.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, September 5, 2019

Tajuk 1518 : Salah faham guru tentang kajian Master/PhD







Ini dua contoh guru (pegawai PPP) yang bercadang untuk membuat tajuk berikut berkaitan IR4.0


a. Kajian keberkesanan Augmented Reality Dalam Pengajaran Tajuk Electrochemistry
b. Kajian Penggunaan 3D Printer Untuk Murid Pendidikan Khas
c. Kajian Menggunakan QR Code Scanner Untuk Subjek Sains


Respon aku..

1. Apa sahaja kajian utk master dan PhD memerlukan satu 'contribution to knowledge', sedang AR, 3D printing malah QR Code memang dihasilkan untuk membantu apa sahaja termasuk dalam pengajaran. Maka, tajuk ini tidak menyumbang apa2.


2. Tajuk (a) boleh dipertingkatkan sebagai satu contribution to knowledge jika ia berbunyi seperti "Pengesanan Perkembangan Pemahaman dan Pemulihan Salahfaham Konsep Menggunakan Augmented Reality dalam Pengajaran Elektrokimia" kerana AR digunakan bersama satu teori pendidikan seperti Conceptual Change Theory ataupun Cognitive Load Theory ataupun Cognitive Theory of Multimedia Learning atau kombinasi antaranya.


3. Maka contribution to knowledge akan berdasarkan kupasan pencapaian pelajar yang faham dan salahfaham (menerusi analisis statistik mahupun interview atau observation) terhadap aplikasi teori yang disebutkan di atas dengan AR hanya sebagai vehicle / tool sahaja bagi mengesan pemahaman dan salahfaham tersebut ... dan diikuti kupasan / langkah mengatasinya.


4. Samalah halnya dengan tajuk (b) dan (c) yang memerlukan sokongan teori yang perlu dikupas dan dipermudahkan dalam bentuk theoretical dan kemudiannya conceptual framework.


5.Tak bolehlah main letak 'AR' atau 'AI' atau 'QR' atau apapun teknologi then anggap ia dah menuju IR4.0.. sedang tiada teori yanag mendasari keperluan menggunakan teknologi tersebut


6. Kalau tak caya, selepas dapat tajuk, cer siapkan ROTplus, Kalau terkial2 tu maknanya adalah yang kekurangan dalam tajuk tersebut dan berusahalah mencarinya


Foto - contoh ROT dgn theretical framework dlm bentuk model yg ditunjukkan kpd saya


OT







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...