1. Memang aku dari dulu berpendapat proposal hanya satu outline bagi menunjukkan perkaitan semua aspek kajian, sebagaimana yang aku lakukan semasa menjadi PG di Aussie, dan spt juga format di website universiti tersohor serta amalan rakan2 PG obersi yang aku perolehi, di Barat, mahupun Timor (Japan & Korea).
2. Malah mengejutkan, ada yang tak perlukan proposal lansung atau sekadar satu panduan beberapa helaian sahaja utk tujuan perbincangan.
3. Abis macamana mereka bincang klu proposal 5 pages ?
Proposal adalah penulisan sebagai panduan, sedang pemahaman mendalam datang dari keupayaan PG menjelaskan setiap satu langkah yang telah ditulis ringkas dalam proposal.
4. Acapkali, PG dgn proposal tebal tidak mampu menjelaskan apa yang akan dilakukan kerana 'masa terbuang banyak utk menulis, mengedit dan menebalkan proposal' bukannya 'masa digunakan utk pertemuan, perbincangan, memperjelaskan apa yang akan dilakukan dalam kajian serta mendapat feedback bagi menambah pemahaman'.
5. Tentulah sesuatu yang baik, bila PG boleh menjelaskan 1 jam apa yang bakal dilakukan dari hanya berpandukan proposal 5 pages, berbanding dgn proposal 60 pages.
6. Jadi... proposal nipis 5 pages tu lagi baik lah dari 60 pages ?
Proposal 5 pages bukan bermakna baik jika ia juga gagal dijelaskan tetapi proposal 60 pages lagi haru jika PG pun gagal menjelaskan apa yang ditulis sekian lama dan setebal itu.
7. Kalau tak tahu tulis proposal, bukankah susah nanti nak tulis thesis?
Thesis terhasil selepas kajian. Biarlah pemahaman membuat kajian menjadi keutamaan dgn cukup masa diperuntukkan utk melakukaan kajian tersebut, bukan masa digunakan sebahagian besarnya untuk menebalkan proposal... mengedit atau menulisnya semula.
8. Biarlah proposal tebal, sekurang2nya PG membaca dgn mendalam berbanding dgn proposal nipis.
Membaca dgn mendalam, memahami apa yang dibaca dan ditulis, memerlukan PG sentiasa menjelaskannya utk verifikasi SV. Menjelaskan proposal 5 page dalam 5 pertemuan dgn SV, lebih baik dari proposal 50 pages dgn 10 pertemuan hanya untuk membetulkan proposal tersebut.
9. Biarlah proposal tebal, ada 3 chapter, nampak lengkap pe... bukan satu kesalahanpun.
Memanglah bukan satu kesalahan, tapi satu kesalahfahaman.
10. Ini cara masing-masinglah.. nak tebal ke nak nipis.
Beginilah...kalau macam tu, lupakan tebal atau nipis, utamakan keupayaan utk jelaskan butir-butir kajian yang bakal dilakukan dgn baik. Kalau fikir boleh jelaskan dgn baik dgn menyediakan proposal 100 pages, silakan...dan kalau lagi tebal lagi jelas, tambah lagi 120 pages.. abiskan cuti blaja tu dgn siapkn proposal...
OT

No comments:
Post a Comment