boleh dianalogikan dgn hp, laptop, komputer dll gadget. Semuanya dihasilkan untuk kegunaan layman… orang kebanyakkan atau marhein tanpa byk masalah.


9. Malah ada layman yang berjaya menjalankan bisness online dll perkara dgn kemudahan gadget. Walaupun begitu, gadget2 ini juga digunakan oleh expert utk tujuan yang lebih khusus utk tugas yang lebih sainstifik.


10. Jika semua gadjet disediakan utk expert dan setiap gadget memerlukan pengguna menaip coding (wpun ringkas) misalnya, maka gadjet tersebut tidak akan popular malah tidak akan digunakan oleh layman, lalu internet pun menjadi tak berguna.


Tak faham ? Tak apalah, moga tidor anda dibuai mimpi indah... salam sayang


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...