.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, September 5, 2019

Tajuk 1507 : 5 syarat tajuk tesis idaman Malaya







1. Syarat tajuk diterima SV di Msia antaranya

- Tajuk yang ‘berat’ dan berbunyi ‘kompleks’

- IV dan DV serta skop kajian mesti ada
- Perkataan utama dlm objektif pun mesti ada supaya tajuk JELAS
- Selain itu, perkataan seperti "The investigation of..." atau "Kajian hubungan..." tidak boleh dimasukkan kerana "understood" tesis adalah tentang satu investigation / kajian ... nanti JELAS sangatlah pulak tajuk tersebut.
- Bila baca tajuk patut dah boleh agak research approach yg digunakan...


2. Bila syarat di atas nak dipenuhi supaya jelas, maka panjanglah pulak tajuk, lalu dihadkan tak lebih 20 perkataan.


3. Meletakkan syarat tertentu menjadikan tajuk tesis di disini 'semacam jer'....


4. Ini contoh sebenar tajuk tesis IPTA


a) Amalan Pengurusan risiko terhadap pengurusan kemudahan kompleks jabatan belia dan sukan negeri dan kompleks rakan muda di Malaysia: Satu perbandingan


b) The Effects Of Active, Creative, Efective And Joyful Learning Strategies Toward English Languange Achievement Among Primary School Students In Riau Province, Indonesia


c) Hubungan amalan pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dengan pengetahuan teknologi pedagogi kandungan (PTPK), gaya pengajaran dan kepercayaan guru kemahiran hidup bersepadu.


5. Tajuk bermula dgn 'working title' sebagai panduan, maksudnya, jgnlah kisah sgt pasal tajuk, yang penting isi.. kemudian disediakan proposal dan diperincikan dalam tesis setiap butiran dari masalah, skop, fokus, variable dll tanpa perlu risau dgn tajuk terlebih dahulu


6. Tak hairan lah tajuk pun boleh menyebabkn pengajian tertangguh bbulan2..


7. Ini pula tajuk PhD dari Uni of Cambridge


(i) Towards a better understanding of 'mathematics anxiety': A narrative inquiry


(ii) An exploration of the relationship between academic achievement and psychotic experiences


8. Aspek yang nak dikaji dalam tajuk (i) dan (ii) di atas adalah 'mathematic anxiety' dan 'psychotic experiences'. Tu jer yang penting. Nak tahu skop, subjek, kaedah dll... bacalah abstract tesis tersebut. Itulah tujuan setiap thesis (dan artikel) wajib ada abstract.


9. Percayalah, tajuk (i) dan (ii) tersebut takkan lepas kalau dikemukakan disini.. dgn alasan tak jelas..

lain lah kalau mmg blaja di Cambridge.. mmg semua respect wpun tajuk tesis secoit jer.


10. Bagi aku... tajuk2 di top universiti sempoi2 jer...tapi ada TRILL nk baca... bagi orang lain aku tak tahu...


OT







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...